Sunday, October 31, 2010

GALAS-PAS perjuangkan Islam, tetapi dihiasi sifat buruk sangka

PAS mengesyaki UMNO akan menggunakan pengundi-pengundi hantu melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mengeluarkan kad pengenalan dengan menggunakan nama senarai pemilih yang tertera dalam daftar pemilih di Dun Galas.

UMNO juga dikatakan menawarkan sogokan wang RM1,000 atau hadiah peti televisyen kepada pengundi, dengan syarat pengundi berkenaan menyerahkan kad pengenalan mereka.

Begitulah tomahan Penasihat Jentera Pilihan Raya PAS Dun Galas, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah. Selain itu, katanya PAS juga mengesan kemungkinan berlaku penipuan di bilik tempat pembuangan undi pada 4 November ini. (rujuk di sini)

AYG ; Sabda Rasulullah SAW, yang bermaksud, “Awasilah diri kamu daripada berburuk sangka kerana perbuatan itu adalah satu pembohongan besar. Janganlah mencari berita buruk, berhasad dengki, bermasam muka dan marah, sebaliknya jadikanlah diri kamu semua bersaudara mara.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Setiap kali ada pilihan raya, setiap kali juga PAS akan bersangka buruk terhadap UMNO, perasaan tidak puas hati dengki dengki khianat yang telah menjadi darah daging PAS ini juga melambangkan betapa rendahnya moral kepimpinan PAS yang berwajahkan sifat-sifat alim ulama, warak dan sebagainya.

Mereka sanggup menghancurkan maruah orang lain yang tidak sehaluan dengan mereka apabila menolak segala pertimbangan dan rasional akal yang telah dianugerahkan Allah, kerana dalam diri juak-juak PAS yang telah dikuasai nafsu marah dan dengki khianat yang berpanjangan terhadap kejayaan UMNO menerajui negara.

PAS sering berbuat tuduhan-tuduhan yang tidak berasas, tetapi kenapa PAS tidak mengemukakan bukti diatas dakwaan terdapat pengundi hantu yang dibawa masuk dari luar oleh UMNO atau agensi-agensi kerajaan lain…..

Inilah sifat-sifat keji yang telah lama tersemai dalam jiwa puak-puak PAS kerana gemar melakukan perbuatan memburuk-burukkan kepimpin an UMNO, sering membuat tuduhan tanpa asas kebenarannya serta selalu prasangka setiap apa yang kerajaan UMNO-BN lakukan.

Sudah terang dan jelas, PAS diterajui golongan-golongan manusia-manusia yang tidak mencintai keharmonian dan kesejahteraan dalam masyrakat……...

Saturday, October 30, 2010

Keluarga Beng Hock merayau-rayau di Galas, Gua Musang

Di mana berlakunya pilihan raya kecil, maka disitulah ada dia……

Begitulah ungkapan yang layak diberi kepada dua orang yang dipercayai dari keluarga Teoh Beng Hock yang sedang merayau-rayau disekitar Bandar Gua Musang sambil membawa sepanduk serta mengedarkan risalah kepada orang ramai.

Satu lagi jentera PAS selepas kumpulan mahasiswa dari GAMIS yang dipergunakan untuk membantu kempen pilihan raya kecil DUN Galas……. terdesak benar nampaknya PAS untuk mempertahan kerusi tersebut……

Apa tujuan sebenar keluarga Beng Hock datang ke Gua Musang, kalau tidak kerana mahu memastikan PAS memenangi kerusi DUN Galas…..

Risalah yang mengandungi dakyah-dakyah yang kononnya kekejaman yang dilakukan SPRM, POLIS terhadap warga Malaysia boleh mendatangkan rasa marah, benci pengundi Galas terhadap UMNO-BN diedarkan kepada orang ramai, khususnya pengundi-pengundi dari kaum bukan Melayu. Tidak secara langsung, pengundi-pengundi Galas akan beralih arah kepada calon PAS pada 4 November 2010 akan datang…..

Itulah niat sebenarnya, kalau tidak, masakan keluarga Beng Hock dibawa ke Gua Musang…….

Galas-PAS tenat, GAMIS mula turun berkempen


Tahniah……kepada sekumpulan mahasiswa dari Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia Se Malaysia (GAMIS) yang sedang dalam ‘study week’ dapat meluangkan masa datang berkempen di pilihan raya kecil DUN Galas.

Nampaknya, PAS semakin terdesak, sehinggakan mahasiswa yang sepatutnya lebih bersedia untuk menghadapi peperiksaan semester terpaksa digunakan bagi memastikan kemenangan calon mereka di Galas.

Walau pun tercatat gambar-gambar calon BN di dalam risalah yang diedarkan , itu hanya sekadar untuk mengaburi mata pihak-pihak tertentu, hakikat sebenarnya kumpulan mahasiswa ini rancak berkempen bagi pihak calon PAS……..

Mengapa PAS tidak membiarkan para pelajar ini menumpukan sepenuh masa kepada pelajaran mereka, mengapa perlu dikerah anak-anak bangsa ini semata-mata untuk memenuhi kepentingan politik…..


Friday, October 29, 2010

Tak cukup berceramah, PAS-pakatan perhebatkan edaran risalah dalam kempen pilihan raya di Galas

Tidak cukup dengan ceramah, tazkirah di Masjid, markas dan padang awam, sehinggakan dimedan-medan selera juga PAS pergunakan sebagai pentas berceramah tanpa menghiraukan keselesaan orang awam yang ingin menikmati makanan di gerai seolah-olah dipaksa mendengar ceramah-ceramah politik mereka.

Itulah PAS…….. siang malam, ceramah….. wakil-wakil rakyat PAS datang ke kampung semata-mata untuk berceramah, penghabisannya, sudah tentu kutip wang derma jihad……. datang malam-malam macam musang, sebab itu mereka tidak nampak jalan-jalan rosak, penduduk miskin, rumah-rumah setingan ditepi sungai, ditepi rel keretapi………

Edaran risalah-risalah pula boleh dikatakan setiap hari, tidak kiranya di mana kita berada, sudah pasti akan dapat…… kononnya hendak beritahu kepada rakyat akan segala kepincangan kerajaan UMNO-BN, tetapi banyak yang tidak betul, banyak yang bohongnya…….

