Monday, September 14, 2009

Nik Aziz – harapan untuk melihat UMNO berkubur sejak tahun 60an


Harapan sejak tahun 60an lagi, untuk melihat Umno terkubur semakin menjadi realiti.

Nik Aziz berkata,
parti yang bersikap perkauman seperti Umno tidak mustahil untuk mati kerana tiada satu jaminan pun oleh sesiapa sahaja bahawa perjuangan perkauman akan kekal sepanjang zaman.

"Umno mesti mati kerana hidup mereka hanyalah dibuat-buat. Mere
ka tolak Islam, guna sekular, kalau lawan sama-sama sekular boleh lah tahannya, tetapi kalau parti mana sekalipun yang lawan Islam, ia tak akan bertahan lama." "Islam milik Allah sedangkan perjuangan bangsa Melayu bukannya boleh dibawa ke akhirat, hanya Islam akan sampai ke sana" ujar beliau. KLIK

Nik Aziz lupa, bukankah PAS itu hanya sebuah parti yang menggunakan Islam untuk mendapatkan kuasa memerintah ?

UMNO bukan menentang Islam, UMNO menentang PAS yang terlalu banyak membuat perpecahan dikalangan umat Melayu Islam di Malaysia.


Nik Aziz sudah lupa, sebelum wujudnya Islam, terlebih dahulu wujudnya kaum atau bangsa yang mendukung Islam itu sendiri. Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud ;

“Allah SWT tidak mengutus seorang nabi melainkan dalam benteng dan perlindungan dari kaumnya” (Hadis riwayat Hakim).

Mustahil
Nik Aziz tidak tahu, kepentingan bangsa dalam mempertahankan Islam khususnya dalam konteks membentuk Negara seperti yang dapat dilihat dalam "Piagam Madinah” yang menjadi asas pembentukan Negara Islam pertama.

Dalam "Piagam Madinah” ini ada menyebut :

“Ini adalah pagam antara Nabi Muhammad SAW dengan orang-orang Islam yang
terdiri daripada kaum Quraisy dan Yathrib (Madinah) serta orang-orang yang mengikut mereka, lalu berada bersama mereka dan berjihad bersama mereka. Mereka merupakan satu umat (ummatan wahidah), yang berbeza dari umat-umat yang lain. Orang-orang Muhajirin yang terdiri daripada kaum Quraisy kekal dengan adapt mereka, iaitu mereka saling bertanggungjawab antara mereka dalam membayar diat, menebus orang yang ditawan dengan cara yang baik serta adil di antara orang-orang Muslim.”

Kalau dilihat dari piagam tersebut, bahawa sekalipun umat Islam keseluruhannya satu ummah, namun perbezaan suku kaum serta adat istiadat masing-masing tetap diambil kira dalam pembentukan Negara.

Tidakkah Nik Aziz nampak bahawa cirri-ciri kebangsaan sesuatu bangsa itu merupakan antara unsure-unsur yang membentuk kekuatan dan keutuhan di samping keimanan dan nilai-nilai yang dibawa oleh Islam ?

Bekas Pre
siden PAS, Allahyarham Dato’ Asri dalam buku “Meniti Arus” telah mengambarkan bahawa rangka memperjuangkan Islam, keutuhan dan kekuatan bangsa yang menganut dan mendokongnya adalah sangat penting.

Dalam buku tersebut Allahyarham Dato’ Asri ada menyebut ; “ Islam itu tidak boleh diletakkan di atas pokok, di gantung di dahan kayu atau dilekatkan di atas dinding (macam gambar Nik Aziz). Ia mesti ada pendukungnya. Dan dalam konteks Negara kita Malaysia, pendukungnya adalah orang Melayu. Ini bermakna, Islam dan Melayu tidak dapat dipisahkan. Dari sudut yang sama, Islam akan menjadi kuat dan utuh
serta terjamin masa depannya di Negara ini hanya jika kedudukan dan masa depan orang Melayu itu sendiri terjamin”.

Tidak dinafikan cakap politik Nik Aziz, “Islam milik Allah, sedangkan perjuangan bangsa Melayu bukannya boleh dibawa ke akhirat”.

Bukankah, memperjuangkan bangsa Melayu serta memertabatkan bangsa Melayu juga memertabatkan agama Islam itu sendiri, lainlah kalau ada Melayu yang tidak mengakui bahawa dia penganut Islam atau dia berbangsa PAS yang beragama Islam.

Apakah salah kalau UMNO memperjuangkan bangsa Melayu seterusnya Islam sebagai agamanya ?

Bukankah Rasulullah SAW ada bersabda di dalam khutbah hari nahar di Mina sewaktu melakukan haji Wada': "Sesungguhnya darah kamu, harta benda dan kehormatan kamu adalah suci, haram dilanggar seperti sucinya hari ini, bulan ini, dan negerimu ini." (Riwayat Bukhari)

Kerana t
erlalu berhajatnya Nik Aziz melihat UMNO berkubur kerana memperjuangkan bangsa Melayu yang beragam Islam, Nik Aziz lupa akan firman Allah SWT dalam surah Al Hujurat yang bermaksud ;

“Wahai orang orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok olokkan kaum yang lain(kerana) boleh jadi mereka (yang diolok olokkan) lebih baik dari mereka (yang megolok olokkan) dan jangan pula wanita wanita (mengolok olokkan ) wanita wanta yang lain (kerana) boleh jadi wanita (yang mengolok olokkan) dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri, dan janganlah kamu memanggil dengan gelaran yang buruk. Seburuk
buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman; dan sesiapa yang tidak bertaubat, maka mereka ituah orang orang yang zalim”. Ayat ke 11.

