Monday, May 17, 2010

DAP menang di Sibu - hasil kerjasama erat PAS yang tergamak menjual maruah agama



Tidak boleh dinafikan, kerjasama erat PAS dan Melayu PKR antara faktor penyumbang kemenangan calon DAP pada PRK Parlimen Sibu semalam.

Apa tidaknya, isu penggunaan ‘kalimah Allah’ oleh pihak Gereja Katolik yang telah reda dijadikan modal politik oleh jentera DAP untuk meraih undi.

Walau pun, Dr. Haron Din selaku Timbalan Mursyidul Am PAS menggesa agar pakatan pembangkang menghentikan membawa isu penggunaan kalimah Allah sebagai modal kempen bagi tujuan meraih sokongan pengundi-pengundi kristian si Sibu.

PAS sanggup menjual maruah agama kerana bersekongkol dengan DAP untuk terus mempermainkan isu kalimah Allah, walaupun sedar perbuatan itu telah menggugat serta memperlekehkan kesucian Islam.

Nik Aziz, Mursyidul Am PAS dengan bongkak menyatakan DAP boleh menggunakan isu ‘kalimah Allah’ untuk berkempen demi kepentingan politik pakatan mereka walaupun bercanggah dengan kenyataan Timbalannya, Dr Haron Din. KLIK

AYG ; Nik Aziz telah menjadi Raja yang bongkak apabila memutuskan DAP boleh menggunakan isu kalimah Allah dalam kempen di Sibu, walau pun mereka tahu penganut-penganut Islam tidak merelakan Kristian menggunakan nama kalimah Allah di gereja-gereja.

Kerana hendak memberi kemenangan kepada DAP, Nik Aziz dengan jentera-jentera PAS-Melayu PKR bersatu tenaga bersama DAP membelasah UMNO-BN dengan apa sahaja kenyataan berhubung isu kalimah Allah.

Inilah sikap Nik Aziz dan kepimpinan PAS, kemunafikan mereka terserlah kerana sanggup putarbelitkan agama Islam apabila bercakap lain di depan orang Islam dan lain dihadpan orang-orang bukan Islam……

Sudah nampak jelas Nik Aziz serta tokoh-tokoh ulama PAS menggunakan agama untuk kepentingan politik kerana sanggup memutarbelitkan fatwa asalkan dapat memenuhi citarasa DAP dalam memenangi kempen politik mereka.

Inikah cara perjuangan PAS ?

Inikah sebuah parti yang bakal menjadi harapan orang Melayu untuk membawa agenda perjuangan mendaulatkan negara Islam ?

PAS yang tergamak menjual maruah agama Islam yang kononnya sebagai landasan perjuangannya tetapi sanggup bersekongkol dengan DAP yang telah menentang kewujudan sebuah negara Islam dan yang mahu menghapuskan kuasa serta hak-hak orang Melayu-Bumiputera, yang bakal menjadikan Malaysia sebuah Negara republik…….…………..



17 comments:

  1. Ehmmm..terlompat lah pak lobai dan penyokong Pas bila DAP menang diSibu..cuba masuk dalam perisik rakyat yahoo.group..bukan main suka lagi melayu pas..tapi hakikat sebenarnya mereka ni lah sebenarnya bakal menjahanamkan negara dan bangsa..sebab demi politik sempit dan perasaan dengki sesama melayu seagama mereka sanggup bersetongkol dengan parti kapir yang berjuang untuk memusnahkan bangsa melayu...SYABASSSS...MELAYU YANG BERNAUNG DIBAWAH PAS4ALL@israel for all.

    ReplyDelete
  2. Kenapa PAS ni sanggup menggadai maruah bangsa dan menyokong DAP, parti rasis Cina? Hanya kerana benci pada UMNO dan sanggup bersahabat dengan musuh negara yang telah mencetuskan 13 Mei 1969.

    Prioritise our own race

    ReplyDelete
  3. Kekalah BN di Sibu sebenarnya kerana kelemahan dan kegagalan UMNO selama 64 tahun memerintah negara.

    Kita tidak boleh salahkan kerjasama PAS PKR DAP yang erat di Sibu. Kita patut salahkam mengapa UMNO MCA SUPP tidak erat di Sibu.

    Sebenarnya UMNO semakin lemah kerana kaum cina sudah hilang kepercayaan nya terhadap BN.

    Kelemahan UMNO akan menyumbang keruntuhan melayu.

    ReplyDelete
  4. halal halal. mereka ahli syurga

    ReplyDelete
  5. 1 lg kerusi DAP bertambah di parlimen.. bodohnya sesiapa yg mengizinkan kuasa cina bertambah di dewan parlimen... klu BN menang cina kopet robert lau tu masih dipantau org melayu... dia xboleh bersuara lbh2... tp bile DAP kuasa penuh cina b*b* ni... org melayu berjanggut pulak xleh bersuara lbh2... huhu

    ReplyDelete
  6. Wahai pencacai umno sekelian mari sini nak beri tahu....PAS boleh bersama dengan DAP..bukan untuk jual agama...tetapi DAP tidak marah nak haram judi,arak tetapi kamu yang dok sokong umno duk dakap umno seolah-olah nak bawa sekali dalam kain kafan kamu PERNAHKAH UMNO CUBA NAK HARAMKAN ARAK DAN JUDI?...yang jelas KINI UMNO DAH LULUS LESEN JUDI BOLA PULAK....APA ITU BUKAN JUAL AGAMA LAGI KE BANGANG

    ReplyDelete
  7. Sahabat semua, terima kasih dengan komen-komen tuan.... sama-sama kita melihat sejauh mana PAS menghalalkan cara untuk kepentingan politik mereka...

