Sunday, May 9, 2010

Najib-jangan wujudkan kelompok dalam UMNO


Dato' Sri Najib Tun Razak mengingatkan ahli-ahli UMNO supaya tidak mewujudkan kelompok yang akhirnya membentuk komplot sehingga boleh merosakkan parti.

Kewujudan kelompok dan komplot akan mengakibatkan ahli-ahli parti bermusuh sesama sendiri dan hilang tumpuan untuk berdepan dengan parti pembangkang serta melupakan tanggungjawab terhadap rakyat. Gejala sedemikian akan menjejaskan keupayaan UMNO memenangi pilihan raya umum akan datang.

Ahli UMNO perlu bekerja dalam satu pasukan dan merancang apa saja pelaksanaan yang boleh memberi kebaikan kepada parti dan kepentingan untuk rakyat dan bukannya menjatuhkan sesama ahli.

Kalau ada komplot bererti kita bukan merancang untuk kalahkan musuh tetapi kalahkan kawan kita sendiri dalam parti dan itu adalah penyakit yang merebahkan parti. Sekiranya UMNO rebah, itu bukanlah disebabkan oleh orang atau pihak lain sebaliknya ahli parti sendiri yang sibuk menjatuhkan sesama sendiri. Klik

YG ; Sejauh mana perihatinnya ahli-ahli UMNO, kepimpinan Cawangan dan Bahagian dengan saranan Dato’ Sri Najib selaku Presiden ?

Mungkinkah ungkapan Presiden hanya sekadar untuk menghibur atau sekadar untuk menghilangkan rasa mengantuk ketika berada di dalam dewan ?

Kalau semua ungkapan itu dapat dinilai serta difahami oleh semua ahli-ahli serta kepimpinan pelbagai peringkat, tiadalah komplot, kelompok dan tiada pertelagahan antara dua, tiga atau empat kumpulan dalam UMNO itu sendiri….. tiada pulau memulau, tiada kerat mengerat, pancung memancung di antara kepimpinan cawangan mahu pun Bahagian……..maka tiadalah amalan politik wang…….

Kawan masih ingat, setiap kali berlakunya pemilihan kepimpinan UMNO, sama ada di peringkat Cawangan mahu pun Bahagain, tidak kiralah sama ada Ketua Bahagian akan mempertahankan jawatan atau tidak, maka akan muncullah kumpulan-kumpulan mewakili calon-calon bertanding berkeliaran mencari perwakilan…..

Mungkin, bagi jawatan Ketua tidak akan berlaku pertandingan, tetapi bagi jawatan Timbalan dan Naib Ketua Bahagian pula akan ada pihak, kumpulan, komplot yang tidak akan mahu melihat ada calon-calon yang menang tanpa bertanding.

Di sinilah kita akan lihat bagaimana ahli-ahli UMNO atau para perwakilan akan dipaksa pula untuk memikirkan siapakah yang perlu diberi undi, kumpulan mana atau komplot mana yang perlu diikuti….sekurang-kurangnya mereka ini mengharapkan juga kalau-kalau ada yang bakal menghulur lebih…….

Persoalannya, di dalam situasi politik UMNO terkini, mampukah ahli-ahli UMNO pelbagai peringkat melaksanakan saranan Presiden ?

Apakah soal perebutan jawatan, kewujudan komplot, kelompok, kumpulan atau pasukan benar-benar sudah tidak menjadi agenda utama di kalangan sesetengah kepemimpinan UMNO ?

Alangkah bertuahnya Dato’ Sri Najib selaku Presiden, kalau semua yang disarankan dapat dimanfaatkan oleh ahli-ahli UMNO seluruhnya…… UMNO seharusnya menumpukan perhatian kepada agenda yang lebih besar untuk mengukuhkan semula parti yang menjadi induk kepada orang-orang Melayu.

Perlu diingat, dalam usaha-usaha mengukuhkan UMNO mesti dengan perancangan serta langkah-langkah yang betul untuk meyakinkan rakyat, khususnya orang-orang Melayu.

Terlaksanakah impian Presiden, kalau UMNO itu sendiri penuh dengan pemimpin-pemimpin yang ghairah untuk berebut kuasa, berebut jawatan bagi mendapatkan kedudukan untuk diri daripada memikirkan ke arah untuk mengukuhkan parti itu sendiri.

