Wednesday, March 24, 2010

Si bacul sedia pertahankan dakwaan 1 Malaysia sama dengan ‘One Israel’


Si Anwar bacul bersedia mempertahankan dakwaannya yang mengaitkan konsep 1Malaysia sama dengan slogan 'One Israel'. Anwar mendakwa peranan Apco Worldwide yang menghasilkan 1Malaysia dan One Israel dengan kerajaan pusat.

Kenyataan ini dibuat ekoran si Anwar diberi tempoh seminggu untuk memohon maaf dan menarik semula kenyatannya bahawa konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ditiru daripada konsep 1 Israel. KLIK

YG : apakah yang tersirat sehinggakan puak-puak pembangkang takut sangat dengan slogan 1 Malaysia ?

Apa pula bezanya dengan slogan ‘PAS for all’ dengan ‘Israel for all’ ?

Perlu di ingat, ‘Israel for all’ ada konsep yang digunapakai oleh ditaktor-ditaktor Israel yang lebih membawa kepada kekejaman kepada bangsa Arab Palestin, memberi tanah-tanah yang dirampas dari penduduk Islam Palestin untuk bangsa Yahudi yang datang dari luar Israel.

‘Israel for all’ yang digantikan dari konsep ‘One Israel’ yang diperkenalkan oleh Ehud Barak pada tahun 1999, yang bertujuan bagi menyatukan bangsa Yahudi dengan bangsa Palestin. Tetapi oleh kerana wujudnya konspirasi dari puak-puak pengganas Yahudi yang tidak mahu melihat umat Islam di Israel menikmati keharmonian, maka puak-puak zionis ini telah menjatuhkan Ehud Barak. Rujuk di sini

Maka wujudlah konsep ‘Israel for all’ yang ditiru oleh kepimpinan PAS dengan slogan ‘PAS for all’….

Jika kita kaji, konsep ‘1 Malaysia’ dengan ‘1 Israel’, yang didakwa ada persamaan, salahkah kalau konsep ‘1 Malaysia’ yang berpaksikan hasrat kepimpinan kerajaan UMNO-BN untuk menyatukan rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum ?

‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’ itulah konsep ‘1 Malaysia’……..

Apakah menjadi kesalahan konsep ‘1 Malaysia’ menyerupai konsep ‘1 Israel’, tetapi bertujuan untuk menyatupadukan rakyat pelbagai kaum, hidup harmoni serta menikmati kehidupan yang aman damai dalam Negara ?

Rakyat Negara ini semua sudah tahu bahawa prinsip kerajaan Malaysia yang selama ini tidak pernah mengiktiraf negara Israel. Kerajaan Malaysia sehingga kini tidak mewujudkan sebarang hubungan diplomatik dengan negara rejim Yahudi ini, malah memberi sokongan kepada perjuangan rakyat Palestin untuk mewujudkan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat………..

Kalau ‘1 Malaysia’ dikatakan meniru konsep dari rejim zionis Israel, bagaimana pula dengan ‘PAS for all’ ? Tidakkah iannya juga meniru konsep ‘Israel for all’ ?

Bagaimana pula dengan peranan Anwar Ibrahim yang bersekutu dengan sahabat-sahabat Yahudi Neo-Con yang pro Zionis Israel, Paul Wolfowitz , James Wolfensohn (bekas Presiden Bank Dunia), Madeline Albright (bekas Setiausaha Negara AS) dan William Cohen (bekas Setiausaha Pertahanan AS).


Majikan Anwar semuanya berbangsa Yahudi dan berfahaman zionisme,(Richard Haass, Strobe talbott, Martin Indyk) iaitu mahukan kedaulatan Israel terjaga dan berhasrat melemahkan kedaulatan negara-negara Islam (Iraq, Afganistan dan Iran). KLIK

Bagaimana pula sebelum ini Anwar Ibrahim menjadi dalang kegiatan Institut Kajian Dasar (IKD) yang ditaja oleh Konrad Adaneur Foundation (KAF), melalui Universiti Bangsar Utama (UBU) pimpinan ‘HISHAMMUDIN RAIS’ yang telah mendidik pengiku-pengikutnya berfikiran bebas dan liberal. Melalui IKD juga dibentuk Open Dialouge Center (ODC) yang ditaja oleh National Endowment for Democracy (NED).

Anwar Ibrahim mempunyai hubungan rapat dengan IKD sebagai organ saraf kepada si Anwar, dan IKD ditaja sepenuhnya oleh badan Yahudi iaitu Konrad Adaneur Foundation (KAF). Pengarah Eksekutif IKD ialah Khalid Jaafar bekas Setiausaha Akhbar Anwar Ibrahim. IKD yang sangat aktif di IPTA dan IPTS.

IKD juga turut bekerjasama rapat dgn MAFREL untuk menjalankan penyelidikan serta amat aktif mempengaruhi minda golongan muda dan berpelajaran terhadap untuk menyokong Anwar Ibrahim. IKD sendiri pernah menerima RM20 juta daripada Konrad Adeneur Foundation (KAF) pada awal penubuhannya.

Kebebasan berfikir yang dianjurkan oleh IKD kepada pengikutnya jelas merosakkan akidah umat Islam dan Melayu di negara ini. Rujuk di sini

Si Anwar sanggup bersekongkol dengan mereka ini semua semata-mata untuk menjahanamkan negara. Si Anwar sentiasa membawa agenda Yahudi dengan mempengaruhi pemikiran rakyat agar merasa kecewa serta menyampah kepada UMNO-BN…….

