Monday, May 3, 2010

Mabuk arak sebelah pagi akan reda di sebelah petang, mabuk kuasa pula tidak akan pernah merasa reda



Begitulah peribahasa yang boleh diberikan kepada puak-puak pembangkang yang tidak pernah menerima hakikat kekalahan calon PKR Zaid Ibrahim di Hulu Selangor.

Tak henti-henti membuat tuduhan kononnya BN membuat sogokan wang supaya mengundi calon BN, nama pengundi yang dikeluarkan dan dipindahkan dari senarai undi, di dakwa ada pihak lain yang telah mengundi untuk mereka dan macam-macam lagi tomahan.

Tak cukup dengan itu, Zaid yang terlalu mabuk kuasa juga telah mengeluarkan kenyataan akan memfailkan petisyen agar keputusan pilihanraya kecil itu dibatalkan dan diistisytiharkan tidak sah.

Apa yang paling menggelikan hati apabila puak-puak pembangkang membuat andaian kemenangan calon BN dengan majority 1,725 undi adalah sesuatau yang telah diilhamkan oleh SPR sendiri. KLIK

Nampak sangat pemikiran puak-puak pembangkang ini sempit, kuno dan tahyul apabila mempercayai keputusan kemenangan calon BN adalah satu mistik apabila majoriti 1,725 undi itu telah diilhamkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu sendiri. Kononnya tarikh hari penamaan calon pada Sabtu, 17 April 2010 sama dengan tarikah hari pembuangan undi pada hari Ahad 25 April 2010.

Secara kebetulan atau tidak, puak-puak pembangkang ini sudah tidak percaya dengan Qada’ dan Qadar dari Allah. Mereka lebih mudah mengelirukan masyarakat dengan membuat pelbagai tuduhan serta andaian bahwa kemenangan calon BN kerana SPR telah berperanan untuk mengilhamkan kemenangan itu.

Itulah yang kawan katakan, puak-puak pembangkang ini sudah terlalu mabuk dengan kuasa sehingga mereka lupa ketentuan Allah, mereka lupa akan segala kepincangan, kemungkaran, pembohongan dan segala fitnah mereka telah disedari rakyat.

Puak-puak pembangkang sanggup membawa fitnah, dakwaan apa sahaja termasuk cerita-cerita syirik dan tahyul asalkan segala impian mereke tercapai tanpa disedari rakyat sedikit demi sedikit telah mula meninggalkan mereka………

Inilah yang dikatakan, kalau mabuk minum arak atau todi disebelah pagi, ianya akan menjadi reda bila sampai ke petang, tetapi kalau orang dah mabuk kuasa ianya tidak akan pernah reda sampai bila-bila………..



6 comments:

  1. Salam Yang Gambi..Serasa CCZ, kalau mereka akur dan berikan pendapat tentang kekalahan dengan sopan, rasional dan tidak menyalahkan mana-mana pihak tentu sahaja imej mereka akan naik melebihi BN. Tetapi CCZ lebih suka mereka bertindak seperti ini kerana tindakan inilah yang membuatkan rakyat sedar bahawa pembangkang lebih sesuai emnjadi pembangkang bukannya pemimpin.

    ReplyDelete
  2. salam hormat bro

    benar = wali cabok & the geng lebih pecayakan komunis kit siang dari qada & qadar tuhan

    bohong = kalau wali cabok & the geng tak pecayakan kekuasaan wang ringgit dari islam. buktinya rm4 juta!

    sebab tu ramai hartawan dan kayawan dari kalangan org atasan pas bermati-matian mempergunakan islam ke atas rakyat demi nak menghalalkan matlamat.

    bodow punye tok garu!

    ReplyDelete
  3. yang gambi-permohonan ulamak mereka berkerja dengan syaitan pun ok,Allah pun buka jalannya atas permohonan itu.tengok macam perak meroyam tak habis-habis dan datang bala baru pula diPK Hulu Selangor.kemungkinan bulan Ramadhan akan datang Allah tutup /rantai segala setan-setan ini,senyap sikit kut?.

    ReplyDelete
  4. Salam,
    Mereka sengaja menyatakan SPR yang merancang itu semua. Mana masuk akal langsung, sudah terima keputusan dan patut terima....

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..