Thursday, May 20, 2010

JAG-mengapa hanya desak Bung Moktar saja ?


Kumpulan bertindak untuk kesetaraan gender (JAG) mendesak supaya Bung Moktar Radin mengosongkan kerusi parlimennya kerana melanggar undang-undang ekoran berpoligami tanpa kebenaran.

Jurucakap JAG, Maria Chin Abdullah berkata kononnya Bung Moktar, Ahli Parlimen BN Kinabatangan itu telah melanggar undang-undang serta memberi mesej yang tidak baik dan tidak sepatutnya mewakili rakyat Malaysia lagi.

Bung Moktar Radin juga dikatakan telah berpoligami tanpa kebenaran juga merupakan satu bentuk penghinaan kepada golongan wanita. KLIK

AYG ; tahniahlah kepada aktivis JAG yang telah berhempas pulas memperjuangkan nsib kaum wanita sehingga dapat menganjurkan demonstrasi dihadapan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

Sebelum ini belum ada lagi demonstrasi serupa ini dilakukan oleh mana-mana NGO’S mendesak seorang Ahli Parlimen atau ADUN meletakkan jawatan kerana berpoligami tanpa kebenaran Mahkamah atau isteri pertama……

Yang kawan peliknya, mengapa JAG sasarkan kepada Bung Moktar Raden sahaja ?

Apakah kerana Bung Moktar bernikah dengan artis cantik macam Zizie ?

Apakah kerana Bung Moktar terlalu lantang dalam Parlimen ?

Apakah kerana Bung Moktar seorang Ahli Parlimen UMNO-BN ?

Kalau tidak, mengapa JAG tidak membuat sebarang bentuk bantahan, demonstrasi mendesak mana-mana Wakil Rakyat atau mana-mana individu yang telah membuat penganiayaan terhadap kaum wanita ?

Kenapa JAG tidak desak Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Ahli Parlimen PAS dari Kelantan telah dikenakan hukuman penjara dan denda oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu kerana berkahwin dengan seorang wanita Kemboja tanpa kebenaran ?

Macammana pula dengan ADUN PAS, kawasan Melor, Wan Ismail Wan Jusuh ?Bukankah Wan Ismail juga berkahwin tanpa kebenaran ? dan hebuh pasal tuntutan cerai dan nafkah jutaan ringgit dengan bekas isterinya juga seorang wanita muaalaf dari Kemboja.

Masakan hanya Bung Moktar saja yang kena ambil tindakan sebegitu, JAG kenalah mengambil tindakan yang adil kalau benar-benar ikhlas untuk membela nasib kaum wanita.

Banyak lagi perlakuan penganianyaan terhadap kaum wanita, yang JAG perlu membuka mata, banyak kesah wanita-wanita yang dipaksa jadi pelacur, dijadikan barang dagangan.

Tidak kurang juga kanak-kanak permpuan umur 9-10 tahun yang dipaksa berkahwin……

Kalau JAG benar-benar ikhlas dan telus hendak membela, bukalah mata seluas-luasnya, jangan sekadar mencari kes-kes yang boleh mendapatkan publisiti besar sahaja…….




12 comments:

  1. biasala..nk tumpang populariti..mata cuma nmpk 1 je..

    ReplyDelete
  2. Kalau puak dia buat semua ok je dan dihalalkan...api sekiranya perkara yang sama dilakukan oleh puak yang tak seharuan dengan mereka mula laa menyalak cam anjing...ni lah perangai yang disematkan didalam dada penyokong dan pemimpin pembangkang...JAG tu pe benda..baru diujudkan 2-3 hari ni ke...

    ReplyDelete
  3. Atau perjuangkan hak wanita yang jadi perempuan simpanan Lim Kit Siang atau Chua Soi Lek?

    Porn star at work

    ReplyDelete
  4. Dalam Islam, Bung Mokhtar boleh bernikah dgn berapa org perempuan yg dia mahu tapi tak lebih dari 4 tau !( kawin tau bukan simpan ) kerana dia berkemampuan. Dalam Islam kalau kita dah layak dan mampu kita boleh teruskan utk bernikah sampai 4 asalkan kita kena adil ( bukan adil mcm PKR tu lak ). Yg dok gawat ni adalah hukum manusia yg telah ditulis oleh manusia sendiri. Masalah nya Bung tak minta kebenaran dari pejabat agama je. Tak lah berat sangat. Berat ke ?

    At least mau juga dia menikah dgn pelakun tu cara ISLAM, hantam nya dia simpan je mcm mana. Dari sini kita dah tahu dia memang ada prinsip. Dah berkenan terus nikah jadi tak lah buat maksiat kalau di simpan nya pelakun tu. Mana kita mau ? Jadi tak salah dia menikah berapa pun asalkan dia mampu. Bab cerita dan hukum dunia ni pandai pandai lah melalui nya. Apa pun hukum dan kehendak ALLAH wajib di ikuti dahulu.

    Semoga perkahwinan Bung Mokhtar ini akan terus kekal hingga ke akhir hayat dengan penuh kerahmatan dari ALLAH.

    Buat Menteri Wanita , badan badan NGO dan kawasan yg sewaktu dengan nya, tak payahlah hampa nak risau dari perkahwinan Bung ni, taulah dia membahagikan masa dan tanggong jawapnya keatas isteri-isteri nya. Seperti kata Ahmad Nisfu dlm madu 3 " Jamil sekarang kau dah tambah lagi 1 rumah, jadi pandai pandailah kau menjaganya, biar adil tau "

    ReplyDelete
  5. JAG ini kadang kala macam pelacur lagak nya

    ReplyDelete
  6. aku tak salahkan Bung Moktar. Itu rezeki dia yg Allah bagi. Kalau Allah tak bagi, mana mungkin zizie terbuka hati walau sekaya mana pun dia. Tak perlu JAG nak campur urusan peribadi dia.

    ReplyDelete
  7. ntah-ntah yang demo tu sendiri tgh dahaga kot? aku dengar kat kl banyak casanova yang cari makan.

    hehehehe

    aku pun belum kawin
    lagi SATU! HEHEHE
    aku yang bingai

    ReplyDelete
  8. Terima kasih sahabat semua respon dengan artikel ini, sama-sama kita nilai segala kebenarannya kalau ada pihak yg hendak membuat demonstrasi atas dasar perihatin.....tetapi hakikat sebenarnya hanya Allah saja yang tahu... kita doakan agar Bung Moktar Radin bahagia bersama pasangan-pasangan yang dicintainya serta terus gigih berkhidmat untuk rakyat dalam kawasannya....

    ReplyDelete
  9. Dalam pas lagi ramai yg kahwin senyap senyap tapi kerana pas semua nya ulamak bagi mereka bolih sampai bini dalam pantang pun mereka balas tak bagi disepak terjang sepatut nya JAG desak sama puak pas yg sudah kena tindakan mahkamah jangan kerana Bung Mokthar org UMNO kamu suka suka suruh org letak jawatan sepatut nya kamu nilai diri kamu sendiri muking kamu cemburu sebab Bung Mokthar menikah dengan pelakon jelita yg putih gebu.

    ReplyDelete
  10. Bung Mokhtar memang layak berpoligami cuma gagal mendapatkan kebenaran isteri tua dan mahkamah. Banyak lagi kes kahwin senyap yang dihebohkan atau dirahsiakan. Ini kes kecil bagi Bung beliau memang layak dan mampu membahagiakan Zizi.

    ReplyDelete
  11. Pak, mau tiru pelekat boleh kaa? heheheeh

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..