    Azman Kamarul, cantik bahasa awak...... tolong buka mata sikit, tolong korek telinga sikit, kawan anak beri tahu...DAP tak marah sebab mereka yg berkuasa, tapi banyak dah DAP menghina kesucian Islam yang puak-puak PAS hanya duduk diam, malah menghalalkan... Kenapa di Selangor permis arak dan judi tidak PAS haramkan ? malah sarang-sarang maksiat haram makin bercambah.... Hasan Ali yg cuba halang penjualan arak pun puak-puak PAS ambil tidakan tatatertib.... ini kah cara pemerintah Islam PAS ala DAP ?

    ReplyDelete
  8. Nama Allah dijaga, tak bagi orang lain guna wpun Baginda Rasul SAW tidak melarang... tetapi hukum hakam Allah tidak dijaga... yang HARAM pulak DIHALALKAN... Mengapa tidak berkokok bkenaan judi yang memang HARAM tetapi diHALALkan dengan lesen oleh Menteri Kewangan... apa rahsianya... peninn... DUIT DIDAHULUKAN, JUDI DIUTAMAKAN.. Hidup UMNO!

    ReplyDelete
  9. Kuda Perang, janganlah kononnya awak saja yg kuat berkokok tanpa disedari jubur penuh tahik..... sebahagian besar penyokong UMNo juga membantah cadangan itu, tapi bantahan kami dari dalam yg tak perlu nak buat demonstrasi jalanan, nak tunjuk pada orang ramai kononnya perihatin sangat dgn hukum Islam...tapi dlam masa yang sama puak-puak macam awak ini telah menjual maruah Islam itu sendiri kerana takut dgn berkurang sokongan puak-puak DAP.... inilah cara Islam awak...

    ReplyDelete
  10. Aslmkm, sdra Muslim semua,

    1 Apbla Dap menang, Umno caci Pas menjual lslam. Klaulah Supp mnang, tentu Pas pula kutuk Umno balaci kafir. Pkr pasti tumpng semangkuk.

    2 Tolak non-Muslim di Sabah, siapa batang tubuh Umno? Siapa para penjunjung Pas? Siapa kuasai/kepalai Pkr? Kemudian, buat analisis mudah: siapa yg sebenar2nya mahu Anda [Umno, Pas, Pkr] menangkan? Siapa pula yg sesungguhnya benar2 dikalahkan?

    3 Klau mahu teguh jujur kpd ikrak Anda: "wanusuki wa mahyaa ya wa mamaati lillahi rabbil 'alamin" - teropong diri ke dlm cermin lslam, krana hanya itu tolok ukur [standard] bagi stiap prbuatan ssorang Muslim, lalu nilai apakah semua perilaku ini menepati ajaran lslam, yg juga mencakup politik?

    4 Atau, apakah Anda buang agama [lslam] ktika berpolitik, spaya Anda dgn sesuka-sukanya saja dapat mengoyak2kan & mencerai-berai ukhuwwah lslamiyah sesuai dgn jalan politk Anda?
    Bukankah itu Sekularisme? Orang tidak dpat trima
    jika cap najis lagi kufur itu dikenakan padanya. Tapi dlm sistem politk yg tdak lslami yg ada skarang, si pendukung sstem politk itu sndiri yg mlekatkan cap itu pada dahi masing2.

    5 Jika dmkian keadannya, politik apakah ini? lni BUKAN politk lslam. Dlm politk lslam, yg menang brtnggungjwab kpd Allah di atas landasan syariat-Nya, lalu yg lain taat patuh & mnyokong krana politk lslam hnya demi mnegakkan syariat.

    6 Dlm sistm politk yg mmang sngaja diacu oleh pnjajah utk mmrangkap umat Muslim msuk ke dlm jerat politk sekular ini - [bukan politk di atas minhajin nubuwwah [jlan kenabian] - menangkah Najib? Menangkah Nik Aziz? Menangkah Anwar? Bahkan, semua mreka & para penyokong mreka itulah yg tewas belaka sesungguhnya. Sdangkan yg tlah mreka menangkan itulah - yg tidak ada apa2 kaitan/ikatan syahadah pun dgn mreka; iatu puak2 yg boleh hidup dgn apa pun sstem & hukum.

