Sunday, May 30, 2010

Jejak Aspirasi-Dato’ Mohd Shafri meluangkan masa mendekati serta bermesra dengan rakyat


YB Dato’ Mohamad Sahfri Abd Aziz, Exco Kerajaan Negeri Pahang merangkap ADUN Bukit Ibam telah meluangkan masa untuk bersama-sama mengisi ruang program Jejak Aspirasi anjuran Seranta (FELDA), Jabatan Perdana Menteri di Felda Keratong 1 dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Bukit Ibam, Pahang.

Berucap semasa majlis perasmian program serta bacaan yasin bersama AJK Gerakan Perkumpulan Wanita (GPW) Felda Keratong 1, 2, 3, 4 dan 5, Dato’ Mohd Sahfri menjelaskan konsep 1 Malaysia yang dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak adalah semata-mata untuk menyatukan rakyat pelbagai kaum, hidup harmoni, bersama-sama menikmati pembangunan negara berpandukan Rukun Negara serta berlandaskan kepada Perlembagaan Negara.

Di kesempatan yang ada, Dato’ Mohd Sahfri bermotorsikal pergi menziarahi masyarakat setempat terdiri dari peneroka-peneroka Felda Keratong 1 dan 2 yang sedang menghadapi sakit kronik serta menyampaikan sumbangan berbentuk barangan keperluan dan kerusi roda kepada yang memerlukan.


Dato’ Mohd Sahfri juga berkesempatan menghadiri majlis kenduri kahwin anak peneroka Felda Keratong 2, En Abd Karim Ibrahim serta beramah mesra bersama tetamu-tetamu yang hadir.




Friday, May 28, 2010

Jejak Aspirasi-Dato’ Maznah lebih mendekati serta perihatin permasalahan rakyat



YB Senator Dato' Maznah Mazlan, Timbalan Menteri, Kementerian Sumber Manusia juga merangkap ADUN Muadzam Shah mengesa agar kaum ibu lebih peka dengan segala permasalahan anak-anak, lebih-lebih lagi bagi anak-anak yang telah meningkat usia remaja.

Sikap tidak mengambil tahu atau hanya sekadar sambil lewa dalam mengatasi pemasalahan anak-anak yang meningkat remaja banyak mengundang gejala yang kurang sihat apabila anak-anak ini lebih suka meluahkan perasaan kepada teman-teman sebaya atau orang-orang yang tidak bertanggungjawab.

Itulah diantara ucapan yang telah disampaikan oleh Dato’ Maznah semasa merasmikan Program Jejak Aspirasi anjuran Seranta (FELDA), Jabatan Perdana Menteri di Felda Keratong 8, Muadzam Shah, Pahang.

Dato’ Maznah juga berkesempatan merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Bekas-Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Cawangan Muadzam Shah kali yang ke 7, yang mana PBTM ini mempunyai keahlian kira-kira 400 orang.


Kesempatan cuti hari Wesak, telah memberi lebih ruang kepada Dato’ Maznah bertemu, bermesra, menziarah serta membantu segala permasalahan masyarakat dalam kawasan DUN Muadzam Shah khususnya.



Bertemu dangan rakyat untuk menyelesaikan permasalahan

Menziarah warga yang menghadapi penyakit kronik Menziarah ibu kepada mangsa yang mati kena kejutan letrik

Thursday, May 27, 2010

Nak salahkan siapa ? TMB Kelantan rugi RM27,000, penduduk tidak dapat perkhidmatan


DABONG: Angkara pencuri kabel, penduduk sekitar Slow Pak Abu, di sini terus kempunan menikmati kemudahan telefon dan internet apabila kabel yang baru dipasang Telekom Malaysia Bhd (TM) Kelantan sejak sebulan lalu, dicuri sekumpulan empat lelaki, termasuk seorang yang mati digesel kereta api, baru-baru ini.

TMB Kelantan pula kerugian RM27,000 apabila kabel telekomunikasi sepanjang 300 meter itu rosak ekoran kecurian yang berlaku di kampung terbabit. Kabel yang baru dipasang sebulan lalu dijumpai berhampiran mayat mangsa yang mati digesel kereta api. (rujuk di sini)

AYG ; Baru-baru ini seorang pemuda mati dengan badan terputus dua akibat terkena kejutan kabel letrik akibat cuba memotongnya di Muadzam Shah, Pahang….. akibatnya seluruh penduduk di gugusan Keratong 1 hingga 10, Gugusan Felda Selancar, kampong-kampung yang berhampiran bergelap selama empat jam…..

Kini, satu lagi cerita apabila seorang daripada empat pencuri telah menerima ajal digeles kereta api……

Telekom Malaysia Berhad mengalami kerugian besar akibat kerja-kerja yang tidak bertanggungjawab masyarakat yang ingin mencari keuntungan segera……

Penduduk kampung pendalaman tersebut berterusan kempunan untuk menikmati kemudahan telefon dan internet Streamyx serupa dengan rakyat yang tinggal di bandar-bandar.

Dalan hal ini, masyarakat wajib memberi kerjasama untuk menyalurkan maklumat segala kegiatan yang boleh menyusahkan orang ramai.

Siapakah yang patut dipersalahkan ?




Fomca-gesa kerajaan mengkaji pemberian subsidi


Persekutuan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) menggesa kerajaan menghapuskan pelbagai bentuk subsidi secara sistematik memandangkan ia `pembaziran’ besar dan tidak memanfaat kumpulan sasaran. (Rujuk di sini)

Wang dari subsidi ini boleh disalurkan kepada projek lebih bermanfaat bagi faedah rakyat.

AYG ; kekadang ada betulnya juga dengan pandangan dari Fomca ini kalau dilihat dari segi pembaziran wang subsidi yang tidak sepenuhnya dinikmati rakyat Negara ini.

Contohnya pemberian subsidi gula, kerajaan memberi subsidi untuk mengurangkan beban rakyat yang berpendapatan rendah, tetapi sebahagian tempat dan negeri rakyat sukar mendaptkan gula, sesetengahnya terpaksa membelinya dengan harga yang lebih mahal.

Yang mendapat keuntungan besar adalah pengeluar, pemborong, peruncit dan yang paling untung adalah PENYELUDUP……

Begitu juga dengan barangan keperluan seperti minyak masak, petrol an disel, terlalu banyak penyelewengan berlaku sehinggakan merugikan kerajaan…..

Subsidi diberi kepada nelayan, tetapi harga ikan tetap juga membebankan pengguna, terutama penduduk di kawasan luar Bandar…… sehinggakan ikan-ikan yang tidak bermutu pun mencecah RM7-10 sekilo, apalagi kalau jenis ikan-ikan bermutu tinggi, boleh mencecah RM20-40 sekilo……

Yang untung tuake-tauke bot nelayan yang menjual minyak subsidi ditengah-tengah laut….. tankapan sedikit, banyak jual minyak…..

Para penyeludup yang mengaut keuntungan, rakyat juga yang menanggung beban….

Siapa patut dipersalahkan ?



Wednesday, May 26, 2010

DHPP-PAS telan balik ludah dan kahak sendiri……….


Keterbukaan PAS yang kononnya sebuah parti Islam yang akan membuat pindaan pada perlembagaan parti, untuk membenarkan penyokongnya yang bukan Islam dari Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) mengundi dalam pemilihan parti itu pada masa depan bukanlah sesuatu yang diluar dugaan.

Selepas ini, bertanggungjawablah DHPP untuk menjelaskan kepada rakyat bentuk dan jenis kerajaan Islam PAS yang akan diwujudkan sekiranya mereka dapat berkuasa bersama DAP-PKR.

Tetapi itulah yang telah dinyatakan oleh Hadi Awang selaku Presiden PAS, tidak perlu hendak dipertikaikan lagi…….