Oleh kerana bernafsunya Nik Aziz ingin melihat orang Melayu hancur berkubur bersama UMNO, Nik Aziz bersekongkol dengan DAP yang terang-tera
ngan menghina Islam, sehinggakan Nik Aziz lupa akan firman Allah dalam surah Al Ma’idah ;

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang menjadikan agama kamu sebagai ejek-ejekan dan permainan - dari orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum kamu, dan orang-orang kafir musyrik itu: menjadi penolong-penolong; dan bertaqwalah kepada Allah, jika kamu benar-benar orang yang beriman." Ayat ke 57

Apakah kerana terlalu ghairahnya hendak mengkuburkan bangsa Melayu UMNO, Nik Aziz sedia meminta pertolongan puak-puak kafir untuk me
ncapaikan cita-cita, sehingga sanggup menyatakan ‘pergi jahanam dengan UMNO’ kerana mengajak untuk perpaduan.

Nik Aziz lupa atau sengaja menyembunyikan akan firman Allah dalam surah Al Anfaal ;

"Dan orang-orang yang kafir, setengahnya menjadi penyokong dan pembela
bagi setengahnya yang lain. Jika kamu (wahai umat Islam) tidak menjalankan (dasar bantu-membantu sesama sendiri yang diperintahkan oleh Allah) itu, nescaya akan berlakulah fitnah (kekacauan) di muka bumi dan kerosakan yang besar." Ayat ke 73

Janganlah Nik Aziz terlalu takbur dengan hajat hendak melihat orang UMNO berkubur sehingga menjadi sombong dan angkuh, jangan terlalu bangga dengan sokongan DAP untuk melenyapkan UMNO.

Nik Aziz lupa akan firman Allah SWT yang melarang hamba-
hambaNya berbangga diri ?

Allah swt telah berfirman di dalam surah Luqman, ayat ke 18 ; "Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang orang yang sombong lagi membanggakan diri"

Untuk mencapai cita-cita, Nik Aziz sanggup menanamkan rasa kebencia
n dikalangan umat Melayu Islam, terhadap orang Melayu UMNO yang juga beragama Islam, sedangkan Rasulullah SAW juga melarang umatnya membenci sesama Islam, sebagaimana sabdanya:

"Janganlah kamu menampakkan kebencian kepada saudaramu sehingga Allah akan mengasihinya dan menimpakan bencana kepada kamu." (Riwayat Tirmizi)

Kalau inilah perjuangan Islam PAS bersama Nik Aziz, yang h
anya ingin melihat orang Melayu UMNO berkubur, insyaAllah, UMNO akan terus kukuh dengan perjuangannya membela serta memartabatkan bangsa Melayu dan agama Islam.


Sunday, September 13, 2009

Dr Lo’ Lo’- telah jadi Dr Lo’ Lak


Dr Lo’ Lo’ dalam harakahdaily mendakwa kefahaman Islam Umno hanya untuk pembangunan ekonomi sahajalah maka berkecainya badan wanita Monggolia, Altantuya Shariibuu.

Umno hanya memalukan umat Islam di seluruh dunia sahaja jika terus mendakwa mereka adalah parti Islam. “Kalau Umno mengaku parti Islam maknanya bagi Umno Islam ini untuk pembangunan ekonomi sahajalah. Yang lain seperti aqidah, keadilan, akhlak dan moral, Umno tidak terimalah," kata anggota Parlimen Titiwangsa itu. KLIK

Mengapa D
r Lo’ Lo’ menjadi Dr Lo’ Lak ?

Seorang pemimpin PAS yang cerdik pandai, tetapi oleh kerana sifat-sifat ‘munafik’ memang telah sedia tersemat dalam diri, maka ungkapan yang disampaikan Dato’ Sri Najib di majlis Rahmat Ramadan, Felda Teloi Timur tempoh hari diputarbelitkan.

Dr Lo’ Lak tidak nampakkah selama ini pembangunan aqidah, pembangunan akhlak dan moral menjadi teras dalam pembangunan Negara di bawah kerajaan UMNO-BN.

Dr Lo’ Lak tidak nampakkah penjurusan pembangunan Islam yang merangkumi kesuluruhan dari segi ekonomi dan sosial melalui agensi-agensi yang dibentuk kerajaan UMNO. Sudah berapa banyak pusat-pusat pengajian tinggi, sekolah-sekolah menengah dan sekolah agama rakyat yang disediakan oleh kerajaan UMNO.

Bukankah semua ini disediakan bukan sahaja untuk meningkatkan dari segi akademik, malah untuk membimbing kearah aqidah, moral dan social kepada masyarakat Melayu di Malaysia.

Kalau Dr Lo’ Lak meletakkan kesalahan kerajaan UMNO yang menyebabkan gejala sosial, itu satu dakwaan yang berupa fitnah, mengapa di Kelantan yang dikuasai PAS yang mendakwa ‘serambi Mekah’ mas
ih berleluasa gejala sosial ?

Mungkin Islam PAS tidak perlu mengutamakan pembangunan ekonomi rakyat, maka taraf kemiskinan rakyat di Kelantan juga tidak perlu dititikberatkan oleh kerajaan PAS Kelantan. Tetapi dari segi penyelewengan akidah dan gejala sosial juga berleluasa di Kelantan……..

Mengapa ramai-ramai pemimpin PAS termasuk Dr Lo’ Lak juga mengejar ke
kayaan dunia, berlumba-lumba mencari kekayaan sehingga keluar dari Kelantan ? Berapa ramai dari kalangan penyokong-penyokong PAS yang menjadi jutawan ? Malah ada dari YB-YB PAS dan Pakatan juga menlakukan penyelewengan-penyelewengan dalam mendapatkan kekayaan ?

