Thursday, March 4, 2010

Kambing hitam AnuWar dakwa UMNO membeli Ahli Parlimen PKR


Si kambing hitam AnuWar, Raja Petra mendakwa, UMNO sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk membeli wakil rakyat Pakatan bagi membolehkan mereka kembali dengan kuasa dua pertiga. UMNO memerlukan kuasa dua pertiga di Parlimen ini untuk meluluskan persempadanan semula kawasan pilihan raya yang untuk menumpaskan Pakatan Rakyat dalam PRU ke 13 akan datang.

Menurut Raja Petra, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dipisahkan dari Selangor untuk memecahkan kuasa politik Cina di Selangor dengan mengumpulkan mereka di Kuala Lumpur sahaja.

UMNO dan pakar-pakarnya sedang menyusun semula strategi untuk persempadanan semula kawasan pilihan raya . Tanpa kuasa dua pertiga Parlimen, UMNO tidak akan berjaya dan usaha-usaha membeli seramai mungkin wakil rakyat Pakatan Rakyat sedang dijalankan.

Menurut Raja Petra, Hee Yit Fong, Adun DAP Perak yang meninggalkan partinya dibayar RM25 juta kerana peranan beliau untuk menjatuhkan kerajaan negeri Perak, begitu juga dengan Tan Tee Beng, AP PKR Pulau Pinang yang baru sahaja keluar dari PKR dibayar hanya RM2 juta. KLIK

YG : Kalau begitu berapa pula UMNO bayar kepada Mohsin Fadzli Samsuri, AP bagan Serai ?

Tak kan RPK kambing hitam AnuWar tak tahu ?

Kalau begitu AP-AP dan ADUN-ADUN yang dijangka akan keluar dari PKR itu sedang tawar menawarlah untuk dibeli ?

Agaknya, kerana percaya dengan cerita si bacul RPK inilah maka Ahli Majlis Syura Ulama PAS Ahmad Awang berkata akan menganjurkan solat hajat selama tujuh hari tujuh malam supaya Mohsin diberikan hukuman setimpal kerana kononnya telah mengkhianati perjuangan pakatan rakyat.

Mohsin Fadzli Samsuri diberi tempoh tujuh hari untuk mengosongkan kerusinya ataupun menghadapi tindakan dikenakan solat hajat supaya dihukum oleh Allah. KLIK

Nak tergelak kawan dengan cerita karut si kambing hitam RPK ini, kononnya UMNO berjaya ‘membeli’ Ahli-Ahli Parlimen PKR macam dalam pasaran terbuka sungguh laris dengan tawaran harga yang menarik seolah-olah UMNO tidak demokrasi lansung.

Kawan rasa UMNO bukan terdesak sangat dan janganlah gambakan UMNO terlalu buruk dan jahat dalam susana politik yang melihat ramai AP-AP dan ADUN PKR bertali arus keluar kerana sudah tidak yakin dengan perjuangan PKR.

Ke mana hilangnya sikap angkuh kepimpinan PKR ?

Kalau dulu AnuWar begitu angkuh mendabik dada dengan bongkak kononnya pada 19 September yang lalu akan menumbangkan kerajaan UMNO-BN kerana dapat membeli AP-AP UMNO-BN………

Sedarlah diri wahai pemimpin-pemimpin PKR-pakatan rakyat, cuba bangkit dari mimpi dan terima kenyataan bahawa rakyat sudah sedar akan hala tuju perjuangan pakatan rakyat…… cakap tak serupa bikin……

Kerana tidak pandai menari, dikatakan lantai tinggi rendah…..



14 comments:

  1. Tidakkah Karpal terasa nak ulangi supaya AnuWar bertaubat pula sekali lagi ? Yang tu layak kata betul kerana dalaman sendiri pun dah bercakaran. Cerita nak katakan UMNO pula nak membeli ni apa asasnya untuk dikatakan munasabah. Malunya MP2 terlibat diselar seperti orang tidak bermaruah dan boleh dibeli beli. Yang lain lain yang juga tahu dan merasakan kepincangan serta keburukan pimpinan mereka tak terasa ke nak nyatakan kemarahan dengan membuktikan mereka juga boleh bertindak bersama dengan sahabat sahabat mereka yang sudah mengambil pendirian itu ???

    ReplyDelete
  2. Salam Kawan,
    Pakatan Pembangkang dah kontang isu. Hatta, bayi yang dibuang oleh ibu-ibu yang terkutuk sendiripun Pakatan pembangkang nak salahkan UMNO-BN.

    Perubahan cuacapun Pakatan Pembangkangpun salahkan BN-UMNO. Segala sesuatu Pembangkang salahkan UMNO. Lim Guan Eng robohkan Gerai Melayu dan Perumahan Kg. Buah Palapun Pakatan Pembangkang salahkan UMNO-BN.

    Kerana itulah bila rumah PKR nak roboh Pembangkang Masih salahkan UMNO BN.

    OTAK Pembangkang ini dan tertanggal banyak screw.

    ReplyDelete
  3. CLJ, betul sangat dgn komen tuan dan terima kasih...

    Senja Liza, inilah yg ada dalam pemikiran puak-puak haprak pembangkang, sampai bila puak-puak haprak ni hendak berselindung disebalik kelemahan sendiri.....terima kasih memberi komen.