Terlaksanakah impian Presiden, kalau ada dikalangan ahli-ahli yang tidak sedar yang mereka mesti mengurangkan politiking dan tidak lagi mewujudkan sikap berpuak-puak, berkomplot atau kelompok-kelompok yang boleh menyebabkan UMNO menjadi lemah ?

Mungkin ada yang akan berkata, perebutan jawatan dalam parti selaras dengan amalan demokrasi, tetapi sejauh manakah jaminan ianya tidak akan berlaku perpecahan ?

Kalau disingkap dari masa-masa yang lalu, bukti menunjukkan setiap perebutan jawatan dalam parti telah membawa perpecahan dikalangan ahli-ahli UMNO……...

Kita semua perlu sedar bahawa UMNO kini adalah parti yang dianggap sudah lemah, tidak lagi digeruni, oleh itu wajarlah kalau semua dapat berfikiran sebagaimana Presiden berfikir…............

UMNO adalah parti masa depan kepada orang Melayu dan penentu kepada kestabilan pemerintahan Negara, walau siapa pun menjadi pemimpin di peringkat cawangan atau bahagian, mereka mesti meletakkan perjuangan memartabatkan bangsa, agama dan negara di tempat teratas sekali………




10 comments:

  1. YANG GAMBI,
    semula jadi manusia suka berpuak-puak. Jika diambil zaman Rasulullah pun ada puak Muhajirin, puak Ansar, puak Yahudi dan puak kecil2 diMadinah. DiMekah mereka panggil Bani,kabilah dll, ada beratus-ratus Bani.Mereka bersaing antara satu sama lain dalam bidang ekonomi, kebudayaan, ketuhanan, kawasan, penternakan hatta seni pertahanan diri termasuklah
    kelengkapannya.

    Berpuak dalam umno tidak salah. Yang salah sebagai mana Yang Gambi dan PM Najib sarankan itu adalah puak makan puak. Puak besar telan puak kecil. Puak berduit melenyek puak kurang duit. Puak menang melanyak puak yang kalah. Akhirnya masing2 puak ibarat dayak laut dengan dayak darat. Atau batak berekor, tak dapat tanduk telinga dipulas sesama adhli parti. Sampai masa pilihan raya sudah tentu cas keting.

    Jika semua puak2 bekerja berlawan-lawan antara satu sama lain menuju satu matlamat bahawa UMNO mesti kuat dan menang maka itu lah yang dikatakan sinergi. Oleh itu jadikanlah puak sebagai 'teamwork' bersaing menyerang pintu gol yang sama. Yang Gambi teruskan mengingati orang melayu terutama UMNO kerana sangat degil. TQ

    ReplyDelete
  2. Salam Yang Gambi..dah nama pun politik maka akan wujudlahsemua yang diperkatakn di atas. Cumanya mereka perlu ingat, komplot atau bersaing merebut jawatan biarlah did alam parti sehaja. Selesai pemilihan, bersatu lah hati semual untuk mempertahankan UMNO. Bolehkah agaknya?

    ReplyDelete
  3. salam hormat bro

    julius caesar di bunuh oleh rakan sendiri akibat ketamakan. UMNO kena lah beringat

    ReplyDelete
  4. semua berpunca dari wang. siapa ada banyak duit, maka dialah yang dipilih. caranya mudah saja.taburkan duit supaya mereka dipilih. padahal mereka tu bukanlah mampu bekerja dengan baik.mengampu saja lebih.

    mereka mereka inilah harus disingkir dari umno. hanya pentingkan perut sendiri.

    ReplyDelete
  5. Dato' Azizan, CCZ, Akazi dan YB Raz, satu pandangan yg perlu dihayati oleh pencinta-pencinta UMNO...... terima kasih dengan komen...

    ReplyDelete
  6. ini yang masalahnya dengan umno sekarang. itu yang saya geram tu

    ReplyDelete
  7. Salam bro, proses pemilihan dalam parti diamalkan sejak azali bukti UMNO cukup demokratik, cuma yang penting jika nak dapat jawatan mati - matian, kerja untuk parti dan rakyat pun perlu mati - matian juga.