DAP punya risalah lagi hebat, banyak isi-isi cerita yang menanamkan rasa kebencian dikalangan masyarakat Cina terhadap UMNO… benci UMNO bermakna benci orang Melayu….

PAS, lebih menumpukan kepada meminta simpati pengundi-pengundi dengan memaparkan kebaikan bekas wakil rakyat yang meninggal, tak habis-habis menceritakan kisah-kisah Allayarham Chek Hashim Sulaima, yang kononnya berjiwa rakyat….

Tidak dinafikan, mungkin Allahyarham seorang wakil rakyat yang bagus semasa hayatnya, tetapi mungkin juga itulah satu-satunya wakil rakyat yang baik di antara berpuluh wakil-wakil rakyat PAS yang ada……sebab itu Allah lebih menyayangi Allahyarham, yang lain semuanya hamPAS……

Cerita kebaikan bekas wakil rakyat inilah yang diusung PAS keseluruh ceruk kampung di Galas…….

PAS menjaja nama orang yang sudah meninggal semata-mata untuk meminta undi simpati, sedangkan pemimpin-pemimpin PAS yang hidup berterusan memboloti kekayaan sendiri…

Thursday, October 28, 2010

Galas-PAS-DAP takut dengan sepanduk ‘Kafir Harbi”


PAS sudah semakin gelabah sehingga mendakwa UMNO-BN telah memainkan isu agama dalam kempen-kempen PRK Galas apabila sebuah banner yang direntang di Bandar Gua Musang (seperti gambar di atas) menjadi trauma kepada mereka……

PAS dikatakan telah mendesak pihak Pasukan Pemantau Kempen Pilihan Raya (PPKPR) yang bertugas untuk mengawasi bahan dan kempen pilihan raya DUN Galas bertindak menurunkan banner tersebut.

Tony Phua, Setiausaha Publisiti DAP pula menganggap banner seperti yang direntang itu juga melambangkan pihak UMNO-BN tidak gentlemen ketika berkempen di Galas serta tiada beretika dan tiada kelas………

AYG ; mengapa PAS-DAP takut sangat dengan ‘banner’ tersebut ?

Apa yang lebih menyerlah, PAS-DAP sebenarnya bimbang pengundi-pengundi di DUN Galas tahu apa yang sebenarnya berlaku hubungan antara PAS dan DAP yang nampak sahaja akrab, tetapi disebaliknya DAP ada agenda yang tersirat…..

Mungkin kata-kata Karpal Singh, "Mahu wujudkan negara Islam langkah mayat kami dulu" telah berlaku sepuluh tahun yang lalu, tetapi PAS lupa bahawa Karpal Singh juga pernah berkata dia tidak berganjak dari apa yang dikatakanya sepuluh tahun lalu…

Ekoran itulah, maka Nik Aziz terpaksa berterus terang menyatakan bahawa PAS tidak akan mempertahan untuk mewujudkan sebuah Negara Islam bersama-sama DAP dan PKR…… Apa sudah jadi tok guru ?

Apakah perjuangan PAS yang berlandaskan Islam sudah luntur kerana bila kena herdik oleh Karpal Singh ? Sudah hilangkah semangat berkobar-kobar ulama-ulama serta mujahid pemuda-pemuda PAS semata-mata untuk menjaga hati si ‘kafir harbi’ ?

Kalau inilah jawapannya, maka jelaslah sudah bahawa selama ini PAS hanya mempergunakan agama Islam semata-mata untuk mendapatkan keuntungan politiknya sahaja…… Kalau tidak, masakan ‘banner’ seperti itu dipertikaikan…



Galas lori angkut balak lebih rancak dari kempen pilihan raya

Kerancakan lori-lori berulang-alik mengangkut kayu-kayu balak yang ditebang dengan rakus di Gua Musang merupakan pemandangan yang biasa, terutamanya di lebuh raya menuju ke Cameron Highland dari Simpang Pulai…….

Inilah agaknya yang dikatakan oleh masyarakat Orang Asli di Pos Brooke, Lojing, "Hutan hak kami, tapi tanah-tanah hak Raja. Kerajaan PAS wakil raja, kami hanya boleh tenguk saja hutan ditebang, balak-balak diangkut”……….

PAS begitu bijak memperdaya lebih 2,000 masyarakat Orang Asli dengan isu ‘ladang rakyat’ agar tidak membantah di atas pengondolan hutan belantara untuk mengeluarkan balak-balak di kawasan mencari rezki Orang Asli sejak turun temurun……..

Masyarakat Orang Asli hanya memadai dengan janji akan diberi hak dalam ‘ladang rakyat’, serta elaun RM200, sedangkan tanah-tanah di kawasan Lojing telah lama diserahkan kepada Syarikat dari Singapura, balak-balak ditebang, diangkut dengan begitu rakus serancak kempen-kempen PAS untuk pilihan raya kecil DUN Galas.

Inilah yang dikatakan ‘PAS untuk semua’, tetapi balak-balak ‘PAS sapu semua’………..

Wednesday, October 27, 2010

Galas-air mata terharu menyambut lawatan TPM ke Kampung Batu Papan


Seorang wanita warga emas yang mengidap penyakit kronik menitiskan air mata terharu apabila melihat Tan Sri Mohyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri sudi berkunjung mesra ke rumahnya di Kampung Batu Papan, Gua Musang.

Timbalan Perdana Menteri bersama Calon BN bagi DUN Galas Abdul Aziz Yusof bersama pemimpin-pemimpin UMNO-BN lain telah menghadiri Program Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Batu Papan petang tadi.

TPM juga berkesempatan mengadakan lawatan mesra ke rumah penduduk Kg Batu Papan disamping melawat penduduk yang mengidap penyakit kronik……

Pengundi-Pengundi Kampung Batu Papan tetap setia dan kukuh bersama UMNO-BN….



Galas-Kehadiran penyokong Barisan Nasional berkonsepkan 1 Malaysia


Walau pun kehadiran penyokong-penyokong Barisan Nasional yang mengiringi calon mungkin tidak sehebat kehadiran penyokong-penyokong PAS, tetapi ianya penuh dengan semangat 1 Malaysia……

Berbagai kaum dari parti-parti komponen Barisan Nasional dilihat begitu padu berarak sambil membawa bendera parti masing-masing menuju ke tempat penamaan calon.