Apa yang hendak diperkatakan di sini, kawan masih ingat di tahun-tahun 90an, apabila kepimpinan UMNO telah meminda perlembagaan parti bagi membolehkan kaum-kaum Bumiputera yang bukan beragama Islam, khususnya dari negeri Sabah dan Semenanjung menjadi ahli UMNO.

Apa kata Hadi ? apa kata pemimpin-pemimpin PAS yang mencanang seluruh pelusuk kampung memberi tahu masyarakat Melayu bahawa UMNO sekarang sudah benar-benar kafir………..

PAS memfitnah kononnya UMNO sekarang sudah jadi macam “gulai kawah yang telah bercampur dengan bermacam-macam makanan haram, sudah bercampur dengan pelbagai daging seperti babi, biawak, ular, lembu, kerbau dan kambing”…….. UMNO sekarang sudah bercampur dengan benda-benda yang haram…..

Bagaimana PAS sekarang ?

Ini bermakna, “gulai kawah” PAS juga sudah bercampur dengan benda-benda haram seperti yang pernah dilemparkan kepada UMNO…..
PAS sudah jilat balik segala ludah dan kahak-kahak yang pernah dilontarkan kepada UMNO...

Kawan tidak lupa bagaimana PAS menjatuhkan hukum kafir kepada UMNO kerana bergabung dengan MCA dan MIC. UMNO dituduh telah memperjudikan nasib orang-orang Melayu, menjual bangsa Melayu kerana bergabung dengan MIC dan MCA.

PAS juga menjatuhkan hukum haram serta berdosa besar kerana sesebuah parti Melayu-Islam macam UMNO bergabung dengan mana-mana parti yang berbeza agama dan kepercayaan.

Hari ini, PAS bertukar iktikad, pemimpin-pemimpin PAS terutama Nik Aziz menyatakan harus sesebuah parti Melayu-Islam bergabung dengan parti bukan Islam selepas PAS membuat keputusan untuk bergabung dengan DAP.

Amat jelas sekali, bahawa PAS bukan parti Islam, Islam hanya hanya sekadar alat untuk kepentingan politik sahaja. Halal dan haram bercampur baur, Hadis serta Firman-Firman Allah menjadi mainan bibir kepimpinan PAS untuk berkempen, malah si kafir DAP pun dibenarkan menyampaikan ceramah menggunakan ayat-ayat Quran.

Perlu diingat, kewujudan parti PAS kerana kekecewaan Haji Fuad Hassan tidak dapat menjadi Yang Dipertua UMNO pada 1951, bukan lahir kerana hendak membangunkan Islam…….

Islam hanya sebagai landasan untuk mendapatkan sokongan orang-orang Melayu di atas penentangan PAS terhadap UMNO, itu saja…….




Tuesday, May 25, 2010

Mahfuz- kerajaan pakatan tidak lulus premis ‘judi’ baru tapi tidak mahu mansuhkan premis yang lama


Kerajaan pakatan PAS-DAP-PKR kononnya bersungguh-sungguh dan serius untuk mengharamkan serta menghapuskan judi di Kedah, itulah kata-kata Mahfuz, Naib Presiden PAS.

Mahfuz mendakwa, premis judi yang banyak di negeri-negeri kerajaan pakatan PAS-Dap-PKR seperti Selangor dan Penang adalah 'najis' peninggalan UMNO sewaktu memerintah negeri-negeri berkenaan. Klik di sini

AYG ; Macam kata Dr Khir Toyo, Ketua Pembangkang DUN Selangor juga, Mahfuz, PAS, PKR dan DAP sekadar mensensasikan isu pemberian lesen judi bolasepak Piala Dunia dengan sikap 'double standard' dan lidah bercabang pembohongan Mahfuz….

Biasalah kan……. Anjing belaan DAP, menyalak kalau nampak orang pergi berak, lepas tu anjing ni juga yang makan tahi orang yang disalaknya………...

Kalau sudah tahu kaum-kaum kafir DAP sendiri telah menyokong agar judi dan arak itu mendatangkan gejala tidak sihat dalam masyarakat Malaysia, mengapa Mahfuz dan kerajaan pakatan PAS-DAP-PKR tidak hapuskan saja semua lesen-lesen premis judi dan arak ?

Apa tunggu lagi ? kata hendak jadikan negeri-negeri di bawah kuasa pakatan PAS-DAP-PKR sebagai contoh Negara Islam sebenar ………….

Jangan hanya tahu menuding jari semua keburukan kepada UMNO, sekarang PAS sudah ada kuasa, mengapa masih tidak mahu menghapuskan semua premis-premis yang berbentuk maksiat di Selangor, Penang dan Kedah….. malah semakin berlambat tumbuhnya….

Tak lulus yang baru, tapi tak mahu mansuhkan yang lama….

Inilah kemunafikan puak-puak PAS yang menggunakan Islam 100% untuk kepentingan politik mereka, menggunakan agama untuk memecahbelahkan perpaduan bangsa Melayu Islam untuk menjadi barua kepada komunis DAP dan barua yahusi PKR……

Depan masyarakat Melayu Islam, cakap nak tegakkan Negara Islam, depan masyarakat kafir cakap nak hapuskan hak-hak Melayu-Bumiputera……… inilah cakap-cakap hipokrit lidang bercabang kepimpinan hamPAS……….


Monday, May 24, 2010

Peneroka FELDA lebih bodoh dari penghuni rumah panjang di Sibu


“Penduduk rumah panjang lebih cerdik daripada peneroka FELDA” (rujuk di sini)

Begitulah ungkapan dari Neo Chee Hua, Assistant Editor Merdeka Review, kerana penduduk rumah panjang di Sibu kononnya tidak terperdaya dengan umpan dan gula yang ditabur Barisan Nasional sepanjang tempoh kempen pilihan raya.

Peneroka Felda Sungai Buaya menjadi bodoh semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor kerana termakan dengan janji BN yang menawarkan RM50 ribu seorang untuk peneroka FELDA dalam kawasan tersebut, itulah dilihat sebagai faktor utama BN menang.

Pada 23 April 2010, Dato’ Sri Najib mengumumkan sebanyak RM50 ribu akan diberikan kepada 363 orang peneroka FELDA Sungai Buaya sebagai pampasan tanah. Idiqa Holding Sdn Bhd yang bertanggungjawab untuk melangsaikan wang pampasan telah memberi RM1000 setiap seorang dan baki RM49 ribu yang akan diberi selepas pilihanraya kecil.

Dato’ Sri Najib juga berjanji untuk membayar pampasan RM160 ribu bagi setiap ekar tanah, dengan syarat kerajaan negeri Selangor wajib dikembalikan ke dalam tangan BN supaya pembangunan berjalan lancar.

Dakwa Neo Chee Hua itulah menjadi pertukaran antara undi untuk politik UMNO, dengan kepentingan ekonomi penduduk Melayu di luar bandar.

AYG ; Apakah bodoh seseorang peneroka Felda kerana menyokong atau mengundi Kerajaan UMNO-BN yang memberi mereka satu kehidupan keluarga yang sempurna ?

Bagi kawan, adalah lebih malang dan bodoh jika peneroka Felda itu percaya dengan kata-kata serta janji-janji munafik pembangkang yang tidak memberi apa-apa kepada mereka.

Apakah dengan tulisan Neo Chee Hua itu dilihat seolah-olah tidak mahu melihat taraf ekonomi orang-orang Melayu terjaga, khususnya peneroka-peneroka Felda ?

Pendapat kawan, telah menjadi adat orang-orang Melayu turun temurun bahawa sifat ‘membalas budi’ dan ‘mengenang jasa’ itu telah menjadi amalan mereka, ibarat kata ‘orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita sama-sama merasa’.

