Friday, October 15, 2010

BOHONG-UMNO atau PKR di Paya Besar ?


Dato' Fauzi, dalam blog PahangDaily menafikan 215 orang ahli PKR cabang Paya Besar keluar parti dan menyertai UMNO dan ianya hanyalah satu pembohongan semata-mata.

Seorang saksi yang menyertai sandiwara keluar parti berkenaan, iaitu Ahmad Abdul Rahman, 62, mendakwa apa yang diwar-warkan oleh media itu adalah satu penipuan sahaja.

Dato' Fauzi, memersoalkan, mengapa Dato’ Tajuddin sanggup menipu dengan membuat kenyataan dalam sidang media yang kononnya ranting PKR di cabang Lepar Utara seolah-olah sudah lumpuh serta mencabar Dato’ tajuddin menunjukkan bukti bahawa 215 orang ahli PKR yang telah keluar parti seperti didakwa.

Dalam masa yang sama juga, Dato’ Fauzi mendakwa telah menerima lebih 200 borang ahli baru PKR Cabang Paya Besar dan meminta semua wartawan yang hadir untuk menyemak sendiri kesahihan borang-borang berkenaan.

Macam biasalah,…… blog PKR ini dengan angkuhnya melaporkan, tindakan Dato’ Tajuddin seolah-olah sudah menjolok “sarang tebuan", serta mengugut kepimpinan PKR kononnya banyak menyimpan fail sulit Dato’ Tajuddin terutamanya berhubung dengan isu tanah UMNO di Paya Rambutan dalam Bahagian Paya Besar.

AYG ; he….he….he….. geli hati juga melihat gelagat juak-juak PKR di Pahang, cepat-cepat buat sidang media bimbang rakyat tahu PKR sudah lumpuh, kerana banyak ranting-ranting dan cabang-cabang yang mereput, patah terjelepok ke tanah, daun-daun pun mula gugur berterbangan…….

Agaknya, inilah kesan dari doa-doa tok guru Nik Aziz serta puak-puak pembangkang yang memohon agar UMNO serta kepimpinannya ditimpa bala dan hancur……. Allah maha adil, maka diterbalikan pula kepada sekutu rapatnya PKR………. Mungkin lepas ni PAS pulak, atau DAP juga……….

Menurut cakap-cakap kedai kopi, nama saja parti ‘Keadilan’, tetapi disebalik perkataan ‘keadilan’ itu sudah timbul perkara-perkara yang mungkar………..

Lihat sahajalah bagaimana kepimpinan-kepimpinan kuat Anwar Ibrahim memonopoli pencalonan-pencalonan jawatan tertinggi PKR, kalau tidak masakan diserata tempat mesyuarat cabang-cabang berantakan, terbang kerusi meja, berteraburan kertas merata lantai, pukul memukul macam berlakunya pertembungan dua kumpulan samseng, mafia atau gangster…….

Siapa yang berbohong atau bersadiwara bukan persoalannya, tetapi apa yang dikaji serta ditinjau, sebahagian besar rakyat, lebih-lebih lagi masyarakat Melayu di kampung-kampung sudah muak, mual dengan gelagat perjuangan PKR…… pejuangan yang hanya lebih kepada menuntut ‘keadilan’ di atas perbuatan-perbuatan ‘liwat’ Anwar Ibrahim, seolah-olah perangai luar tabi’e Anwar perlu mendapat sokongan masyarakat….. itulah PKR…….


7 comments:

  1. pkr parti keluarga rosak.

    pkr memang kuat menipu maca pas juga

    ReplyDelete
  2. aku setuju dengan YB Raz tu. Fauzi ini pun bukan apa, minta balak dan projek tak dapat denan khalil bising dan masuk pkr.

    ReplyDelete
  3. aku setuju dengan YB Raz tu. Fauzi ini pun bukan apa, minta balak dan projek tak dapat denan khalil bising dan masuk pkr.

    ReplyDelete
  4. Setuju..... tapi bukan tu saja, Dato' Fauzi keciwa tak dapat jadi MB Pahang....

    ReplyDelete
  5. itu yang tak elok, kalau sebab tak dapat projek bermula lah adu domba...

    ReplyDelete
  6. Orang lepar utara lebih tahu apa yang berlaku..tanyalah diaorang..

    ReplyDelete
  7. Salam, kesian pemimpin bawahan PKR, sebab sumpah bala mereka makan diri, akhirnya sibuk tonggang terbalik nak tadbir parti, rakyat satu apa pun tak dapat pembelaan.

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..