Dr Lo’ Lak jangan hendak mengeksploitasikan isu pembangunan ekonomi yang di bawa oleh kerajaan UMNO kepada Negara dan rakyat.

Dr Lo’ Lak bukan tidak tahu selepas merdeka keadaan taraf hidup bangsa Me
layu Islam yang kebanyakkan tidak berpelajaran, hidup dalam kemiskinan dan adalah menjadi tanggungjawab kerajaan UMNO yang meletakkan Malaysia sebuah Negara Islam mengutamakan pembangunan maruah bangsa Melayu Islam melalui pendidikan dan ekonomi.

Telah menjadi tugas utama UMNO sebagai pemerintah sebuah Negara Islam ialah bertindak sebagai khalifah Allah di bumi dengan menguruskan segala urusan sosial, politik dan ekonomi dalam Negara berdasarkan kepada syariah supaya aqidah Islam yang kuat sentiasa dapat dipe
rtahankan.

UMNO sebagai pemerintah juga adalah merupakan alat untuk mencapai matlamat akhir kehidupan rakyat untuk mencapai keredhaan Allah. Melalui sistem perlembagaan, rakyat yang beriman kepada Allah akan dapat mengagungkan Allah dengan sempurna kerana rakyat mampu melaksanakan segala urusan berdasarkan kepada hukum keTuhanan. Manusia sebagai hamba Allah, tidak ber
hak membatalkan hukum ketuhanan ini.

Dr Lo’ Lak tidak sedarkah, dengan keyakinan yang sedemikian, negara Islam yang UMNO dapat wujudkan kerana segala perancangan dan perlaksanaan mudah dilakukan melalui musyawarah daripada semua lapisan masyarakat daripada pihak pemerintah sehingga kepada rakyat biasa.

Pemimpin UMNO sebagai Khalifah atau ketua negara juga bertanggun
gjawab membentuk satu sistem pemerintahan yang menjaga kebajikan kerohanian dan kebajikan ekonomi rakyatnya, sementara tugas rakyat pula adalah wajib untuk mematuhi pemerintah.

Dr Lo’ Lak tidak tahukah bahawa Islam sentiasa menggalakkan umatnya untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka, tetapi mesti dalam batasan syari’ah yang dibenarkan.

Pada pendapat kawan, kedaifan ekonomi umat Islam sebahagiannya berpunca daripada kegagalan mereka sendiri menghayati Islam sebagai satu cara
hidup yang lengkap lagi sempurna. Sebagai umat Islam kita tidak perlu menjadi miskin semata-mata untuk memberikan tumpuan kepada ibadah serta mendapatkan keredhaan Allah s.w.t.

Sedangkan mengtakrifkan ibadah itu juga sangat luas. Perlu difahami bahawa mencari pendapatan untuk menyara keluarga dan memberi pendidikan sempurna kepada anak-anak merupakan satu ibadah yang sangat di
tuntut oleh Islam. Rasulullah s.a.w. ada bersabda di dalam sebuah hadith yang bermaksud ;

“Sesungguhnya Allah suka kepada hamba yang bekerja dan berusaha. Barangsiapa bersusahpayah mencari nafkah untuk keluarganya, maka dia serupa dengan seorang mujahid di jalan Allah”.

Begitulah
juga dengan peranan pemimpin-pemimpin kerjaaan UMNO bersusah payah meningkatkan taraf hidup umat Melayu Islam dalam Negara. Mereka juga menjalankan ibadah yang dituntut oleh agama Islam sebagai seorang pemimpin.

Dr Lo’ Lak tidak perlu mengelirukan umat Melayu Islam dengan pandangan seperti orang tidak berilmu semata-mata untuk kepentingan politik.


Rakyat di Malaysia sepatutnya bersyukur kerana dilimpahkan rahmat yang secukupnya sehingga kita boleh menjalani kehidupan dengan agak selesa jika hendak dibandingkan sesetengah negara umat Islamnya yang tidak begitu bernasib baik seperti kita di Malaysia.

Malah ada terdapat segelintir umat Islam di negara-negara lain meninggal
kan agama Islam semata-mata kerana kesempitan hidup, dengan alasan kehidupan mereka dalam kesempitan dan hanya jiran bukan-Islam sahaja yang mampu menghulurkan bantuan kepada mereka, sedangkan jiran-jiran Islam sekeliling mereka juga tidak mampu membantu kerana mereka juga semuanya dhaif dibelenggu oleh kemiskinan.

Inilah yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w: “Kesengsaraan yang paling sengsara ialah miskin di dunia dan diseksa di akhirat”. (Hadis riwayat Ath-Thabrani dan Ash-Shihaab).

Dr Lo’ Lak mengelirukankan serta membuat umat Melayu Islam salah faham tentang kepentingan ekonomi yang dilaksanakan kerajaan UMNO.

Pemimpin-pemimpin PAS juga sering mengelirukan rakyat dengan dakyah songsang sehingga dalam hal ehwal pembangunan ekonomi, umat Islam selalunya meletakkan diri mereka ke dalam satu keadaan yang merumitkan, iaitu di antara tuntutan duniawi atau tuntutan akhirat. Yang mana lebih penting, kehidupan di dunia atau kehidupan di akhirat ?


Sebab itu Tok Guru Nik Aziz mempergunakan kempen mengelirukan uamat Melayu Islam bahawa mengundi PAS dapat masuk ‘syurga’ serta menyokong UMNO tidak boleh sampai ke ‘syurga’.