Tidak tahu pula kalau dipihak kaum Cina, India atau kaum-kaum lain yang tidak ada amalan seperti ini……. atau pun macam juak-juak pembangkang yang telah dilatih, diajar dengan sikap tidak perlu ‘berterima kasih’ kepada yang berbudi…..

Apakah pendapat Neo Chee Hua kalau DAP memerintah atau komunis macam PKM (Parti Komunis Malaya) memerintah Malaysia selepas merdeka akan memikirkan macam mana UMNO untuk mengwujudkan FELDA sebagai satu agensi membangunkan ekonomi orang-orang Melayu-Bumiputera ?

Jangan kerana sebahagian besar dari kalangan peneroka Felda adalah orang Melayu-Bumiputera, maka Neo Chee Hua melebelkan mereka bodoh kerana berterusan menyokong UMNO-BN……

Perlu diingat, 17 tahun lalau peneroka-peneroka Felda Sungai Buaya telah memohon keluar dari pengawalan FELDA kerana telah menjual semua tanah-tanah mereka untuk dibangunkan…….entah apa malangnya projek itu tergendala.

Tetapi mengapa selepas berkuasa di Selangor, kerajaan DAP-PKR-PAS langsung tidak berusaha memikirkan untuk membela nasib bekas-bekas peneroka Felda di Sungai Buaya ?

Mengapa kerajaan DAP-PKR-PAS di Selangor tidak berusaha mencari syarikat-syarikat yang mampu melaksanakan projek untuk mereka ?

Apabila UMNO-BN dapat menyelesaikan masalah serta memberi mereka pengharapan, maka UMNO pula dituduh merasuah mereka dan peneroka Felda ini dilebelkan bodoh oleh Neo Chee Hua….

Adalah lebih bodoh dan dungu sekiranya peneroka-peneroka Felda itu masih berada di dalam FELDA jika merasakan diri mereka tertipu oleh FELDA-Kerajaan UMNO-BN………..



Friday, May 21, 2010

Wakil-wakil rakyat PKR kaki kecoh ?


Kekecohan berlaku di luar Kompleks Dewan Undangan Negeri Sarawak, apabila ADUN Padungan, Dominique Ng-PKR enggan mematuhi arahan anggota polis bantuan yang menghalang beliau dari memasuki kawasan DUN yang sedang bersidang.

Dominique Ng digantung selama 12 bulan daripada menghadiri persidangan DUN kerana menghina DUN Sarawak dan membuat tuduhan liar terhadap Menteri Kabinet negeri pada persidangan DUN tahun lalu.

Difahamkan, arahan tidak membenarkan ADUN berkenaan dari memasuki kawasan kompleks selepas berlaku insiden Dominique Ng memasuki tingkat bawah dewan dengan memakai selipar. (rujuk di sini)

AYG ; kalau dilihat beberapa siri perangai wakil-wakil rakyat PKR, kawan rasa dimanakah letaknya moral, kewibawaan, mereka sebagai wakil rakyat yang dipilih rakyat..........


Wakil rakyat adalah satu institusi yang terhormat, sebab itu mereka digelar sebagai Yang Berhormat. Melihat telatah dan gelagat mereka seolah-olah manusia yang tidak bertamadun menyebabkan sebahagian daripada wakil-wakil rakyat PKR ini tidak perlu dihormati.

Sepatutnya wakil-wakil rakyat perlu menunjukkan sikap yang bersopan, sabar, berilmu sebagai satu aset penting sebagai individu yang mewakili rakyat yang dipilih.

Dalam suasana apa sekali pun, seorang wakil rakyat tidak sepatutnya menonjolkan sifat-sifat terlampau sehingga boleh memualkan orang ramai. Tidakkah mereka sedar, perangai yang tidak bertamadun ini bukan sahaja dilihat oleh masyarakat tempatan bahkan dari luar Malaysia.

Apakah mereka-mereka ini layak dipanggil wakil rakyat ?

Kalau Menteri Besar Kelantan, juga Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat pernah menggambarkan wakil rakyat yang lompat parti sebagai ‘JAKUN’, lebih baiklah kalau ungkapan atau gambaran itu dihalakan kepada wakil-wakil rakyat PKR yang bersikap tidak bertamadun ini…….


Kalau difikirkan dengan perangai mereka, tertanya juga dalam hati, agak-agak masa bilakah wakil-wakil rakyat PKR ini buat kerja-kerja untuk rakyat ? Kalau dah asyik buat kecoh membabi buta macam orang tidak berpendidikan.........

Rasanya lebih ramai yang menyampah dari yang kagum melihat telatah wakil-wakil rakyat yang bersikap "kurang ajar" dan "biadap" seperti ini….





Thursday, May 20, 2010

JAG-mengapa hanya desak Bung Moktar saja ?


Kumpulan bertindak untuk kesetaraan gender (JAG) mendesak supaya Bung Moktar Radin mengosongkan kerusi parlimennya kerana melanggar undang-undang ekoran berpoligami tanpa kebenaran.

Jurucakap JAG, Maria Chin Abdullah berkata kononnya Bung Moktar, Ahli Parlimen BN Kinabatangan itu telah melanggar undang-undang serta memberi mesej yang tidak baik dan tidak sepatutnya mewakili rakyat Malaysia lagi.

Bung Moktar Radin juga dikatakan telah berpoligami tanpa kebenaran juga merupakan satu bentuk penghinaan kepada golongan wanita. KLIK

AYG ; tahniahlah kepada aktivis JAG yang telah berhempas pulas memperjuangkan nsib kaum wanita sehingga dapat menganjurkan demonstrasi dihadapan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

Sebelum ini belum ada lagi demonstrasi serupa ini dilakukan oleh mana-mana NGO’S mendesak seorang Ahli Parlimen atau ADUN meletakkan jawatan kerana berpoligami tanpa kebenaran Mahkamah atau isteri pertama……

Yang kawan peliknya, mengapa JAG sasarkan kepada Bung Moktar Raden sahaja ?

Apakah kerana Bung Moktar bernikah dengan artis cantik macam Zizie ?

Apakah kerana Bung Moktar terlalu lantang dalam Parlimen ?

Apakah kerana Bung Moktar seorang Ahli Parlimen UMNO-BN ?

Kalau tidak, mengapa JAG tidak membuat sebarang bentuk bantahan, demonstrasi mendesak mana-mana Wakil Rakyat atau mana-mana individu yang telah membuat penganiayaan terhadap kaum wanita ?

Kenapa JAG tidak desak Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Ahli Parlimen PAS dari Kelantan telah dikenakan hukuman penjara dan denda oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu kerana berkahwin dengan seorang wanita Kemboja tanpa kebenaran ?

Macammana pula dengan ADUN PAS, kawasan Melor, Wan Ismail Wan Jusuh ?Bukankah Wan Ismail juga berkahwin tanpa kebenaran ? dan hebuh pasal tuntutan cerai dan nafkah jutaan ringgit dengan bekas isterinya juga seorang wanita muaalaf dari Kemboja.

Masakan hanya Bung Moktar saja yang kena ambil tindakan sebegitu, JAG kenalah mengambil tindakan yang adil kalau benar-benar ikhlas untuk membela nasib kaum wanita.

Banyak lagi perlakuan penganianyaan terhadap kaum wanita, yang JAG perlu membuka mata, banyak kesah wanita-wanita yang dipaksa jadi pelacur, dijadikan barang dagangan.

Tidak kurang juga kanak-kanak permpuan umur 9-10 tahun yang dipaksa berkahwin……

Kalau JAG benar-benar ikhlas dan telus hendak membela, bukalah mata seluas-luasnya, jangan sekadar mencari kes-kes yang boleh mendapatkan publisiti besar sahaja…….




