Saturday, May 8, 2010

Mahkamah tolak saman anak Nizar – ‘PPSMI tidak bercanggah dengan Perlembagaan’


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak saman pemula oleh empat pelajar termasuk anak bekas menteri besar Perak untuk mengisytiharkan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) di sekolah sejak 2003 sebagai batal dan tidak sah.

Keputusan tersebut dibuat setelah mendapati surat pekeliling ikhtisas yang dikeluarkan berhubung PPSMI di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil, tidak bercanggah dengan Perlembagaan. Klik di sini

Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa anak Nizar Jamaluddin, bekas Menteri Besar Perak telah menyaman Kerajaan Malaysia menentang PPSMI pada tahun 2006.Saman pemula tersebut difailkan oleh Mohammad Syawwaal Mohammad Nizar, 10; Mohammad Fadzil Nor Mohd. Rosni, 15; Nur Najihah Muhaimin, 15; dan Syazaira Arham Yahya Ariff, 16, melalui bapa masing-masing.Dalam saman tersebut, mereka menuntut perisytiharan bahawa Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 11/2002 bertarikh 27 November 2002 adalah tidak berperlembagaan, tidak sah, terbatal dan tidak mempunyai sebarang kesan.

Mereka menuntut perintah mengarahkan defendan supaya menukar semula dasar tersebut menurut kehendak dan peruntukan perlembagaan serta undang-undang bertulis dengan alasan pelaksanaannya dibuat tanpa mengambil kira peruntukan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan (iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan) dan Akta Bahasa Kebangsaan 1967 serta Akta Pendidikan 1996.

YG ; Bagaimana pencapaian Mohamad Syawwaal dalam peperiksaan UPSR pada tahun 2008 ? Dan bagaimana pula dengan keputusan peperiksaan PMR bagi Mohammad Fadzil dan Nur Najihah pada tahun tersebut ? Bagaimana pula khabarnya dengan keputusan peperiksaan SPM bagi pelajar Syazaira pada tahun 2007 ?

Sekiranya mereka-mereka ini mencapai keputusan yang cemerlang bagi menghadapi peperisaan tersebut, kawan rasa tidaklah mendatangkan kesan-kesan negative terhadap mereka di atas perlaksanaan PPSMI.

Tetapi sekiranya mereka gagal mencapai kecemerlangan, itu bukan bererti mereka gagal kerana pelaksanaan dasar pembelajaran matapelajaran Sain dan Matematik, tetapi kerana mereka sudah awal-awal tidak berminat dengan dasar PPSMI…..

Kalau tidak masakan seusia mereka telah menyaman kerajaan kerana melaksanakan dasar PPSMI yang kononnya telah menyebabkan mereka tercicir dalam mencapai kejayaan di kedua-dua mata pelajaran itu, sedangkan mereka masih lagi belum menghadapi peperiksaan pada waktu itu.

Keempat-empat pelajar yang telah dipengaruhi ideology poltik ibubapa mereka mendakwa telah dipaksa belajar dan diajar bagi kedua-dua mata pelajaran itu dalam bahasa Inggeris tanpa kerelaan mereka. Mereka juga mendakwa Kerajaan UMNO-BN tidak menitikberatkan serta telah mengabaikan tanggungjawab mendaulatkan Bahasa Melayu.

Kawan rasa, tindakan keempat-empat pelajar ini bukan kerena mereka tidak mampu menerima pembelajaran tersebut tetapi lebih kepada pengaruh ibubapa yang sanggup menipu rakyat demi kepentingan politik yang berfikiran sempit.

Kerana kepentingan politik, mereka telah dipergunakan oleh ibubapa mereka dengan tujuan untuk berbohong kepada rakyat kononnya merekalah sebagai pejuang bahasa Melayu tetapi bukan pejuang bangsa Melayu.

Kawan amat setuju dengan hujah-hujah dalam blog Tun Faisal yang banyak menyentuh tentang dasar pembelajaran PPSMI di sekolah-sekolah. Klik di sini

Perlu diingat, PPSMI dilaksanakan bukan bererti Kerajaan UMNO-BN telah mengabaikan kedaulatan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan Negara. Kita patut berfikiran lebih terbuka bahawa PPSMI dilaksanakan semata-mata untuk meningkatkan sistem pendidikan Bahasa Inggris di kalangan pelajar khususnya anak-anak Melayu yang banyak ketinggalan dalam bidang ini.

