Kawan tak komen pasal Nizar MB Perak tak sampai 1 hari, banyak gu-gu blogger yang dah tulis pasal kerajaan Perak, syabas....... anda semua pejuang-pejuang blogger untuk kepentingan Negara.
Semalam 11 Mei 2009, UMNO menyambut ulangtahun yang ke 63 di PWTC, kawan amat tertarik dengan ucapan Presiden UMNO Dato’ Sri Najib, antara kata-kata yang berkesan dalam hati kawan seperti berikut :
Katanya, “ UMNO perlu berani membuat perubahan jika parti keramat orang Melayu itu mahu terus kekal relevan terutama di kalangan generasi muda hari ini “.
Katanya, “ perubahan yang hendak dicapai juga hendaklah ikhlas dan sama sekali tidak boleh bersifat retorik semata-mata kerana rakyat hari ini memiliki minda yang kritis dan lebih terbuka ”.
Kawan tertanya-tanya, pada tahap manakah sebenarnya perubahan itu perlu dibuat, perubahan yang perlu dilakukan dengan ikhlas dan tidak bersifat retorik. Apakah perubahan itu bermula dari peringkat Majlis Tertinggi atau Bahagian atau Cawangan, atau pada Ahli-Ahli UMNO itu sendiri ?
Kawan tertarik juga bila membaca tulisan dari blog Suara Prihatin UMNO Jerantut, kawan salin untuk tatapan anda :
Kita berharap dalam pemilihan akan datang hanya pemimpin yang berkualiti saja yang akan dipilih. Kita juga berharap perwakilan tidak lagi memilih calon berdasarkan berapa banyak yang mereka laburkan untuk membeli undi. Perwakilan ke bahagian juga harus dipastikan bukan dari kalangan mereka yang undinya boleh dengan wang ringgit. Ini lah perubahan permulaan yang kita harapkan.
Saya ingin mengimbas kembali, saya yang bukan perwakilan juga telah diberikan sebanyak RM50.00 apabila mereka yang menjadi perwakilan menerimanya dari seorang calon walau saya menolaknya. Saya maklumkan ini kepada seseorang yang kini sudah berjawatan dalam parti di Peringkat Bahagian, namun beliau menyindir saya dengan sinis bahawa RM50.00 lah nilaian saya. Saya menerimanya walau saya tidak menganggap saya dibeli kerana tiada apa yang dapat saya tukarkan - tiada undi dari saya. Kini orang yang menyindir saya suatu masa dulu juga terlibat dalam memberi dan menerima. Hahaha! Alangkah hinanya.
Bagi kawan, itulah peringkat sebenarnya yang mesti berubah, Ahli-Ahli perlu berubah terlebih dahulu bagi memastikan kepimpinan seterusnya dapat menerajui UMNO dengan semangat perjuangan yang sebenar dan cemerlang.
UMNO Cawangan seluruh Malaysia akan memulakan persidangan Cawangan bermula dari 15 Mei 2009 hingga 30 Jun 2009, mungkin kita nampak perbezaan suasananya dari tahun 2008 bukan ?
Kawan meninjau-ninjau ahli-ahli UMNO di beberapa Cawangan dalam Bahagian kawan, 100% menyatakan masih tidak tahu bila persidangan cawangan akan diadakan, yang paling kawan keciwa apabila Ketua UMNO Cawangan sendiri memberi jawapan “ tidak tahu lagi “. Dimanakah kepekaan kepimpinan peringkat cawangan atau ahli-ahlinya terhadap UMNO ? sungguh memalukan...............
Kawan dapat tahu ada juga sesetengah Cawangan UMNO tidak pernah mengadakan mesyuarat AJK Cawangan selepas pemilihan dari tahun 2008. Bagi kawan, kalau tidak pernah mengadakan mesyuarat AJK Cawangan, maka Cawangan itu tidak pernah ada perlantikan Setiausaha, Bendahari, Ketua Penerangan dan AJK tambahan, jadi, apa yang Ketua Cawangan buat ? Apa tujuan si Ketua Cawangan ini beriya-iya sangat nak bertanding jadi Ketua Cawangan ?
