Saturday, May 30, 2009

FELDA 1 DI DUNIA (siri 2) – Dua genarasi peneroka yang berlainan ideologi

FELDA, diamanah oleh kerajaan membantu menaikkan taraf ekonomi para peneroka, juga membentuk para peneroka hidup bermasyarakat tersusun. Maklum sajalah, yang berhijrah ke tanah rancagan FELDA datang dari seluruh pelusuk Negeri, Daerah, Mukim serta loghat-loghat yang berbeza, masing-masing membawa adat resam dan cara hidup sendiri.

Pengurus dengan dibantu oleh Pegawai-Pegawainya bertanggung jawab melaksanakan dasar-dasar yang telah di atur, FELDA juga bertanggung jawab dalam membantu meningkatkan taraf pendidikan anak-anak peneroka.

Berapa ramai anak-anak peneroka FELDA yang berjaya dalam akademik, berapa ramai yang berjaya ke menara gading sama ada dalam mahu pun luar Negara, kalau nak di kira yang menjadi Doktor, Jurutera, Arkitek, Ushawan, Pegawai Tinggi Kerajaan/Swasta, termasuk dalam bidang politik.

Biasalah, bila taraf hidup masyarakat peneroka berubah corak, parti pembangkang mula menyelinap masuk ke dalam FELDA, mula menghasut, menyampaikan dakyah-dakyah memburuk-buruk, membenci kerajaan, paling teruk UMNO lah, maka banyaklah muncul golongan peneroka yang lupa daratan, lupa asal usul, dah mula pandai menuduh kerajaan UMNO dan FELDA menipu rakyat, menipu peneroka.

Kawan tertarik nak cerita pembabitan dua orang anak peneroka FELDA di Rompin, Pahang, dalam politik. Kawan cari-carilah latar belakang dia orang, tanya kat gu-gu yang kawan kenal kat Rompin, kawan tahu di Rompin ada 16 buah tanah rancangan FELDA.

YB Dato’ Haji Mohamad Shafri bin Abd Aziz, 34 tahun, anak seorang peneroka FELDA Keratong 2, memiliki Ijazah dari salah sebuah Universiti di Jordan. Exco Kerajaan Negeri Pahang, juga ADUN Kawasan Bukit Ibam, Parlimen Rompin.

Nasrudin bin Hasan atau dikenali dengan nama Nasrudin Tantawi, 38 tahun, anak peneroka FELDA Keratong 5, memiliki Ijazah dari Mesir. Menang tanpa bertanding jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat. Bertanding di Kawasan Parlimen Maran pada PRU 12 tahun 2008, tewas kepada Calon BN.

Kedua-dua anak peneroka ini, berpendidikan tinggi dalam bidang agama, masyarakat FELDA kenal mereka dengan pangilan Ustaz, tapi sayangnya, kedua-dua mereka tidak sealiran dalam memperjuangkan nasib genarasi peneroka akan datang.

Shafri, merasakan bahawa melalui UMNO sahaja beliau dapat berbakti untuk masyarakat FELDA, dan telah mendapat kepercayaan dari masyarakat dalam kawasan DUN Bukit Ibam untuk dipilih sebagai Wakil Rakyat, seterusnya memegang jawatan Exco Kerajaan Negeri, membolehkan beliau terus berjuang membela nasib masyarakat.

Nasrudin, lebih merasakan PAS sahaja yang dapat membangunkan masyarakat, beliau terus berjuang untuk menguasai kerajaan melalui PAS, ialah kalau tak jadi kerajaan, macam mana nak beri khidmat pada masyarakat…..

Kalaulah, Nasrudin dengan ilmu yang ada dapat bersama-sama berganding bahu dengan Shafri untuk membantu membangunkan masyarakat, kawan rasa terlalu banyak manfaatnya kepada golongan muda dalam FELDA. Apa yang kawan dapat lihat, Nasrudin hanya berceramah kesetiap pelusuk negeri untuk menyampaikan dakyah rasa benci dikalangan muda kepada kerajaan yang ada.