PAS boleh bermegah dengan kehadiran penyokong-penyokongnya yang melebihi tiga ribu orang, tetapi jika diperhatikan betul-betul ianya membayangkan PAS adalah sebuah parti perkauman.Slogan ‘PAS for all’ yang digembar gemburkan PAS tidak menampakkan realitinya apabila Melayu-Melayu PAS lebih memonopoli perarakan untuk mengiringi calon mereka. Malah bendera DAP juga diusung oleh juak-juak PAS sebagai tanda setia dan akrabnya Melayu-Melayu PAS dengan DAP………

Tidak nampak pula penyokong DAP mengusung bendera PAS, adalah empat lima orang bukan Melayu, itu pun datang dari ahli-ahli kelab penyokong PAS……

Kalau Barisan Nasional dikatakan parti perkauman dan UMNO pula dikatakan rasis atau assobiyah, tetapi mengapa semasa perarakan mengiringi calon, mereka lebih menonjolkan semangat perpaduan, bekerjasama untuk memastikan kemenangan BN di DUN Galas.

Tanpa disedari PAS dan DAP adalah parti yang rasis, kalau sebelum ini DAP dilihat begitu membenci cara perjuangan PAS, tetapi kerana bersungguhnya hasrat DAP untuk melihat kuasa Melayu berkubur, maka DAP terpaksa melupakan sementara perasaan itu……..

Tuesday, October 26, 2010

Galas-PAS dakwa sumbangan RM20,000 kepada tokong Cina hasil dari wang halal

Satu majlis jamuan makan malam yang diadakan di dewan tokong Cina Kampung Pulai semalam, Anwar Tan Abdullah, Exco Kerajaan PAS Kelantan telah mengumumkan sumbangan sebanyak RM20,000 dari Kerajaan Negeri untuk membaik pulih tokong tersebut.

Majlis yang juga dihadiri Mursyidul Am PAS, tok guru Nik Aziz, Lim Kit Siang dan calon PAS Dr Zulkefli Mohamad, Anwar Tan Abdullah menasihatkan agar masyarakat Cina di Kampung Pulai jangan merasa bimbang atau was-was di atas sumbangan tersebut kerana ianya diambil dari tabung kewangan yang bersih dan halal.

Anwar Tan berkata demikian kononnya pentadbiran Kerajaan PAS Kelantan bukan macam Kerajaan Persekutuan yang diterajui UMNO banyak menjalankan kutipan hasil dari lesen-lesen perniagaan haram…….

UMNO dikatakan telah mempertikaikan sumbangan Kerajaan Pulau Pinang kepada warga emas adalah datang dari punca-punca haram, dari hasil judi lumba kuda tetapi mengapa tidak pertikaikan gaji dan elaun para Menteri yang diterima juga dari hasil cukai lesen-lesen judi……

AYG ; agak-agaklah sikit kalau hendak cerita pasal wang halal atau haram, adakah masyarakat Cina dalam dewan tokong itu ambil kesah duit haram atau halal…..

Kalau Menteri-Menteri Kabinet UMNO elaun dari hasil kutipan wang haram, bagaimana pula dengan Ahli-Ahli Parlimen PAS ? Tidak haram ke ?

Kenapa ketika tiba musim piliharaya kecil Galas baru Kerajaan PAS hendak tunjuk pemurah menghulukan sumbangan kepada rumah-rumah ibadat………. Bagaimana pula dengan peruntukan untuk membina/membaiki Masjid dan Surau di Kelantan ?

Mungkin Anwar Tan terlupa agaknya, tidak menjadi kesalahan mengutip cukai dari lesen-lesen judi, arak, ternak babi dan sebagainya untuk menampung perbelanjaan pentadbiran negeri kerana judi adalah permainan orang-orang kafir, begitu juga arak dan babi…….

Anwar Tan mungkin juga terlupa, untuk menampung kebajikan, menbangunkan prasarana umat Islam datang dari kutipan wang yang diperolehi melalui Baitulmal….. semua kutipan zakat dan lain-lain hanya diambil dari umat Islam sahaja dan diagih-agihkan kepada orang Islam yang memerlukan…..

Kerajaan Pulau Pinang, secara terang mengambil wang dari hasil judi lumba kuda untuk diberi sumbangan hari raya kepada warga emas yang beragama Islam…. Itulah bezanya…. Janganlah kerana ada kepentingan politik, maka Anwar Tan sampai tidak dapat membezakannya…..

Monday, October 25, 2010

Khalwat-Calon PAS ambil tindakan undang-undang

Calon PAS Dun Galas, Dr Zulkefli Mohamad berkata, mendakwa beliau sengaja difitnah kononnya pernah kena tangkap khalwat seperti yang dibangkitkan dalam blog Umno-Online. Sehubungan dengan itu, beliau akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya ‘fitnah khalwat’ itu jika tidak ditarik balik. (rujuk di sini)

Nampak sangatlah mengelabahnya calon PAS yang pernah tewas dua kali dalam pertandingan merebut kerusi Parlimen dalam pilihan raya. Calon recyle PAS ini bukan sahaja mengelabah pasal ‘kena tangkap khalwat’ saja, dari awal-awal lagi dia sudah mengelabah apabila ada dikalangan penyokong-penyokong PAS sendiri yang kurang senang dengan pencalonan beliau.

Sebenarnya, siapa yang paling banyak buat fitnah, kalau bukan puak-puak pembangkang…….. kalau hendak dikira pasal fitnah, pemimpin-pemimpin UMNO yang paling banyak kena fitnah…..

Dato’ Sri Najib adalah diantara kepimpinan UMNO yang paling dahsyat difitnah oleh hamPAS-hamPAS pembangkang….. bagaimana pembangkang memanipolasikan isu altantuya seolah-olah ianya benar-benar dilakukan sehingga terpaksa Dato’ Sri Najib bersumpah di Masjid untuk menafikannya…..

Tapi, ada pemimpin pembangkang yang mendakwa kononnya dia juga difitnah dalam kes ‘liwat’, tetapi sampai sekarang tidak berani bersumpah dalam mana-mana Masjid pun…. Bacul sungguh dia ni……..