    ReplyDelete
  4. Salam rakan2 semua. inilah keja anwar. bila dia tersilap, maka akan dikembalikan kpd yg lain kesilapananya itu. pdnya, dirinya yg paling sempurna.
    taktik beli calun ni, keja anwar. namun bila taktik ni mkn diri, maka ianya terpaksa 'dipusingkan' utk menjatuhkan imej sesiapa juga yg 'melawan' dia...UMNO dijadikan 'kambing hitam' dan alasa yg diberikan anwar, tak dpt diterima langsung.

    ReplyDelete
  5. tak baik buat gambar rpk berkepala kambing...dia tak layak di buat sebegitu...dia hanya layak di letakakn badannya babi je...bodoh punya rpk..menyusahkan org melayu je...rpk dan anwar al juburi dan pakatan rosak sama2 bodoh

    ReplyDelete
  6. Salam YG,

    Raja Petra ni, JAGAlah anak bini sendiri dulu sebab nak jaga sangat Anwar Ibrahim tu.
    Dan Raja Petra janganlah bongkak dan benci sangat pada UMNO, Kalau tak kerana UMNO entah apa jadi pada Orang Melayu semuanya hari ini. Mungkin majoiti hanya layak jadi tukang bancuh teh Lim Kit Siang dan kuncu kuncunya saja macam di Singapore tu.

    Jangan lupa perjuangan UMNO menentang Malayan Union...Kalau sesiapa dah terlupa, terutama Melayu Melayu tak sedar diri dari Pembangkang itu, eloklah dibaca balik buku sejarah Tanah air. Semua disekeliling kita bukan jinn yang pindahkan dari negara lain. Tetapi titik peluh pejuang bangsa dari sebelum Merdeka.

    Kalau nak jadi pembangkang pun, sejarah tanah air janganlah pura-pura tak lupa. Jasa UMNO janganlah buat buat tak tahu.

    ReplyDelete
  7. Salam,
    Kerja meleberkan UMNO yang merancang sudah tidak diterima. Rakyat tahu apa yang dibuat oleh PKR cuma mencari kesalahan pemimpin dan kerajaan. Janji dalam Pilihanraya dahulu tidak ditunaikan.
    Anwar pulak perlu selesaikan kes di mahkamah, pengikutnya sudah hilang kepercayaan kepada Anwar,
    Wan Azizah cuma diberikan jawatan tak mampu menjalankan tugasnya.Kerja tak baik semua dituduh UMNO merancang sudah tidak boleh diterima dan masuk akal.

    ReplyDelete
  8. kemenangan pkr time pilihanraya dulu sebab rakyat tolak PakLah. bukan sebab pkr kuat.

    sebab itu sekarang pkr huru hara. pkr tiada asas kukuh untuk berjaya. cuma undi simpati.

    raja petra ini sebenarnya tak perlu DILAYAN. semua cerita dia merepek. langsung tak boleh buat bedtime story. kalau buat juga sure dapat mimpi ngeri.

    ReplyDelete
  9. MB, MatYen, YB Raz, terima kasih dengan komen-komen yg baik....

    Bdk SgBoyaRwg, AuntyZah, selamat datang ke blog kawan dan terima kasih dengan pandangan anda yg baik.....

    ReplyDelete
  10. PRU12 BN terancam sebab Pak lah tidak lagi mendengar nasihat daripada UMNO dan penasihat-penasihat yang berwibawa sebagaimana pada zaman Tun Mahathir dahulu.

    Sebab itu jangan sesekali kita lakukan kesilapan dengan membenarkan Khairy Jamaludin dan sekutunya mencampuri perjuangan UMNO.

    Cukuplah dua kali.
    (Sekali UMNO silap memberi ruang kpd Nuar Brahim.
    Kali kedua UMNO silap menyerahkan kuasa pada Pak Lah dan Khairy yang dibantu oleh Kalimullah, Brendon Parera, Anuar Zaini. Musa Hitam dll lagi.

    Cukuplah dua kali.

    ReplyDelete
  11. Hehe. .yang dok jadi kambing hitam ni bukan orang lain, tapi si RPK sendiri la. Dia ni bukan kata kambing. Anjing hitam pun boleh juga kalau nak panggil.

    ReplyDelete
  12. Hmm.. Dah agak dah mende cam ni akan kuar.. Sedangkan kita rakyat biase pun... bile nak kan sokongan dari kawan-kawan... Kita akan mempengaruhi orang lain dengan memburuk2kan pihak lawan... Walaupun kes kecil seperti merampas bf/gf orang lain.. inikan pulak dalam hal nak merampas sebuah negara yang ade berjuta rakyat...

    ReplyDelete
  13. Salam..UMNO bukan bodoh nak ligan MP-MP yang bukannya ada semangat utk berjuang macam Raja Petra sendiri. Berjuang atas katil bolehlah!!Dari beli depa baik tumpu kepada pentadbiran negara. Kerajaan tak berubah apa-apa kalau 10 MP masuk UMNO. Kecuali PR lah..Dari gunung tinggal busut!!

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah, sampah2 dalam PKR telah dikutp UMNO bertopengkan 'BEBAS'....

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..