Friday, August 13, 2010

“Anak jin” mengaruk lagi-FELDA di saman kerana bermotifkan politik


Tindakan 766 peneroka Felda Serting Hilir dan Gugusan Raja Alias, Negeri Sembilan mengemukakan tuntutan saman berjumlah RM200 juta terhadap FELDA baru-baru ini lebih ke arah bermotifkan politik.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, tuntutan itu tidak sepatutnya timbul kerana setiap kali hasil sawit dijual oleh peneroka ke kilang, urus niaga itu disertakan slip terperinci selari dengan harga dipersetujui peneroka seperti diamalkan sejak 15 tahun lalu. Klik

AYG ; Benar sangatlah seperti yang diungkapkan oleh Datuk Ahmad Maslan, pakatan pembangkang telah mempergunakan persatuan ANAK yang diketuai Mazlan Aliman seorang AJK PAS Pusat untuk menghuruharakan masyarakat peneroka FELDA untuk mencapai hasrat mereka menguasai Negara…..

Puas mengaruk di Pahang, Maslan Aliman yang didalangi pembangkang mengaruk pulak di Negeri Sembilan, selepas cuba mengaruk di agensi FELCRA dan RISDA…..

Tak salah kalau dulu kawan pernah melebelkan kumpulan yang menggelarkan diri mereka ANAK ini sebagai “anak jin”……….

Bagi kawan kalau para peneroka Felda itu sendiri meneliti sepenuh fikiran serta sedar dengan apa yang mereka perolehi semenjak berada di tanah rancangan FELDA, mungkin dakyah, hasutan dari kumpulan ‘anak jin’ ini tidak merebak sebegitu rupa…

Kalau betul puak-puak ini hendak menolong nasib peneroka yang kononnya ditipu, ditindas serta dizalimi oleh Kerajaan/FELDA, masakan setiap peneroka dikenakan bayaran untuk biaya peguam di antara RM200 ke RM500 seorang……

Tidakkah peneroka-peneroka sedar selama ini setiap apa yang diperuntukan oleh Kerajaan melalui FELDA untuk kebajikan para peneroka dari segi akademik anak-anak, pinjaman perumahan, usahawan, kursus kemahiaran generasi kedua dan lain-lain tidak pernah dikenakan yuran atau bayaran……..

Buka matalah wahai para peneroka, hidup anda serta keluarga lebih baik, lebih terbela dari masyarakat yang ada di luar FELDA……..


9 comments:

  1. Salam Yang Gambi....Anak Jin memang tidak boleh dibiarkan terus mengaruk. Peneroka Felda jangan lupa usaha anak jin ini untuk kepentingan politik
    mereka.Belum apa-apa diorang dah kaut untung, itu belum bicara lagi..peguam-peguam mereka tengah menganga menanti duit para peneroka yang mereka hasut tu.Soal kalah menang saman tu bukan tanggungan mereka....

    ReplyDelete
  2. RM200 - RM500 sorang?

    RM200 x 766 orang = RM153,200.00
    Komis 10% anak jin = RM15,320.00

    Aku pun nak camtu

    hehehe

    YB = Yang Bingai @ Bangang
    Telco & Post - Program Tipu?

    ReplyDelete
  3. baru ku tahu.......
    asal-usul peneroka felda:.
    1. orang miskin,merempat,bodoh dan terpinggir di kg asal
    2. kroni jkkk/penghulu
    3. polis pencen,askar pencen
    4. orang x dikehendaki dikg asal
    5. orang thailand/asing diberi ic
    ....anda peneroka kategori mana.........

    ReplyDelete
  4. inilah penipuan baru atau penjajahan terhadap peneroka.skim cepat kaya susah lagi nak diusahakan,maka cara inilah yang baik diusahakan.dari pengkiraan AYG itu tentu mangkok hayun ini untung berlipat ganda dengan aginda pembohongan.tak kah tuan-tuan dan puan-puan peneroka sedar dengan tindakan yang dilakukan oleh makluk ini?.tepok dada tanya selera.tangan yang memberi kita gigit,sakit tak?.jangan kita kehilangan nikmat baru nak menyesal.

    ReplyDelete
  5. Anonymous, begitu sempit pemikiran tuan ye...... begitu hina tuan meletakkan golongan peneroka Felda.... Memang kebanyakan peneroka Felda asalnya dari rakyat yg susah tidak berharta, tetapi bukan semata-mata dtg dari kroni JKKK/Penghulu atau org yg tidak dikehendaki didalam kampung, atau pendatang asing dari Tahiland... kalau tidak masakan begitu ramai puak-puak pembangkang hamPAS berada dlm Felda... inilah kategori hamPAS yg masuk Felda secara menipu, membeli resit UMNO...

    ReplyDelete
  6. SLM BRO..DIORANG YG NK SAMAN BALIK FELDA TU JENIS LUPA DIRI. DH LAMA MKN HASIL YG KERAJAAN BAGI, SAMPAIKAN ANAK2 PUN MEMBESAR DAPN MATA, SIAP ADE MCM2 KOPERASI YG DI TUBUHKAN UTK KESENANGAN DIORANG PUN MASIH BUTA HATI!. MMG BANGANG PUNYE MANUSIA BERNAMA MAZLAN ALIMAN NIH! HARKK PTUIHHH!! KEHKEHKEH

    ReplyDelete
  7. org felda yang sokong PR memang melayu mudah lupa

    ReplyDelete
  8. anonymous=salam...cuci mulut dulu sblum nak kata pa pun..aku ank felda..hang kata bapak aku pndatang haram??org jijik?org buangan..hang kenal ka mak pak aku??sekarang pak aku jadi tok imam..so hang kata kat tok imam org jijik la..ya Allah..kerana mulut hang...balasan Allah yg hang akan dapat cukup teruk sbab hina org..tambahan org yg alim..berdosa besar laksana dosa abu jahal yg mnjadi bahan bakar dineraka kelak..bapak aku masuk felda bukan sebab diatas..bila adanya peluang untuk hdup lbih selesa..rebutlah peluang tu..so ayah aku grab it..tu pun setelah diasak pertanyaan samaada ayh aku org umno atau pas..dah umno..baru leh join felda...bertapa felda dipolitikkan dari awal penubuhan..aku xkisah suma tu..tp jgan dhina org felda./.kami xguna keringat anda untuk sesuap nasi..dah puas waktu kecil aku tolong ayah kat kebin getah nak cari duit..hang apa taw..kami susah nasi berlaukkan garam,...ada ang tolong suapkan??xdak kan?/sio jgn hina org yg mencari rezeki halal...bertapa susahnya ayah aku mnjaga pokok getah waktu mula2 sampai di felda..hangpa xtaw..dgan ancamn buntang buas..nak g pekan berjalan kaki 10km...tgok filem bilut sudah la..da hangpa taw susah snang kami..bila kami dah senang hangpa hina kami..pertikai asal usul..hangpa keturunan elok ka?bertobatla sbum mulut ang yg cam bangkai tu Allah bakar kat akhirat kelak..masyaAllah...ada lagi manusia bermulut bangkai..kepada penulis blog..tolong nasihat org yg bgi comment mghina..skali ngan anda kot menanggung dosa..sebab anda yg bertanggungjawab membuat blog ini...ingatlah jagn hanya bangsa yg dijaga..islam itu harus dipelihara..dgan adab2 nya djaga untuk menegur org..insaflah..

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..