Tuesday, March 9, 2010

Mahkamah milik UMNO-BN, itulah anggapan pembangkang


Pemecatan Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ke 2 pada 2 September 1998 oleh Mahathir selaku Perdana Menteri pada masa itu adalah sah di sisi undang-undang, begitulah keputusan Mahkamah Persekutuan semalam. KLIK

Tetapi apa kata peguam-peguam bela Anwar ?

“Kami tak puas hati, tetapi keputusan Mahkamah adalah muktamad,” kata Sankara Nair, peguambela Anwar Ibrahim.

Sankra Nair juga turut mempertikaikan keputusan mahkamah yang memberikan masa begitu singkat kepada pasukan peguambela Anwar untuk membuat persiapan penghujahan termasuk usaha mengenepikan Hakim tertentu daripada mendengar perbicaraan kes tersebut, kerana dilihat tidak adil sejak kes tersebut dibawa ke mahkamah.

Tindakan Mahkamah Persekutuan juga dilihat sengaja mempercepatkan membuat keputusan ke atas kes pemecatan Anwar kalau untuk kepentingan mereka. KLIK

Bukan itu sahaja keputusan-keputusan Mahkamah yang dipertikaikan oleh puak-puak pembangkang ini, banyak lagi kes-kes yang mana keputusan tidak memihak kepada mereka, maka Mahkamah di Malaysia ini seolah-olah dikuasai UMNO-BN.

Kita lihat sahajalah bagaimana parti PKR melalui Setiausaha Agungnya (seperti lampiran “A”) mengeluarkan surat serta diedarkan kepada masyarakat kampung.

UMNO-BN dituduh mengerahkan Polis, Peguam Negara, Media dan Mahkamah membuat fitnah dengan meneruskan pendakwaan terhadap Anwar Ibrahim dalam kes liwatnya.

Media dituduh telah dikuasai UMNO-BN tanpa adab, akhlak, batas susila dan kesopanan kerana melaporkan dengan terperinci tanpa menjaga maruah, kehormatan serta kemuliaan Anwar dan keluarganya.

Beginilah bentuk dakyah yang disebarkan oleh PKR untuk meracuni pemikiran rakyat, khususnya masyarakat kampung-kampung Melayu seolah-olah UMNO-BN begitu jahat sekali.

Begitu juga dengan risalah dari peguam-peguam PAS yang diedarkan kepada masyarakat kampung. (seperti dilampiran “B”)

Bagaimana kalau risalah-risalah seperti ini dibuat atau diedarkan oleh pihak UMNO-BN ?

Kawan rasa sudahasti berpuluh, beratus malah beribu laporan Polis dibuat oleh penyangak-penyangak pembangkang, maka berjuta-jutalah tuntutan dibuat…..

Pada pandangan anda, apakah risalah-risalah hasutan seperti ini tidak menyalahi atau tidak menghina mahkamah ?

Mengapa orang-orang UMNO tidak membuat laporan Polis ?



12 comments:

  1. depa dah tanam faham ini tetiap kali bagi ceramah...so semua faham dan terima tanpa menyiasat kesaihan ini....

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. PR atau pembangkan kembali kepada undang undang hutan tetapi orang asli sendiri pun kalau ada masalah antara mereka meminta Tok Batin menjadi hakim.

    Keputusan Tok Batin di terima tanpa soal jawab dan hati terbuka.

    Memang semua orang mempunyai apa saja pandangan tentang sesuatu kerana itu untuk mendapat keadilan PR perlu jumpa Tok Batin atau di zaman modern ini Mahkamah.

    Kita mesti maju kehadapan bukan kebelakang. Kalau undang undang hanya benar selari dengan nafsu dan kepentingan kita, di manakah keadilan untuk orang lain?

    Hanya Sultan yang mempunyai kuasa mutlak atau diktator seperti Mustafa Kalam Attaturk yang boleh mengubah dan melentur undang undang sesuka hatinya.

    Kegagalan institusi kehakiman akan memporak perandakan negara kerana penjagaan keamanan oleh pihak polis titik penamatnya di institusi kehakiman.