Kenapa agaknya calon PAS ini begitu teruja sangat dengan isu ‘khalwat’ ni ? Tenguk sajalah Mat Sabu, relax je…… walau pun pernah didakwa di Mahkamah pasal ‘di tangkap khalwat dengan bini orang……. Saksi tersalah lapor nombor bilik, maka terlepaslah Mat Sabut…..

Orang tua-tua kata, “ kalau tak de angina, masakan pokok bergoyang” kan…. kan… kan…..

Tapi, kalau betul calon PAS ini kena fitnah, jalan paling mudah buat sajalah ‘akuan bersumpah’ di mana-mana Masjid, kalau diambil tindakan undang-undang, nak tunggu keputusan Makhamah lambat….. ajak sekali si Anwar tu….. buat macam si Saiful yang berani melakukan sumpah kerana kebenaran……

Sunday, October 24, 2010

CALON BN- Aziz di DUN Galas, Linda di Parlimen Batu Sapi

Abdul Aziz Yusuf, 49 tahun, Setiausaha UMNO Bahagian Gua Musang dan juga bekas Ketua Pejabat Operasi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) telah diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai calon BN bagi kerusi DUN Galas.

Dengan itu, rasmilah sudah bahawa Abdul Aziz Yusof menentang calon PAS, Dr Zulkefli Mohamad, pemangku Yang Dipertua PAS Gua Musang bagi merebut kerusi di DUN tersebut.

Sementara itu, bagi PRK Kawasan Parlimen Batu Sapi, Sabah, Datin Linda Tsen Thau Lin, 54 tahun, Timbalan Ketua Wanita PBS Elopura, juga isteri kepada mendiang Datuk Edmund Chong Ket Wah telah dipilih sebagai calon BN.

Beliau akan ditentang oleh Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee.

Kawasan Parlimen Batu Sapi mempunyai 25,582 pengundi yang terdiri daripada 24,047 biasa dan 1,535 undi pos. Pecahan pengundi mengikut kaum terdiri daripada 15,099 (59.02 %) Bumiputera-Muslim, 689 (2.69 %) bukan Bumiputera-Muslim, 9,737 Cina (38.06 %) dan 57 lain-lain kaum (0.22 %).

Pada PRU ke 12, 2008, BN memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 3,708 undi menewaskan calon Bebas, Chung Ong Wing.

AYG ; Tahniah kepada kedua-dua calon BN dan selamat bertanding………….

Semoga pengundi-pengundi di kawasan DUN Galas dan Kawasan Parlimen Batu Sapi bijak memilih parti yang benar-benar memperjuangkan nasib rakyat setempat…..

DUN Galas-Hadi dakwa, PAS ada kelebihan

PAS yakin calon mereka mempunyai kelebihan pada PRK DUN Galas walaupun tewas dua kali ketika bertanding kerusi Parlimen Gua Musang menentang Ku Li 2004-2008.

Presiden PAS, Hadi Awang, mentafsir berdasarkan keputusan PRU ke 12 yang mana undi majority kerusi Parlimen Gua Musang yang diperolehi Dr Zulkefli Mohamad di kawasan Galas melebihi dari Ku Li sebanyak 300 undi.

AYG ; itu fakta yang nyata, tetapi mungkin senario sikap pengundi-pengundi di DUN Galas hari ini telah berubah apabila kawasan kubu UMNO ini telah mengetahui akan kesilapan mereka mengundi PAS pada 2008……

Walaubagaimana pun, tidak dinafikan juga dakwaan Hadi, PAS memang ada kelebihan kalau dilihat cara PAS yang telah mendahului jentera BN menggerakan segala tenaga dan wang ringgit untuk memenangi semula hati pengundi, lebih-lebih lagi pengundi-pengundi dari kaum Cina……

Isteri tok guru Nik Aziz sendiri juga sudah awal-awal turun padang memberi sumbangan kepada masyarakat Cina, sumbangan pilihan raya yang pernah Nik Aziz katakan haram, rasuah untuk mendapat undi…… lo ni halal pulok, bilo keno kat demo….

Tinjauan AYG ke kawasan perkampungan masyarakat Cina di Kampung Pulai, sebahagian besar pengundi yang ditemui berterus terang berkata akan tetap memberi undi kepada PAS walaupun PAS telah mungkir janji untuk memberi geran tanah kepada mereka……. Kenapa ?

Mungkin inilah yang dikatakan Hadi, PAS mempunyai kelebihan di Galas…….

Walau pun selepas memenangi serta menjadi kerajaan pada PRU 12, PAS telah berbohong serta mungkir janji memberi geran tanah, tetapi kali ini PAS berjanji pula ‘tidak akan menggangu atau tidak akan diambil tindakan atau diusir dari tanah-tanah yang diceroboh’ selagi PAS memerintah Kelantan……

Itulah janji PAS, puak-puak hamPAS ini akan ‘menghalalkan’ apa saja asalkan mendapat undi…….

Bagaimana pulak dengan rakyat Kelantan sebahagian besarnya adalah masyarakat Melayu-Bumiputera yang diusir serta tanah-tanah mereka dirampas kerajaan PAS dengan alasan telah menceroboh ?

Inilah agaknya yang dikatakan PAS ‘kerajaan kebajikan’, tapi hanya untuk golongan tertentu sahaja…..

Saturday, October 23, 2010

Galas-PAS bertanding, DAP yang lancarkan bilik gerakan pilihan raya

Nik Aziz telah pun mengumumkan calon PAS untuk bertanding dalam PRK DUN Galas, maka kalau mengikut peraturan pilihan raya yang dikeluarkan oleh SPR, hanya lambang, bendera serta poster parti yang bertanding sahaja yang dibenarkan memenuhi kawasan pilihan raya…..

Tetapi nampaknya, parti DAP juga tidak senang kalau hanya wajah-wajah PAS sahaja yang terserlah sehingga sanggup melanggar peraturan SPR dengan membuka Bilik Gerakan Pusat DAP bagi DUN Galas di Jalan Pulai, Kg Baru, Gua Musang……

Mengikut maklumat, bilik gerakan tersebut dibuka semata-mata untuk membantu gerakan mengesan dan membawa pulang seramai 368 orang pengundi-pengundi Cina yang berada di luar kawan.

