Tuesday, May 19, 2009

BERKUBUR KEGANASAN LTTE DI SRI LANKA






Akhirnya, pemimpin tertinggi Harimau Pembebasan Tamil Eelam ( LTTE ), Velupillai Prabhakaram, bersama anak lelaki, orang-orang kanan dan tentera pengganas LTTE maut dibaham tanah, sebahagian bumi Sri Lanka yang selama ini tidak pernah boleh dipijak, diurus oleh kerajaan untuk rakyat telah didaulatkan semula oleh tentera Sri Langka.

Inilah balasan yang setimpal wajib diterima terhadap manusia-manusia yang tidak pernah mendaulatkan negara yang deme jadikan tempat mengharungi kehidupan, tidak pernah menjunjugi lagit yang mana buminya dipijak. Keangkuhan dan kesombongan LTTE hancur diledak peluru-peluru yang dirancang sendiri.

Bagi mereka, tindakan keganasan adalah jalan terbaik untuk mencapai cita-cita buas untuk menunjukkan keberanian, kekuatan, berpengaruh, kononnya untuk kebebasan, akhirnya rakyat yang tidak berdosa diheret bersama. Dek kerana terlalu angkuh dan sombong mereka, sayangnya, kekuatan dan keberanian hanya untuk menentang kerajaan yang mana tempat mereka menumpang, bukan untuk menentang penjajah.

Diluar negara Sri Lanka, beribu-ribu penyokong perjuangan pengganas ini ( ramai juga yang ada dalam Malaysia ) mengadakan tunjuk perasaan diatas tindakan tegas tentera kerajaan menghapuskan LTTE. Mereka apa tau ? mereka duduk di luar negara, dapat hidup mewah, berseronok, tidur aman damai tanpa curiga, sedangkan rakyat Sri Lanka berpuloh tahun hidup dalam menderita ketakutan, kemiskinan, kebuluran, tanpa pendidikan akibat perbuatan ganas LTTE. Mereka tahu apa, hanya dok menyokong, menghulur sumbangan untuk keganasan , yang menderita rakyat yang tidak berdosa.......

Bila dah kalah dilayak kerajaan, barulah ada suara-suara LTTE mintak bantuan orang ketiga untuk berunding dengan kerajaan Sri Lanka. Pooooooraaaaah..................

EU juga nak adakan siasatan hak asasi manusia di atas tindakan tentera kerajaan terhadap LTTE. Apa ke jadahnya EU nak pegi siasat ? selama ini, penderitaan yang rakyat Sri Lanka angkara LTTE, ada ke EU nak pandang ? EU patutnya pegi siasat keganasan Israel terhadap rakyat Plasten, dan berpuluh tahun pengganas Israil menzalimi rakyat Pelasten, bumi mereka dirampas, rakyatnya dibunuh.............pegi jahanam dengan EU.......

Itu cerita kat Sri Lanka, kat Malaysia, ada golongan yang tak sedar diri, kononnya amat berpengaruh nak meniru cara LTTE jika tuntutan mereka tidak dilaksanakan oleh kerajaan. Siapa mereka ini ?

Bukankah lahirnya golongan ini di bumi Malaysia, mereka dapat hidup mewah, aman damai, boleh tidur nyenyak walau pun dalam tahanan ISA ? Tidakkah golongan ini boleh mencari kekayaan, berpendidikan hasil perpaduan kaum dalam negara Malaysia serta kesabaran pribumi yang sedia menerima etnik-etnik lain untuk berkongsi menikmati keharmonian Malaysia ? Kawan rasalah, kalau golongan tak sedar diri ini ada kat negara asal tok nenek deme, belum tau nak mengecapi apa yang deme dapat kat Malaysia ni......

Tapi pelik juga ya ¡!!!!, ada juga dari kalangan Melayu yang jadi petualang menyokong karenah manusia tak sedar diri ni, bukan main lagi Melayu ni beria-ia menghentam Kerajaan UMNO/BN, macam-macam kata nista dia orang tujukkan pada Perdana Menteri Malaysia.............. Apa agak-agaknya gu-gu nak lebelkan Melayu macam ni ?

1 comment:

  1. malas nk komen2,tugas ambo klu perang ambo tembak je huhuhuh

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..