Thursday, May 7, 2009

RENTETAN sidang Dewan Negeri Perak

SIDANG DUN PERAK – mengapa pembangkang macam tak reti basa ?

IPOH 6 Mei - Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berharap sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan bermula esok, berlangsung dalam keadaan baik dan lancar.
Aktivis Bersih direman sehingga Jumaat.

Aktivis Bersih direman sehingga Jumaat
KUALA LUMPUR 6 Mei - Seorang aktivis Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih), Wong Chin Huat yang dikatakan terlibat dalam kempen memakai baju hitam menjelang sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, esok direman polis sehingga Jumaat ini. Aktivis itu direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4 (1)(b) Akta Hasutan 1948, difahamkan, polis akan menyoal siasat lelaki terbabit untuk mengumpul beberapa lagi maklumat terutamanya mengenai penyebaran beberapa khidmat pesanan ringkas (SMS).

Raja Dr. Nazrin tiba untuk perasmian sidang Dewan Undangan Negeri
07/05/2009 9:53am
IPOH 7 Mei - Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah dan Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim tiba di bangunan Perak Darul Ridzuan pukul 9.38 pagi. Baginda kemudian berkenan membuat pemeriksaan kawalan kehormat. – Utusan

30 ditahan ingkar perintah mahkamah
07/05/2009 9:58am
IPOH 7 Mei - Kira-kira 30 orang awam termasuk dua wakil rakyat pembangkang ditahan kerana berdegil dan terus berkumpul di sekitar bangunan Perak Darul Ridzuan di sini pagi ini bagi mengganggu perjalanan sidang Dewan Undangan Negeri.
Polis membuat tangkapan itu berdasarkan perintah mahkamah yang membenarkan untuk menahan mereka yang berkumpul dalam kawasan radius 500 meter dari kawasan bangunan berkenaan - Utusan

Salehuddin Ayob turut ditahan
07/05/2009 10:10am
IPOH 7 Mei - Salahuddin Ayob merupakan pemimpin pembangkang terbaru yang ditahan kerana ingkar arahan polis yang meminta orang ramai yang berkumpul di sebuah restoran berhampiran bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini bersurai. – Utusan

Sivakumar halau ADUN BN, Bebas keluar dewan
07/05/2009 10:14am
IPOH 7 Mei - Sidang Dewan Undangan Negeri Perak kecoh apabila Speaker, V. Sivakumar menghalau tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional dan tiga ADUN Bebas keluar dewan.
Arahan itu dibuat sebelum sidang tersebut dimulakan.
Sivakumar berkata, dewan tidak akan dibenarkan bersidang selagi 10 ADUN tersebut tidak keluar dari dewan berkenaan. - Utusan

Ganeson dilantik sebagai Speaker
07/05/2009 12:38pm
IPOH 7 Mei - Bekas ADUN Sungkai, Datuk R. Ganeson dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Perak yang baru tetapi V. Sivakumar masih tetap enggan berganjak dari tempat duduk speaker.

Komen yanggambi

Mengapa Adun-Adun Pakatan Rakyat ini begitu babel, bangang, keras kepala, sengaja nak menghuruharakan persidangan Dewan ?

Apakah deme terlalu kemaruk nak berkuasa hingga lupa yang deme dah tak cukup kerusi nak tubuh kerajaan ?

Atau Nizar dan kuncu-kuncu masih tak puas lagi naik kereta camry ?

Atau Sivakumar dah syok pakai songkok dan jubah hingga tak reti nak tanggal lagi ?

Kalau Siva dah syok sangat pakai songkok dan jubah tu, pakai je lah hari-hari bukan sapa nak larang, Ahli Parlimen Eng tak payah pakai songkok dan jubah pun boleh tafsir ayat Quran dalam ceramah PAS, Tok Guru Nik Aziz pun syok dengar...................... Siti Norhaliza nyanyi depan tok guru pun syok dah dengar, suara perempuan bukan aurat lagi dah..........

Mat Sabu, menganjurkan majlis solat hajat sempena sidang Dewan Undangan Negeri Perak, untuk apa ?

Kalau untuk memohon kesejahteraan, keamanan dan keharmonian ketika persidangan, syukorlah, tapi kalau untuk meminta agar persidangan jadi huru hara......... deme fikirlah sendiri.......

Setahu kawan, solat hajat adalah untuk memohon Allah memakbulkan hajat kita yang dalam perkara-perkara yang baik je, ini tak, mohon dengan Allah untuk menjahanamkan orang lain........

Deme ingat tak, dulu masa Anuar Al Juburi (Mat Sabu beri nama pada Anuar macam tu, bukan kawan) dipecat oleh Tun Mahathir (Mat Sabu panggil Mahafiraun atau Mahazalim), beribu-ribu umat Islam buat solat hajat kat Stadium di Kelantan, beribu-ribu orang Melayu Islam solat hajat dihadapan Ka’abah, mohon Allah turunkan bala kepada Tun Mahathir. Apa yang jelas, sifat buruk Anuar Al Juburi, satu persatu Allah perlihatkan, tapi masih ada orang Melayu Islam tidak nampak atau sengaja buat-buat tak nampak dek kerana hati telah gelap. Tun Mahathir, kawan nengok macam tu juga, malah lebih segar, gagah, sihat untuk bersama memperjuangkan nasib bangsa dan negara. Deme tak nampak ke petunjuk Allah ini wahai saudara-saudara ku Melayu Islam ?

Mentang-mentanglah Mat Sabu Al Buriti nak rebut jawatan Timbalan Presiden PAS bulan Jun ni, tunjuklah aku ni handal, garang, berani, keras kepala (keras kepala tahik). Bodoh sangatlah orang-orang PAS kalau pilih juga manusia macam ni........... dia bukan Ulama, ular dalam semak.......... kalau nampak je tikus betina, nengok lah membelit dianya.........

Kawan ingat lagi masa Pilihan Raya Kecil Batu Talam di Pahang, Mat Sabu Al Buriti meraikan kehadiran Anuar Al Juburi di Markas PAS di Kg Sega kalau tak silap. Mat Sabu Al Buriti dengan gaya mengelek pungung sambil menyanyi lagu tahun 60an (kawan ada pada malam tu), bunyi lagunya :

“ Wahai pujaan hatikuuuu, dengarkanlah alunan lagukuuuu......, walau pun kau berdosa padakuuuuu....... namun kau sorang pujaan hati kuuuuuuuuuu “

Memang pun Anuar Al Juburi pujaan hati Mat Sabu Al Buriti, sama-sama punyai kegemaran, cuma bezanya depan belakang je...........

Sebenarnya kawan malas nak ngata, ngutuk orang ni, tapi sekali sekali geram juga dok baca blog-blog dia orang, kadang-kadang kawan pikir deme ni macam tak de agama langsung. Deme pikirlah, ngapa puak-puak ni suka sangat nengok bumi Melayu ni huru hara, macam-macam benda deme buat, menghasut rakyat agar bersama buat huru hara, tak ingat ke peristiwa 13 Mei, sapa sebenarnya yang susah, tak ke orang Melayu juga........

Entahlah weh, deme pikirlah sendiri, mohon pada Allah agar benar-benar beri pentujuk kejalan yang benar dan lurus, mohon dijauhi negara ini dikuasi manusia-manusia seperti ini............

1 comment:

  1. Mereka lupa Rakyat Diutamakan.
    email koi : warispahang@yahoo.com
    koi online skrg 9.50 mlm

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..