Tuesday, May 4, 2010

Zahid – pertemuan dengan Ehud Barak untuk menafikan Kerajaan memberi bantuan persenjataan kepada Palestin


Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan, menegaskan bahawa perjumpaan beliau dengan Ehud Barak adalah perjumpaan yang tidak dirancang dan berjumpa ketika Pameran Ruang Angkasa dan Penerbangan Antarabangsa ke-48 di Paris, 16 Jun tahun lepas.

Itulah kata-kata Zahid bagi menjawab soalan Senator Dr Syed Husin Ali pada sesi penggulungan perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, bagi kementeriannya pada persidangan Dewan Negara. Klik

Dalam pertemuan dengan Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak selama 20 minit itu, Zahid telah menafikan tuduhan bahawa Malaysia memberi bantuan persenjataan kepada pejuang Palestin.

Zahid juga menjelaskan, beliau telah dimaklumkan bahawa Ehud Barak ingin bertemunya dan kemudian mengambil pendirian dengan menetapkan syarat kepada Ehud Barak jika ingin berjumpa dengannya Ehud Barak perlu turun ke bawah, tidak mahu pengawal mengiringi Ehud Barak serta tidak mahu ada kamera dan wartawan.

Ketika pertemuan itu berlangsung, Zahid telah membidas Ehud Barak yang merupakan orang Yahudi berketurunan Mahgribi yang mengatakan kepadanya dalam bahasa Arab:"Wahai saudara, kita adalah the son of Adam".

Dan Zahid menjawab " yes, we are the son of Adam tetapi you buat double standard, tangan kanan you menghulurkan untuk pendamaian, tetapi tangan kiri yang membunuh the brothers and sisters di Palestin.

Kedua Zahid katakan, kalau Ehud Barak mahu berjumpa dengannya untuk menghulurkan salam, beliau sebagai Menteri Pertahanan Malaysia, orang Islam dan negara-negara Islam tidak mengiktiraf Israel.

Ketiga, Zahid memberitahu Ehud Barak, bagaimana tentera-tentera perisikan Mossad telah banyak melakukan pencerobohan terhadap negara-negara Islam dan melakukan perisikan yang akhirnya merosakkan negara-negara Islam. Perbuatan sebegini yang negara Islam tidak boleh terima.

Keempat, Zahid membidas kepada Ehud Barak semasa menjadi Perdana Menteri telah melakukan pembunuhan seperti dalam peristiwa Shatila serta di tempat-tempat lain.

Kesimpulannya, Ehud Barak telah bersikap berat sebelah dan orang Islam tidak boleh menerima dan melihat keganasan yang dilakukan tentera Israel ke atas rakyat Palestin an pendirian Malaysia bahawa komitmen kerajaan Malaysia berhubung dengan negara Palestin yang bebas dan berdaulat tanpa penindasan pihak Israel.

YG ; itulah yang jelas hasil pertemuan Ahmad Zahid Hamidi sebagai Menteri Pertahanan Malaysia dengan Ehud Barak juga Menteri Pertahan Israel. Pertemuan yang bukan dirancangkan seperti yang diwar-warkan oleh puak-puak Anwar dalam PKR-PAS-DAP.

Bukan macam Anwar yang bersekongkol serta berbincang dengan agen-agen Yahudi-Israel macam Wolfowitz yang terkenal sebagai seorang yang sangat anti-Islam melalui Doktrin Wolfowitz yang menggunakan kuasa senjata untuk menakluk negara Islam.


Wolfowitz (bekas Presiden World Bank dan bekas Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat) bersama dengan Shaul Mofaz (bertanda bulat) yang bertanggungjawab menyerang Iraq dan Afghanisthan. Jika dahulu, Wolfowitz serang Afghanistan dan Iraq.

Wolfowitz juga berbangsa Yahudi dan mempunyai kewarganegaraan Israel.

Tapi, kalau sudah memang jenis manusia yang hidup penuh dengan putarbelit, tipuhelah mengaburi mata rakyat pandai berselindung disebalik kejahatan,, kemungkaran sendiri dan memusingkan tuduhan kepada pemimpin UMNO-BN bersekongkol dengan Yahudi.

Itulah sikap sebenar Anwar dan puak-puak PKR-PAS-DAP……….





5 comments:

  1. Pertemuan inilah yang selalu disalahgunakan oleh pembangkang untuk mencucuk rakyat dengan mengatakan Malaysia menjalinkan hubungan dengan israel. hina sungguh!

    ReplyDelete
  2. Penyokong tegar Pakatan bulak terima aje bulat2....Mana lah letaknya akal mereka ni...

    ReplyDelete
  3. Salam,
    Sebenarnya pihak pembangkang yang sengaja menimbulkan isu. Kita juga mesti berfikir taklah Menteri kita sanggup melakukannya, sebenarnya ia sengaja diadakan bagi menyalahkan kerajaan, rakyat mesti berfikir dan jangan terpengaruh mereka yang mahu menjahanamkan negara ini.Apabila negara tak terkawal rakyat yang menderita akibat mereka ini.

    ReplyDelete
  4. salam hormat bro

    artikel bro mmg mantop! al juburi tgh kepanasan sbb kes dia tetap kena bicara!

    yezzzekkk!!

    ReplyDelete
  5. Malaysia negara ISLAM kee?? ekonomi riba dan cukai bersumber dari arak, perjudian..perundangan gunakan hukum manusia..kenapa x nak guna hukum hudud? hukum yang Allah telah tetapkan bagi umat Islam.. barulah Malaysia boleh digelar negara ISLAM... skrang nie hanya sekadar nama saja.. sedangkan isteri PM pun x tahu nak menutup aurat..kecewa dengan Najib.. di manakah pelaksanaan ISLAM kita..tolong jawab!! (menunggu penyatuan PAS dan UMNO).

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..