Monday, May 17, 2010

DAP menang di Sibu - hasil kerjasama erat PAS yang tergamak menjual maruah agama



Tidak boleh dinafikan, kerjasama erat PAS dan Melayu PKR antara faktor penyumbang kemenangan calon DAP pada PRK Parlimen Sibu semalam.

Apa tidaknya, isu penggunaan ‘kalimah Allah’ oleh pihak Gereja Katolik yang telah reda dijadikan modal politik oleh jentera DAP untuk meraih undi.

Walau pun, Dr. Haron Din selaku Timbalan Mursyidul Am PAS menggesa agar pakatan pembangkang menghentikan membawa isu penggunaan kalimah Allah sebagai modal kempen bagi tujuan meraih sokongan pengundi-pengundi kristian si Sibu.

PAS sanggup menjual maruah agama kerana bersekongkol dengan DAP untuk terus mempermainkan isu kalimah Allah, walaupun sedar perbuatan itu telah menggugat serta memperlekehkan kesucian Islam.

Nik Aziz, Mursyidul Am PAS dengan bongkak menyatakan DAP boleh menggunakan isu ‘kalimah Allah’ untuk berkempen demi kepentingan politik pakatan mereka walaupun bercanggah dengan kenyataan Timbalannya, Dr Haron Din. KLIK

AYG ; Nik Aziz telah menjadi Raja yang bongkak apabila memutuskan DAP boleh menggunakan isu kalimah Allah dalam kempen di Sibu, walau pun mereka tahu penganut-penganut Islam tidak merelakan Kristian menggunakan nama kalimah Allah di gereja-gereja.

Kerana hendak memberi kemenangan kepada DAP, Nik Aziz dengan jentera-jentera PAS-Melayu PKR bersatu tenaga bersama DAP membelasah UMNO-BN dengan apa sahaja kenyataan berhubung isu kalimah Allah.

Inilah sikap Nik Aziz dan kepimpinan PAS, kemunafikan mereka terserlah kerana sanggup putarbelitkan agama Islam apabila bercakap lain di depan orang Islam dan lain dihadpan orang-orang bukan Islam……

Sudah nampak jelas Nik Aziz serta tokoh-tokoh ulama PAS menggunakan agama untuk kepentingan politik kerana sanggup memutarbelitkan fatwa asalkan dapat memenuhi citarasa DAP dalam memenangi kempen politik mereka.

Inikah cara perjuangan PAS ?

Inikah sebuah parti yang bakal menjadi harapan orang Melayu untuk membawa agenda perjuangan mendaulatkan negara Islam ?

PAS yang tergamak menjual maruah agama Islam yang kononnya sebagai landasan perjuangannya tetapi sanggup bersekongkol dengan DAP yang telah menentang kewujudan sebuah negara Islam dan yang mahu menghapuskan kuasa serta hak-hak orang Melayu-Bumiputera, yang bakal menjadikan Malaysia sebuah Negara republik…….…………..



Wednesday, May 12, 2010

UMNO 64 Tahun-jadikan perjuangan untuk rakyat sebagai jati diri-Najib


Anggota UMNO perlu menjadikan perjuangan untuk rakyat sebagai jati diri bagi membolehkan mereka menjadi pemimpin yang dekat di hati masyarakat, demikian kata Presiden, Dato’ Sri Najib Tun Razak.

"Untuk kita sentiasa menjadi pemimpin yang dekat di hati rakyat, buatlah usaha, program sepanjang masa, sepanjang zaman... bukan dekat pilihan raya baru ke hulu ke hilir siapkan data peribadi”, katanya ketika berucap pada majlis sambutan ulang tahun ke-64 UMNO di PWTC.

"Kerana sayangkan UMNO, sanggup berjuang habis-habisan. Sayangkan UMNO mesti jadi pejuang yang dekat di hati rakyat dan sentiasa memperjuangkan kepentingan rakyat"

“Semangat sayangkan parti seperti itu wajar dijadikan contoh dan pegangan anggota parti, tidak kira tua atau muda bagi memastikan parti itu terus disegani” Klik


Komen AYG ; kawan amat bersetuju dengan ungkapan Dato’ Sri Najib bahawa UMNO sebagai antara parti politik terbesar perlu ada kesedaran dan keinsafan bahawa ia masih belum berada di tahap bebas daripada ancaman khususnya selepas dilanda ‘tsunami politik’ dua tahun lalu.

UMNO tidak boleh menjadi sebuah parti yang terperangkap dengan golongan tertentu sahaja, tetapi perlu memberikan fokus kepada rakyat yang merupakan kunci kemenangan.

Kepimpinan UMNO perlu sentiasa dekat dengan rakyat, perlu menunjukkan bahawa UMNO adalah parti yang berjuang untuk rakyat disamping membuat imej baru yang perlu dijana kerana semangat juang anggota parti yang agak menurun pada PRU ke 12.

Sebagai peneraju Barisan Nasional, kepimpinan UMNO sama ada diperingkat tertinggi, bahagian mahu pun cawangan, perlu mengubah cara pendekatan kepada rakyat dengan pemikiran serta budaya yang baru.

Bukan sekadar gah dan bergaya ketika meraih sokongan dikalangan anggota parti untuk memenangi jawatan dalam parti atau menjadi ‘hero’ apabila bertarung sesama anggota parti sahaja, tetapi harus juga bijak, berani dan bergaya untuk memenangi hati rakyat pelbagai peringkat.

Perlu diingat, pemikiran rakyat sudah pun berubah sejak PRU ke 12 lalu, rakyat sedang mencari satu pautan dahan yang kukuh untuk menentukan senario politik mereka. Tidak dinafikan, apabila rakyat dalam keadaan terdesak, kesusahan akan memilih siapa sahaja sebagai pemimpin atau apa saja parti selain dari UMNO, inilah kenyataan yang perlu diselami serta hayati.

Rakyat, khususnya orang Melayu bukan tidak sedar bahawa parti PAS dan PKR seolah-olah telah menggadaikan maruah bangsa Melayu apabila bersekongkol dengan DAP. Rakyat tahu dan sedar, tujuan PAS dan PKR berbuat begitu semata-mata untuk meraih undi dari kaum bukan Melayu.

Kepimpinan UMNO peringkat Bahagian dan cawangan perlu mengambil langkah-langkah mengwujudkan satu dimensi baru dalam parti, pendekatan UMNO bukan lagi hanya berfungsi untuk masyarakt Melayu sahaja, tetapi harus juga memberi keutamaan untuk menyelesaikan masalah rakyat pelbagai kaum.

Anggota serta kepimpinan UMNO perlu lakukan perubahan ini, jangan asyik memikirkan masalah-masalah dalam kelompok anggota parti atau kroni pemimpin parti sahaja…..

Jangan dinafikan UMNO masih berada dalam keadaan sukar untuk memulih keyakinan rakyat, bukan sahaja dari kalangan Melayu, malah bukan Melayu juga. Rakyat kini mahu melihat perubahan dalam UMNO sebagaimana yang disarankan oleh Presiden parti untuk membawa kembali kekuatan UMNO dan BN dalam PRU ke 13 akan datang…
.



Tuesday, May 11, 2010

Nizar - UMNO rasis merosakkan perpaduan kaum


Kononnya, kerana telah kehilangan sokongan dari kaum Cina dan India, maka dengan fahaman rasis UMNO telah cuba merosakkan perpaduan kaum yang telah lama wujud.

Justeru itu, maka pakatan-PAS-DAP-PKR tidak akan membenarkan mana-mana pihak yang memainkan sentimen perkauman yang boleh memecahkan perpaduan kaum yang terdapat di negara ini.

