Monday, March 29, 2010

Ulu Tembeling maju kalau PR berkuasa di Pahang


Begitulah janji yang di buat oleh Hamzah Jaafar, Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang kepada masyarakat kawasan Ulu Tembeling, Pahang. KLIK

Dakwa Hamzah Jaafar penduduk yang tinggal di kawasan pendalaman Ulu Tembeling masih ada yang tidak dapat kemudahan asas yang sempurna. PAS dan PR ada cara bagaimana untuk menyediakan kemudahan asas termasuk pembinaan jalan raya yang sempura di Ulu Tembeling bagi kemudahan dan keselesaan rakyat jika Pakatan Rakyat (PR) diberikan kuasa memerintah.

Kononnya selama lebih 50 tahun penduduk pendalaman Ulu Tembeling menjadi mangsa penipuan dan kerakusan pemimpin UMNO.

YG : mudah sungguh si munafik bila bercakap………….. semudah melepaskan kentut dari perut, baunya kohong menguasai ruang…….

Tinjauan kawan ke kawasan-kawasan pendalaman Taman Negara Kuala Tahan serta Ulu Tembeling agak berbeza dengan apa yang didakwa oleh pemimpin PAS tersebut…….

Kuala Tahan, semenjak jalanraya dibena oleh kerajaan UMNO-BN Pahang dari Jerantut ke Kuala tahan, sedikit demi sedikit kemudahan asas keperluan penduduk dipertingkatkan di kampung-kampung persisiran Sungai Pahang. Sehinggakan jalan-jalan kampong yang diwujudkan secara membuka tanah-tanah haram oleh penduduk yang kebanyakan datangnya dari Kelantan pun diberi kemudahan asas walau pun ada yang sedang dilaksanakan.

Mungkin geran tanah hak milik sahaja yang mungkin sukar di beri oleh Kerajaan Pahang kerana ada individu membuka ladang-ladang secara haram melebihi 10 ekar seorang…….. Sedangkan rakyat Pahang sendiri hanya layak 3 ekar sahaja untuk tanah pertanian……

Di Kg Bantal, Kg Pagi, Kg Mat Daling, Kg Kuala Sat dan yang paling jauh Kg Gusai Ulu Tembeling, boleh dikatakan keseluruhan kampong disediakan kemudahan asas oleh kerajaan, lebih-lebih lagi Sekolah.

Jalan raya, sebahagian penduduk pendalaman Ulu Tembeling memberi pendapat adalah wajar dengan menggunakan sungai sebagai jalan masuk, lebih-lebih lagi bagi pengusaha-usaha bot pelancungan.

Kenapa mereka berkata demikian ?

Mereka tidak mahu kampung mereka, lebih lagi di Kuala Tahan akan jadi seperti pecan kecil Kuala Tembeling, boleh dikatakan sebahagian besar gerai/kedai milik bumiputera gulung tikar kerana ketiadaan pelancung berkunjung…….. ini akibat terbenanya jalan raya dari Jerantut ke Kuala Tahan…..

Mungkin ada logiknya jika dibena jalan-jalan raya dari Kuala Tahan ke kampong-kampung Ulu Tembeling, tetapi adakah releven jika banyak perkara yang akan terhapus dari kalangan pengusaha-pengusaha Melayu-Bumiputera…..

Mungkin kerana inilah juga maka kerajaan UMNO-BN Pahang lebih banyak memikirkan yang mana perlu diutamakan……

Mungkin juga kerana pembangkang sukar untuk memasuki kawasan-kawasan Ulu Tembeling untuk menghasut penduduk kampung, maka isu kemudahan asas dijadikan modal……….. inilah hamPAS-pakatan rasuk rakyat…..




10 comments:

  1. salam hormat

    keje pas dari dulu sampai skrg hanya berpolitik 24 jam. ckp tak serupa bikin

    kemajuan mengharapkan ehsan dari kerajaan pusat jugak..tapi bila dah dpt, kerajaan pusat habis kena maki seranah..