Tahun 2008, lagi sebulan nak diadakan persidangan cawangan, suasana macam hari raya, siang malam ada jamuan, pergilah kat mana-mana kedai kopi, warung dan restoran, riuh rendah kelompok UMNO menjamu selera. Bagi yang nak bertanding AJK Bahagian, Perwakilan ke Kuala Lumpur pun, tak duduk rumah berkempen siang malam, akulah yang kerja kuat untuk UMNO konon ?
Kalau di Bahagian Jerantut, setiap perwakilan Cawangan dapat RM50, tapi ditempat kawan tidak kurang RM300, kawan ada bukti, sebab tu kawan cakap. Kawan dapat cerita, masa pemilihan Bahagian dalam tahun 2005, ada perwakilan dibeli untuk mengundi seseorang dengan wang sebanyak RM3,000.00 seorang dan ada seorang perwakilan untung besar kerana suami isteri dipilih jadi perwakilan cawangan.
Ada juga yang tak terpengaruh dengan duit ni, ada yang bawak aduan ke Lembaga Disiplin UMNO, dia orang cakap, deme tak percaya dengan Lembaga Disiplin UMNO, sama juga macam perwakilan cawangan perangainya........
Itu cerita pasal beli perwakilan, belum lagi kawan cerita pasal kerat mengerat sesama UMNO, pasal kumpulan-kumpulan dalam UMNO.......... banyak sangat kumpulan, lama-lama UMNO semakin kecil, apa taknya, kumpulan yang menang ketepikan kumpulan yang kalah, ramailah ahli-ahli UMNO yan terpinggir, lama-lama bosan dengan UMNO jadi penyokong pembangkang.............
Bagi kawan, yang sebenar-benar perlu berubah adalah ahli-ahli UMNO itu sendiri, ahli-ahli UMNO yang lebih dulu mengubah sikap menolakkan apa jua bentuk rasuah. Kalau tidak, tidak mustahil penipu, pencuri, perogol, penjenayah akan menerajui UMNO.
UMNO dalam usia ke 63 tahun, sepatutnya lebih matang, bukan semakin uzur........
Kalau manusia, ramai yang semakin uzur pada umur 63 tahun walaupun ramai juga yang masih tetap kuat. Ada ramai juga yang belum mahu mengaku tua dan mengatakan umur hanya sekadar menunjukkan berapa lama dia sudah hidup. Tua dan muda tidak ada kaitan dengan umur.
ReplyDeleteKalau pertubuhan, meningkatnya umur wajar dikaitkan dengan kekukuhannya. Lihat sahaja badan perniagaan sebagai contoh. Mereka menggunakan tarikh mereka mula berniaga (Since 1881) sebagai bahan iklan untuk menunjukkan kekukuhan perniagaan mereka.
Namun berapa lamanya sesebuah pertubuhan beroperasi tidak boleh dijadikan kayu ukur yang tepat kepada kekuatannya. Telah terbukti bagaimana sebuah bank yang telah beratus tahun beroperasi boleh bankrap.
Kebankrapan ini berlaku akibat perbuatan mereka yang berada didalam pertubuhan itu sendiri. Tidak sama sekali akibat dari meningkatnya umur pertubuhan tersebut. Sebuah pertubuhan yang lesu boleh dicergaskan semula dengan tindakan-tindakan cergas ahli-ahli pertubuhan itu sendiri.
Sekadar berubah tidak mencukupi kerana perubahan boleh jadi kearah yang lebih lesu. Kajilah semula tindakan-tindakan yang mengakibatkan kelesuan ini dan berhenti dari melakukannya. Sekiranya kelesuan terhasil dari kurang tidur, maka tambahkan masa tidur. Sekiranya kelesuan kerana terlebih tidur maka bangkitlah lebih awal setiap hari.
Terima kasih dengan komen tuan. Setiap hati perlu tekad untuk berubah untuk kebaikan.
ReplyDeleteAda juga orang setua 63, berubah dengan suntikan viagra....... kesudahan maut tempatnya.