Begitulah dakyah Nizar Jamaluddin ketika berucap pada majlis makan malam anjuran pakatan-PAS-DAP-PKR Jerantut, di sebuah hotel baru-baru ini. Klik di sini

YG ; Kalau pakatan PAS-PKR-DAP bukan parti perkauman, bukan rasis macam UMNO, mengapa sampai sekarang DAP masih dengan kaum Cina, PAS masih dengan kaum Melayu ? Cuma PKR saja yang menampakkan parti rojak……..

Kenapa PAS-DAP masih tidak mahu bubarkan parti masing-masing dan jadikan satu parti pelbagai kaum macam PKR ?

Apa yang dilihat, hendak mendaftar sebagai satu lambang macam BN pun pakatan PAS-DAP-PKR masih tidak mampu, kerana apa ?

Berbalik kepada kata-kata Nizar yang mendakwa UMNO membawa fahaman rasis yang cuba merosakkan perpaduan kaum dalam Negara.

DAP menyebarkan dakyah kononnya UMNO membawa fahaman RASIS, PAS pula menyifatkan UMNO assobiyah kerana menyemaikan semangat kebangsaan dan PKR pula mendakwa UMNO mengamalkan sifat-sifat perkauman sempit dan kononnya telah menindas kaum-kaum lain di dalam negara ini.

Apakah semua ini benar ? Tidakkah semuanya adalah merupakan satu lagi agenda politik puak-puak pakatan PAS-DAP-PKR untuk memburuk-burukkan UMNO pada pandangan masyarakat di dalam serta di luar Negara ?

Kalau hendak dikatakan UMNO itu rasis, UMNO dikatakan cuba merosakkan perpaduan kaum, apa kurangnya dengan DAP ?

Tidakkah kita sedar bagaimana DAP menjalakan dakyah-dakyah, hasutan serta memainkan isu perkauman yang lebih teruk dikalangan masyarakat Cina, lihat sahajalah didalamnya akhbar-akhbar berbahasa Cina yang menyokong perjuangan DAP.

Kalau benarlah UMNO itu rasis, UMNO merosakkan perpaduan kaum, masakan dalam masa lebih 50 tahun memegang tampuk pemerintahan Negara bercambah kaum Cina dan India menjadi jutawan berbanding dengan bangsa Melayu sendiri.

Kalau UMNO itu rasis, masakan ramai kaum Cina dan India yang menjadi doktor, peguam, jurutera dan lain-lain, begitu juga di IPTA/IPTS bercambah kaum-kaum bukan Melayu-Bumiputra berpeluang untuk belajar.

PAS telah memecahkan perpaduan dalam masyarakat Melayu Islam dengan melebelkan UMNO itu kafir kononnya menjadikan ‘kebangsaan’ sebagai landasan perjuangan. PAS menafikan hak-hak bangsa Melayu dan sesiapa yang memperjuangkan bangsa dianggap sebagai ‘assobiyah’.

DAP, mendakyah kaum-kaum Cina dengan semangat kebencian kepada UMNO, kerana mempertahankan ‘ketuanan Melayu’. DAP menyifatkan perkara itu sebagai rasis, cauvinis dan sebagainya, kerana ia dilihat telah memberi keuntungan politik kepada UMNO sebagai peneraju pemerintahan negara. Membenci UMNO bererti membenci orang-orang Melayu juga.

PKR, kononnya sebuah parti bukan perkauman, tetapi lebih memperjuangkan hasrat dendam Anwar Ibrahim kepada UMNO sehingga menggadaikan hak-hak Melayu dan Islam. PKR banyak mempengaruhi kaum-kaum India untuk membenci UMNO sama seperti DAP menjalankan dakyah kepada kaum Cina.

Persoalannya sekarang, siapakah sebenarnya yang cuba merosakkan perpaduan kaum dalam Negara ?

Salahkah atau berdosakah UMNO kerana memperjuangkan nasib kaum Melayu-Bumiputera dalam Negara sendiri, tanah air sendiri ?

UMNO tidak menafikan hak-hak MCA dan MIC serta parti-parti komponen lain yang juga memperjuangkan nasib kaum masing-masing, di bawah satu lambang keramat yang bernama Barisan Nasional.

PAS dan Melayu PKR jangan mudah membuat tuduhan bahawa UMNO telah merosakkan perpaduan kaum kerana UMNO memperjuangkan hak-hak ketuanan Melayu. Memperjuangkan ketuanan Melayu itu juga adalah memperjuangkan ketuanan Islam dalam sebuah Negara Islam macam Malaysia ini.

Kita kena ingat, belum ada dalam sejarah orang-orang kafir mendaulatkan Islam dan mengangkat martabat orang Islam, apatah lagi orang bukan Melayu hendak mendaulatkan bangsa Melayu…… lihat sahajalah apa yang berlaku di Singapura apabila kuasa berpindah ketangan mereka…………..

Jangan kita menafikan bahawa memperjuangan “Ketuanan Melayu” adalah rasis, jangan ada yang mendakwa Malaysia adalah milik semua dan mendakwa bangsa Melayu tidak wujud… tidakkah kita berfikir membuat dakwaan sebegitu akan menguntungkan siapa ?

Tidakkah kita terfikir inilah cara propaganda atau dakyah komunis atau puak-puak kafir untuk memperdaya orang Melayu Islam untuk memberi peluang mereka yang minoriti sampai ketampuk kekuasaan di Malaysia ?

Tidak salah kalau dikatakan pakatan PAS-PKR-DAP yang memainkan isu UMNO rasis itu sebenarnya golongan bangsa yang tidak bermaruah, demi meraih sokongan dan kepercayaan orang ramai, tanpa merasa jijik dan malu……..


Kepada kaum-kaum bukan Melayu-Bumiputera, diharap jangan mudah terpengaruh, dengan dakyah-dakyah sebegini, jangan menjadikan diri anda sebagai pak turut dengan membuta tuli, tanpa mahu mengenang jasa serta membalas budi UMNO yang menyebabkan anda dapat hidup mewah atau selesa di Malaysia yang bertuah ini……..




Sunday, May 9, 2010

Najib-jangan wujudkan kelompok dalam UMNO


Dato' Sri Najib Tun Razak mengingatkan ahli-ahli UMNO supaya tidak mewujudkan kelompok yang akhirnya membentuk komplot sehingga boleh merosakkan parti.

Kewujudan kelompok dan komplot akan mengakibatkan ahli-ahli parti bermusuh sesama sendiri dan hilang tumpuan untuk berdepan dengan parti pembangkang serta melupakan tanggungjawab terhadap rakyat. Gejala sedemikian akan menjejaskan keupayaan UMNO memenangi pilihan raya umum akan datang.

Ahli UMNO perlu bekerja dalam satu pasukan dan merancang apa saja pelaksanaan yang boleh memberi kebaikan kepada parti dan kepentingan untuk rakyat dan bukannya menjatuhkan sesama ahli.

Kalau ada komplot bererti kita bukan merancang untuk kalahkan musuh tetapi kalahkan kawan kita sendiri dalam parti dan itu adalah penyakit yang merebahkan parti. Sekiranya UMNO rebah, itu bukanlah disebabkan oleh orang atau pihak lain sebaliknya ahli parti sendiri yang sibuk menjatuhkan sesama sendiri. Klik

YG ; Sejauh mana perihatinnya ahli-ahli UMNO, kepimpinan Cawangan dan Bahagian dengan saranan Dato’ Sri Najib selaku Presiden ?

Mungkinkah ungkapan Presiden hanya sekadar untuk menghibur atau sekadar untuk menghilangkan rasa mengantuk ketika berada di dalam dewan ?

