Wednesday, May 13, 2009

JABATAN HAL EHWAL KHAS (JASA) - apaka tugas hakiki pegawainya? dari mana asalnya ?

Sebagai orang yang pernah berkhidmat dengan kerajaan, kawan terkilan juga dengan tulisan dalam blogger oranggomen.blogspot.com, mengkritik tugas dan tanggungjawab Pegawai-Pegawai JASA gred s22. Bagi kawan sepatut luahan pegawai sokongan dalam blog tersebut tidak patut berlaku, kita sebagai orang dalam mana-mana jabatan kerajaan perlu akur dengan Akta Rahsia.

Kawan print tulisan tersebut, kawan cari 2-3 orang Pegawai JASA yang bertugas dalam kawasan kawan dan kawan mintak pandangan mereka berhubung dengan kritikan tersebut. Gu kawan ni mendakwa telah berkhidmat dengan JASA atau dikenali dengan Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Penerangan Malaysia lebih 20 tahun, begini ceritanya yang kawan catat dan paparkan untuk anda semua :-

Sebelum JASA diujudkan, ianya dikenali dengan Cawangan Hal Ehwal Khas kemudian Bahagian Hal Ehwal Khas dibawah pentadbiran Jabatan Penerangan Malaysia. Pegawainya dipanggil Pemabntu Luar Gred S7 Kontrak, sama dengan pegawai sokongan berjawatan Pembantu Penerangan dalam Jabatan Penerangan Malaysia, pegawai-pegawai kontrak ini ada juga dalam KEMAS, Jabatan Pembangunan Koperasi dan FELDA.

Pada tahun 80an, pegawai-pegawai ini hanya dibayar elaun sahaja, lebih kurang RM900+-, tiada kemudahan tuntutan elaun perjalanan, loging, makan dan kerja lebih masa, kemana sahaja pegawai ini bertugas dengan kenderaan sendiri, minyak kereta sendiri, bukan macam Pembantu Penerangan yang dapat semua kemudahan dan menjalankan tugas menggunakan unit jabatan.
Kerjanya bukan untuk kempen politik UMNO, menjalankan tugas untuk kerajaan, hari-hari berjumpa penduduk setempat, menjelaskan apa saja isu-isu yang bertentangan dengan dasar kerajaan. Oleh kerana pegawai ini dilantik dari kalangan orang-orang politik, khususnya UMNO, maka banyak yang menyangka pegawai ini kerjanya semata-mata kempen untuk UMNO. kalau dulu perlantikan pegawai ini, bukan sijil yang diutamakan, pegawai dilantik berdasarkan aktiviti individu itu dengan masyarakat setempat, perhubungan yang baik serta diterima oleh masyarakat setempat.

Kenapa pegawai ini dilantik ? Kerana bagi mengimbangi Kakitangan Kerajaan dari pelbagai agensi kerajaan yang pro pembangkang, macam penulis dalam blog oranggomen, menghalang setiap dasar kerajaan yang hendak dilaksanakan untuk rakyat telah disabotaj oleh pegawai-pegawai kerajaan yang tidak bertanggungjawab macam penulis blog oranggomen. Oleh kerana ada petualang-petualang dalam jabatan kerajaanlah, maka pegawai ini dilantik dari kalangan penyokong UMNO atau kerajaan tulin, bagi menghindarkan daripada rakyat menuduh kerajaan tidak melaksanakan tanggungjawab untuk rakyat.

Pegawai-pegawai kerajaan bersikap kominis terlalu banyak dalam agensi kerajaan, mereka-mereka inilah yang mensabotaj setiap dasar yang hendak dilaksanakan oleh kerajaan untuk rakyat dan rakyat akan marah pada kerajaan. tapi kawan heran juga, mengapa pegawai/kakitangan seperti ini masih mahu bekerja dengan kerajaan, beri makan anak bini hasil dari kerajaan, kemudian tidak amanah dalam menjalankan tugas, apa tidaknya, kalau deme telah lari dari dasar-dasar kerajaan, sabotaj kerajaan, tak amanahlah namanya........ apa hukumnya.........

