Wednesday, May 12, 2010

UMNO 64 Tahun-jadikan perjuangan untuk rakyat sebagai jati diri-Najib


Anggota UMNO perlu menjadikan perjuangan untuk rakyat sebagai jati diri bagi membolehkan mereka menjadi pemimpin yang dekat di hati masyarakat, demikian kata Presiden, Dato’ Sri Najib Tun Razak.

"Untuk kita sentiasa menjadi pemimpin yang dekat di hati rakyat, buatlah usaha, program sepanjang masa, sepanjang zaman... bukan dekat pilihan raya baru ke hulu ke hilir siapkan data peribadi”, katanya ketika berucap pada majlis sambutan ulang tahun ke-64 UMNO di PWTC.

"Kerana sayangkan UMNO, sanggup berjuang habis-habisan. Sayangkan UMNO mesti jadi pejuang yang dekat di hati rakyat dan sentiasa memperjuangkan kepentingan rakyat"

“Semangat sayangkan parti seperti itu wajar dijadikan contoh dan pegangan anggota parti, tidak kira tua atau muda bagi memastikan parti itu terus disegani” Klik


Komen AYG ; kawan amat bersetuju dengan ungkapan Dato’ Sri Najib bahawa UMNO sebagai antara parti politik terbesar perlu ada kesedaran dan keinsafan bahawa ia masih belum berada di tahap bebas daripada ancaman khususnya selepas dilanda ‘tsunami politik’ dua tahun lalu.

UMNO tidak boleh menjadi sebuah parti yang terperangkap dengan golongan tertentu sahaja, tetapi perlu memberikan fokus kepada rakyat yang merupakan kunci kemenangan.

Kepimpinan UMNO perlu sentiasa dekat dengan rakyat, perlu menunjukkan bahawa UMNO adalah parti yang berjuang untuk rakyat disamping membuat imej baru yang perlu dijana kerana semangat juang anggota parti yang agak menurun pada PRU ke 12.

Sebagai peneraju Barisan Nasional, kepimpinan UMNO sama ada diperingkat tertinggi, bahagian mahu pun cawangan, perlu mengubah cara pendekatan kepada rakyat dengan pemikiran serta budaya yang baru.

Bukan sekadar gah dan bergaya ketika meraih sokongan dikalangan anggota parti untuk memenangi jawatan dalam parti atau menjadi ‘hero’ apabila bertarung sesama anggota parti sahaja, tetapi harus juga bijak, berani dan bergaya untuk memenangi hati rakyat pelbagai peringkat.

Perlu diingat, pemikiran rakyat sudah pun berubah sejak PRU ke 12 lalu, rakyat sedang mencari satu pautan dahan yang kukuh untuk menentukan senario politik mereka. Tidak dinafikan, apabila rakyat dalam keadaan terdesak, kesusahan akan memilih siapa sahaja sebagai pemimpin atau apa saja parti selain dari UMNO, inilah kenyataan yang perlu diselami serta hayati.

Rakyat, khususnya orang Melayu bukan tidak sedar bahawa parti PAS dan PKR seolah-olah telah menggadaikan maruah bangsa Melayu apabila bersekongkol dengan DAP. Rakyat tahu dan sedar, tujuan PAS dan PKR berbuat begitu semata-mata untuk meraih undi dari kaum bukan Melayu.

Kepimpinan UMNO peringkat Bahagian dan cawangan perlu mengambil langkah-langkah mengwujudkan satu dimensi baru dalam parti, pendekatan UMNO bukan lagi hanya berfungsi untuk masyarakt Melayu sahaja, tetapi harus juga memberi keutamaan untuk menyelesaikan masalah rakyat pelbagai kaum.

Anggota serta kepimpinan UMNO perlu lakukan perubahan ini, jangan asyik memikirkan masalah-masalah dalam kelompok anggota parti atau kroni pemimpin parti sahaja…..

Jangan dinafikan UMNO masih berada dalam keadaan sukar untuk memulih keyakinan rakyat, bukan sahaja dari kalangan Melayu, malah bukan Melayu juga. Rakyat kini mahu melihat perubahan dalam UMNO sebagaimana yang disarankan oleh Presiden parti untuk membawa kembali kekuatan UMNO dan BN dalam PRU ke 13 akan datang…
.



10 comments:

  1. salam bro,

    Kwn samgat setuju UMNO tidak harus bias, tidak menegur mana2 ahli yang hanya turun padang bila nak raih undi rakyat. Kita lihat kesungguhan P.Kalamanathan yang bukan ahli umno tetapi kesungguhan beliau untuk menunaikan janji selepas pilihanraya itulah yang sepatutnya menjadi contoh kepada ahli umno yang lain.

    ReplyDelete
  2. Salam Yang gambi..memang benar apa yang dikatakan oleh Presiden UMNO. UMNO perlu berubah luar dan dalam. Jangan ada lagi memonopoli jawatan sehingga menutup kemasukan ahli-ahli UMNO yang baru hanya ekrana takut tergugat. Budaya inilah yang patut dibendung awal-awal lagi.

    ReplyDelete
  3. tak guna kalau DS Najib saja yang berubah tetapi menteri menteri lain masih bertaraf beruk. begitu juga dengan ketua bahagian dan ajk ajk yang gila kuasa.

    segala saranan DS Najib akan jadi tak berguna kalau semua sampah masyarakat ini tak disingkirkan.

    walaupun PR dah lemah sekarang tetapi tak bermakna BN terutama UMNO akan menang PRU nanti selagi sampah sampah ini masih ada.