Kalau semua ungkapan itu dapat dinilai serta difahami oleh semua ahli-ahli serta kepimpinan pelbagai peringkat, tiadalah komplot, kelompok dan tiada pertelagahan antara dua, tiga atau empat kumpulan dalam UMNO itu sendiri….. tiada pulau memulau, tiada kerat mengerat, pancung memancung di antara kepimpinan cawangan mahu pun Bahagian……..maka tiadalah amalan politik wang…….

Kawan masih ingat, setiap kali berlakunya pemilihan kepimpinan UMNO, sama ada di peringkat Cawangan mahu pun Bahagain, tidak kiralah sama ada Ketua Bahagian akan mempertahankan jawatan atau tidak, maka akan muncullah kumpulan-kumpulan mewakili calon-calon bertanding berkeliaran mencari perwakilan…..

Mungkin, bagi jawatan Ketua tidak akan berlaku pertandingan, tetapi bagi jawatan Timbalan dan Naib Ketua Bahagian pula akan ada pihak, kumpulan, komplot yang tidak akan mahu melihat ada calon-calon yang menang tanpa bertanding.

Di sinilah kita akan lihat bagaimana ahli-ahli UMNO atau para perwakilan akan dipaksa pula untuk memikirkan siapakah yang perlu diberi undi, kumpulan mana atau komplot mana yang perlu diikuti….sekurang-kurangnya mereka ini mengharapkan juga kalau-kalau ada yang bakal menghulur lebih…….

Persoalannya, di dalam situasi politik UMNO terkini, mampukah ahli-ahli UMNO pelbagai peringkat melaksanakan saranan Presiden ?

Apakah soal perebutan jawatan, kewujudan komplot, kelompok, kumpulan atau pasukan benar-benar sudah tidak menjadi agenda utama di kalangan sesetengah kepemimpinan UMNO ?

Alangkah bertuahnya Dato’ Sri Najib selaku Presiden, kalau semua yang disarankan dapat dimanfaatkan oleh ahli-ahli UMNO seluruhnya…… UMNO seharusnya menumpukan perhatian kepada agenda yang lebih besar untuk mengukuhkan semula parti yang menjadi induk kepada orang-orang Melayu.

Perlu diingat, dalam usaha-usaha mengukuhkan UMNO mesti dengan perancangan serta langkah-langkah yang betul untuk meyakinkan rakyat, khususnya orang-orang Melayu.

Terlaksanakah impian Presiden, kalau UMNO itu sendiri penuh dengan pemimpin-pemimpin yang ghairah untuk berebut kuasa, berebut jawatan bagi mendapatkan kedudukan untuk diri daripada memikirkan ke arah untuk mengukuhkan parti itu sendiri.

Terlaksanakah impian Presiden, kalau ada dikalangan ahli-ahli yang tidak sedar yang mereka mesti mengurangkan politiking dan tidak lagi mewujudkan sikap berpuak-puak, berkomplot atau kelompok-kelompok yang boleh menyebabkan UMNO menjadi lemah ?

Mungkin ada yang akan berkata, perebutan jawatan dalam parti selaras dengan amalan demokrasi, tetapi sejauh manakah jaminan ianya tidak akan berlaku perpecahan ?

Kalau disingkap dari masa-masa yang lalu, bukti menunjukkan setiap perebutan jawatan dalam parti telah membawa perpecahan dikalangan ahli-ahli UMNO……...

Kita semua perlu sedar bahawa UMNO kini adalah parti yang dianggap sudah lemah, tidak lagi digeruni, oleh itu wajarlah kalau semua dapat berfikiran sebagaimana Presiden berfikir…............

UMNO adalah parti masa depan kepada orang Melayu dan penentu kepada kestabilan pemerintahan Negara, walau siapa pun menjadi pemimpin di peringkat cawangan atau bahagian, mereka mesti meletakkan perjuangan memartabatkan bangsa, agama dan negara di tempat teratas sekali………




Saturday, May 8, 2010

Mahkamah tolak saman anak Nizar – ‘PPSMI tidak bercanggah dengan Perlembagaan’


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak saman pemula oleh empat pelajar termasuk anak bekas menteri besar Perak untuk mengisytiharkan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) di sekolah sejak 2003 sebagai batal dan tidak sah.

Keputusan tersebut dibuat setelah mendapati surat pekeliling ikhtisas yang dikeluarkan berhubung PPSMI di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil, tidak bercanggah dengan Perlembagaan. Klik di sini

Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa anak Nizar Jamaluddin, bekas Menteri Besar Perak telah menyaman Kerajaan Malaysia menentang PPSMI pada tahun 2006.Saman pemula tersebut difailkan oleh Mohammad Syawwaal Mohammad Nizar, 10; Mohammad Fadzil Nor Mohd. Rosni, 15; Nur Najihah Muhaimin, 15; dan Syazaira Arham Yahya Ariff, 16, melalui bapa masing-masing.Dalam saman tersebut, mereka menuntut perisytiharan bahawa Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 11/2002 bertarikh 27 November 2002 adalah tidak berperlembagaan, tidak sah, terbatal dan tidak mempunyai sebarang kesan.

Mereka menuntut perintah mengarahkan defendan supaya menukar semula dasar tersebut menurut kehendak dan peruntukan perlembagaan serta undang-undang bertulis dengan alasan pelaksanaannya dibuat tanpa mengambil kira peruntukan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan (iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan) dan Akta Bahasa Kebangsaan 1967 serta Akta Pendidikan 1996.

YG ; Bagaimana pencapaian Mohamad Syawwaal dalam peperiksaan UPSR pada tahun 2008 ? Dan bagaimana pula dengan keputusan peperiksaan PMR bagi Mohammad Fadzil dan Nur Najihah pada tahun tersebut ? Bagaimana pula khabarnya dengan keputusan peperiksaan SPM bagi pelajar Syazaira pada tahun 2007 ?

Sekiranya mereka-mereka ini mencapai keputusan yang cemerlang bagi menghadapi peperisaan tersebut, kawan rasa tidaklah mendatangkan kesan-kesan negative terhadap mereka di atas perlaksanaan PPSMI.

Tetapi sekiranya mereka gagal mencapai kecemerlangan, itu bukan bererti mereka gagal kerana pelaksanaan dasar pembelajaran matapelajaran Sain dan Matematik, tetapi kerana mereka sudah awal-awal tidak berminat dengan dasar PPSMI…..

Kalau tidak masakan seusia mereka telah menyaman kerajaan kerana melaksanakan dasar PPSMI yang kononnya telah menyebabkan mereka tercicir dalam mencapai kejayaan di kedua-dua mata pelajaran itu, sedangkan mereka masih lagi belum menghadapi peperiksaan pada waktu itu.

Keempat-empat pelajar yang telah dipengaruhi ideology poltik ibubapa mereka mendakwa telah dipaksa belajar dan diajar bagi kedua-dua mata pelajaran itu dalam bahasa Inggeris tanpa kerelaan mereka. Mereka juga mendakwa Kerajaan UMNO-BN tidak menitikberatkan serta telah mengabaikan tanggungjawab mendaulatkan Bahasa Melayu.

Kawan rasa, tindakan keempat-empat pelajar ini bukan kerena mereka tidak mampu menerima pembelajaran tersebut tetapi lebih kepada pengaruh ibubapa yang sanggup menipu rakyat demi kepentingan politik yang berfikiran sempit.

Kerana kepentingan politik, mereka telah dipergunakan oleh ibubapa mereka dengan tujuan untuk berbohong kepada rakyat kononnya merekalah sebagai pejuang bahasa Melayu tetapi bukan pejuang bangsa Melayu.

