Wednesday, March 17, 2010

Ahmad Maslan, “hentikan pecah belah dalam FELDA” – mengapa pula Mazlan Aliman mengaruk di Pahang ?


Datuk Ahmad Maslan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengakui masyarakat FELDA kini 'diasak' dengan sentimen politik oleh pihak berkepentingan yang cuba memanipulasikan generasi keduanya dengan isu agar semua rumah dan kebun dalam FELDA Plantation diserahkan kepada generasi kedua.

Pihak yang cuba memecahbelahkan perpaduan dan keharmonian peneroka FELDA digesa menghentikan segera perbuatan itu demi memastikan masa depan dan daya saing anak-anak peneroka terus terbela. KLIK

Mazlan Aliman, Presiden ANAK, yang telah ditahan reman oleh IPD Raub, Pahang kerana telah menceroboh di sebuah kawasan rancangan FELDA sebelum ini telah menyerahkan memorandum kepada SUHAKAM mendakwa kononnya berlaku pelanggaran hak asasi, diskriminasi dan penipuan oleh FELDA.

Kononnya FELDA telah lari dari matlamat asal membantu rakyat dengan memberikan tanah untuk diusahakan dan kononnya FELDA hanya bertanggungjawab menyediakan rumah dan ladang-ladang dan apabila sudah mendapat geran hak milik, peneroka tidak perlu lagi diikat dengan FELDA.

FELDA juga kononnya menjadikan peneroka sebagai hamba jika peneroka menyerahkan ladang-ladang mereka kepada FELDA, itulah dakyah-dakyah Mazlan Aliman untuk mencapai cita-cita politik PAS dalam masyarakat FELDA.

YG : Begitulah bezanya peranan dua orang anak dari Negeri Johor ini dalam masyarakat FELDA yang terdiri daripada 112, 635 keluarga yang asalnya miskin dan tidak bertanah dari 317 buah tanah rancangan.

Ahmad Maslan, menjalankan tugas yang telah diamanahkan oleh Kerajaan UMNO-BN untuk meneruskan peranan FELDA membangunkan keluarga peneroka serta generasinya mengikut kanun tanah berkelompok seperti yang terdapat dalam Akta GSA 1960 yang telah termaktub dalam Perlembagaan Negara.

Mazlan Aliman, kononnya berjuang untuk keadilan, tetapi yang jelas hanya untuk memecah belahkan masyarakat FELDA dan tidak lebih daripada untuk meraih sokongan kepada beliau sendiri serta parti PAS.

Mazlan, kalah bertanding dalam Parlimen Bera, Pahang atas tiket PAS pada PRU ke 12 yang lalu. Kenapa Mazlan tidak bertanding di mana-mana kawasan parlimen dalam negeri Johor ?

Mungkin, YG akan dilebelkan seorang generasi peneroka yang telah butahati dan minda kerana terus meletakkan diri sebagai hamba FELDA seperti yang didakwa puak-puak pendakyah pembankang yang sebenarnya lebih buta dan hitam pemikiran mereka kerana menafikan segala nikmat yang telah mereka kecapi melalui tanah rancangan FELDA.

YG tidak mahu mengulas panjang apa yang didakwa oleh ‘anak-anak musang’ berhubung dengan FELDA.

YG cuma hendak peringatkan semula, apakah para peneroka telah lupa semasa mereka mula-mula ditawarkan untuk menyertai tanah rancangan FELDA, meraka telah menandatangani surat perjanjian tanah di bawah Akta GSA 1960 ?

Para peneroka lupa, dibawah perjanjian Akta GSA 1960 ini, FELDA berterusan bertanggungjawab membangun ladang-ladang, perkampungan, masyarakat serta keluarga peneroka.

Mengapa perlunya peneroka meminta pihak lain seperti Persatuan Pekebun-Pekebun Kecil RISDA atau FELCRA untuk mengambil alih pembangunan ladang dan masyarakat FELDA ?