Katakan deme pegang jawatan Guru, tujuan untuk memberi ilmu, tapi deme telah berkempen kepada ibubapa dan pelajar membenci kerajaan, salah atau tak salah etika kerja deme ? Begitu juga kalau anda seorang Pegawai di Jabatan Pertanian, bantuan patutnya diberi kepada orang kampong, tapi semua benih, baja deme jual kat tokeh cina, apa hukumnya ? Apatah lagi kalau deme seoarang pegawai di Jabatan Penerangan, tapi berkempen dan memutarbelitkan fakta kerajaan, apa hukumnya ?

Sebab itulah Pegawai-Pegawai JASA Gred S22 diujudkan, kalau dulu memang tiada yang nak pandang dengan pegawai JASA ni, sejak diujudkan sebuah Jabatan dalam tahun 2000, dibawah Kementerian Penerangan Malaysia, semua pegawai-pegawai dinaikan gred, gaji agak lumaya, menerima pelbagai kemudahan, ramailah yang cemburu termasuk orang-orang politik. Lebih-lebih lagi dari sahabat-sahabat yang satu kementerian, macam-macam tohmahan dilemparkan kepada pegawai-pegawai JASA ni....... tau tak deme, mereka tidak berpencen macam pegawai tetap, bila kontrak dah tak sambung, pegawai ni dihumban macam sampah je......

Pegawai JASA ni, bukan berkempen politik, mereka meninjau disetiap ceruk dalam kawasan, mencari, mendapat maklumat dari rakyat dan laporkan kepada kementerian. Setiap kelemahan yang ada dalam kampong-kampong, tugas kerajaan atau agensi kerajaan yang terlibat untuk memperbaikinya. Pegawai JASA juga perlu menerangkan apa yang telah kerajaan buat untk rakyat, sebab apa ? sebab rakyat telah banyak menerima maklumat-maklumat yang tidak betul dari pembangkang dan juga pegawai-pegawai kerajaan macam penulis blog oranggomen ni.

Janganlah menidakkan tugas dan tanggungjawab pegawai-pegawai JASA, namun tidak dinafikan ada yang lari dari tanggungjawab........`

Janganlah dengki sangat dengan pegawai JASA ni, hanya pada tahun 2000 barulah mereka dapat sedikit nikmat dari tugas yang mereka laksanakan. Sebelum ini, dimana sahaja bertugas, arahlah keseluruh ceruk dalam negara, kawasan pendalaman di Sabah, Serawak, tak pernah mereka menolak. Mereka dengan rela hati berkorban masa, tenaga, meninggalkan keluarga semata-mata untuk melaksanakan amanah kerajaan. Oleh kerana tugasnya sentiasa berjumpa denga masyarakat, sebab itu ramai yang telah dipilih menjadi calon dalam pilihanraya. Jangan cemburu wahai sahabat-sahabat terutama dri Jabatan Penerangan Malaysia...........

Begitulah yang dapat kawan paparkan, luahan dari gu-gu yang berkhidmat dengan JASA, mereka harap, janganlah buat cerita-cerita fitnah untuk memburukan nama baik Jabatan Hal Ehwal Khas atau kakitangannya. banyak lagi Kakitangan agensi-agensi kerajaan yang lari dari tugas sebenar menyebabkan rakyat marah pada kerajaan. Lebih baik letak jawatan daripada anda berselindung macam musang.........

11 comments:

  1. Ish.....
    Apa yang dikata itu benar..... saya amat meyokong tidakkan yang di ambil oleh nyangambi tu baguih betul ......
    Biarlah kawan sokong awak.....
    Meraka yang buta perut je yang cakap JASA tak beguna.......
    JASA tu lah yang boleh bantu kerajaan .yang lain tu pun bantu jugak...
    Tapi kalu nak hentam jasa pun tegok lah dulu bukan semua orang JASA tu buat kerja macam tu.
    Kawan bangga sagat dengan orang JASA ...

    kalu tak de JASA dah lama UMNO punah.hancur kita semua dibaham oleh pengkhianat bangsa......
    keamanan hilang jadi macam GAZA lah jawabnya.
    ........................
    kesian orang JASA.....
    Kawan simpati dengan orang JASA yang Kontrak dan tak ada pembelaan tu.