Tidakkah Dr Lo’ Lak melihat hasil pembangunan ummah yang dilaksana
kan kerajaan UMNO telah memperbanyakkan orang Melayu Islam di Malaysia menjalankan ibadah mereka dengan sempurna mengikut rukun-rukun Islam.


Friday, September 11, 2009

KUIL HINDU – Penduduk Seksyen 23 kumpul derma, Wira-Wira bangsa dituduh menghasut ?

SHAH ALAM: Ahli Jawatankuasa Bertindak Penduduk Taman Seksyen 23 yang membantah pemindahan kuil ke kawasan mereka akan mengumpul derma daripada penduduk di situ bagi membiayai perbelanjaan membayar jaminan terhadap 12 individu yang didakwa di mahkamah.

Enam lelaki yang didakwa mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 kerana membawa dan memijak kepala lembu dengan kecenderungan menghasut, akhir bulan lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret, seramai 12 individu termasuk enam yang didakwa mengikut Akta Hasutan itu, didakwa menyertai perhimpunan haram pada hari sama, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu.

Mereka juga didakwa dengan pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan, dengan sengaja berniat melukakan perasaan penganut Hindu dengan melakukan kesalahan terbabit pada masa sama.

Kawan bukan hendak mempertikaikan apa yang telah didakwa ke atas Wira-Wira Bangsa ini, cuma kawan agak terasa pelik dengan perkataan ‘menghasut’ dan ‘melukakan perasaan’ penganut agama lain.

Mengapa dituduh ‘menghasut’, sedangkan mereka berarak kerana membantah di atas arahan pemindahan kuil Hindu dari Seksyen 19 ke Seksyen 23.

Mengapa pula dituduh ‘melukakan perasaan’ penganut agama lain kerana mereka membawa kepala lembu sebagai simbul kiasan bahawa ada pemimpin-pemimpin Melayu dalam kerajaan Selangor yang ‘bodoh macam lembu’.

Kiasan atau pun perumpamaan atau peribahasa dalam masyarakat Melayu selalu menyebut ‘bodoh macam lembu’ atau ‘otak lembu’ yang ditujukan kepada manusia yang tidak cerdik dan berakal dalam membuat sesuatu keputusan.

Kawan lebih nampak, mereka-mereka ini lebih menjurus kepada kiasan, perumpamaan atau pun peribahasa semasa mengadakan perarakkan bantahan di Pejabat SUK Negeri Selangor dan bukan berniat untuk menghasut orang ramai membuat huru hara atau pun berniat melukai perasaan penganut-penganut agama lain.

Kalau macam ini tanggapannya, susah juga kita sebagai rakyat Malaysia hendak menjaga hati mereka, kerana bukan sahaja ‘lembu’ yang menjadi simbul Tuhan bagi penganut-penganut agama Hindu, malah binatang seperti ‘ular’ dan ‘kera’ juga adalah lambang ketuhanan bagi penganut Hindu.

Bagaimana pula kalau orang Melayu membunuh ‘ular’ yang boleh mengancam nyawa manusia dihadapan penganut-penganut Hindu ?

Dan, bagaimana pula kalau orang Melayu terpaksa memerngkap atau membunuh ‘kera-kera’ yang mengancam serta memusnahkan tanaman-tanaman di kebun mereka ?

Waima apa sekali tanggapan atau pandangan masyarakat terhadap isu ‘kepala lembu’ ini, iannya sebenarnya sengaja telah dipolitikkan oleh pembangkang untuk mengelirukan kaum-kaum India terhadap tindakan bantahan tersebut.

Pemimpin-pemimpin Melayu dari kerajaan pakatan Selangor merasakan mereka terlalu terdesak dengan isu perpindahan kuil ini, dan untuk berlindung dari kebodohan ‘otak lembu’ mereka, maka mereka sengaja mengwar-warkan kepada kaum-kaum India agar mengambil tindakan atas dasar agama Hindu.

Syabas kepada Wira-Wira bangsa, anda sebenarnya pejuang sebenar untuk mempertahankan maruah bangsa dan agama, bukan macam pemimpin-pemimpin PAS dan Melayu PKR, berlagak sahaja melaung-laung Islam, tetapi bacul dan dayus, bukan itu sahaja, malah sanggup menjual agama dan maruah bangsa semata-mata untuk mendapatkan jawatan dan kuasa………. Allah hu Akbar….

Kepada seluruh umat Melayu di Negeri Selangor, anda patut berbangga dengan adanya Wira-Wira ini, dan jangan sayang serta teragak-agak menghulurkan bantuan derma sumbangan ikhlas untuk mereka. Inilah sumbangan ‘jihad’ sebenarnya yang patut anda hulurkan……..



Thursday, September 10, 2009

Skandal PKFZ : Mahfuz-penglibatan UMNO cuba ditutup ?

Pakar pencipta fitnah PAS, Mahfuz nampaknya telah dapat modal baru untuk dihebahkan kepada pengundi-pengundi di DUN Bagan Pinang pada PRK akan datang.

Mahfuz mendakwa, tindakan Dato’ Sri Najib mempercepatkan drama siasatan kes skandal PKFZ dari terus mendapat perhatian rakyat Malaysia kerana hendak menyelamatkan banyak lagi jerung besar Umno dan BN dari terdedah. Klik (greenboc)

Dakwa Mahfuz adalah tidak mustahil Umno mengaut rasuah yang lebih besar dari MCA di sebalik skandal PKFZ.