YG bersetuju ladang-ladang dalam FELDA Plantation yang mana keuntungan hasilnya adalah untuk menampung segala kebajikan yang dinikmati oleh peneroka serta generasinya dalam perkara-perkara seperti bonus tahunan, penyediaan program ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), universiti serta skim tuisyen.

Apakah ada dikalangan generasi peneroka masih tidak sedar berapa banyak kemudahan-kemudahan kursus kemahiran yang disediakan oleh FELDA ?

Mazlan mendakwa, FELDA Plantations telah menjadikan generasi kedua FELDA sama taraf dengan buruh-buruh warga asing.

Apakah tidak wajar atau layak anak-anak peneroka yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran ke IPTA, yang tidak ada kemahiran, yang tidak berpeluang menjadi usahawan bekerja sebagai buruh dalam ladang-ladang FELDA Plantations ?

Kalau anak-anak peneroka ini menjadi buruh atau hamba di ladang tauke-tauke Cina tidak mengapa ?

Kalaulah, Mazlan Aliman benar-benar ikhlas hendak memperjuangkan nasib generasi kedua FELDA atau sesiapa sahaja, mengapa tidak mendesak kerajaan PAS-pakatan rakyat di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor membuka tanah-tanah ladang untuk diserahkan kepada FELDA atau lain-lain agensi untuk diberi kepada mereka ?

Mengapa mesti membuat kecoh menghasut masyarakat FELDA di negeri Pahang ?

Waima apa sekali pun yang di dakwa oleh Mazlan Aliman, ianya tidak lebih daripada sebagai barua kepada parti pembangkang yang bertujuan untuk mendapat sokongan dalam pilihanraya serta menonjolkan diri supaya mendapat nama dan tempat dalam parti pembangkang. Itulah hakikatnya…….



8 comments:

  1. Mazlan Aliman, lepas geram sebab kalah pilihan raya je tu agaknya

    ReplyDelete
  2. Agak2 kalau mak-bapak dia orang ni dulu X masuk Felda, dekat mana dia orang sekarang ni agaknya ya....?

    ReplyDelete
  3. halau je dia keluar. apesal orang johor sibuk sibuk kat negeri pahang lak?

    ReplyDelete
  4. ini semua propaganda pas nak menghancurkan orang melayu supaya orang melayu terus menjadi hamba kepada tokey cina.

    ReplyDelete
  5. PENEROKA TAK SEDAR DIRI DIA NI

    ReplyDelete
  6. Salam,
    Sepatutnya Mazlam Aliman berjuang dan berpolitik di Johor dan jangan ganggu gugat di Negeri Pahang. Atau mahu mencari kepentingan diri sahaja, sedangkan apa yang PAS laksanakan untuk rakyat, Felda ini kerajaan BN yang buat bukan PAS, kalau hebat teroka tanah bagi kepada orang miskin yang ada terutama yang tiada pendapatan. Felda ini kerja orang BN dan UMNO apa yang kamu sibok.

    ReplyDelete
  7. HARI INI HARI YANG INDAH APABILA X-PKR DS ZAHRAIN MENGHENTAM ANUAR CUKUP-CUKUP DIPARLIMEN.

    ANUAR LARI LINTANG PUKANG KELUAR DEWAN..

    TERUSKAN WAHAI SEMUA X-PKR..

    KASI HANTAM..
    KASI ULI..
    KASI TENYEH..
    KASI GALI..
    KASI BOCOR..
    KASI KARAM..
    KASI TENGELAM..

    KAH KAH KAH KAH ...

    ReplyDelete
  8. Waris Pahang, Isac, YB Raz, Tinta Emas, Arif Omar dan Mat Yen, terima kasih dgn komen-omen tuan...

    Abg Tuah, hari kita lihat bagaimana si munafik ini kepanasan bila dia ditelanjangi bekas sahabat sendiri... rasakan...

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..