Sunday, May 30, 2010

Jejak Aspirasi-Dato’ Mohd Shafri meluangkan masa mendekati serta bermesra dengan rakyat


YB Dato’ Mohamad Sahfri Abd Aziz, Exco Kerajaan Negeri Pahang merangkap ADUN Bukit Ibam telah meluangkan masa untuk bersama-sama mengisi ruang program Jejak Aspirasi anjuran Seranta (FELDA), Jabatan Perdana Menteri di Felda Keratong 1 dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Bukit Ibam, Pahang.

Berucap semasa majlis perasmian program serta bacaan yasin bersama AJK Gerakan Perkumpulan Wanita (GPW) Felda Keratong 1, 2, 3, 4 dan 5, Dato’ Mohd Sahfri menjelaskan konsep 1 Malaysia yang dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak adalah semata-mata untuk menyatukan rakyat pelbagai kaum, hidup harmoni, bersama-sama menikmati pembangunan negara berpandukan Rukun Negara serta berlandaskan kepada Perlembagaan Negara.

Di kesempatan yang ada, Dato’ Mohd Sahfri bermotorsikal pergi menziarahi masyarakat setempat terdiri dari peneroka-peneroka Felda Keratong 1 dan 2 yang sedang menghadapi sakit kronik serta menyampaikan sumbangan berbentuk barangan keperluan dan kerusi roda kepada yang memerlukan.


Dato’ Mohd Sahfri juga berkesempatan menghadiri majlis kenduri kahwin anak peneroka Felda Keratong 2, En Abd Karim Ibrahim serta beramah mesra bersama tetamu-tetamu yang hadir.




3 comments:

  1. SLM BRO..SYABAS KAT DATO MOHD SHARIF..TERUSKAN USAHA MURNI DGN IKHLAS TANPA KENAL JEMU. RAKYAT SETEMPAT SUDAH PASTI MENILAI KPI DATUK

    ReplyDelete
  2. salam YG,

    Taniah YB Dato' Safri dapat bertemu penggundi semoga kerja yang baik ini diteruskan.UMNO Pahang akan kuat di atas kerja dikalangan ahli-ahli UMNO.

    ReplyDelete
  3. salam,
    datuk safri ni cuma port kat area keratong je,tempat lain jarang...jarang sangat:)tak tau la kalau tetiba dapa KPI cemerlang plak nanti..apa2 bleh jadi,agaknya dia ni adun keratong je kot:)

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..