    ReplyDelete
  8. Salam,

    1 Kalau dikaji-kaji berdasarkan apa yg selama ini beraku di dalam cara berpolitiknya UMNO, seruan DS Najib ini umpama meminta gagak menghilangkan warna hitamnya. Bukankah itu ciri abadinya? Karakter boleh ditukar-ubah, tapi ciri tidak. Ciri kekal. Dan kepuakan adalah ciri alami bagi UMNO; sejak dulu, sekarang dan selama-lamanya. Tanpa bio-technya yg khusus, susah nak buangkan sesuatu ciri khas. Orang boleh berasa marah atau mempertikai kenyataan ini, tapi tidak ada siapa yg dapat menafikan.

    2 Cerita tentang puak2 di dlm UMNO ini, DS Najib lebih tahu lagi drp orang lain. Tapi, menyerukan agar jangan berpuak adalah tugasnya; demi imej baik UMNO di mata rakyat, walaupun politik wang terbukti rampant di dalam UMNO. Untuk tujuan apa politik wang? Utk membina keneutralan atau membeli orang agar masuk ke dalam mana-mana satu puak? Bukankah untk yg kedua? Ketua cawangan tidak ada puakkah? Ketua bahagian tidak ada puakkah? Jika benar tidak ada berlaku kepuakan, seseorang tidak akan 'terangkat' dari serendah2 jawatan ketua cawangan, ke posisi ketua bahagian, dan sampai ke kedudukan paling di dalam parti. Puaknyalah yg menghantar diri seseorang ke situ. ltu realitinya. Bukan sahaja dlm UMNO, bahkan di dalam mana2 parti parti politik pendukung demokrasi pun. Dalam demokrasi, demi majoriti, puak adalah tali hayat. Bagaimana tali hayat dibina, tau-tau sajalah... Kita pun sudah lali dengan cerita politik wang di dlm UMNO. Semua demi kepuakanlah tu..

    3 Sudah berapa banyak pergantian presiden UMNO sejak Dato' Onn?. Dan agaknya berapa kali pula setiap presiden, dlm tempoh jawatannya, menyerukan pesanan yg serupa? ltu tugasnya. Sama ada dia sendiri meyakini seruannya atau tidak, itu soal lain.

    4 Kalau jenis makanan, ini benda basi dalam UMNO, tapi basi yg kebanyakan orang UMNO cukup suka, mahu terus pertahan & melestarikannya, atas banyak sebab yg mereka sendiri tahu, yg mereka sangka orang ramai tak tahu.

    5 Di dlm politik demokrasi, yg dicari adalah majoriti. Kepuakanlah yg menghasilkan majoriti. Dan orang bekerja kuat untuk mendapatkannya. Bagaimana DS Najib meminta supaya jangan ada puak dlm UMNO? Jika tidak ada puak maknanya semua orang neutral, berkecuali. Kalau itu yg terjadi, tidak ada sesiapa yg dapat diangkat menjadi ketua, kerana tidak ada majoriti akibat tiada kepuakan, kerana yg berhak memilih semuanya berkecuali.

    Sama ada 'Yes' atau 'No' kpd kepuakan bagi UMNO, DS Najib lagi lebih maklum.

    ReplyDelete
  9. Abu Faiq, terima kasih dengan komen yang panjang lebar.....terima kasih.

    Kawan tidak nafikan apa yang tuan tulis, tidak dinafikan sukar untuk menghapuskan puak dlm parti tidak kiralah diperingkat mana, kalau tidak masakan seseorang itu boleh diangkat sehingga ke peringkat tertinggi dalam parti.... tapi bukan komplot-komplot yang boleh meosakkan perpaduan dalaman parti...

    Mungkin kawan menafsirkan maksud kata-kata DS Najib selaku Presiden, bahawa jangan wujudnya komplot-komplot dalam parti untuk menjatuhkan individu-individu tertentu dalam jawatan parti, sehingga menimbulkan kekeruhan, cantas mencantas antara penyokong...... mungkin harapan DS Najib juga tidak mahu pihak-pihak yang menang mengenepikan kumpulan-kumpulan yang kalah bertanding sehingga berlakunya perpecahan... tidak salah kan....

    ReplyDelete
  10. Berpuak dalam UMNO adalah kerana pemimpin Atasan yg rakus tamak segalanya serta takut pada bayang-bayang sendiri.. :-)

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..