    Susah untuk memporak perandakan Malaysia seperti yang Anwar mahu kerana penduduk Malaysia rata rata berpelajaran, mempunyai kerjaya dan juga mempunyai tanggungjawab kewangan dari sistem kewangan yang teratur. Ringkasnya membayar bil untuk kemudahan hidup.

    Sesiapa yang ingin merosakkan kan ini semua semata mata kerana perjuangan peribadi seoarang yang bernama Anwar yang mempunyai rumah berharga 7 juta di samping mempunyai keewangan yang kukuh tanpa bekerja?

    Di pendekkan cerita, "Lu ada hal u selesai sendiri, gua pun ada banyak masalah dan jangan tambah masalah gua"

    Lebih baik jaga periuk nasi.... kalau beras tak ada Anwar Ibrahim tidak datang membantu!

    ReplyDelete
  4. UMNO baik sangat. Sebab tu suka biar difitnah-fitnah..PEMUDA tak mahu ketengahkan perkara ini kah?

    ReplyDelete
  5. Kalau lah mahkamah kepunyaan umno udah dah dekat setahun lah nuar tu menghuni penjara sungai buluh..disebabkan keadilan lah dan para peguam anuar tau menggunakan istilah teknikal maka perbicaraan liwat nuar tu terpaksa ditangguhkan..

    Kalau mahkamah kepunyaan umno dan banyak pemimpin pembangkang merengkok dalam penjara disebabkan berbagai kesalahan seperti perhimpunan haram..rahsuah tetapi banyak kes yang masih tertunggak dan ada kes yang tidak dibicarakan dan juga ada kes-kes yang dimenangi oleh pembangkang..

    Kalau bercakap dengan puak bangan daripada pas dan pkr ni buang masa sahaja sebab mereka ni hanyalah pak angguk seperti burung belatuk dan hanya pendengar setia yang sering ditipu oleh para penceramah mereka...mereka ni hanyalah pandai berkokok ditepi longkang sahaja..

    ReplyDelete
  6. GW,Hahn,CCZ, AnakLenggong, terima kasih sokongan anda.........

    ReplyDelete
  7. Salam Yanggambi,

    saya dah mula terfikirlah akan satu perkara... macamana nanti kalau ajal mereka iaitu pihak Pakatan Pembangkang dah sampai dan mereka menghembus nafas yang terakhir...apakah mereka akan menyalahkan UMNO/BN juga atas kematian mereka kelak...

    memang dasar tidak sanggup terima kenyataan lah puak2 pembangkang itu bro..

    ReplyDelete
  8. UMNO selalu lambat bertindak dalam segala hal. Biasa la tue. .kalau siapa pernah aktif dalam UMNO maka dia akan faham la keadaan berikut!

    ReplyDelete
  9. Salam...YG..
    Sikap yang mereka tonjolkan telah menampakkan keperibadian tatatertib celaru dikalangan sesama mereka....walhal .....bagi yang fanatikus..dikalangan mereka....sedarlah..akal..yang dianugerahi..gunalah...sewarasnya..
    ....itu..pun...dioarang tarak nampak..ka...

    ReplyDelete
  10. Salam,
    Hak berkuasa Perdana Menteri, ia juga berhak memecat sesiapa sahaja termasuk jawatan Timbalan Perdana Menteri, usah dipertikaikan.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum YG,

    Pembangkang di Malaysia tak ada kerja. Kerja tetap mereka adalah menabur fitnah dan menghasut rakyat supaya benci kerajaan.

    WalHal, Hal Ehwal Rakyat adalah tanggungjawab bersama semua pihak. Mana mungkin DS Najib dan kabinetnya sahaja ke hulu hilir untuk rakyat manakala pembangkang main air liur sahaja. Pembangkang nak tunggu kaut hasilnya sahaja.

    Yang sedihnya rakyat yang termakan hasutan mereka.

    Mahkamah adalah Mahkamah, tidak baik mereka perlekehkan sistem kehakiman kita. SEMUA di Malaysia tak betul sahaja.

    Bila agaknya mereka ni semua nak berhijrah ke Bangaldesh atau Myanmar, aman sikit Malaysia ni.

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..