Jikalau mereka-mereka ini ikhlas berjuang untuk memansuhkan PPSMI dengan disokong oleh parti-parti politik khususnya dari DAP, mengapa kebanyakan remaja kaum Cina menganggap mata pelajaran Bahasa Melayu tidak penting bagi mereka ?

Merujuk kepada kajian persepsi remaja terhadap bahasa Melayu oleh Profesor Dr Nor Hashimah Jalaluddin dari Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik UKM dengan kertas beliau berjudul Sosiokognitif dan Penguasaan Pragmatik Bahasa Melayu Remaja Malaysia: Kupasan Ilmiah.

72.1% remaja Cina merasakan bahasa Melayu tidak penting

Tahukah anda, 72.1% remaja Cina merasakan bahasa Melayu tidak penting; diikuti oleh Kadazan 40%, India 37%, lain-lain kaum 31%, Iban 28.8% dan Melayu 23.9%.

Di sini, kita dapat melihat sendiri, bagaimana puak-puak DAP ini bertindak menyokong segala perjuangan yang di bawa oleh ibubapa pelajar terbabit bersama PAS-PKR, sedangkan kaum-kaum Cina sendiri tidak menganggap mata peajaran Bahasa Melayu tidak penting bagi mereka…….. mengapa orang Melayu tidak membuka mata…….


7 comments:

  1. kaum beruk tu bila dah dapat semua kemudahan di malaysia dan bila mereka dah cemerlang mereka akan berhijrah ke negara lain utk mencari gaji yg setinggi yg boleh.semangat kenegaraan pada kaum beruk ini hanyalah mcm kulit kerang.hampas punya bangsa ultrakiasu.

    ReplyDelete
  2. salam hormat bro

    dah lama dah puak gerombolan pakatan sesat ni menentang pembaharuan dalam bidang pengajian rendah mahupun tinggi

    apa saja yang cuba di lakukan kerajaan pasti mereka akan membantah walaupun sudah terbukti melalui pencapaian murid-murid yang semakin meningkat saban tahun

    kenapa mereka sering membantah perkara yang membawa manafaat jangka panjang? kerana mereka hanya memikirkan keuntungan politik jangka pendek sedangkan anak-anak mereka sendiri juga akan merasai peluang pembelajaran kelas pertama yang disediakan oleh kerajaan

    inilah akibatnyajika terlalu taksub mempolitik sesuatu benda yang pada akhirnya 'membodohkan diri dan anak-anak sendiri!"

    ReplyDelete
  3. Anak2 sendiripun digunakan untuk politik...

    Budak2 pun di ajar supaya berpolitik, jangan esok2 mak/bapak yang kena jual sudah lah yeop....

    ReplyDelete
  4. RAM, Akazi, Issac, Nizar kononnya sanggup mengorbankan pelajaran anak semata-mata perjuangan....tetapi sedar atau tidak Nizar sebenarnya tidak hiraukan itu semua kerana dia kaya dan mampu menghantar anaknya belajar ke mana saja.... yg bodohnya pengikut-pengikut yang tiada apa nak bagi anak-anak belajar, semua harapkan bantuan kerajaan UMNO-BN.... Terima kasih dengan komen tuan-tuan...

    ReplyDelete
  5. Kita sedih kerana anak-anak semuda begini diajar membrontak dan anti-estabishment.

    ReplyDelete
  6. salam hormat tuan,

    sy ingin minta link nya dan mohon untuk di link kan ke blog tuan, walaupun masih lagi belajar jauh di seberang, tetapi masih lagi ada waktu nak memerhatikan cerita terkini dan politik negara,
    neutral dalam menafsir dan menilai sesuatu isu..ini link saya

    http://khairul-hafidz-alkhair.blogspot.com/

    khairul hafidz
    YDP Persatuan Pelajar Malysia di Indonesia (PKPMI) Pusat,
    Fakultas Kedokteran UNPAD,
    Bandung , Indonesia
    anak kelahiran mentakab pahang

    ReplyDelete
  7. Khairul, selamat datang ke blog kawan.... terima kasih sekiranya sudi link blog ini.... silakan dan selamat belajar...

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..