PKFZ telah membabitkan
Datuk Abdul Rahman Palil (bekas exco Selangor) iaitu Pengerusi Koperasi Pembangunan Pulau Lumut (KPPL) menjual tanah hanya RM3 sekaki persegi kepada Kuala Dimensi Sdn. Bhd. (KDSB). Kemudian, beliau (Rahman) juga selaku ahli Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) bersetuju untuk membeli (semula) tanah tersebut daripada KDSB dengan harga RM25 sekaki persegi.

Ini bermakna dia (Rahman) dapat
keuntungan lapan kali ganda (lebih kurang RM1.8 billion, termasuk faedah) dari skandal pembelian tanah tersebut,"

Bekas Bendahari Umno Tan Sri Abdul Azim Mohamad Zabidi merupakan orang kepercayaan kepada (Pengerusi Kelab Anggota Parlimen BN) Datuk Seri Tiong King Sing yang juga merupakan Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) KDSB. Azim Zabidi ini sebenarnya Pengarah syarikat Wiramaju Sdn. Bhd, (iaitu) anak syarikat KDSB. "Timbalan CEO KDSB ini, Haji Faizal Abdullah dahulunya merupakan Ketua Pemuda Umno; dan sekarang ini merupaka Timbalan Pengerusi Umno Bahagian Kapar. Saya difahamkan sekarang ini Faizal menjawat jawatan Bendahari Barisan Nasional Selangor,"

Saya mempersoalkan
kengganan Perdana Menteri Malaysia itu menubuhkan suruhanjaya diraja yang bebas demi membongkar penyelengan serta rasuah di PKFZ itu.

"Kita (rakyat)
tidak ada satu jaminan bahawa badan siasatan sedia ada (iaitu) Polis dan Suruhanjaya Penjegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mampu menyiasat kes ini (PKFZ); kerana berasaskan pada beberapa insiden sebelum ini; Polis dan SPRM terus dipersoalkan semua pihak.

"Walaupun baru-baru ini (Ketua Polis Negara) Tan Sri Musa Hassan sendiri membekukan akaun KDSB, kerana ada kaitan dengan beberapa kes dalam tangannya, tetapi saya masih meragui tindakan-tindakan ini kerana penyambungan kontrak Musa sendiri yang dipertikai.

"Bagaimana
Musa boleh menyesaikan kes skandal PKFZ yang dikatakan bahawa dilindungi beberapa kongsi gelap, sedangkan dia sendiri dikaitan dengan beberapa peribadi misteri seperti BK Tan dan (Tengku) Goh Cheng Poh. Sebab itu, di Parlimen kita (Pakatan Rakyat) cadangan ditubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja yang bebas,"

Kerajaan sebenarnya cuba melindungi beberapa pemimpin Umno yang lain, dengan menyuruh Menteri Pengangkutan, Ong dan Ahli Parlimen Bintulu Tiong tidak menggunakan media massa untuk menyelesaikan masalah dalaman MCA sebelum ini.

"Seperti lapor
an media yang mendakwa Presiden MCA Ong (Tee Keat) menerima RM10juta dari Pengarah KDSB Tiong serta saman balik (oleh Ong) RM500 juta sebelum ini (24 Ogos) hanyalah sebahagian dakwaan rasuah yang melibatkan pemimpin-pemimpin MCA (dan) Barisan Nasional. Sebenarnya banyak lagi yang terlibat di kalangan Umno, cuba dilindungi,"

"Kalau Najib serius, seharusnya ia mendahulukan laporan PAC dalam sidang Parlimen depan seterusnya membentuk sebuah suruhanjaya diraja yang bebas. Skandal rasuah itu melibatkan beberapa individu dalam Lembaga (PKA) sendiri, bagaimana seb
uah jawatan kuasa di bawahnya boleh melaporkan sesuatu tentang 'Tuan Lembaga'nya sendiri. Ia sesuatu yang mustahil dan diragui." -gemasuara

Komen ;

Nampaknya Mahfud sudah ada fitnah baru untuk kempen-kempen jahat PAS di PRK Banga Pinang, kerja-kerja macam ini memang kepakaran Mahfuz yang menjadikan Islam sebagai landasan perjuangan PAS.

Kerajaan UMNO-BN perlu menjelaskannya serta telus dalam menangani isu yang bakal diwar-warkan oleh Mahfuz, ini belum lagi isu-isu peribadi calon UMNO-BN yang bakal bertanding.

Inilah kerja-kerja wakil rakyat pembangkang yang dipilih oleh rakyat, mereka bukan memikirkan masalah rakyat dalam kawasan mereka tetapi menjelajah keseluruh pelusuk kampung hanya membawa fitnah dan kutip wang derma jihad dari rakyat untuk perut mereka.

Rakyat perlu sedar dengan tindak tanduk wakil-wakil rakyat pembangkang ini, apa kerja mereka buat untuk rakyat ?

Kerja mereka hanya merayau-rayau pada waktu malam macam musang, kerja mereka membawa fitnah, memecahbelahkan perpaduan orang Melayu, mengajak kepada huru hara, memaki hamun, lepas itu ‘takbir’............., lepas itu kutip derma dari orang kampung, lepas itu belah dengan duit derma.........

Adakah rakyat sedar, kemana perginya derma-derma jihad yang dikutip dari orang kampung ?

Sepatutnya rakyat lebih banyak berfikir dengan sikap munafik wakil-wakil rakyat pembangkang ini, mereka telah dibayar elaun sebagai wakil rakyat yang dipilih untuk menyelesaikan masalah rakyat, untuk membangunkan kebajikan rakyat, tetapi mereka telah merompak duit rakyat tanpa disedari dengan alasan ‘jihad’, agama memang menjadi bahan utama mereka untuk menipu orang-orang Melayu dari kampung.