    ReplyDelete
  2. kadang kadang pemodenan tak semuanya membawa kebaikan..apa guna kemajuan dan pemodenan sekiranya akhlak hancur..

    aku setuju sekiranya jalan sungai di ulu tembeling dikekalkan. itu telah menjadi tradmark bagi kawasan disana..dan pelancong juga mahukan kelainan..sekiranya boleh menggunakan jalan biasa, lebih baik mereka meronda ronda disekitar rumah mereka saja.

    pas dan pkr hanya menaburkan janji kosong. ibarat janji syaitan untuk menyesatkan anak adam.

    ReplyDelete
  3. Salam,
    Bercakap memang mudah. Adalah nak membuat cuma dengan air liur basi sahaja, kena cari duit yang banyak dahulu baru boleh buat.Cakap apa-apa boleh, telah banyak janji PAS dan PKR semua tidak buat, contoh jika menang akan membantu rakyat miskin, sampai sudah tidak bantu cuma bantuan dari kerajaan BN melalui Jabatan Kebanjikan Masyarakat itu kerajaan BN sahaja yang laksanakan.

    ReplyDelete
  4. Cuba bagi PAS-PKR-DAP perintah Pahang, kita tengok perbezaannya. Kalau teruk tukar balik kepada BeEND.. itu pun kalau ada teloq...

    ReplyDelete
  5. memang le maju. maju cara pas. habis le terang benderang tembeling tu. di tarah balak macam di lojing kelantan.

    ReplyDelete
  6. Malaysia mempunyai jet dan kapal selam terlalu canggih mengalahkan Israel.

    Israel hanya mampu cipta jet boleh terbang tanpa pemandu tetapi

    Malaysia jauh lebih canggih sebab mampu cipta jet boleh terbang tanpa enjin.

    Kapal selam pula boleh menyelam tetapi tidak tenggelam.... muhahaha.....

    ReplyDelete
  7. tapi kalau nak di bandingkan antara BN dgn PR adalah jauh lebih baik PR sebab..

    a) org2 pas boleh tergolek2 di tengah jln wlupun tau ade keta lalu lalang

    b) org pas mmg ade ilmu bebal. tetak badan tak lut tapi kuar darah

    c) org pas pandai selak kain tunjuk anu depan org pompuan

    d) org pas suka tengok tok guru mengarut dari dulu sampai skrg wlupun benda yg tok guru ckp tu merapu dan tak betul

    ekekekek

    ReplyDelete
  8. Akazi, YB Raz, Mat Yen, Arif, terima kasih dgn komen tuan.....

    Kuda Perang, untuk mencuba jgn sekali, lima tahun akan menderita, Pahang pulak byk khazanah alam, habislah nanti kena tarah puak-puak ni.... lihat sajalah Trengganu, baru sepenggal berkuasa, habis semua balak dipulun... rakyat susah juga...

    Jgn nak bangga sangat dgn Nashruddin Hasan buat ceramah kat luar negara tu.... enjin kapal terbang bukannya yg baru, yg sdg dibaiki, kapal selam dah pun dibaiki.... jgn nak buat cerita yg org dah tahu.... salah org nampak, yg sendiri bagaimana ? Ilmu kalau tak diguna dgn baik, belajar sampai ke langit pun tetap jadi bodoh juga.... Kalau kita menilai sesuatu perkara dgn nafsu amarah, maka yg baik jadi buruk..... gunakan akal yg ada seimbang dgn ilmu yg diperolehi...

    ReplyDelete
  9. Salam,

    Xpayah lah try bg pas perintah pahang, tgk pas perintah kelantan sudah lah, yg memajukan kerajaan pusat, anak negeri hantar kerja dgn kerajaan, kerajaan negeri buat apa?

    Pernah bersembang ngan kawan kelantan, "Pas ceramah kuat koje malaih".

    ReplyDelete
  10. Ya betul jugak sebahagian daripada apa yang YG perkatakan itu... tapi bab terengganu tu saya tak boleh terima kerana dakwaan YG berniat jaht, hal yang sebenar bukan seperti dakwaan YG...mintak maaf.

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..