Wednesday, October 13, 2010

Awas UMNO Paya Besar, PKR mahu saman !

Marah benar nampaknya PKR Pahang bila keluar berita seramai 215 orang ahli dan penyokong mereka dalam ranting Lepar Utara isytihar masuk atau kembali menyokong UMNO……….

Bertambah-tambah beranglah Dato’ Fauzi Abdul Rahman selaku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Pahang, dengar-dengar khabar pagi ini hendak buat satu siding media di kediamannya pagi ni……..

Macam biasalah, blog-blog pro pembangkang bermacam-macam cerita, lebih-lebih lagi blog PahangDaily suara rasmi PKR Pahang, bermacam-macam andaian untuk menenangkan keadaan, tidak kurang juga menghambur tuduhan yang bukan-bukan terhadap UMNO, apalagi mangsa serangan meraka tentulah kepada pimpinan UMNO Bahagian Paya Besar, Dato’ Ahmad Tajuddin Sulaiman…….

Dikatakan pula puak-puak UMNO Bahagian Paya Besra membuat penipuan dan didakwa pula ahli PKR ranting Lepar Utara yang keluar hanya 115 orang, bukan 215 orang seperti yang didakwa. Dikatakan juga, wakil kumpulan iaitu Abdul rahim Darus bukan ahli PKR…….

Tak kiralah kan…… janji ahli atau penyokong PKR, apa yang jelas PKR di ranting Lepar Utara bakal berasap kuburnya………

Mengikut khabar, PKR Pahang akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak-pihak yang berkenaan kerana mengeluarkan kenyataan tidak bertanggungjawab serta amat memalukan ini..... marah benar dia yek……. kah..kah..kah…kah…kah…. (klik kat sini)

Macam dikatakan tadi, yang jadi mangsa tuduhan dan fitnah dari puak-puak PKR, tentulah kena pada tengkuk Dato’ Ahmad Tajuddin…… macam-macam weh…..

Puak-puak PKR kata, Dato’ Tajuddin pemimpin talam dua muka…….. pulak dah…..

Dato’ Tajuddin dituduh telah banyak membocorkan rahsia kerajaan negeri, UMNO dan Felda kepada parti pembangkang, lebih-lebih lagi ketika namanya tidak tersenarai sebagai calon dalam PRU ke 12……

Isu FELDA bangkrap, adalah diantara rahsia sulit yang didakwa telah didedahkan oleh Dato’ Tajuddin kepada pembangkang, Dato’ Tajuddin juga didakwa Spy UMNO yang bertanggungjawab dalam pendedahan-pendedahan tersebut.

Kini dikatakan, hubungan Dato’ Tajuddin dengan MB Pahang telah kembali pulih dan telah ditawarkan projek bernilai jutaan ringgit oleh MB Pahang dekat Daerah Rompin. Maka sebab itulah Dato’ Tajuddin sanggup membuat kerja-kerja bohong dengan membawa masun 215 orang ahli PKR ke dalam UMNO.

Begitulah kerja-kerja puak-puak PKR, kalau tidak buat fitnah bukan PKR namanya, apa tidaknya, dah lah kebanyakan mesyuarat di cabang-cabang dan ranting menjadi kelam kabut, jadi macam mesyuarat kumpulan mafia atau gangster, ditambah pulak dengan isu ahli-ahli serta penyokong keluar parti……. Apa tak geramnya Dato’ Fauzi…… he..he..he…

Apa lagi Dato’ Tajuddin…… saman puak-puak PKR yang menyebar fitnah ini….sebelum PKR saman, Dato’ saman dulu…..




13 comments:

  1. pkr sememangnya adik beradik tiri kepada parti pas. fitnah sudah menjadi darah daging mereka.

    ReplyDelete
  2. Yang,
    itu sebab orang kata PKR ni Parti Kelentong Rakyat....
    Tapi bila cakap macam tu diorang marah...
    Macam - macam...

    ReplyDelete
  3. Syabas Dato' Tajuddin..Itu petanda kepimpinan Dato' diterima di Paya Besar...Harapan aku agar konflik dalaman UMNO Paya Besar akan terurai dan hubungan Dato' Tajudin dengan MB Dato Nan bertambah baik...hidup UMNO..

    ReplyDelete
  4. Salam, bro, kalau itu cara nak menipu, soalannya, kenapa di Paya besar je.... kenapa UMNO tak arah je seluruh UMNO Bahagian dalam Malaya ni buat penipuan menyamar kemasukan ahli PKR dalam UMNO. bodoh punya PKR, ada hati nak perintah negara.

    hidung tak mancung pipi tersorong - sorong

    ReplyDelete
  5. YG- mungkin ada lagi tempat-tempat lain yang tunggu hari bagi meninggal/tutup kedai,kelentong yang dijual tak masuk akal lagi.Tunggu!.... dan lihat.

    ReplyDelete
  6. YG, sebahagian besar orang Melayu yang masuk atau menjadi penyokong PKR sudah mula sedar, bagaimana teruknya hidup bersama geng-geng samseng dlm PKR, mesyuarat ranting dan cabang bercelaru, kuca lana, terbang kerusi, terbang meja, silap-silap haribulan terbang nyawa.... itulah sebabnya semakin ramai yang menunggu masa nak cabut dari PKR.. tunggu sajalah...

    ReplyDelete
  7. Kalau tak menipu tak UMNO nama nya

    ReplyDelete
  8. Fuh.. maroh benar auk ye Anonymous 2.... pepalieh betu auk ye, tau tak auk PKR tu lebih lagi penipu nyeh, dari si Nuar sampai ke ketua-ketua ranting dan cabang penipu.... jihad konon, tapi pantang lepa abieh dikebas, tak kira nak bini orang pun... berkuburlah deme wahai PKR... InsyaAllah...

    IZ

    ReplyDelete
  9. Salam All,

    Setuju bro, kata demokrasi, hormatilah hak org2 nak sokong sesiapa pun, knp nk fitnah2 pula. Terimalah hakikat PKR tak kemana...ke sg buloh juga nnt.

    ReplyDelete
  10. PKR? MATI TAK BERNISAN SUDAHNYA PARTI INI. KE ARAH ITU JUGA DAH JALANNYA SEKARANG

    ReplyDelete
  11. bunch of loosers .... by stingrays

    ReplyDelete
  12. bunga kian berguguran,pucuk semakin layu, Dahan ranting kini patah, ,Akar menjalar tanpa hala tuju...dan.. (smbg lagi)

    ReplyDelete
  13. AYG,
    Jika tidak begitu mereka tidak percaya. Laman ini dilinkan diSuara Majlis horey....

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..