    7 Lalu, apbila entah siapa2 drp Dap menang, tak pasal2 ssama Muslim drp Pas, Umno, Pkr gah & brsemarak cerca-mncerca, kutuk-mengutuk, seolah2 lslam & Muhammad SAW yg sama2 mereka mngaku beriman [??] dgnnya tdak pernh mngajar mreka bhawa prpecahan & prmusuhan ssama Muslim HARAM hukmnya, atas alasan apa pun, apatah lagi politk, yg sejati & sewajrnya diprjuangkan demi mmperteguh ukhuwaah lslamiyah & melestarikan mashlahat ummah.

    8 Politk sekular bukan politk lslam. la amat trpesong jauh dari jlan brpolitiknya Rasulullah SAW. Ada alternatif demi mmbebaskan umat Muslim dari politk sekular yg buruk lagi busuk ini - Daulah Khilafah - sstem politk & brnegara yg mnegakkan syariah - sstem yg pasti mampu mmpersatukan & memuliakan umat Muhammad SAW di persada kehrmatannya di mata manusia, betapa lagi di hadapan Rabb mreka Allah SWT yg memang mewajibkan agar diteggakkan syariat lslam bagi menebar rahmat-Nya ke sluruh penjuru alam.

    Marilah, wahai sdra2 Muslim smua, kita cari & ambil politk jlan kenabian itu, ikatkan diri kdpnya, lalu sama2 perjuangkan penegakannya demi
    mmbebaskan diri dari racun politik sekular warisan pnjajah yg mmang dgn penuh licik & halus dicipta utk mmecah-belahkan umat Muslim spt skarang ini.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. Berkokok dari dalam.. ntah ya ntah tidak.. selalunya berkokok kat rumah je kalu bab mcmni, tiada siapa dengar, sebab tu lah tiada siapa dengar dari kalangan pimpinan gerombolan YG tu.. Kalau berkokok betul2, bantah betul2, sanggah betul, tentu mereka terima... sperti bantahan PPSMI, ada Bahagian n Cawangan UMNO yang bantah, termasuk Bahagian TPM sendiri... akhirnya PPSMI akan dimansuhkan.. Bab judi ni setakat ni xda lagi keluar dlm paper Utusan atau Berita Harian, TV1 atau TV3 dll pimpinan UMNO samada Bahagian atau Cawangan yang membantah...

    ReplyDelete
  13. KP, kamu mungkin tidak membaca akhbar2 yg kononnya milik UMNO, sebab itu kamu tak jumpa ada pemimpin dan penyokong UMNO membantah.... apa yg jelas, cadangan ini baru dibentangkan dlm Parlimen.... memberi lesen bukan bererti UMNO menghalalkan judi bagi umat Islam, macam lesen arak juga, macam Nik Aziz cakap juga lesen-lesen ini untuk kepentingan orang-orang bukan Islam...

    ReplyDelete
  14. Salam,

    Sdra Kuda Perang, Wed. 19 May, 2010,

    1 Isu2 terkait dgn hal2 yg tidak lslamik, termasuk pemikiran2 kelahiran assobiyyah spt pendidikan sekular [PPSMI sebagai satu drp turunannya], soal mmpertahankan bahasa, negara-bangsa, nasionalisme [termasuk idea 1Malaysia], patriotisme, sukuisme, kelompokisme [termasuk ketaksuban kpd parti & pemimpinnya], dsb, sudah sangat menjadi darah daging bagi jemaaah yg terdidik di dalam lingkungan politik Sekular-Machaiavellik, dan mereka akan sentiasa segera & sedia bersungguh2 utk memperjuang & mempertahnkannya.

    2 Sebaliknya, dlm jalur pemikiran politik jenis ini, hal2 yg berkaitan dgn agama & kepercayaan sangat dilarang utk diangkat ke permukaan perbincangan. Akhirnya, mengaitkan sesuatu isu dgn penyelesaiannya dari pandangan agama - khususnya lslam yg menawarkan segala penyelesaian bagi setiap masalah - menjadi suatu taboo yg melahirkan semacam fobia, yg jika terkait dgn lslam, sering kita dengar lsmofobia. lslam memang mengalami transformasi pemikiran & persepsi seperti ini di kalangan umat Muslim para pendukung politik sekular.

    3 Maka, jika Anda hanya mendengar kesunyian tentang isu2 berkaitan dgn lslam [spt isu judi bola ini] drp puak2 yg Anda sebutkan itu, itu alami [natural]. Jadi, jangan berasa ralat atau berkecil hati atas sikap mereka yg sedemikian.. sekali lagi .. itu alami.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  15. DAP menang di Sibu kamu kata kerjasama dengan PAS tapi keling pariah menang di Hulu Selangor pula hasil MIC kerjasama dengan parti mana pulak? dengan MCA ker! bukan ke cina tolak BN.

    ReplyDelete
  16. Sokong pendapat di atas. MIC menang sebab ada melayu bodoh dari UMNO lah yang menangkan si keling tuh!

    ReplyDelete
  17. AIB, HousePK celup, walau pun anda kata bodoh pada Melayu UMNO kerana memenangkan MIC, tapi tidak sampai mengadaikan maruah bangsa dan agama macam puak-pauk PAS dan Melayu PKR, ini bagi kawan, bukan saja bodoh tetapi lebih dungu dari kaldai yg sanggup menjadi barua DAP....

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..