Monday, May 11, 2009

Nizar MB Perak yang sah - Hakim Mahkamah Tinggi

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar sah Perak setelah digugurkan jawatan tersebut, awal Februari lalu.

Kawan lihat kepimpinan UMNO/BN menerima keputusan itu dengan hati yang terbuka, PM Dato’ Sri Najib meminta agar rakyat bertenang, begitu juga dengan Zambry. Berbeza sekali dengan pembangkang, nampaknya terlalu ghairah, sehinggakan Nizar Jamaluddin segera mengarahkan Zambry serta enam exconya melepaskan jawatan serta-merta..

Bagi kawan, terbukti bahawa selama ini badan-badan Kehakiman Negara bukanlah dibawah telunjuk kerajaan UMNO/BN, segala tuduhan pembangkang adalah tidak berasas sama sekali.

Persoalannya, bagaimanakah tindakkan Nizar dan kuncu-kuncunya jika keputusan Hakim berpehak sebaliknya ?

Apakah tuduhan yang akan diterima oleh Badan Kehakiman dan kepimpinan UMNO/BN ?

Apa yang kawan kesalkan, bahawa Nizar dan kepimpinan Pakatan Rakyat bersikap derhaka dengan titah Sultan Perak yang menasihatkan beliau berundur dari jawatan Menteri Besar Perak, apabila Sultan Perak mendapati Pakatan Rakyat telah tidak mendapat kepercayaan ADUN-ADUN dalam negeri Perak 31 kerusi menyokong BN dan 28 kerusi menyokong Pakatan Rakyat.

Mufti Perak juga menasihatkan agar Nizar tidak sepatutnya angkuh dengan menyatakan “Memohon sembah derhaka“. Tetapi Nizar dengan kuncu-kuncu Pakatan Rakyat lebih memilih keputusan mahkamah dari menerima keputusan Sultan Perak dan Fatwa Mufti Perak.

Kalau Pakatan Rakyat benar-benar ingin membela negara, Nizar dan kuncu-kuncu tidak menimbulkan kekecohan, sama ada di Dewan Perak mahu pun dalam negeri. Kalau Nizar serta kuncu-kuncu benar-benar menjunjung kedaulatan Sultan Perak dan negeri Perak dan juga menjaga keharmonian rakyat jelata, tindakkan-tindakan Nizar dan kuncu-kuncu adalah semata-mata untuk memuasan nafsu untuk berkuasa, bukan untuk kepentingan negara.

Rakyat khususnya orang-orang Melayu perlu sedar dengan permainan Pakatan Rakyat ini, diantara titah Sultan dan Fatwa Mufti, nampaknya Pakatan Rakyat lebih memilih mahkamah.

Kalau DAP dan PKR yang bersikap begini, kawan tidak hairan, kerana gulungan ini memang menunggu-nunggu masa untuk menghapuskan institusi beraja dalam Malaysia, dan menghapuskan hak-hak orang Melayu dalam negara, termsuklah menghapuskan Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Tapi, sikap kurang ajar dan derhaka ini datang dari wakil rakyat PAS iaitu Nizar Jamaluddin, PAS mendakwa, bahawa PAS itu Islam dan Islam itu PAS, sanggup bersengkokol dengan orang-orang yang terang-terang menentang Islam.

Apakah Islam menjadi tunjang perjuangan yang diwar-warkan PAS hanya sebagai topeng untuk menipu rakyat jelata ? Kalau tidak, memgapa kepimpinan ulama PAS membisu seribu kata, apabila Nizar dengan angkuh menyatakan “ patik mohon sembah derhaka “ kepada Sultan Perak, disambut dengan megah oleh kafir-kafir yang selama ini memang tidak pernah menerima Raja-Raja dalam Malaysia. Dimanakah hukum sebagai penganut Islam, kalau tidak taat pada pemerintah ?

Dengan itu, Nizar,kepimpinan PAS serta penyokong-penyokong Melayu Islam perlu sedar dengan permainan DAP dan PKR, jangan kerana terlalu ghairah untuk berkuasa, maruah agama, maruah bangsa sanggup digadai. Jangan jadi macam Pak Kadok, “menang sorak, kampong tergadai “, renung-renunglah.

4 comments:

  1. "Kawan percaya itu yang akan dibuat oleh Nizar and the geng.

    Kalau bangsa dan agama sanggup dikhianati, apa tah lagi benda-benda macam tu, Nizar sanggup jilat jubur, cium kaki pemimpin DAP dari taat pada pemimpin PAS, rela derhaka pada Sultan Perak..."

    Begitulah ulasan YANG GAMBI dalam laman blog TAIPINGMALI. Mengapa begitu sekali mengata orang, mencaci orang? Apa asas dan prinsip YANG GAMBI dalam menulis?

    Tidak pedulikah YANG GAMBI akan kebenaran? Tidak fahamkah YANG GAMBI akan maksud FITNAH? Tidak tahukah YANG GAMBI bertapa besarnya dosa orang yang membuat dan menyebarkan FITNAH?

    Tidak ingatkah YANG GAMBI bahawa jari-jari di tangan YANG GAMBI yang digunakan untuk menaip perkataan-perkataan dalam ulasan tersebut adalah anugerah ALLAH? Anugerah yang diKURNIAkan untuk tujuan memudahkan YANG GAMBI beribadat kepada ALLAH.

    Tidak ingatkah YANG GAMBI bahawa ALLAH MAHA BERKUASA dan boleh menarik balik apa juga ANUGERAH yang telah diKURNIAkan.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih komen Wong pencen.

    Dalam soal fitnah memfitnah ini Pemimpim-Pemimpin Pakatan Rakyat, terutama PAS yang terlalu banyak memfitnah, menghasut rakyat, sedangkan parti ini sentiasa melaungkan PAS itu Islam dan Islam itu PAS, tidak nampakkah saudara Wong pencen ? atau mata, teinga sudah ditutup dengan dari melihat dan mendengar kebenaran....

    ReplyDelete
  3. Walau berapa banyak sekalipun FITNAH dan HASUTAN yang dijajakan oleh pihak Pakatan Rakyat, itu tidak bermakna penyokong BN mendapat hak untuk menFITNAH mereka.

    YANG GAMBI tahu bahawa apa yang mereka lakukan itu salah lalu tidak wajar YANG GAMBI melakukan seperti mereka. Fikirkan dengan lebih 'creative' bagaimana menangani FITNAH mereka.

    Sekiranya FITNAH dilawan dengan FITNAH maka FITNAH akan tumbuh subur, dibaja dan disiram oleh semua pihak yang bertentangan.

    Fikirkan juga, apabila pihak BN menang, UMNO menang, bukankah yang kalah juga dianggotai oleh orang ISLAM dan Melayu? Bukankah perjuangan penyatuan ISLAM dan Melayu ini menjadi agenda utama UMNO?

    Kalau pihak BN dan UMNO terus menerus mencerca dan melemparkan FITNAH kepada mereka, apa harapan yang tinggal untuk mereka menyertai BN dan UMNO setelah mereka kalah? Cuba sarungkan kaki YANG GAMBI dalam kasut mereka. Sejauh manakah peluang YANG GAMBI akan bekerjasama dengan pihak yang telah terus menerus mencerca, menghina dan menFITNAH YANG GAMBI?

    Bukankah kita diajar untuk berkata hanya yang benar, dan diam sekiranya kita tidak ada apa-apa yang baik untuk diperkatakan?

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..