AYG ; Inilah yang dikatakan, tidur sekelambu, sekatil dan sebantal, tetapi masih berstatus ‘bersekedudukan’ tanpa sijil perkahwinan yang sah……

Mereka seolah-olah bersatu bila tiba waktu hendak tidur sahaja, lepas itu membawa mimpi yang berbeza…….. DAP mungkin tidurnya lebih lena dari PAS setelah PAS sudah ‘bertaklik’ tidak akan berusaha mewujudkan sebuah ‘Negara Islam’ tulen jika berjaya memerintah Malaysia dan tidak akan mendesak untuk melaksanakan undang-undang Hudud PAS……

Persoalannya, mengapa DAP-PAS-PKR masih tidak mahu mendaftarkan kumpulan pakatan mereka ? Duduk di bawah satu bumbung bagi mewakil, kaum, masyarakat sebagaimana parti-parti dalam komponen Barisan Nasional…… satu lambang, satu bendera dan satu matlamat….

DAP-PKR-PAS hanya mewujudkan ‘pakatan’ semata-mata untuk melihat kerajaan UMNO-BN tumbang, namum kuasa menentukan corak pemerintahan tetap ditangan DAP……

Bukti sudah terserlah jika kita melihat bagaimana mereka mentadbir negeri-negeri seperti Selangor dan Pulau Pinang. Di Kedah, walau pun DAP hanya diwakili satu kerusi, tetapi boleh melantangkan suara sehingga PAS-PKR terpaksa akur dan tunduk…. Padahal hanya isu perobohan ‘pusat penyembelihan babi’……

DAP bijak, mereka mempergunakan segala kelemahan yang ada pada PAS dan PKR….. DAP bijak memgawal PAS-PKR supaya tunduk dengan aliran arus yang diagendakan mereka semata-mata untuk menghapuskan kuasa Melayu di Malaysia….

Terpulanglah kepada pengundi-pengundi dalam DUN Galas untuk menentukan arah tuju undi mereka…. UMNO-BN atau PAS…..

Friday, October 22, 2010

Orang Asli di Galas kena tipu lagi-PAS calonkan Dr Zulkefli

Malam tadi tok guru Nik Aziz mengumumkan Dr Zulkefli Mohamad, Timbalan Yang Dipertua PAS Gua Musang, bekas calon PAS yang tewas bertanding menentang Ku Li bagi kawasan Parlimen Gua Musang pada PRU ke 12, 2008.

Dr Zulkefli, yang membuka klinik sendiri di Ciku 3, Gua Musang, anak bekas ADUN Gucil, Kuala Krai sekitar tahun 1974-1978 yang mendapat pendidikan awal di Kuala Krai……. Bukan anak tempatan Galas, Gua Musang…..

AYG ; dengan pengumuman yang dibuat tok guru Nik Aziz itu, maka termaktub sudah bahawa sekali lagi masyarakat Orang Asli di Gua Musang, khususnya di DUN Galas tertipu dengan kata-kata manis tok guru dan PAS……

Harapan masyarakat Orang Asli untuk melihat wakil mereka, Pandak Panjang Ey, Ketua Perhubungan Orang Asli kawasan Galas menjadi Wakil Rakyat berkecai sudah….. kesian….. kesian…kesian……

Slogan ‘PAS for all’ tidak menjadi kenyataan dan apa yang nyata slogan itu hanya retorik PAS semata-mata…

Selepas berjanji memberi habuan ‘ladang rakyat’ dan ‘elaun RM200 sebulan’, janji hendak memilih wakil Orang Asli jadi Wakil Rakyat juga tumbang seperti pokok-pokok balak, yang terdapat dekat kawasan Lojing, Pos Hendrop jugalah…….

Melepaslah awak Pandak Anjang Ey nak jadi YB ye……….

Nampaknya, harapan kaum Cina dari Dewan Penyokong PAS Gua Musang agar tok guru Nik Aziz memilih seorang wakil dari kaum Cina juga hangus terbakar serupa macam janji-janji PAS hendak memberi geran tanah juga……..

Inilah wajah sebenar PAS, yang lebih rela bersahabat dengan syaitan untuk mencapai cita-cita rakus mereka……

Thursday, October 21, 2010

PRK Galas-Lori balak juga berkerja keras mempromosi PAS

Bukan sekadar tokey-tokey balak yang mahu memastikan kemenangan PAS mempertahankan kerusi Galas, lori balak juga tidak ketinggalan mengambil bahagian untuk berkempen dengan gayanya yang tersendiri….(lihat gambar di atas)

Tentulah tokey-tokey dengan lori-lori balaknya sekali kena kerja keras, kalau tidak nanti tak sempat dijual balak-balak yang banyak terkumpul atas betau di Lojing, Pos Hendrop………

Orang Asli di perkampungan berhampiran hanya sekadar berputih mata melihat balak-balak ditebang, disusun, diangkut, dijual….. hutan belantara yang dulu tempat mencari rezeki telah habis digondolkan…….

Dulu, masyarakat Orang Asli merasa amat berbangga memberi undi kepada PAS, berbangga di atas keperhatinan PAS yang berjanji untuk mengubah kehidupan lebih sempurna apabila wujudnya apa yang dinamakan ‘ladang rakyat’…….. rupa-rupanya PAS lebih bijak ‘menanam tebu di tepi bibir’ saja, kata salah seorang penduduk di kampung Lojing, Pos Hendrop……

Erti sebenarnya, PAS telah menipu hidup-hidup penduduk Orang Asli setempat tidak kira usia, dari peringkat datuk, nenek, sampai ke cucu, cicit habis kena kelentong…..

Apa yang dikatakan ‘ladang rakyat’, hanya sekadar indah pada nama, tetapi segala hasil-hasilnya dibolot kroni-kroni PAS sahaja….. “ade la juge surang dua, urang kampung yang diberik elaun, tapi semuanya talibarut dia urang aje”,…… hamPAS betul…..

”tukey-tukey balak juge yang kaye”, kata penduduk Orang Asli, “kalau kurang jage, kurang tinguk, bukan balak saje dia urang kebas, silap-silap anak dare kite urang juga dibahamnye”…….. hamPAS punya orang……….

