Thursday, May 14, 2009

KEMELUT POLITIK PERAK – rakyat jemu dan meluat

Kawan kalau boleh malas dah nak tulis pasal kemelut politik di Perak, tapi setaipa kali kawan berada ditampat-tempat awam, isu ini seolah-olah tidak akan padam keluar dari mulut kemulut masyarakat. Di negeri Pahang, ramai juga datang dari Perak, terutama dalam rancangan FELDA, di daerah kawan saja lebih 20% asal dari rakyat Perak, mareka berhijrah ke Pahang untuk mengubah gaya hidup yang lebih sempurna dan harmoni, Pahang Darul Makmur kata mereka-mereka yang bersyukor dan berterima kasih.............

Rata-rata orang-orang yang asal dari Perak yang kawan temui, meluahkan rasa jemu, meluat dan benci dengan kerakusan pemimpin-pemimpin untuk berkuasa, berkecamuk sesama sendiri sehingga kepentingan rakyat terabai. Siapa yang sebenar-benarnya rugi ?

Semangat satu bangsa, satu agama berkecai dek kerana perebutan pangkat dan kuasa, semangat mushwarah, ukhuwah hilang begitu sahaja. Jika nak didengar dari kata-kata, semua berhujah soal pembangunan agama, bangsa dan negara.

Apa kata Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak :” SATU MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN “ Apakah ungkapan ini hanya untuk penyokong-penyokong UMNO atau Barisal Nasional sahaja ? Tidakkah ucapan dan harapan Dato’ Sri Najib selaku peneraju negara mengungkapkkan khusus untuk seluruh warga Malaysia, tidak untuk Melayu, Cina, India sahaja, tidak mengira parti mana yang diberi undi, asal saja ianya warga Malaysia..... Najib telah berkata, dia nak jadi Perdana Menteri Rakyat, mesra rakyat, memahami rakyat, kenapa warga Malaysia tidak memberi peluang dengan beliau untuk membuktikan hasrat dan cita-citanya ?

“ JONG PECAH YU YANG KENYANG “, itulah umpama yang dapat dikatakan, jika orang-orang Melayu Islam di Perak berterusan mengikut karenah, hasutan, propanganda, kata-kata manis puak-puak yang sebenarnya teringin sangat melihat kita berpecah belah.

SIAPA SEBENARNYA DALANG SEHINGGA KEMELUT INI BERTERUSAN ?


  • Nizar, tidak menerima hakikat kerjaannya telah kurang majoriti sokongan dari ADUN-ADUN Perak.

  • Nizar menderhaka, tidak menjunjung kasih titah Sultan Perak.

  • Nizar tidak menerima fatwa Mufti Perak, umat Islam wajib mentaati pemimpin/pemerintah.

  • Sivakumar mengikut undang-undang sendiri mengantung Zambryn dan 6 Exco, tidak mahu menerima keputusan Mahkamah, tidak patuh titah Sultan Perak. Kalau dah keputusan Mahkamah tak nak ikut, titah Sultan tak nak ikut, bermakna Sivakumar nak jadi raja FIRAUN lah agaknya ?

  • Sivakumar sanggup mengadakan sidang Dewan ADUN Perak bawah pokok.

Jika, semua perkara diatas tidak dilakukan, Perak tidak akan menjadi begini, rakyat tidak merasa dan gundah gelana.......... Ekonomi bertambah merudum, pelabur-pelabur takut untuk datang, pembangunan rakayat teergantung. Ini bukan masa nak tunjuk kekuatan, nak tunjuk sapa dapat sokongan rakyat, tunggulah PRU ke 13 nanti, sesiapa dapat majoriti kerusi, tubuhlah kerajaan, kalau kalah terima aje lah.............

3 comments:

  1. Nizar Jamaluddin punya angkara kemelut tak selesai, dialah yang jadi perosak negeri Perak. Tok Guru Nik Aziz menadah tangan tunduk menanggis sambil membaca doa meminta restu dari Allah supaya Nizar diberi kesempatan untuk gembali ke pangkal jalan. Tok Guru dah menyesal apa yang dibuat selama ini. Dia gilap Nizar supaya menjadi orang yang berguna dalam PAS, rupanya tidak begitu.. Nizar berkiblatkan kepada DAP. Beliau lebih yakin perjuangan DAP kerana DAP lah yang memberi ruang kepada beliau sebagai Menteri Besar. Sebagai membalas dendam kepada Nizam Tok Guru telah mencari seorang pemimpin baru untuk PAS iaitu Ustaz Nge Kok Ham dengan mengajar Ayat Al Quran surau Al-Khausar ayat 90.

    ReplyDelete
  2. Aku sokong apa yg ratuayau kata..ni la akibatnya bila melayu dah tak kenal bangsa! sanggup jd penderhaka..nak bg anak cucu bangga atau duduk ternganga...jgn sampai orang asing perintah negara dah laaa..

    ReplyDelete
  3. Anda perlu membetulkan tulisan anda..

    Tidak ada virus H1N1 di Malaysia, kalau ada pun masih terkawal.

    Tapi virus yang sudah menular 10 tahun dahulu yang kini sedang merebak dan mewabak ialah virus A1N1 (Anwar Ibrahim Nombor 1) yang juga dibawa oleh BABI (Brother Anwar Bin Ibrahim).

    Kebanyakan pesakit sudah pun dikurantin dalam PR (Pakatan Royat) yang sentiasa meratib A1N1..A1N1..A1N1...A one N one ..A one N one ..selagi tidak ditutoh oleh al juburi !!!!

    http://anwaraljuburi.blogspot.com

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..