Tuesday, May 11, 2010

Nizar - UMNO rasis merosakkan perpaduan kaum


Kononnya, kerana telah kehilangan sokongan dari kaum Cina dan India, maka dengan fahaman rasis UMNO telah cuba merosakkan perpaduan kaum yang telah lama wujud.

Justeru itu, maka pakatan-PAS-DAP-PKR tidak akan membenarkan mana-mana pihak yang memainkan sentimen perkauman yang boleh memecahkan perpaduan kaum yang terdapat di negara ini.

Begitulah dakyah Nizar Jamaluddin ketika berucap pada majlis makan malam anjuran pakatan-PAS-DAP-PKR Jerantut, di sebuah hotel baru-baru ini. Klik di sini

YG ; Kalau pakatan PAS-PKR-DAP bukan parti perkauman, bukan rasis macam UMNO, mengapa sampai sekarang DAP masih dengan kaum Cina, PAS masih dengan kaum Melayu ? Cuma PKR saja yang menampakkan parti rojak……..

Kenapa PAS-DAP masih tidak mahu bubarkan parti masing-masing dan jadikan satu parti pelbagai kaum macam PKR ?

Apa yang dilihat, hendak mendaftar sebagai satu lambang macam BN pun pakatan PAS-DAP-PKR masih tidak mampu, kerana apa ?

Berbalik kepada kata-kata Nizar yang mendakwa UMNO membawa fahaman rasis yang cuba merosakkan perpaduan kaum dalam Negara.

DAP menyebarkan dakyah kononnya UMNO membawa fahaman RASIS, PAS pula menyifatkan UMNO assobiyah kerana menyemaikan semangat kebangsaan dan PKR pula mendakwa UMNO mengamalkan sifat-sifat perkauman sempit dan kononnya telah menindas kaum-kaum lain di dalam negara ini.

Apakah semua ini benar ? Tidakkah semuanya adalah merupakan satu lagi agenda politik puak-puak pakatan PAS-DAP-PKR untuk memburuk-burukkan UMNO pada pandangan masyarakat di dalam serta di luar Negara ?

Kalau hendak dikatakan UMNO itu rasis, UMNO dikatakan cuba merosakkan perpaduan kaum, apa kurangnya dengan DAP ?

Tidakkah kita sedar bagaimana DAP menjalakan dakyah-dakyah, hasutan serta memainkan isu perkauman yang lebih teruk dikalangan masyarakat Cina, lihat sahajalah didalamnya akhbar-akhbar berbahasa Cina yang menyokong perjuangan DAP.

Kalau benarlah UMNO itu rasis, UMNO merosakkan perpaduan kaum, masakan dalam masa lebih 50 tahun memegang tampuk pemerintahan Negara bercambah kaum Cina dan India menjadi jutawan berbanding dengan bangsa Melayu sendiri.

Kalau UMNO itu rasis, masakan ramai kaum Cina dan India yang menjadi doktor, peguam, jurutera dan lain-lain, begitu juga di IPTA/IPTS bercambah kaum-kaum bukan Melayu-Bumiputra berpeluang untuk belajar.

PAS telah memecahkan perpaduan dalam masyarakat Melayu Islam dengan melebelkan UMNO itu kafir kononnya menjadikan ‘kebangsaan’ sebagai landasan perjuangan. PAS menafikan hak-hak bangsa Melayu dan sesiapa yang memperjuangkan bangsa dianggap sebagai ‘assobiyah’.

DAP, mendakyah kaum-kaum Cina dengan semangat kebencian kepada UMNO, kerana mempertahankan ‘ketuanan Melayu’. DAP menyifatkan perkara itu sebagai rasis, cauvinis dan sebagainya, kerana ia dilihat telah memberi keuntungan politik kepada UMNO sebagai peneraju pemerintahan negara. Membenci UMNO bererti membenci orang-orang Melayu juga.

PKR, kononnya sebuah parti bukan perkauman, tetapi lebih memperjuangkan hasrat dendam Anwar Ibrahim kepada UMNO sehingga menggadaikan hak-hak Melayu dan Islam. PKR banyak mempengaruhi kaum-kaum India untuk membenci UMNO sama seperti DAP menjalankan dakyah kepada kaum Cina.