Wednesday, October 20, 2010

Galas-Perkara 153 Perlembagaan, cuba dikelirukan dikalangan masyarakat Orang Asli

Usul tergempar yang cuba dibawa oleh Kamarul Baharin Abbas, Ahli Parlimen Telok Kemang supaya perkataan Orang Asli diletakkan dalam tafsiran Perkara 153 dan Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan telah ditolak di Dewan Rakyat.

Keciwa dengan penolakkan tersebut, HarakahDaily melaporkan, Simpan Suda, Timbalan Pengerusi Badan Bertindak Tanah Orang Asli Selangor, akan membantu PAS untuk meraih sokongan dikalangan pengundi-pengundi Orang Asli dalam kawasan DUN Galas.

AYG ; pasal inilah agaknya, maka Nik Aziz berura-ura akan meletak calon dari kalangan Orang Asli di Galas……..

Kalau tidak, masakan pembangkang bergopoh gapah mempergunakan pemimpin-pemimpin masyarakat Orang Asli berkumpul di Parlimen semalam membuat provokasi akan isu tersebut…….. semuanya kerana nak pertahankan kerusi DUN Galas…. gelabah benar nampaknya puak-puak pembangkang ini ye………

Sama ada sedar atau tidak, masyarakat Orang Asli di Semenanjung, khususnya di Galas sudah lebih istimewa dari hak-hak keistimewaan Orang Melayu dan Bumiputera seperti yang termaktub dalam Per 153 Perlembagaan Negara…….

Tanah rezab Orang Asli telah diperuntukan hanya kepada masyarakat Orang Asli untuk bercucuk tanam, membuka ladang seluas-luasnya tanpa diganggu gugat, sebab itulah ada sesetengah individu mempergunakan wanita Orang Asli untuk dijadikan isteri…. Bukan atas dasar cinta….. tetapi untuk mngambil kesempatan meneroka tanah secara besar-besaran tanpa perlu membayar cukai……. pergilah lihat sendiri, kalau terjumpa ladang sawit atau getah atau apa saja dan tanya siapa punya……

Siapa kaut untung ? orang Melayu kah ? Bumiputera kah ? atau Orang Asli kah ?

Tanpa disedari, Orang Asli telah berpuluh tahun diiktaraf sebagai masyarakat peribumi yang diberi perhatian khusus oleh kerajaan UMNO-BN untuk mengubah, membangun kehidupan mereka…… segala-galanya percuma….. sedar atau tidak ?

Dari segi pendidikan, anak-anak Orang Asli mendapat perhatian khusus bukan sahaja dari segi akademik, pakaian, peralatan sekolah semua diberi percuma oleh Kerajaan UMNO-BN, sehingga belanja harian sekolah juga diberi setiap hari……. asrama juga percuma, kenderaan disediakan untuk mengangkut murid-murid setiap hari, juga percuma…..

Kalau nak ditulis, cerita keistimewaan-keistimewaan terhadap Orang Asli selaku peribumi di Semenanjung…….. 3 hari 3 malam tak habis………

Tapi, kalau sudah dasar pembangkang, semua isu mereka nak putar, nak bodohkan rakyat, sampai kes ‘liwat’ Anwar peliwat juga diputarbelit…….

PAS-pakatan tahu, mereka sudah banyak menipu masyarakat Orang-Orang Asli di Kelantan, khusus di DUN Galas, sebab itu isu ini cuba dibangkitkan, dijadikan modal kempen untuk mendapatkan undi……. kena tipu lagilah jawabnya………

Tuesday, October 19, 2010

PRK Galas-PAS mula menggalas Nik Aziz

Bahang pilihan raya Galas mula dirasai, lebih-lebih lagi di sekitar Bandar Gua Musang, PAS secara tidak langsung menampakkan kegusaran tidak dapat mempertahankan kerusi Galas....

Macam biasalah, tok guru Nik Aziz dijadikan sandaran oleh PAS untuk mengembalikan keyakinan pengundi-pengundi yang sudah tidak yakin akan dasar perjuangan PAS untuk menegakkan Islam........ apa yang jelas, PAS dilihat lebih akur dan tunduk kepada arus teman selingkuhnya DAP......

Masyarakat Gua Musang sudah banyak menyedari kesilapan PAS menjadikan DAP sebagai teman tidur untuk memenuhi impian kuasa, lebih silap lagi apabila menjadikan Anwar Ibrahim sebagai idola yang bakal memimpin Negara.......... sedangkan satu-satu persatu kemungkaran Anwar yang mempunyai minat diluar tabi’e terbongkar...... minat yang langsung tidak dibenarkan di dalam Islam..... ‘liwat’......

Sedar akan kesilapan inilah, maka PAS menggalas billboard besar berwajah Nik Aziz yang kononnya berperwatakan tok guru, sederhana dalam segala segi kehidupan tetapi mepunyai nafsu keduniaan yang besar terpacak di bandar lama Gua Musang.....

Itulah sahaja semangat yang ada pada PAS untuk memenangi kembali kerusi DUN Galas..... kena patuh dengan tok guru........ kalau rasa nak masuk ‘syurga’.....

Sunday, October 17, 2010

Bajet 2011-ini bajet seluar dalam Mahfuz


Macam-macam andaian dari pihak pembangkang setelah Bajet 2011 dibentangkan oleh Dato’ Sri Najib di Parlimen pada hari Jumaat yang lalu.

Kalau kita lihat dalam paparan blog-blog pro pembangkang, ada yang kata, ‘bajet menipu rakyat’, ‘bajet Pilihan Raya Umum ke 13’ dan macam-macam tomahan, umpat keji yang dilemparkan untuk membutakan mata-mata yang selama ini telah dibutakan oleh puak-puak pembangkang.

Kononnya bajet 2011, hanya sebagai umpan bagi mengekalkan pemerintahan serta sebagai penyambung hayat UMNO-BN yang telah nazak…..

Kenaikan elaun Ketua Kampung, Pengerusi JKKK, Imam, Bilal, Siak serta gaji kakitangan kerajaan adalah gula-gula UMNO-BN…..

Macam biasalah, si Mahfuz hamPAS juga mahu bersuara dan mendakwa kononnya, pembentangan Bajet 2011 ini lebih bersifatkan retorik UMNO serta disifatkan sebagai bajet 'seluar dalam' untuk mencapai matlamat kerajaan UMNO-BN semata-mata…….