Kalau benar mereka ini bijak untuk mentadbir negara, bijak untuk membangunkan segala keperluan rakyat, lihat sahajalah bagaimana mereka mentadbir di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor. Apa mereka buat untuk kesejahteraan rakyat ?

Mereka hanya pandai menipu rakyat dengan slogan ‘membangun bersama Islam’ dan ‘Islam untuk semua’, tetapi menjadi bacul dan dayus bila agama Islam dihina, menjadi bacul, dayus kerana bimbang akan kehilangan jawtan.

Sampai bila rakyat, terutama orang Melayu hendak ditipu oleh munafik-munafik yang mempergunakan agama Islam untuk mencapai cita-cita serakah mereka.....

Wednesday, September 9, 2009

Nik Aziz - pintu rundingan UMNO – PAS tertutup rapat, Nasrudin Tantawi - Pemuda PAS menyambut baik


Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengulangi kesanggupannya berunding dengan Pas semata-mata untuk melihat nasib umat Islam negara ini terus dibela dan dipertingkatkan.

Namun Najib bertegasnya, dalam usaha ke arah itu beliau tidak rela UMNO dan mereka yang menyokong parti itu dihina, dipersoal dan diperkecilkan oleh mana-mana pihak.

UMNO tidak akan menggadai maruahnya walaupun ia bersedia untuk bersama-sama dengan Pas bagi membincangkan perkara yang menyentuh kepentingan ummah dan Islam di negara ini. KLIK

Tetapi di atas kesediaan Umno untuk mengadakan rundingan dengan PAS demi kepentingan umat Islam dan rakyat di negara ini telah mendapat pandangan berbeza daripada kepemimpinan PAS.

Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi, beliau menyambut baik hasrat berkenaan namun berharap Umno benar-benar ikhlas tanpa mempunyai maksud yang terselindung.

Kata Nasrudin, “dalam Islam sememangnya kita dituntut untuk mengadakan perbincangan demi menyelesaikan pelbagai perkara yang boleh membawa kepada kebaikan”.KLIK

Mursyidul Am Pas, Nik Aziz pula menegaskan pintu rundingan di antara Pas dan UMNO mengenai masa depan Islam dan ummah di negara ini sudah tertutup rapat,

dan tidak perlu mengadakan sebarang rundingan dengan Umno selagi ia mengamalkan dasar kebangsaan.

Malahan Nik Aziz menganggap kenyataan Datuk Seri Najib Razak bahawa UMNO bersedia berunding dengan PAS atas kepentingan Islam, sebagai isu
lama dan untuk menghadapi pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.

Nik Aziz,
juga juga berkata, “kalau nak jaga Islam lebih baik dia buat sebagaimana dia sebut tukar dasar daripada dasar kebangsaan kepada dasar Islam barulah benar-benar menampakkan kita ni ikhlas dengan Islam". KLIK

Komen ;

Apakah Dato’ Sri Najib masih tidak serik-serik dengan penghinaan yang dilemparkan oleh Nik Aziz ?

Apa yang hendak disebut-sebut lagi soal perundingan dengan puak-puak khawarij yang bongkak ini ?

Kawan rasa adalah lebih baik Dato’ Sri Najib dan kepimpinan UMNO-BN meneruskan usaha-usaha melaksanakan dasar-dasar yang telah dirancangkan untuk kepentingan rakyat dan umat Melayu Islam.

Selagi UMNO berterusan dengan prinsip ‘satu Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’, InsyaAllah, sebagai rakyat Malaysia yang berfikiran terbuka dan waras akan memandang serta menghargai setiap perbuatan yang baik untuk mereka, apatah lagi kalau rakyat itu dari umat Melayu Islam.

Kalau Nik Aziz mendakwa, selagi UMNO masih belum menukar dasar kebangsaan kepada dasar Islam selagi itulah UMNO tidak akan menjaga kepentingan Islam.

Bagi rakyat yang tidak buta dan tuli, mereka sudah lama nampak keikhlasan UMNO menjaga maruah bangsa dan Islam. UMNO sejak dari dahulu lagi telah melakukan dasar yang selaras dengan tuntutan agama Islam, bermula dengan memperjuangkan untuk mencapai kemerdekaan, UMNO telah meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan.

Kalau UMNO tidak meletakkan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, masakan mungkin umat Islam mendapat peruntukan yang besar untuk membagunkan setiap institusi Islam, seperti sistem persekolahan Islam, Tabung Haji, sistem mahkamah syariah, undang-undang keluarga dan berbagai-bagai lagi. Inilah jasa UMNO untuk membangunkan umat Islam di dalam negara ini.

Sebagai umat Melayu Islam, mereka pasti tidak boleh menafikan selama ini apa yang mereka perolehi adalah hasil pembangunan Islam yang dilaksanakan oleh UMNO.

Oleh kerana puak-puak PAS ini mempuanyai sifat-sifat riak dan takbur, maka mereka ini tidak akan menerima hakikat yang sebenarnya.

Masakan tidak, kalau DAP yang terang-terang menolak Islam, terang-terang hanya memperjuangkan kebajikan kaum Cina sahaja, PAS tidak pun menganggap DAP sebagai musuh Islam, malah UMNO yang dituduh telah menolak Islam dan dilebelkan sebagai kafir.

UMNO dikatakan assobiyah kerana memperjuangkan bangsa Melayu, sedangkan bangsa Melayu juga sebahagian daripada hamba-hamba Allah yang berbangsa-bangsa di atas muka bumi ini, sebagaimana Allah s.w.t berfirman, yang bermaksud:

"Hai manusia! Sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari laki-laki dan perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal, sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu". Surah al-Hujurat, ayat 13.