Apa yang nak kawan perkatakan, bukan semua anak-anak peneroka berjaya dalam bidang akademik, gejala social seperti penagihan dadah, mat rempit, dikalangan anak-anak peneroka amat ketara sekali.

Kalau Shafri, berjuang serta memikirkan cara-cara terbaik untuk mengatasi gejala sosial dari kalangan genarasi FELDA, berusaha agar anak-anak peneroka tidak ketinggalan dalam arus pembangunan Negara.

Berbeza dengan Nasrudin, yang hanya tahu menyalahkan kerajaan, menyampaikan dakyah-dakyah serta membangkit semangat benci-membenci dikalangan masyarakat. Tanpa disedarinya, kejayaaan hidup keluarganya dan kejayaan dirinya mencapai pendidikan tinggi hasil pembangunan rakyat yang dirancang oleh kerajaan melalui FELDA.

Kerana ibubapa mereka berhijrah dari negeri asal ke penempatan FELDA, maka corak hidup mereka juga berubah, tersusun dan berjaya. Apalah salahnya kalau Nasrudin menyatakan satu ungkapan terima kasih kepada kerajaan UMNO/BN yang telah membuka ruang untuk ibubapa beliau merubah hisup, tukarkan umpat keji, caci maki kepada pemimpin-pemimpin UMNO yang merancang untuk pembangunan orang-orang Melayu melalui FELDA…..


Ungkapan “ MELAYU TERLALU MUDAH LUPA “ mungkin tidak boleh terhapus nampaknya………..

3 comments:

  1. aku ingat Malaysia ni mengamalkan demokrasi... rupa rupanya ... mengikut artikel ini... Malaysia tidak mengamalkan demokrasi.... kalau harap bertanding masa pilihanraya tu.. negara komunis Soviet, China, dan Cuba pun ada pilihanraya..... bukankah dalam negara mengamalkan demokrasi itu, kebebasan memilih pemerintah diberikan kepada rakyat... hak rakyat la untuk memilih dan untuk berkempen.... UMNO/BN tak pernah buat dakyah membenci pembangkang/demokrasi???

    ReplyDelete
  2. Tema kasih anak perelih buat komen.

    Kawan bukan nak sebut pasal demokrasi, tapi nak sebut manusia yang tak pandai berterima kasih, tempat dia makan situ dia berak, tu je... seurang-kurangnya orang yag cerdik, berilmu dapat memikirkannya dengan waras, bukan hidup tak reti mengenang budi.....

    ReplyDelete
  3. Wahai saudaraku, wahai kaum Muslimin,
    Di atas kalimah Lailahaillallah Muhamadulrasulullah.

    Saya sebagai hamba Allah menyampaikan seruan Allah dan RasulNya.

    “Bukanlah dari kami orang-orang yang menyeru kepada assabiyyah, berperang atas dasar assabiyyah dan mati kerana (mempertahankan) assabiyyah” [HR Abu Daud].

    Wahai saudaraku, wahai kaum Muslimin,
    Kembalilah ke jalan Islam dan memperjuangkan Islam bukan atas dasar memperjuangkan Assabiyah iaitu bangsa kerana Rasulullah SAW tidak mengaku akan umatnya yang memperjuangkan assabiyah…

    Rasulullah SAW telah mengkabarkannya kepada seluruh manusia bahawa bukanlah dari umat Muhammad jika mereka memperjuangkan bangsa.

    Adakah kita hanya mengamalkan ajaran Islam separuh masa dan separuh lagi kita meninggalkannya...???

    Allah SWT berfirman :

    " Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu " (Al-Baqarah(2):208)

    Bersatulah saudaraku dengan kalimah Lailahaillallah Muhamadulrasulullah…!!!
    Bersatulah kita di bawah panji kebesaran Islam…!!!

    Ingatlah wahai saudaraku...

    Sekecil kecil dan sebesar-besar amalan di dunia akan di hitung di akhirat kelak.

    "Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya.Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula."(Al-Zalzalah : 7-8)

    MAMPUKAH KITA MENJAWABNYA NANTI APABILA KITA BERDEPAN DENGAN ALLAH SWT...???

    Ya Allah, aku telah jalankan perintahmu…

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..