    ReplyDelete
  2. Kawe rasa yang menghentam JASA ni adalah orang yang kecewa mungkin tak dapat kerja dengan JASA ataupun kalau dia kerja dengan JASA mungkin dia kecewa kerana tak naik pangkat ke atau orang tidak ambil peduli kat dia kerana perangainya yang tidak baik.BERTAUBATLAH sebelum terlambat.

    ReplyDelete
  3. aterima kasih atas komen anda onestep dan hujanemas.
    Gu kawan ni ada cerita, ada seorang Pegawai JASA yg telah tamat kontrek (capai umur 60) di Pahang, oleh kerana tak de kerja lagi, pegawai ni jual sayur-sayur kampong ka pasar tani di Temerloh, akhirnya pegawai ni meninggal dalam keadaan daif, tiada yang ambil peduli, mau pun orang2 politik.
    Itu cerita gu kawan....... sedih juga ye.....

    ReplyDelete
  4. betul yang gambi, org tu ckp ikut suka dia jer x tau dunia realiti. Kita pun x tahu dia tu setan ke iblis

    ReplyDelete
  5. SALAM...
    ORG JASA BANYAK BERBAKTI KEPADA KERAJAAN.
    ORANG DI JABATAN PENERANGAN RAMAI YANG EGO TAK NAK MENGAKU KEHEBATAN JASA MENGATASI MEREKA WALAUPUN BARU SAHAJA MENJADI JABATAN.

    ReplyDelete
  6. PENGIKTIRAFAN....adalah sesuatu yang susah nak diterjemahkan demi kebaikan dan lonjakan maruah.JASA begitu juga.Setakat ini, belum ada pengiktirafan yg diberikan kepada JASA walaupun ada bukti dan kenyataan....bahawa JASA pernah berbuat jasa pada menentukan kemenangan BN. Begitu juga sesama pegawai JASA, hanya sekadar kita mengiktiraf pegawai-pegawai yang telah lama berjasa dalam JASA.....bukanlah payah sangat. Hanya sebuah pengiktirafan, tanpa memerlukan bayaran walau sedikit. Yang ada cuma kecaman, komplen dan rasa tidak puas hati dengan JASA. Tanpa pengiktirafan.....segala usaha dan pengorbanan selama ini, tiada sebarang penilaian dan penghargaan. Biasa biasa je....walaupun bukan itu tujuan dan nawaitu. Kepada mereka yang mendedahkan hal pegawai JASA tu.....tobatlah, esok-esok Allah bukak pulak aib mereka, Allah akan telanjangkan mereka......atau anak cucu mereka...waliyazubillah..

    ReplyDelete
  7. terima kasih sahabat yg menyokong. sy juga merupakan seorang pegawai jasa yg ditamatkan kontrak walaupon sy bukanlah lantikan politik..tp sy x sedih pon bila ditamatkan kontrak sebab bila dibandingkan dgn akak2,makcik2 dan abg2 yg dah lama keje dgn jasa lagi kesian.org dah keje belasan tahun dan ade yang dah berumur 50-an tiba2 ditamatkan kontrak dgn komitmen yg tinggi..sepasang suami isteri keje jasa dan tinggal di kuarters kerajaan di putrajaya ditamatkan kontrak..ustaz yg dah berumur,anak pula cacat serta isteri tidak bekerja ditamatkan kontrak..abg yg baru lepas beli rumah pertama ditamatkan kontrak..semua terjadi di depan mata sy.Bila dpt surat tamat kontrak semua cuba tahan nak nangis..sy harap sngt2 dorg sume sihat dan dimurahkan rezeki..

    ReplyDelete
  8. Memang kejam kerajaan sekarang..membuat org berkerja tanpa memikir walau sedikit pun rasa simpati..

    ReplyDelete
  9. JASA tu ok. Pegawai²nya boleh ke sokong 100% kerajaan semasa kalau dah tukar kerajaan.
    Bila tukar kerajaan JASA kena rombak sepenuhnya supaya fungsi JASA tak terjejas

    ReplyDelete
  10. JASA tu ok. Pegawai²nya boleh ke sokong 100% kerajaan semasa kalau dah tukar kerajaan.
    Bila tukar kerajaan JASA kena rombak sepenuhnya supaya fungsi JASA tak terjejas

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..