Wednesday, May 20, 2009

DUN Penanti – Pesuruhjaya PAS Pahang lebih ikhlas menerima keputusan BN tidak bertanding

Tuan Ibrahim Tuan Man, Pesuruhjaya PAS Pahang, walaupun melahirkan rasa keciwa BN tidak meletak calon di Penanti, tetapi lebih faham dengan keputusan Pengerusi BN, Datuk Sri Najib tidak meletakkan calon di Penanti, seperti yang dikatanya “Pas Pahang melihat langkah itu sebagai satu keputusan yang bijak di mana wang rakyat tidak akan dibazirkan semata-mata untuk menampung perbelanjaan kos pilihan raya “. Itu lah kata-kata yang keluar dari seorang pemimpin yang diberi status ulama oleh penyokong-penyokong PAS.

Amat jauh bezanya percakapan pemimpin yang berkepentingan macam Anwar Ibrahim, Ketua Pakatan Rakyat, katanya, “Umno tidak bertanding, tidak sedia bertarung dan menyerahkan kuasa kepada rakyat untuk membuat pilihan. Oleh kerana takut, UMNO akan menaja calon BEBAS, ini adalah bagi menjamin supaya tidak kalah teruk dan menjejaskan BN dan Najib “

Dan apa pulak kata Mahfuz Omar, Ketua Penerangan PAS,keputusan BN tidak meletak calon di DUN Penanti dengan alasan tidak mahu mengikut rentak politik Pakatan Rakyat serta tidak mahu membazirkan wang rakyat adalah satu alasan tidak munasabah. Katanya lagi “Perkara ini sama saja, ini bukan jawapan, tapi alasan untuk ‘menghalalkan’ sebab mereka tidak bertanding kerana mereka sudah tahu jika bertanding, pasti BN kalah ”
Komen yanggambi,

Bagi kawan, biar lantak apa deme nak kata, kalau dah nak sangat tunjuk kuat, tunjuk pengaruh, bertandinglah deme sesorang ! ! ! ! ! !, padan muka deme tak dapat nak umpat keji orang, memang dah keja deme suka, maki hamun dan memfitnah sesama Melayu...........

Tuan setuju sangat dengan pendapat Tua Ibarhim ni, wang rakyat tidak dibazirkan semata-mata untuk menampong kos pilihan raya, lebih baik peruntukan berjuta-juta ringgit itu disalurkan untuk membantu rakyat yang masih ramai memerlukan perhatian kerajaan. Membantu rakyat yang memerluakan lebih baik daripada melayan karenah manusia-manusia yang berkepentingan macam Anwar Ibrahim, manusia yang hanya memikirkan kepuasan hawa nafsu sendiri dari memikirkan keperluan rakyat.

Masih ramai rakyat yang miskin, yang tetap setia tanpa berbelah bagi menyokong kerajaan perlu dibantu, sama ada di bandar, pinggir bandar, desa dan kampong. Apa perlunya dibantu rakyat yang tidak pernah mengucapakan terima kasih, malah mencaci keji kerajaan seperti sebilangan besar Melayu di DUN Penanti.

Di Pahang, Perlis, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Trengganu, Perak, dan lebih-lebih lagi di Serawak dan Sabah, masih banyak Mukim-Mukim, Daerah-Derah yang memerlukan pembangunan jalan-jalan raya, sekolah-sekolah dan masih ramai rakyat setia kepada kerajaan yang bertaraf PPRT yang belum dibantu.

Lebih baik kerajaan beri tumpuan ke arah bantuan pendidikan, lebih baik kerajaan memikirkan anak-anak Melayu yang belajar di IPTA atau IPTS, walau pun PTPTN menghulurkan biasiswa atau pinjaman, adakah sudah benar-benar menampong keperluan pembelajaran mereka ?

Biasiswa atau pinjaman dari PTPTN memadai menampong yuran kolej mahu pun universiti, tapi untuk kehidupan pelajar seharian harus ditanggung oleh ibubapa. Bagaimana kalau ibubapa pelajar di IPTA/IPTS ini dari rakyat yang miskin, anak ramai ?

Tidakkah kalau keperluan harian pelajar terganggu, maka pembelajaran mereka juga terganggu ?

Kawan rasa, biarlah apa yang PKR, PAS dan DAP nak umpat, nak keji UMNO/BN, pedulikan mereka yang tengah kemaruk macam kerbau jantan tak dapat mengawan. Biarlah mereka terpekik, terlolong siang malam, terlonjak-lonjak megah kononnya kuat berpengaruh. Kerajaan perlu tumpukan sepenuhnya keperluan rakyat, tumpukan agenda membantu rakyat, utamakan rakyat yang pandai berterima kasih dan setia, mereka inilah yang sentiasa mempertahankan kepimpinan UMNO/BN.

Biarkan pembangkang dan penyokongnya ini macam si Luncai yang akan terjun dengan labu-labunya......biarkan........biarkan.....biarkan.........

3 comments:

  1. mulut mahfuz bukan tak tahu. kerjanya fitnah orang aje, pakai je kopiah sebagai lakonan lebai . itu je kerja dari dia muda. kawan kenal sangat dia tu. hipokrit habis.

    ReplyDelete
  2. yg sibuk sngt suruh BN bertanding nape? calon bebas ada lawan la ngan calon bebas..tak paham betul la aku dgn PKR(parti kelirukan rakyat)ni.Kalu BN buat yg baik pun dia kata salah..

    ReplyDelete
  3. SALAM TUAN,

    INILAH MANUSIA YANG BERHATI SYAITAN DAN BERMULUT LONGKANG KERANA TIDAK DAPAT MENERIMA KETENTUAN ILLAHI..SI PELIWAT USAH LAH KITA HAIRANKAN KERANA MEMANG SUDAH HITAM BENAR HATINYA TETAPI MALANG BAGI MAHFUZ YANG SELALU MEMULAKAN CERAMAH DENGAN KALIMAH SUCI AL-QURAN TETAPI MEPERSENDAKAN KESUCIAN ITU..

    MOGA ALLAH MENUNJUKKAN MEREKA JALAN YANG BENAR.

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..