Tapi Mahfuz tidak sentuh pun kenaikan elaun guru-guru Kafa sekali ganda dari yang ada, mentang-mentanglah kebanyakan guru-guru Kafa menjadi penyokong PAS……

AYG ; Biarlah apa yang hendak mereka kata, kalau rakyat benar-benar membuka mata, kita akan dapat melihat pembentangan Bajet 2011, sedikit sebanyak iannya dibuat berdasarkan kehendak rakyat serta akan memberi faedah juga kepada masyarakat Malaysia bukan sahaja di bandar-bandar, malah di luar bandar juga……

Strategi “Mendaya Kembali Pelaburan Swasta”, “Membangunkan Modal Insan”, “Mensejahterakan Hidup Rakyat”, dan “Memperkukuhkan Penyampaian Perkhidmatan Awam“ yang merangkumi pelbagai sektor utama ini bakal menjadi ini asas kukuh kerajaan dalam usaha meningkatkan kesejahteraan rakyat supaya dapat hidup lebih selesa...

Mungkin, bagi sebahagian besar kakitangan kerajaan atau penjawat awam merasa keciwa kerana kerajaan tidak mengumumkan pemberian bonus yang sangat-sangat dinanti-nantikan, namun sedikit sebanyak ianya dapat juga mengubat hati bila diumumkan pemberian bantuan khas kewangan sebanyak RM500 bagi penjawat awam.

Walau bagaimana pun, keseluruhan kakitangan kerajaan/penjawat awam masih berharap agar kerajaan dapat pertimbangkan semula pemberian bonus pada tahun ini, kalau tidak dapat dua bulan, sekurang-kurangnya sebulan atau setengah bulan bonus atau RM1,000 hingga RM1,200 seperti yang dicadangkan oleh Cuepacs.

Bayangkanlah, kalau syarikat- syarikat swasta ada yang mampu memberi dua bulan, malah ada yang sampai empat bulan bonus, mengapa kerajaan tidak boleh menimbangkan semula pemberian bonus kepada penjawat awam……..

Biarlah si Mahfuz kata ini ‘bajet seluar dalam’, tetapi Kerajaan perlu memastikan ini ‘bajet ini bukannya seperti ‘seluar dalam jenama ‘Levi’s atau seluar jeans jenama ‘Levi’s pemberian si Anwar kepada si Saiful sudahlah…………..



Friday, October 15, 2010

BOHONG-UMNO atau PKR di Paya Besar ?


Dato' Fauzi, dalam blog PahangDaily menafikan 215 orang ahli PKR cabang Paya Besar keluar parti dan menyertai UMNO dan ianya hanyalah satu pembohongan semata-mata.

Seorang saksi yang menyertai sandiwara keluar parti berkenaan, iaitu Ahmad Abdul Rahman, 62, mendakwa apa yang diwar-warkan oleh media itu adalah satu penipuan sahaja.

Dato' Fauzi, memersoalkan, mengapa Dato’ Tajuddin sanggup menipu dengan membuat kenyataan dalam sidang media yang kononnya ranting PKR di cabang Lepar Utara seolah-olah sudah lumpuh serta mencabar Dato’ tajuddin menunjukkan bukti bahawa 215 orang ahli PKR yang telah keluar parti seperti didakwa.

Dalam masa yang sama juga, Dato’ Fauzi mendakwa telah menerima lebih 200 borang ahli baru PKR Cabang Paya Besar dan meminta semua wartawan yang hadir untuk menyemak sendiri kesahihan borang-borang berkenaan.

Macam biasalah,…… blog PKR ini dengan angkuhnya melaporkan, tindakan Dato’ Tajuddin seolah-olah sudah menjolok “sarang tebuan", serta mengugut kepimpinan PKR kononnya banyak menyimpan fail sulit Dato’ Tajuddin terutamanya berhubung dengan isu tanah UMNO di Paya Rambutan dalam Bahagian Paya Besar.

AYG ; he….he….he….. geli hati juga melihat gelagat juak-juak PKR di Pahang, cepat-cepat buat sidang media bimbang rakyat tahu PKR sudah lumpuh, kerana banyak ranting-ranting dan cabang-cabang yang mereput, patah terjelepok ke tanah, daun-daun pun mula gugur berterbangan…….

Agaknya, inilah kesan dari doa-doa tok guru Nik Aziz serta puak-puak pembangkang yang memohon agar UMNO serta kepimpinannya ditimpa bala dan hancur……. Allah maha adil, maka diterbalikan pula kepada sekutu rapatnya PKR………. Mungkin lepas ni PAS pulak, atau DAP juga……….

Menurut cakap-cakap kedai kopi, nama saja parti ‘Keadilan’, tetapi disebalik perkataan ‘keadilan’ itu sudah timbul perkara-perkara yang mungkar………..

Lihat sahajalah bagaimana kepimpinan-kepimpinan kuat Anwar Ibrahim memonopoli pencalonan-pencalonan jawatan tertinggi PKR, kalau tidak masakan diserata tempat mesyuarat cabang-cabang berantakan, terbang kerusi meja, berteraburan kertas merata lantai, pukul memukul macam berlakunya pertembungan dua kumpulan samseng, mafia atau gangster…….

Siapa yang berbohong atau bersadiwara bukan persoalannya, tetapi apa yang dikaji serta ditinjau, sebahagian besar rakyat, lebih-lebih lagi masyarakat Melayu di kampung-kampung sudah muak, mual dengan gelagat perjuangan PKR…… pejuangan yang hanya lebih kepada menuntut ‘keadilan’ di atas perbuatan-perbuatan ‘liwat’ Anwar Ibrahim, seolah-olah perangai luar tabi’e Anwar perlu mendapat sokongan masyarakat….. itulah PKR…….


Wednesday, October 13, 2010

Awas UMNO Paya Besar, PKR mahu saman !

Marah benar nampaknya PKR Pahang bila keluar berita seramai 215 orang ahli dan penyokong mereka dalam ranting Lepar Utara isytihar masuk atau kembali menyokong UMNO……….

Bertambah-tambah beranglah Dato’ Fauzi Abdul Rahman selaku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Pahang, dengar-dengar khabar pagi ini hendak buat satu siding media di kediamannya pagi ni……..

