Tuesday, May 5, 2009

NIK AZIZ TETAP PERTAHAN ULAMA TERAJUI PAS












PAS tetap diterajui ulama – Nik Aziz

Kawan bukan nak campor urusan orang-orang PAS, tapi kawan rasa amat bersetuju dengan pendirian Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat mempertahankan tradisi parti bahawa jawatan tertinggi mesti dari kalangan ulama sebenar. Ulama yang arif dalam soal agama, juga profesional, ulama yang tidak berkepentingan dalam menerajui parti.

Kawan juga setuju dengan tulisan Nik Abduh, anaknda Datuk Nik Aziz dalam blognya, bahawa ada golongan yang berkepentingan bersama PAS, yang boleh merosakkan imej PAS itu sendiri.. Apa kata Salahudin Ayub dan Mat Sabu : “ PAS harus menonjolkan kepimpinan yang diterima oleh seluruh rakyat Malaysia dan bukan sekadar orang Melayu saja “

Kalau ini lah juga yang ada dalam hati setiap ahli-ahli PAS, akan berlaku satu rombakkan besar dalam pemilihan pada Jun nanti. Kerakusan sebahagian pemimpin PAS bukan ulama begitu ketara sekali, apa tidaknya beberapa pemimpin-pemimpin PAS seperti Datuk Seri Hadi Awang dan Nasharudin Mat Isa yang menyokong usaha-usaha untuk mengadakan muzakarah dengan UMNO, mengajak agar Melayu bersatu semakin ditolak.

Nampaknya pemimpin PAS yang bukan ulama ini, begitu jauh terpengaruh dengan kehendak sekutunya DAP dan PKR, apatah lagi bila pada PRU ke 12 PAS begitu yakin diterima oleh pengundi-pengundi bukan Melayu..

Apakah Mat Sabu ini ulama ? Kalau datang beceramah tidak ada yang baik keluar dari mulut, mefitnah, memaki menghamun orang Islam lain, mendapat upah dari orang ramai tidak kira miskin, papa kedana dari ceramahnya. Itu cerita keburukan orang..... macam mana dengan peribadi dia ? walikah dia ? Tak payahlah kawan nak tulis keburukan Mat Sabu ni........ orang Melayu Islam yang benar-benar celik pasti berfikir ratusan kali nak pilih Mat Sabu ni............

Apakah Dr Hasan Ali juga ulama ? Kalau setakat nak beri motivasi pada anak-anak Melayu pun kena bayar tak kurang RM5,000.00, dia tak tanya pun duit tu datang dari orang Melayu macam mana, janji kocek penuh. Ulama sebenar kawan rasa tak kenakan bayaran kalau memberi ilmu, ni tak cakap sedap skit, bawa cerita buruk-burukkan orang sikit dapat bayaran............ Ulama ke ni ?

Kawan, rasalah kalau PAS masih mahu dinilai sebuah parti yang memperjuangkan Islam, penyokong-penyokongnya mesti menolak manusia yang menyamar ulama ni. Jagalah Tuan Guru NIk Aziz dan Haji Hadi tu.............

No comments:

Post a Comment

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..