Persoalannya sekarang, siapakah sebenarnya yang cuba merosakkan perpaduan kaum dalam Negara ?

Salahkah atau berdosakah UMNO kerana memperjuangkan nasib kaum Melayu-Bumiputera dalam Negara sendiri, tanah air sendiri ?

UMNO tidak menafikan hak-hak MCA dan MIC serta parti-parti komponen lain yang juga memperjuangkan nasib kaum masing-masing, di bawah satu lambang keramat yang bernama Barisan Nasional.

PAS dan Melayu PKR jangan mudah membuat tuduhan bahawa UMNO telah merosakkan perpaduan kaum kerana UMNO memperjuangkan hak-hak ketuanan Melayu. Memperjuangkan ketuanan Melayu itu juga adalah memperjuangkan ketuanan Islam dalam sebuah Negara Islam macam Malaysia ini.

Kita kena ingat, belum ada dalam sejarah orang-orang kafir mendaulatkan Islam dan mengangkat martabat orang Islam, apatah lagi orang bukan Melayu hendak mendaulatkan bangsa Melayu…… lihat sahajalah apa yang berlaku di Singapura apabila kuasa berpindah ketangan mereka…………..

Jangan kita menafikan bahawa memperjuangan “Ketuanan Melayu” adalah rasis, jangan ada yang mendakwa Malaysia adalah milik semua dan mendakwa bangsa Melayu tidak wujud… tidakkah kita berfikir membuat dakwaan sebegitu akan menguntungkan siapa ?

Tidakkah kita terfikir inilah cara propaganda atau dakyah komunis atau puak-puak kafir untuk memperdaya orang Melayu Islam untuk memberi peluang mereka yang minoriti sampai ketampuk kekuasaan di Malaysia ?

Tidak salah kalau dikatakan pakatan PAS-PKR-DAP yang memainkan isu UMNO rasis itu sebenarnya golongan bangsa yang tidak bermaruah, demi meraih sokongan dan kepercayaan orang ramai, tanpa merasa jijik dan malu……..


Kepada kaum-kaum bukan Melayu-Bumiputera, diharap jangan mudah terpengaruh, dengan dakyah-dakyah sebegini, jangan menjadikan diri anda sebagai pak turut dengan membuta tuli, tanpa mahu mengenang jasa serta membalas budi UMNO yang menyebabkan anda dapat hidup mewah atau selesa di Malaysia yang bertuah ini……..




4 comments:

  1. pedulilah diorang nak kata kita rasis ke. jangan dilayan mereka ni. mereka berkempen kata kita rasis, kitapun berkempen lah cakap mereka rasis.

    ini tidak. bila mereka tuduh macam macam, menteri menteri mulalah mengelabah puyuh. bila bercakap macam takde telor. bodoh!

    saya tak heran langsung bila puak lahana* ni nak cakap kita rasis. Ada kita mati kebulur bila mereka cakap kita rasis? Ada tiba tiba kita sakit perut bila mereka cakap kita rasis?

    Kita banyak bukti yang mereka rasis. Lim Guan Eng tulah BAPAK RASIS dalam Malaysia ni.

    ReplyDelete
  2. kalau ada sultan iskandar johor atau almarhum sultan idris perak, dah lama si nizar ni kena penampar kering tuanku. lama sangat dah saya nak tengok perkara ini terjadi. nizar ni mulut pelacur

    ReplyDelete
  3. kalau nizar ada depan aku dh lama aku terajang muka dia.kalau dh haprak haprak juga.

    ReplyDelete
  4. Allah Taala takdirkan Dato' Seri Ir. M. Nizar Jamaluddin dipilih menjadi MB Perak. Bermula dari situ Masyarakat Melayu Perak, Cina dan India khususnya mula lebih mengenali PAS dan memahami perjuangan PAS. Mereka menerima kepimpinan PAS yang mengetuai pemerintahan dengan ikhlas, adil, dan bijaksana. Begitu juga keseluruhan rakyat Malaysia yang lain di seluruh negara... Alhamdulillah syukur kpd MU ILAHI...

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..