Thursday, May 6, 2010

Titah Sultan Selangor-Dr Hasan Ali kata, “ini adil”, Nik Aziz kata, “baso bodo, payoh nak ajar”


“ baso bodo, payah nak ajar”…..Nik Aziz, Mursydul Am PAS, tidak berganjak dari pendiriannya sebelum ini menyifatkan larangan Sultan Selangor itu adalah satu peninggalan penjajah dan ajaran karut, walau pun Nik Aziz tidak menyebut siapa yang dimaksudkan dalam ceramahnya di Kubang Batang, Wakaf Baru. Klik

"Saya rasa ini adil, sebagai exco yang menjaga bahagian hal ehwal Islam di negeri ini, saya rasa peraturan itu sangat munasabah”, Begitu pula kata dari Dr Hasan Ali, Exco hal Ehwal Agama Islam Selangor.

Kata Dr Hasan Ali, larangan masjid di Selangor dijadikan 'gelanggang politik' adalah selaras dengan Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989 dan kalau ini dibenarkan, akan menimbulkan huru-hara, haru biru, bertentangan dengan semangat keutuhan masjid, yang ditegakkan hanya untuk menggamit manusia ke arah keamanan. Klik

YG; Nik Aziz sudah terlalu tertekan dengan keritikannya terhadap Sultan Selangor supaya masjid tidak dijadikan medan politik.

Nik Aziz cuba menuduh Perdana Menteri serta media yang mahu melaga-lagakan dia dengan Sultan Selangor dengan alas an kenyataannya itu bukannya merujuk kepada titah Sultan Selangor.

Bagimana pula dengan pendirian Dr Hasan Ali ?

Tidakkah kata-kata Dr Hasan Ali itu bercanggah dengan pendapat Mursyidul Am PAS ?

Tidak takutkan Dr Hasan Ali dengan tindakan-tindakan yang bakal dikenakan oleh Nik Aziz ?

Kalau begitu, benarlah bahawa Nik Aziz melakukan pengingkaran yang serius dan penghinaan kepada Sultan Selangor…..

Kadang-kadang rasa hendak tergelak juga bila mengenang semula perangai Mursyidul Am PAS ini yang kerap sangat mengukum apa orang lain semua salah tetapi kalau dia yang buat, dia yang cakap semuanya betul.

Biasalah, Nik Aziz akan sentiasa mengaitkan agama dan sunah Nabi setiap kali hendak membela dirinya, dalam kes Anwar pun dia kaitan agama dan sunah Nabi bagi melarang Anwar membuat sumpah Syarie macam si Saiful dalam tuduhan liwat……

Kawan tidak boleh lupa dengan kata-kata Nik Aziz terhadap penyokong-penyokong UMNO, ‘‘tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO. Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur”.


8 comments:

  1. tak tau mana satu betul mana satu salah..


    My latest entry : Drogba Dan Ronaldo Jadi Model Seluar Dalam

    ReplyDelete
  2. Ni lah ciri2 org tua tgh buang tebiat, da nak mampus lah ni. Betul wei...N.jis ni da nak mati da....syukur lah klu ko mampus N.jis...aman satu Malaya ni, baru betul 'Selamatkn M'sia' ni...

    ReplyDelete
  3. jika kata & arahan itu bukan datang dari sekutunya mungkin dianggap satu dakyah,
    Dan mereka anggap DYMM Sultan seperti pemimpin2 parti politik lain.

    DAULAT TUANKU.

    ReplyDelete
  4. salam hormat bro

    wali selipar mulut celupar. zaid pun makin bengong. rasanya mlm jumaat ni si kaki botol tegok whisky sbb nak hilangkan frust cenonggeng dia
    ekekeke

    ReplyDelete
  5. Beginilah jadinya kalau merasakan diri lebih galamor, lebih gah kerana kononnnya ramai penyokong sehingga lupa diri dan rasa diri lebih besar dari pemerintah tertinggi negeri........

    ReplyDelete
  6. Salam Bro,

    Tapi Nik Aziz lupa "duit plastik"/kad kredit lagi power wo....

    ReplyDelete
  7. suruh DNA buka balik surat Al-Taubah ayat 107 hingga 110.dan buat kajian dengan kepala yang tenang.jangan terlalu ikut hawanafsu hingga pandangan orang lain semunya tak betul.ingatlah kita ni hamba Allah.jangan terlalu ego-kerugian yang menanti.lepaskan hal-hal dunia ni pada yang muda dan bertenaga.jangan jadi anjing dengan bayang-bayang.

    ReplyDelete
  8. salam.... arena politik skrg membuatkan saya terfikir apa sebenarnya politik ni,sdgkan apa yg sy tahu selama nie kuasa politik yakni rakyat laa yg telah merdekakan bumi malaysia bertuah ini, tp malangnya apa yg berlaku sekarang sebaliknya pergaduhan ahli politik sedang memecah belahkan perpaduan malah sdg membawa ke arah kehancuran...

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..