    ReplyDelete
  4. YG-kebanyakan pandangan oleh kawan-kawan semua setuju dengan luahan hati DSN.sekarang marilah kita mentarbiah semua orang-orang melayu/bumiputra supaya mereka ini sedar dengan tipu daya yang dilakukan oleh puak-puak munafik ini.mari bersama-sama UMNO untuk kebaikan semua.

    ReplyDelete
  5. YG yg kita sedihnya perlembagaan UMNO je yg berubahnya...pemimpin bahagian macam tu juga tak berubah-rubah..tiada program dan tak turun padang selesaikan masalah rakyat :-)....

    ReplyDelete
  6. Assalaamu 'alaikum,

    Sdra Yang Gambi & sdra2 Muslim yg melayari blog ini,

    1 Jati diri Melayu hanya mulia di mata manusia, apatah lagi di sisi Allah, HANYA DENGAN ISLAM.

    2 Jika masih berpolitik [utk mengatur kehidupan] dgn ideologi yg BUKAN drp lslam, masih mendukung fahaman2 Sekularisme, Demokrasi, Kapitalisme, masih tegar dgn fahaman assobiyyah [termasuk partisme, nasionalisme, patriotisme, kaumisme, wathaniyyah, puakisme, kelompokisme, dsb], sebagai tuntunan perjuangan politik, tidak akan ada lebihnya Melayu drp kelompok2 lain. Bahkan, bukankah Melayu dari berbagai-bagai aspek [kecuali akidannya] sudah demikian hina, termasuk lebih hina drp kaum kafir sendiri? Walhal Melayu dibekali-Nya al-Quran dan as-Sunnah [lslam].

    3 Ketika kaum kafir beriman kpd segala isme2 kufur tersebut - yg tidak bersumber drp al-Quran - sebagai sistem pengatur kehidupan, kaum Muslim juga melakukan hal yg sama. Walhal, kaum Muslim [termasuk bangsa Melayu] hanya akan Allah tinggikan martabat dan kehormatan mereka jika mentaati perintah-Nya SWT: 'Yaa aiyuhallazina aamanu ud'huluu fissilmi kaffah [Wahai orang2 yg beriman [termasuk kitalah tu, Melayu..] masuklah kamu ke dalam lslam secara kaffah [keseluruhan]'.

    4 Maksud 'kaffah' itu mencakup perintah menjadikah lslam sebagai ideologi, iaitu pandangan hidup, tuntunan pola jiwa & pola fikir dan rumus2 yg di atasnya dibina pangaturan sistem politik, undang2, ekonomi, bernegara & pemerintahan, sosial dsb, iaitu hidup dlm sistem syariah.

    5 Bukankah dlm kaedah berpolitik, umat Muslim yg dimuliakan Allah ini telah ditinggali contoh-teladan paling agung oleh Rasulullah SWT melalui perilaku baginda ketika mendirikan & mermeintah Negara lslam di Madinah? Tapi, kenapa Melayu masih teraba-raba mencari kemuliaan, walau di bumi nenek moyang sendiri?

    6 Semuanya kerana warisan berpolitik & sistem bernegara Rasullah SAW ikutan mereka tidak mereka jadikan ikutan. Bukan kaedah Nabi SAW berpolitik, bernegara & mengatur sistem kehidupan yg umat Muslim [di seluruh dunia] lakukan sekarang. Di mana2 pun juga kaum Muslim [termasuk Melayu di Malaysia] terus mewarisi & mempertahankan sistem tinggalan pejajah kafir yg akhirnya hanya memecah-belah mereka ke dlm berbagai-bagai parti politik yg berbalah & bermusuhan sesama Muslim. Bukankah itu yg sedang marak sekarang: UMNO vs PAS vs PKR? Kita amat membenci divide and rule penjajah British. Tapi, kita kini berpecah & bebalah demi berebut kuasa yg tidak bermatlamat utk menerapkan syariah lslam pun, baik oleh UMNO, PAS mahupun PKR.

    7 Tiada kemuliaan tanpa lslam; tiada lslam tanpa syariah; tiada syariah tanpa Daulah Khilafah.

    Wahai sdra2 Muslimku, mari ke arah itu.. dan itu sahaja yang memberi kemuliaan kepada jati diri Melayu.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  7. Salam sahabat2 bloggers semua.Kita sepatutnya menolak pemimpin pemimpin UMNO yang tidak berjuang untuk bangsa.marilah kita menolak pemimpin pemimpin yang hanya berpolitik untuk kepentingan peribadi.Kita perlu politik wang.Dan kita juga perlu mentarbiah perwakilan.Agar mereka tidak menerima calon2 yang menghulur.

    ReplyDelete
  8. Salam,

    Apa yang UMNO perlu buat sekarang adalah buat satu dasar yang menguntungkan rakyat bukan menguntungkan diri sendiri dan kroni.

    JIka rakyat mendapat untung sudah pasti satu masa nanti kepercayaan rakyat kepada UMNO akan kemblai seperti dulu.

    ReplyDelete
  9. I enjoyed reading your blog thanks.

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..