Wednesday, May 26, 2010

DHPP-PAS telan balik ludah dan kahak sendiri……….


Keterbukaan PAS yang kononnya sebuah parti Islam yang akan membuat pindaan pada perlembagaan parti, untuk membenarkan penyokongnya yang bukan Islam dari Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) mengundi dalam pemilihan parti itu pada masa depan bukanlah sesuatu yang diluar dugaan.

Selepas ini, bertanggungjawablah DHPP untuk menjelaskan kepada rakyat bentuk dan jenis kerajaan Islam PAS yang akan diwujudkan sekiranya mereka dapat berkuasa bersama DAP-PKR.

Tetapi itulah yang telah dinyatakan oleh Hadi Awang selaku Presiden PAS, tidak perlu hendak dipertikaikan lagi…….

Apa yang hendak diperkatakan di sini, kawan masih ingat di tahun-tahun 90an, apabila kepimpinan UMNO telah meminda perlembagaan parti bagi membolehkan kaum-kaum Bumiputera yang bukan beragama Islam, khususnya dari negeri Sabah dan Semenanjung menjadi ahli UMNO.

Apa kata Hadi ? apa kata pemimpin-pemimpin PAS yang mencanang seluruh pelusuk kampung memberi tahu masyarakat Melayu bahawa UMNO sekarang sudah benar-benar kafir………..

PAS memfitnah kononnya UMNO sekarang sudah jadi macam “gulai kawah yang telah bercampur dengan bermacam-macam makanan haram, sudah bercampur dengan pelbagai daging seperti babi, biawak, ular, lembu, kerbau dan kambing”…….. UMNO sekarang sudah bercampur dengan benda-benda yang haram…..

Bagaimana PAS sekarang ?

Ini bermakna, “gulai kawah” PAS juga sudah bercampur dengan benda-benda haram seperti yang pernah dilemparkan kepada UMNO…..
PAS sudah jilat balik segala ludah dan kahak-kahak yang pernah dilontarkan kepada UMNO...

Kawan tidak lupa bagaimana PAS menjatuhkan hukum kafir kepada UMNO kerana bergabung dengan MCA dan MIC. UMNO dituduh telah memperjudikan nasib orang-orang Melayu, menjual bangsa Melayu kerana bergabung dengan MIC dan MCA.

PAS juga menjatuhkan hukum haram serta berdosa besar kerana sesebuah parti Melayu-Islam macam UMNO bergabung dengan mana-mana parti yang berbeza agama dan kepercayaan.

Hari ini, PAS bertukar iktikad, pemimpin-pemimpin PAS terutama Nik Aziz menyatakan harus sesebuah parti Melayu-Islam bergabung dengan parti bukan Islam selepas PAS membuat keputusan untuk bergabung dengan DAP.

Amat jelas sekali, bahawa PAS bukan parti Islam, Islam hanya hanya sekadar alat untuk kepentingan politik sahaja. Halal dan haram bercampur baur, Hadis serta Firman-Firman Allah menjadi mainan bibir kepimpinan PAS untuk berkempen, malah si kafir DAP pun dibenarkan menyampaikan ceramah menggunakan ayat-ayat Quran.

Perlu diingat, kewujudan parti PAS kerana kekecewaan Haji Fuad Hassan tidak dapat menjadi Yang Dipertua UMNO pada 1951, bukan lahir kerana hendak membangunkan Islam…….

Islam hanya sebagai landasan untuk mendapatkan sokongan orang-orang Melayu di atas penentangan PAS terhadap UMNO, itu saja…….




13 comments:

  1. Bila plak Ulamak UMNO nak berdebat dengan ULAMA PAS? teringin aku nak tengok..hari itu debat olok-olok aje...

    ReplyDelete
  2. Salam.Sama aje ulamak UMNO ke ulamak pas ke.Dua dua ulamak periuk nasi.Tak boleh di pakai

    ReplyDelete
  3. hehe.. nama pun PAS.. kalau orang kedah sebut.. bunyinya PAIH.. kalu orang lain buat.. semua tak paih.. kalau depa buat.. mesti paih.. burit la orang2 paih ni..

    ReplyDelete
  4. Ya ambo setuju dgn Jamilah... bila nak diskusikan?

    ReplyDelete
  5. Salah satu daripada 4 sifat-sifat munafik "apabila berbalah (bertengkar) ia sentiasa ingin menang". Ingin menang dalam pertengkaran walaupun terpaksa menegakkan benang yang basah.

    Sifat-sifat munafik yang boleh menimbulkan kesan yang amat buruk kepada ketenteraman masyarakat manusia, menimbulkan huru-hara, perpecahan dan boleh menghilangkan rasa kepercayaan terhadap satu sama lain. Selagi ada manusia serupa ini, maka dunia ini tidak akan aman tenteram.

    Apa kemegahan yang nak ditonjolkan, kerana kononnya dari kalangan PAS ahli-ahli agama ?

    ReplyDelete
  6. kat tempat aku.. penganut2 PAS ni belambak dok beli nombot ekoq.. ahli agama kunun..

    ReplyDelete
  7. pas bertopengkan islam

    ReplyDelete
  8. Salam Bro

    PAS ini apa yang dia buat semua betul..Orang lain semua salah..Nak jadi orang Islam yang warak tak perlulah nak berkopiah siap dengan lambang parti dikepala...tu namanya menunjuk dan dah jadi riak...Lepas tu kat mulut mencarut tak lepas, kerja lain tak ada nak maki orang aje...Macamlah mereka tu bagus sangat...

    ReplyDelete
  9. Parti Aslam SeMalaysia = Parti Aslam 1Malaysia

    Dulu aku ada kesian juga kat Parti Aslam 1Malaysia, tapi sekarang tak lagi sebab sebab yang dah terang lagi bersuluh

    ReplyDelete
  10. SLMBRO..SB TU SEJAK SI SELIPOR BUROK TU PGANG TAMPOK MAKIN LAMA PARTAI PISS MCM ROJAK!. SEMUA DIA GAUL SAMARATA SAMA RASA..GELI NK MKN PTUIHH!! KEHKEHKEH

    ReplyDelete
  11. Terima kasih sahabat respon dengan cerita kawan dlam blog ini..... inilah hakikat yang perlu dikaji serta direnungi oleh semua umat Melayu Islam, PAS sudah keterlaluan menggunakan agama untuk kepentingan politik mereka....

    ReplyDelete
  12. ^_^.... jagan dok suka makan daging saudara sendiriiiiiiiiiiii... tambah lage ulama..... saya suaka umno dulu tapi bukan laa,,,,, cause pmikiran \\

    ReplyDelete
  13. ckp jgn main ikut slera je, umno jatuh kafir atas dasar perjuangan mrk, bkn sbb bergabung ngan mca & mic. umno hidup krn perkauman, tanpa perkauman, umno, mca dan mic dah lama hancur. rakyat harus bangkit menentang perkauman.

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..