Monday, May 24, 2010

Peneroka FELDA lebih bodoh dari penghuni rumah panjang di Sibu


“Penduduk rumah panjang lebih cerdik daripada peneroka FELDA” (rujuk di sini)

Begitulah ungkapan dari Neo Chee Hua, Assistant Editor Merdeka Review, kerana penduduk rumah panjang di Sibu kononnya tidak terperdaya dengan umpan dan gula yang ditabur Barisan Nasional sepanjang tempoh kempen pilihan raya.

Peneroka Felda Sungai Buaya menjadi bodoh semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor kerana termakan dengan janji BN yang menawarkan RM50 ribu seorang untuk peneroka FELDA dalam kawasan tersebut, itulah dilihat sebagai faktor utama BN menang.

Pada 23 April 2010, Dato’ Sri Najib mengumumkan sebanyak RM50 ribu akan diberikan kepada 363 orang peneroka FELDA Sungai Buaya sebagai pampasan tanah. Idiqa Holding Sdn Bhd yang bertanggungjawab untuk melangsaikan wang pampasan telah memberi RM1000 setiap seorang dan baki RM49 ribu yang akan diberi selepas pilihanraya kecil.

Dato’ Sri Najib juga berjanji untuk membayar pampasan RM160 ribu bagi setiap ekar tanah, dengan syarat kerajaan negeri Selangor wajib dikembalikan ke dalam tangan BN supaya pembangunan berjalan lancar.

Dakwa Neo Chee Hua itulah menjadi pertukaran antara undi untuk politik UMNO, dengan kepentingan ekonomi penduduk Melayu di luar bandar.

AYG ; Apakah bodoh seseorang peneroka Felda kerana menyokong atau mengundi Kerajaan UMNO-BN yang memberi mereka satu kehidupan keluarga yang sempurna ?

Bagi kawan, adalah lebih malang dan bodoh jika peneroka Felda itu percaya dengan kata-kata serta janji-janji munafik pembangkang yang tidak memberi apa-apa kepada mereka.

Apakah dengan tulisan Neo Chee Hua itu dilihat seolah-olah tidak mahu melihat taraf ekonomi orang-orang Melayu terjaga, khususnya peneroka-peneroka Felda ?

Pendapat kawan, telah menjadi adat orang-orang Melayu turun temurun bahawa sifat ‘membalas budi’ dan ‘mengenang jasa’ itu telah menjadi amalan mereka, ibarat kata ‘orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita sama-sama merasa’.

Tidak tahu pula kalau dipihak kaum Cina, India atau kaum-kaum lain yang tidak ada amalan seperti ini……. atau pun macam juak-juak pembangkang yang telah dilatih, diajar dengan sikap tidak perlu ‘berterima kasih’ kepada yang berbudi…..

Apakah pendapat Neo Chee Hua kalau DAP memerintah atau komunis macam PKM (Parti Komunis Malaya) memerintah Malaysia selepas merdeka akan memikirkan macam mana UMNO untuk mengwujudkan FELDA sebagai satu agensi membangunkan ekonomi orang-orang Melayu-Bumiputera ?

Jangan kerana sebahagian besar dari kalangan peneroka Felda adalah orang Melayu-Bumiputera, maka Neo Chee Hua melebelkan mereka bodoh kerana berterusan menyokong UMNO-BN……

Perlu diingat, 17 tahun lalau peneroka-peneroka Felda Sungai Buaya telah memohon keluar dari pengawalan FELDA kerana telah menjual semua tanah-tanah mereka untuk dibangunkan…….entah apa malangnya projek itu tergendala.

Tetapi mengapa selepas berkuasa di Selangor, kerajaan DAP-PKR-PAS langsung tidak berusaha memikirkan untuk membela nasib bekas-bekas peneroka Felda di Sungai Buaya ?

Mengapa kerajaan DAP-PKR-PAS di Selangor tidak berusaha mencari syarikat-syarikat yang mampu melaksanakan projek untuk mereka ?

Apabila UMNO-BN dapat menyelesaikan masalah serta memberi mereka pengharapan, maka UMNO pula dituduh merasuah mereka dan peneroka Felda ini dilebelkan bodoh oleh Neo Chee Hua….

Adalah lebih bodoh dan dungu sekiranya peneroka-peneroka Felda itu masih berada di dalam FELDA jika merasakan diri mereka tertipu oleh FELDA-Kerajaan UMNO-BN………..



14 comments:

  1. SLM BRO..ITU PUN MASIH ADE MAKHLUK PARTAI PISS YG SUKE JADI TALI BARUT MENJALANKAN AGENDA BUSUK PUAK DEEAYYPEE DI FELDA2 SELURUH NEGARA!..ADOIYAII

    ReplyDelete
  2. "Adalah lebih bodoh dan dungu sekiranya peneroka-peneroka Felda itu masih berada di dalam FELDA jika merasakan diri mereka tertipu oleh FELDA-Kerajaan UMNO-BN……….."

    x paham teks ni...huhuhuhu

    Tolong SD Cari Nama Domain SD Denagn komen Di Post Ini

    ReplyDelete
  3. Cina Komunis memang kejam. Kalaulah mereka berjaya mentadbir Malaysia di peringkat Persekutuan, sudah tentu Melayu melukut di tepi gantang di negara sendiri.