Kawan amat setuju dengan hujah-hujah dalam blog Tun Faisal yang banyak menyentuh tentang dasar pembelajaran PPSMI di sekolah-sekolah. Klik di sini

Perlu diingat, PPSMI dilaksanakan bukan bererti Kerajaan UMNO-BN telah mengabaikan kedaulatan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan Negara. Kita patut berfikiran lebih terbuka bahawa PPSMI dilaksanakan semata-mata untuk meningkatkan sistem pendidikan Bahasa Inggris di kalangan pelajar khususnya anak-anak Melayu yang banyak ketinggalan dalam bidang ini.

Jikalau mereka-mereka ini ikhlas berjuang untuk memansuhkan PPSMI dengan disokong oleh parti-parti politik khususnya dari DAP, mengapa kebanyakan remaja kaum Cina menganggap mata pelajaran Bahasa Melayu tidak penting bagi mereka ?

Merujuk kepada kajian persepsi remaja terhadap bahasa Melayu oleh Profesor Dr Nor Hashimah Jalaluddin dari Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik UKM dengan kertas beliau berjudul Sosiokognitif dan Penguasaan Pragmatik Bahasa Melayu Remaja Malaysia: Kupasan Ilmiah.

72.1% remaja Cina merasakan bahasa Melayu tidak penting

Tahukah anda, 72.1% remaja Cina merasakan bahasa Melayu tidak penting; diikuti oleh Kadazan 40%, India 37%, lain-lain kaum 31%, Iban 28.8% dan Melayu 23.9%.

Di sini, kita dapat melihat sendiri, bagaimana puak-puak DAP ini bertindak menyokong segala perjuangan yang di bawa oleh ibubapa pelajar terbabit bersama PAS-PKR, sedangkan kaum-kaum Cina sendiri tidak menganggap mata peajaran Bahasa Melayu tidak penting bagi mereka…….. mengapa orang Melayu tidak membuka mata…….


Friday, May 7, 2010

Awas ! – DAP hanya mahu jatuhkan Musa Hassan, bukan nak bela keluarga Aminulrashid.........


Komplot DAP-PKR-PAS untuk melihat negara huru hara, berkecamuk serta di pandang negative oleh dunia luar hampir menampakkan kejayaannya.

Tiga serangkai pengkhianat Negara ini bijak menyusun agenda mereka, kalau PKR mengatur agenda-agenda demonstrasi jalanan, PAS dengan mengwar-warkan isu Perdana Menteri Malaysia menyerahkan wilayah Malaysia kepada negara lain, kononnya perbuatan itu telah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

DAP pula, teramat jelas menjadikan insiden adik Aminulrasyid Amzah yang ditembak mati oleh Polis yang menjalankan tugas-tugas keamanan, keselamatan rakyat dan Negara.

Ternyata kenyataan yang dibuat oleh Lim Guan Eng membuktikan DAP hanya mahu menjatuhkan Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negara bukan sebenar-benarnya hendak memela keluarga Aminulrashid...............

Inilah petikan dari wall facebook Ismail Bukit Mas untuk kita semua hayati bagaimana liciknya perancangan DAP untuk memanipulasikan isu tersebut supaya rakyat Malaysia membenci anggota Polis dan seterusnya Kerajaan UMNO-BN :-

Dalam sidang Dun PP hari ini , akhirnya Guan Eng terpaksa menjawab isu kematian remaja 14 tahun - Aminulrasyid Amzah yang ditembak mati polis kerana DAP kini dilihat telah berjaya manipulasi dan menjuarai isu ini sepenuhnya .

Ketua Menteri, Lim Guan Eng (DAP-Air Putih) menjawab, DAP bukannya tidak menghormati jasa polis tetapi mereka tidak mengiktiraf Tan Sri Musa Hassan yang disifatkan sebagai tidak layak menjadi Ketua Polis Negara.
"Tidak ada salahnya kita mengkritik Musa Hassan (Tan Sri) kerana bagi kita dia tidak layak menjadi Ketua Polis Negara, ditambah lagi insiden terbaru melibatkan kematian Aminulrasyid (Amzah)", katanya

Kenyataan di atas membuktikan DAP tidak menghormati jasa dan tugas POLIS DIRAJA MALAYSIA . Cukup dangkal sekali jawapan Guan Eng menyatakan DAP bukan tidak menghormati polis tetapi tidak iktiraf Tan Sri Musa Hassan sebagai IGP .

Jika DAP hantam dan kritik seperti orang gila terhadap Musa Hassan yang mengetuai pasukan Polis , bermakna sama juga seperti mereka kritik seluruh anggota polis di seluruh negara. Dalam isu kematian Aminulrashid ini , bukannya salah Musa Hassan pun tetapi oleh kerana perkara itu melibatkan anggota pasukannya maka semua kesalahan itu dilemparkan kepada beliau ....

Sebenarnya daripada kenyataan Guan Eng ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa DAP bukan mahu membela sangat pun keluarga Aminulrashid ini tetapi lebih kepada dendam kesumat DAP dan Anwar Ibrahim terhadap TS Musa Hassan . Guan Eng sendiri dah sebut dia memang mahu Musa Hassan tidak menjadi Ketua Polis Negara kononya tidak layak . Jadi, mereka gunakan insiden kematian Aminulrashid ini sebagai peluru untuk menyerang TS Musa Hassan dan polis .

Kepada keluarga mangsa, PB tidak sangka begitu mudah anda diperbodohkan oleh puak2 DAP kafir harbi laknatullah ini ....

Jadi, sudah jelas di sini DAP hanya mahu mempolitikan isu ini sahaja untuk menjatuhkan imej dan kredibiliti polis di mata rakyat . Ini lah pelampau-pelampau politik yang mahu merosakkan negara !!

Kepada rakyat Malaysia yang berfikiran waras, berhati-hatilah, jangan mudah terikut-ikut dengan arus gelombang rangkaian DAP-PKR-PAS yang sentiasa mencari jalan untuk merusakkan pemikiran rakyat, seterusnya menjadikan Malaysia sebuah Negara yang tidak harmoni………




Thursday, May 6, 2010

Titah Sultan Selangor-Dr Hasan Ali kata, “ini adil”, Nik Aziz kata, “baso bodo, payoh nak ajar”


“ baso bodo, payah nak ajar”…..Nik Aziz, Mursydul Am PAS, tidak berganjak dari pendiriannya sebelum ini menyifatkan larangan Sultan Selangor itu adalah satu peninggalan penjajah dan ajaran karut, walau pun Nik Aziz tidak menyebut siapa yang dimaksudkan dalam ceramahnya di Kubang Batang, Wakaf Baru. Klik

"Saya rasa ini adil, sebagai exco yang menjaga bahagian hal ehwal Islam di negeri ini, saya rasa peraturan itu sangat munasabah”, Begitu pula kata dari Dr Hasan Ali, Exco hal Ehwal Agama Islam Selangor.

Kata Dr Hasan Ali, larangan masjid di Selangor dijadikan 'gelanggang politik' adalah selaras dengan Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989 dan kalau ini dibenarkan, akan menimbulkan huru-hara, haru biru, bertentangan dengan semangat keutuhan masjid, yang ditegakkan hanya untuk menggamit manusia ke arah keamanan. Klik

YG; Nik Aziz sudah terlalu tertekan dengan keritikannya terhadap Sultan Selangor supaya masjid tidak dijadikan medan politik.

Nik Aziz cuba menuduh Perdana Menteri serta media yang mahu melaga-lagakan dia dengan Sultan Selangor dengan alas an kenyataannya itu bukannya merujuk kepada titah Sultan Selangor.

Bagimana pula dengan pendirian Dr Hasan Ali ?

Tidakkah kata-kata Dr Hasan Ali itu bercanggah dengan pendapat Mursyidul Am PAS ?

Tidak takutkan Dr Hasan Ali dengan tindakan-tindakan yang bakal dikenakan oleh Nik Aziz ?