Macam biasalah, blog-blog pro pembangkang bermacam-macam cerita, lebih-lebih lagi blog PahangDaily suara rasmi PKR Pahang, bermacam-macam andaian untuk menenangkan keadaan, tidak kurang juga menghambur tuduhan yang bukan-bukan terhadap UMNO, apalagi mangsa serangan meraka tentulah kepada pimpinan UMNO Bahagian Paya Besar, Dato’ Ahmad Tajuddin Sulaiman…….

Dikatakan pula puak-puak UMNO Bahagian Paya Besra membuat penipuan dan didakwa pula ahli PKR ranting Lepar Utara yang keluar hanya 115 orang, bukan 215 orang seperti yang didakwa. Dikatakan juga, wakil kumpulan iaitu Abdul rahim Darus bukan ahli PKR…….

Tak kiralah kan…… janji ahli atau penyokong PKR, apa yang jelas PKR di ranting Lepar Utara bakal berasap kuburnya………

Mengikut khabar, PKR Pahang akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak-pihak yang berkenaan kerana mengeluarkan kenyataan tidak bertanggungjawab serta amat memalukan ini..... marah benar dia yek……. kah..kah..kah…kah…kah…. (klik kat sini)

Macam dikatakan tadi, yang jadi mangsa tuduhan dan fitnah dari puak-puak PKR, tentulah kena pada tengkuk Dato’ Ahmad Tajuddin…… macam-macam weh…..

Puak-puak PKR kata, Dato’ Tajuddin pemimpin talam dua muka…….. pulak dah…..

Dato’ Tajuddin dituduh telah banyak membocorkan rahsia kerajaan negeri, UMNO dan Felda kepada parti pembangkang, lebih-lebih lagi ketika namanya tidak tersenarai sebagai calon dalam PRU ke 12……

Isu FELDA bangkrap, adalah diantara rahsia sulit yang didakwa telah didedahkan oleh Dato’ Tajuddin kepada pembangkang, Dato’ Tajuddin juga didakwa Spy UMNO yang bertanggungjawab dalam pendedahan-pendedahan tersebut.

Kini dikatakan, hubungan Dato’ Tajuddin dengan MB Pahang telah kembali pulih dan telah ditawarkan projek bernilai jutaan ringgit oleh MB Pahang dekat Daerah Rompin. Maka sebab itulah Dato’ Tajuddin sanggup membuat kerja-kerja bohong dengan membawa masun 215 orang ahli PKR ke dalam UMNO.

Begitulah kerja-kerja puak-puak PKR, kalau tidak buat fitnah bukan PKR namanya, apa tidaknya, dah lah kebanyakan mesyuarat di cabang-cabang dan ranting menjadi kelam kabut, jadi macam mesyuarat kumpulan mafia atau gangster, ditambah pulak dengan isu ahli-ahli serta penyokong keluar parti……. Apa tak geramnya Dato’ Fauzi…… he..he..he…

Apa lagi Dato’ Tajuddin…… saman puak-puak PKR yang menyebar fitnah ini….sebelum PKR saman, Dato’ saman dulu…..




Tuesday, October 12, 2010

FELDA-baja bercampur pasir, harga mahal, hasil ladang rendah

HarakahDaily melaporkan, seorang bekas kakitangan FELDA, Khamis Saad yang telah berkhidmat dengan FELDA dari tahun 70-an sehingga 90-an, mendedahkan bukti-bukti penipuan FELDA dalam gred baja yang dibekalkan kepada peneroka.

Bekas kakitangan FELDA ini mendakwa, baja yang diimport dari Jerman melalui syarikat-syarikat tertentu kemudian dibungkus balik oleh FELDA telah dicampur dengan pasir yang menyebabkan kualiti berkurangan.

Begitulah dakwaan Khamis Saad, bekas kakitangan FELDA pada sidang media yang diiringi Mazlan Aliman+ANAK+PAS di Parlimen semalam.

AYG ; persoalannya sekarang, mengapakah bekas kakitangan tersebut semasa perkhidmatannya dalam FELDA dari tahun 1970-1990 terusan membiarkan penipuan seperti yang didakwa ? Tidakkah bersubahat juga namanya………..

Kalau benarlah seperti yang didakwa, mengapa kakitangan tersebut tidak membawa contoh-contoh baja bersama bag baja yang dikatakan telah dicampurkan dengan pasir sebagai bahan bukti…......

Sekurang-kurangnya, dapat dibuktikan di Mahkamah atau dilaporkan kepada pusat aduan di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia untuk mendapatkan ganti rugi……

Banyak sikit peneroka-peneroka FELDA mendapat ganti rugi, bayangkanlah berapa bayaran gantirugi yang bakal peneroka dapat kalau penipuan FELDA berlaku selama lebih 50 tahun…

Mazlan Aliman+ANAK+PAS, jangan sekadar membuat gimik politik sahaja, buatlah laporan Polis dan buat tuntutan di Mahkamah….. bila lagi….........

Tapi, janganlah pulak peguam-peguam PAS kenakan bayaran, nanti bila menang bicara di mahkamah, yang nampak kaya, hidup mewah dan bergaya para peguambela........ peneroka tetap macam tu jugak........

Memandangkan, pendedahan ini di buat di Parlimen, rasa-rasanya Datuk Ahmad Maslan selaku Timbalan Menteri yang khusus menjaga FELDA tidak memandang ringan perkara ini. Siasatan perlu dibuat oleh Kerajaan akan kebenarannya…......

‘Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’, Kerajaan perlu mengembalikan kepercayaan rakyat, khususnya peneroka-peneroka FELDA kepada UMNO-BN….

Karenah, Pentadbiran FELDA yang mungkin ada sebahagiannya tidak bertanggungjawab melaksanakan amanah Kerajaan untuk mentadbir/mengurus segala pembangunan masyarakat peneroka perlu diatasi serta diambil tindakan segera……

Mungkin, kerana sikap tidak amanah serta bertanggungjawab dari golongan ini di dalam FELDA, maka kesempatan seperti ini diambil oleh pembangkang untuk memanipulsaikan isu-isu sehingga menyebabkan rakyat, khususnya para peneroka membenci kerajaan UMNO-BN…

FELDA, jangan hanya membisu, buktikan tuduhan-tuduhan tersebut adalah tidak benar………