    Members of Illuminati.

    ReplyDelete
  4. Jeffry, nursarah, wakeUP, terima kasih dengan komen tuan-tuan....

    SD, betullah tu, kalau kita dah tahu orang telah menipu kita, bodoh sangatlah kalau masih duduk dan tunggu lagi.... cabutlah... macam tulah maksudnya.... bagi peneroka-peneroka Felda yg merasakan diri mereka tertipu. ditipu oleh Felda atau Kerajaan, buat apa tunggu lagi, balik kampung asallah....kenapa membodohkan diri..

    ReplyDelete
  5. penghuni rumah panjang lebih cerdik dari peneroka felda? bukankah dulu hardi boroi kata hak yang duk pakai cawat tu tak cerdik dari orang yang pakai molek? baguslah sokong puak-puak yang hina kita dulu.

    ReplyDelete
  6. oooooo......dah faham dah....Klu ikutkan banyak benda pasal FELDA ni yg kita tak tau....Hari tu ada baca pasal, kenapa surat hutang x keluar, peneroka bulan2 bayar, penyata hutang xda......Skang dah paham....Camne erk kita nak tahu serba serbi pasal hak kita dalam FELDA????

    ReplyDelete
  7. Salam Yang Gambi..Nampaknya yang begitu mehamburkan nista tentunya dari mereka yang bergelar generasi muda. Siapakah generasi muda? Mereka yang celik mata sudah tidak kenal lagi rasa ubi kayu dan berada dalam kesusahan. Kesusahan bagi mereka ialah bila wang tak cukup. Maka salah siapa? Salah Kerajaan. Tahniah generasi muda Melayu yang sudah tidak perlu merasa garam. Anda semua pejuang Melayu moden. CCZ yakin sekiranya Malaysia menjadi Singapura pun tak mengapa sebab itu yang anda mahu. Tahniah!!

    ReplyDelete
  8. Kenyataan Neo Chee Hua ini sebenarnya nak mengatakan kebodohan orang-orang Melayu-Bumiputera kerana masih menyokong UMNO....Neo tidak mahu UMNO berterusan membela nasib orang-orang Melayu melalui agensi macam FELDA, dia tidak mahu melihat orang-orang Melayu maju dalam ekonomi....

    Terima kasih sahabat semua respon dan memberi komen..

    ReplyDelete
  9. bodoh bagi kefahaman Cina berkenaan adalah kerana tidak menaikkan DAP. Dan apabila PAS dan Melayu dalam PKR juga tidak menyokong DAP seandainya ditakdirkan depa berjaya memerintah Tanah Melayu, depa juga akan dikatakan bodoh, bahlol, bangang dan tongong piang...

    Hakikatnya, segala kebodohan akan diletakkan atas bahu Melayu, terutama Melayu-Melayu yang memegang aset utama iaitu tanah... sebab itulah, kebanyakan tentera-tentera psywar DAP mensasarkan Melayu Felda, Melayu Kampung, Bumiputera yang memiliki tanah adat, sebagai bodoh kerana tidak menjadikan Cina DAP sebagai pemerintah mutlak...

    Dan Melayu akan terus dikatakan bodoh walaupun selepas ini menyokong DAP sepenuhnya selagi depa ada tanah!

    ReplyDelete
  10. memang benar PR tidak lain hanya menggunakan isu untuk menunjukkan kononnya mereka pembela rakyat. Tetapi malang bagi penduduk felda yang telah menjual tanah mereka, puncanya kerana kerakusan untuk mendapatkan kesenangan sementara.

    PR menggunakan kesempatan ini untuk memainkan isu rasuah dan sogokan daripada kerajaan agar dapat mengalihkan perhatian rakyat terhadap kelemahan pentadbiran mereka selain menunjukkan bahawa mereka kalah dalam prk hulu selangor disebabkan masalah rasuah, bukan kerana rakyat sudah menolak pakatan mereka.

    ReplyDelete
  11. Tapi nasib melayu kat pulau pinang macamana pulak tempat peniaga melayu di runtuhkan ini yang bangsa cina dap buat bila depa dapat tadbir negeri.

    ReplyDelete
  12. Sebenar melayu telah dipergunakan oleh PKR dan PAS. DAP hanya mahu ingin berkuasa di Malaysia ini, apa akan jadi melayu di dalam negara ini, jika kuasa ini kepada Pakatan Rakyat. Anwar cuma ditarik hidung oleh DAP juga.

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..