Kalau begitu, benarlah bahawa Nik Aziz melakukan pengingkaran yang serius dan penghinaan kepada Sultan Selangor…..

Kadang-kadang rasa hendak tergelak juga bila mengenang semula perangai Mursyidul Am PAS ini yang kerap sangat mengukum apa orang lain semua salah tetapi kalau dia yang buat, dia yang cakap semuanya betul.

Biasalah, Nik Aziz akan sentiasa mengaitkan agama dan sunah Nabi setiap kali hendak membela dirinya, dalam kes Anwar pun dia kaitan agama dan sunah Nabi bagi melarang Anwar membuat sumpah Syarie macam si Saiful dalam tuduhan liwat……

Kawan tidak boleh lupa dengan kata-kata Nik Aziz terhadap penyokong-penyokong UMNO, ‘‘tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO. Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur”.


Tuesday, May 4, 2010

Zahid – pertemuan dengan Ehud Barak untuk menafikan Kerajaan memberi bantuan persenjataan kepada Palestin


Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan, menegaskan bahawa perjumpaan beliau dengan Ehud Barak adalah perjumpaan yang tidak dirancang dan berjumpa ketika Pameran Ruang Angkasa dan Penerbangan Antarabangsa ke-48 di Paris, 16 Jun tahun lepas.

Itulah kata-kata Zahid bagi menjawab soalan Senator Dr Syed Husin Ali pada sesi penggulungan perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, bagi kementeriannya pada persidangan Dewan Negara. Klik

Dalam pertemuan dengan Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak selama 20 minit itu, Zahid telah menafikan tuduhan bahawa Malaysia memberi bantuan persenjataan kepada pejuang Palestin.

Zahid juga menjelaskan, beliau telah dimaklumkan bahawa Ehud Barak ingin bertemunya dan kemudian mengambil pendirian dengan menetapkan syarat kepada Ehud Barak jika ingin berjumpa dengannya Ehud Barak perlu turun ke bawah, tidak mahu pengawal mengiringi Ehud Barak serta tidak mahu ada kamera dan wartawan.

Ketika pertemuan itu berlangsung, Zahid telah membidas Ehud Barak yang merupakan orang Yahudi berketurunan Mahgribi yang mengatakan kepadanya dalam bahasa Arab:"Wahai saudara, kita adalah the son of Adam".

Dan Zahid menjawab " yes, we are the son of Adam tetapi you buat double standard, tangan kanan you menghulurkan untuk pendamaian, tetapi tangan kiri yang membunuh the brothers and sisters di Palestin.

Kedua Zahid katakan, kalau Ehud Barak mahu berjumpa dengannya untuk menghulurkan salam, beliau sebagai Menteri Pertahanan Malaysia, orang Islam dan negara-negara Islam tidak mengiktiraf Israel.

Ketiga, Zahid memberitahu Ehud Barak, bagaimana tentera-tentera perisikan Mossad telah banyak melakukan pencerobohan terhadap negara-negara Islam dan melakukan perisikan yang akhirnya merosakkan negara-negara Islam. Perbuatan sebegini yang negara Islam tidak boleh terima.

Keempat, Zahid membidas kepada Ehud Barak semasa menjadi Perdana Menteri telah melakukan pembunuhan seperti dalam peristiwa Shatila serta di tempat-tempat lain.

Kesimpulannya, Ehud Barak telah bersikap berat sebelah dan orang Islam tidak boleh menerima dan melihat keganasan yang dilakukan tentera Israel ke atas rakyat Palestin an pendirian Malaysia bahawa komitmen kerajaan Malaysia berhubung dengan negara Palestin yang bebas dan berdaulat tanpa penindasan pihak Israel.

YG ; itulah yang jelas hasil pertemuan Ahmad Zahid Hamidi sebagai Menteri Pertahanan Malaysia dengan Ehud Barak juga Menteri Pertahan Israel. Pertemuan yang bukan dirancangkan seperti yang diwar-warkan oleh puak-puak Anwar dalam PKR-PAS-DAP.

Bukan macam Anwar yang bersekongkol serta berbincang dengan agen-agen Yahudi-Israel macam Wolfowitz yang terkenal sebagai seorang yang sangat anti-Islam melalui Doktrin Wolfowitz yang menggunakan kuasa senjata untuk menakluk negara Islam.


Wolfowitz (bekas Presiden World Bank dan bekas Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat) bersama dengan Shaul Mofaz (bertanda bulat) yang bertanggungjawab menyerang Iraq dan Afghanisthan. Jika dahulu, Wolfowitz serang Afghanistan dan Iraq.

Wolfowitz juga berbangsa Yahudi dan mempunyai kewarganegaraan Israel.

Tapi, kalau sudah memang jenis manusia yang hidup penuh dengan putarbelit, tipuhelah mengaburi mata rakyat pandai berselindung disebalik kejahatan,, kemungkaran sendiri dan memusingkan tuduhan kepada pemimpin UMNO-BN bersekongkol dengan Yahudi.

Itulah sikap sebenar Anwar dan puak-puak PKR-PAS-DAP……….





Monday, May 3, 2010

Mabuk arak sebelah pagi akan reda di sebelah petang, mabuk kuasa pula tidak akan pernah merasa reda



Begitulah peribahasa yang boleh diberikan kepada puak-puak pembangkang yang tidak pernah menerima hakikat kekalahan calon PKR Zaid Ibrahim di Hulu Selangor.

Tak henti-henti membuat tuduhan kononnya BN membuat sogokan wang supaya mengundi calon BN, nama pengundi yang dikeluarkan dan dipindahkan dari senarai undi, di dakwa ada pihak lain yang telah mengundi untuk mereka dan macam-macam lagi tomahan.

Tak cukup dengan itu, Zaid yang terlalu mabuk kuasa juga telah mengeluarkan kenyataan akan memfailkan petisyen agar keputusan pilihanraya kecil itu dibatalkan dan diistisytiharkan tidak sah.

Apa yang paling menggelikan hati apabila puak-puak pembangkang membuat andaian kemenangan calon BN dengan majority 1,725 undi adalah sesuatau yang telah diilhamkan oleh SPR sendiri. KLIK

Nampak sangat pemikiran puak-puak pembangkang ini sempit, kuno dan tahyul apabila mempercayai keputusan kemenangan calon BN adalah satu mistik apabila majoriti 1,725 undi itu telah diilhamkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu sendiri. Kononnya tarikh hari penamaan calon pada Sabtu, 17 April 2010 sama dengan tarikah hari pembuangan undi pada hari Ahad 25 April 2010.

Secara kebetulan atau tidak, puak-puak pembangkang ini sudah tidak percaya dengan Qada’ dan Qadar dari Allah. Mereka lebih mudah mengelirukan masyarakat dengan membuat pelbagai tuduhan serta andaian bahwa kemenangan calon BN kerana SPR telah berperanan untuk mengilhamkan kemenangan itu.

Itulah yang kawan katakan, puak-puak pembangkang ini sudah terlalu mabuk dengan kuasa sehingga mereka lupa ketentuan Allah, mereka lupa akan segala kepincangan, kemungkaran, pembohongan dan segala fitnah mereka telah disedari rakyat.

Puak-puak pembangkang sanggup membawa fitnah, dakwaan apa sahaja termasuk cerita-cerita syirik dan tahyul asalkan segala impian mereke tercapai tanpa disedari rakyat sedikit demi sedikit telah mula meninggalkan mereka………

Inilah yang dikatakan, kalau mabuk minum arak atau todi disebelah pagi, ianya akan menjadi reda bila sampai ke petang, tetapi kalau orang dah mabuk kuasa ianya tidak akan pernah reda sampai bila-bila………..