Tetapi, mengapa PAS masih berterusan memutarbelitkan fatwa mendakyah umat Melayu di Malaysia ini bahawa UMNO itu ‘assobiyah’ kerana memperjuangkan kebangsaan yang lebih jelasnya adalah bangsa Melayu.

Apakah kerana DAP itu dari golongan kafir, mereka tidak boleh di anggap ‘assobiyah’ walau pun terang-terangan hanya membela untuk kaum mereka sahaja, bagaimana pula hukumnya kepada umat Melayu Islam yang mengundi DAP ?

Apa yang lebih jelas, PAS bukanlah berjuang untuk pembangun umat Islam, tetapi telah mempergunakan perkataan Islam itu untuk mencapai cita-cita pemimpin mereka yang tamak haloba untuk berkuasa.

Sebaliknya hala tuju UMNO adalah untuk memperjuangkan Islam yang sebenar berdasarkan al-Quran dan hadis serta berusaha mengukuhkan akidah umat Islam disamping menjadikan umat Melayu Islam yang progresif dan berjaya di bumi sendiri dengan membentuk rakyatnya yang berbilang kaum hidup harmoni dan bersatu padu.


Tuesday, September 8, 2009

Jakarta-warga Indonesia mengadakan pembersihan besar-besaran terhadap rakyat Malaysia dengan buluh runcing

Sekumpulan warga Indonesia yang menggelar diri mereka sebagai Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) mula bertindak liar dengan mengugut rakyat Malaysia dengan buluh runcing di Jalan Diponegoro dan lebih 360 sukarelawan ‘ilmu kebal’ yang dilaporkan sudah mendaftar dan bersedia untuk mengganyang Malaysia.

Angkara kebencian mereka yang memuncak sehingga kepada tahap yang serius dan menakutkan, Jabatan Penuntut Malaysia di Jakarta menasihati semua pelajar Malaysia di seluruh Indonesia supaya sentiasa berhati-hati serta agar jangan sekali-kali melalui Jalan Diponegoro bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.

Kebencian segelintir rakyat negara Indonesia itu yang semakin memuncak berikutan penyebaran pelbagai fitnah yang terus diapi-apikan oleh media massa tempatan dan dikaitkan pula dengan isu-isu lampau yang diungkit semula.

Walaupun penafian telah dibuat bahawa Malaysia tidak pernah "mencuri" tarian itu untuk iklan video klip promosi pelancongan negara yang sebenarnya dibuat sebuah syarikat swasta yang berpejabat di Singapura, namun hakikat itu "jatuh ke telinga yang tuli dan mata yang buta". Tetapi yang hairannya, sebuah stesen TV yang baru saja menyiarkan program dialog di mana seorang pegawai tinggi Kementerian Luar Indonesia memberikan penjelasan bahawa Malaysia tidak pernah mengakui Pendet sebagai tarian berasal dari Malaysia, namun stesen TV yang sama juga kemudian mengulangi lagi tuduhan yang serupa. KLIK

Komen ;

Kerajaan Malaysia tidak seharusnya membiarkan kecaman yang dibuat oleh rakyat Indonesia yang ‘tuli dan buta’ ini menggugat keselamatan rakyat Malaysia di Indonesia.

Kalau perlu, ambil tindakan sewajarnya terhadap stesyen "Discovery Chanel" dan syarikat dari SINGAPURA yang membuat iklan 'visit Malaysia', yang memulakan semua kekeliruan ini.

Kalau dilihat dari cara kumpulan ‘kuno’ ini bertindak tanpa diperdulikan oleh Polis Indonesia, kita tidak menjamin bahwa rakyat Malaysia yang ada di sana berada dalam keadaan yang selamat.

Perlu diingat, rakyat Malaysia juga bermaruah, janganlah kerana kepentingan orang-orang tertentu, maka rakyat yang tidak berdosa menjadi korban kumpulan-kumpulan liar dan kuno ini.

Dato’ Sri Najib, selaku Perdana Menteri harus mengambil tindakan-tindakan yang wajarnya untuk menjamin keselamatan rakyat Malaysia yang kebanyakannya adalah pelajar-pelajar.

Mana perginya pemimpin-pemimpin Mahasiswa Malaysia yang kononnya berjuang untuk keadilan rakyat ?

Kalau di Universiti Malaya, bukan main lagi menegak keadilan sehinggakan Perdana Menteri dan isteri diperhina, berdemonstrasi kononnya akulah orang cerdik pandai yang memperjuangkan hak asasi manusia. Kenapa diam ?

Kawan bukan hendak mencabar sesiapa, tetapi kawan agak marah dengan sikap manusia-manusia hipokrit, bongkak, sombong tidak bertempat, tetapi sebenarnya bacul dan dayus………

Perlu diingat, orang Melayu bukan perempat di tempat orang dan bukan juga gulungan yang bacul dan dayus, gelagat seperti manusia tidak bertamadun ini perlu diatasi oleh kerajaan Malaysia seberapa segera sebelum terlambat.

Kerajaan juga perlu mengikis habisan-habisan pengkhianat bangsa dan Negara yang menjadi dalang dalam isu ini semua.

‘DUIT RAYA’ FELDA-ANAK menafikan datang dari duit FELDA


Baru-baru ini Dato’ Sri Najib mengumumkan FELDA akan menberi sumbangan ‘duit raya’ kepada sejumlah 101,672 peneroka bersama Felda atau 90.27 peratus akan menerima RM350 seorang, berjumlah RM35.59 juta manakala seramai 10,963 atau 9.73 peratus peneroka yang tidak bersama Felda pula akan menerima RM150 seorang melibatkan peruntukan sebanyak RM1.64 juta.

Pemberian sumbangan ‘duit raya’ kepada peneroka-peneroka yang telah menjadi tradisi FELDA sejak 2003 sehingga sekarang telah menjadi isu pelbagai pehak termasuk Presiden Persatuan Anak-anak Peneroka Felda Se Malaysia (Anak) Mazlan Aliman.

Mazlan, AJK PAS Pusat, dalam kenyataannya dalam Harakahdaily hari ini mendakwa pengunaan istilah ‘bonus’ atau ‘duit raya’ itu juga adalah tidak tepat kerana ianya berasaskan gaji yang diterima oleh seseorang khususnya bagi kakitangan kerajaan ataupun swasta yang bekerja, sebaliknya bagi peneroka ianya merupakan hasil titik peluh mereka mengerjakan ladang kelapa sawit.

Malah Mazlan juga mendakwa pada kadar harga kelapa sawit sekitar RM420 satu tan, para peneroka sepatutnya boleh memperolehi jumlah antara RM3,000 ke RM5,000 seorang sebagai habuan duit raya di kala keadaan kos keperluan asas dan harga barangan yang meningkat.

Mazlan juga merupakan penulis buku 'Felda Dulu Tolong sekarang Along' serta mendakwa, FELDA memperolehi keuntungan yang banyak disebalik keringat yang diperah daripada peneroka, sedangkan kehidupan mereka masih berada dalam keadaan yang getir dan susah, kata Mazlan.

"Kerajaan hanya mempamerkan kepada masyarakat bahawa mereka prihatin kepada peneroka dengan memberi inisiatif 'duit raya'. Ini nak mengelabui mata tentang realiti, kehidupan peneroka yang cukup susah yang tidak dipedulikan," katanya.

Komen ;

Siapa yang sebenarnya cuba mengelabui mata masyarakat, kerajaan atau Mazlan ?

Bukankah peneroka FELDA telah menerima pendapatan dari hasil ladang setiap bulan, ada yang lebih dari RM3,000 sebulan, dan bagi yang ladang ditanam semula yang masih belum mengeluarkan hasil, FELDA telah memberi pendahuluan wang sara hidup antara RM700 hingga RM1,500 sebulan.

Betullah hasil ladang dari titik peluh peneroka, dan peneroka menjual hasil mereka melalui FELDA, bagaimana bagi peneroka yang menjual hasil titik peluh mereka kepada pembeli-pembeli swasta, berapa ribu ‘bonus’ atau ‘duit raya’ yang puak-puak ini bayar ?

Pembeli-pembeli hasil peneroka swasta ini kebanyakannya dimiliki oleh puak-puak PAS, yang mengaut keuntungan lebih dari FELDA, apa tidaknya, kalau harga sawit di kilang-kilang FELDA RM420 satu tan metrik, pembeli swasta ini hanya membeli sekitar RM320 ke 360 sahaja bagi satu tan metrik. Siapa yang lebih mengaut keuntungan ?

Hanya peneroka yang bodoh sahaja yang mendakwa FELDA sentiasa menipu mereka, sedangkan mereka lebih dibodohi oleh penghasut-penghasut yang sentiasa ingin memecahbelahkan masyarakat peneroka, sedangkan penghasut-penghasut ini juga yang mengaut keuntungan.

Ada juga kawan terbaca, mendakwa kononnya FELDA mengamalkan dasar apateid di atas pemberian ‘duit raya’, membezakan peneroka yang bersama FELDA dengan peneroka yang tidak bersama FELDA.

Tapi cubalah pulak kita fikir, kalau sudah peneroka sendiri tidak pernah menghargai sumbangan FELDA, semua hasil-hasil ladang dijual kepada orang lain, patutkah menerima sama rata, sepatutnya pihak yang mengaut keuntunganlah yang memberi mereka ‘bonus’ atau ‘duit raya’ sebagai rebet.

Perlu diingat juga, setiap peneroka dapat memiliki ladang dan rumah hasil dari perancangan ‘Dasar Ekonomi Baru’ yang dilaksanakan kerajaan UMNO-BN. Dari pembangunan DEB ini kerajaan melalui agensi FELDA telah dapat membasmi kemiskinan lebih dari 100,000 keluarga kaum Melayu.

Cuba Mazlan beritahu masyarakat umum, selama PAS memerintah Kelantan, berapa banyak tanah-tanah yang dibangunkan serupa dengan FELDA untuk membantu rakyat termiskin ?

Atau pun PAS Kelantan akan merancang untuk membangunkan tanah semacam FELDA yang memberi pulangan lebih baik kepada peneroka, sekitar RM3,000 ke RM5,000 sebulan ?

Orang-orang tua ada berkata, kalau hati sudah berkarat hitam, buatlah apa sahaja yang baik untuk mereka, tidak ada satu yang akan dihargai melainkan dicaci, begitulah golongan manusia yang angkuh dan sombong dengan nikmat yang diberi.

Banyak lagi dakwan-dakwan Mazlan ini yang kawan hendak komen sebenarnya, cukuplah sekadar itu, bagi kawan, Mazlan ini tidak lebih dari seorang yang telah diberi dana oleh PAS untuk menjalankan kerja-kerja menghasut peneroka-peneroka FELDA.

‘KERAJAAN & FELDA TIDAK BERNIAT MENIPU PENEROKA, PENEROKA YANG BANYAK MENIPU FELDA’