Persoalannya mengapa si Anwar sanggup merosakkan minda rakyat, umat Islam dan Melayu ?



23 comments:

  1. NUAR TUK SEMUA . SEMUA BOLEH DEPAN DAN BELAKANG

    ReplyDelete
  2. Ada agenda tersirat bro.....dah terdesak. Dulu terlalu konfiden jd PM nak liberalkan Msia. Mcm2 dah janji dgn. puak2 yahudi. Mereka dah bnyk sponsor. Sponsor pilihanraya, blog2 pro pmbangkang, naikkn nama, sponsor anak blajar. Sponsor ceramah, dialog, seminar dluar negara. Smua bkn free. Duit dah bnyk makan. So hutang nak kena bayar. Maruah dah tergadai...negara jd sandaran. Ini lah dia Anuwar Artotok

    ben kysar

    ReplyDelete
  3. Yang Gambi, lepas ni mungkin minda rakyat akan kurang sikit dibebani dgn tipu anwar sebabnya dengan pendedahan Zul Kulim, Anwar takkan balik ke Malaysia lagi..

    ReplyDelete
  4. PG, Isac, Ben, CCZ, sepatutnnya rakyat sudah nampak jelas dengan penipuan Anwar Ibrahim.... mungkin bagi yg buta dan tuli sahaja yg masih tidak sedar....... terima kasih komen tuan-tuan.

    ReplyDelete
  5. SI NUAR KARAT DAH DIBOGELKAN LAGI OLEH YB ZUL.

    MEMANG HEBAT DAN SUNGGUH MEMERANJATKAN. KEADAAN PAKATAN NAMPAKNYA DAH TERHUYUNG HAYANG...NAMPAKNYA TAK LAMA LAGI NAK REBAH MENYEMBAH BUMI.

    ReplyDelete
  6. SALAM, BRO HEBAT PENJELASAN DAN PENULISAN BRO.

    KITA SERU SEMUA YANG TERLANJUR MENYOKONG PAKATAN TERKANGKANG AGAR KEMBALI MENYOKONG UMNO/BN

    ReplyDelete
  7. SALAM, BRO HEBAT PENJELASAN DAN PENULISAN BRO.

    KITA SERU SEMUA YANG TERLANJUR MENYOKONG PAKATAN TERKANGKANG AGAR KEMBALI MENYOKONG UMNO/BN

    ReplyDelete
  8. pas for all ni kan direka puak erdorgan..memang ler ada bau bau bacang dengan yahudi..

    ReplyDelete
  9. Petikan semula apa yang Melayu kata
    "Kebebasan berfikir yang dianjurkan oleh IKD kepada pengikutnya jelas merosakkan akidah umat Islam dan Melayu di negara ini"
    Kah..kah..kah..kah..jadi Melayu tak perlu berfikir. Melayu ikut sahaja apa arahan dan kemahuan pemimpin Melayu. Kah...kah..kah..Kah..Melayu sudah tahu itu...Melayu perlu ikut permimpin..Inilah barisan kita...yang setia berstau...kah..kah HIDUP MELAYU..HIDUP MELAYU...cium keris Melayu...kah..kah..kah Melayu maju jaya...

    ReplyDelete
  10. Abg Tuan, DdinBunga, YB Raz, terima kasih dgn komen tuan-tuan yg sungguh membantu...

    Gedung Akal, terima kasihlah blogger terkenal macam tuan sudi juga lawat blog kawan.. Bukan maksudnya Melayu tidak boleh berfikir, tetapi cara IKD mendidiki Melayu berfikir tanpa menghiraukan agama dan bangsa itu yg dipertikaikan.... Melayu perlu berfikiran waras, logik supaya dapat menilai erti kebenaran, bukan hanya mendengar tanpa melihat kebenaran yg sering didakyah oleh pengkhianat-pengkhianat bangsa dan negara....

    ReplyDelete
  11. pirahhhhhhhhh....semua geng2 pencacai UMNO boleh la komen baik2...porahhh...sama la Najib tu UMNO/APCO pembodek Yahudi!!!! Lesen Judi pun boleh lulus, Negara Islam konon..khahkk, ptuihhhh!

    ReplyDelete
  12. Indonesia pun guna 1Indonesia , tapi mengaku dari idea apco , slogan dia rakyat dahului , capaian utamakan , khi khi khi kantoi daaaaa . Korang tak caya , cari la dalam google

    ReplyDelete
  13. Apco apa cerita?

    ReplyDelete
  14. Ada bendera Israel berkibar di PWTC apa cerita plak yer???????????

    ReplyDelete
  15. umno tetap akan lingkup tapi bukan sebab anwar ,
    aku pun bukan sokong anwar , tapi sebab kemeluatan pada kepimpinan umno yang haprak . Bukan susah sangat umno nak menang PRU , cuma berubah jadi baik aje .

    ReplyDelete
  16. Aku rase orang Umno BN ni jahil giler.hahahahaha...bai..nak tipu orang kampung boleh la

    ReplyDelete
  17. saya bersetuju dgn kenyataan pemilik blok ini.... dan yang paling utama jika anda semua faham & perasaan ANWAR IBRAHIM bukan sekadar penyokong kuat YAHUDI & ISRAEL tetapi beliau adalah pemimpin rekrutan kumpulan FREEMASON dan ILLUMINATI yang bertujuan memecahbelahkan umat manusia melalui penipuan suapaya HANYA pemimpin rekrutan mereka sahaja yang akan memimpin dunia ini melalui NEW WORLD ORDER. Golongan tentera SYAITAN ini sentiasa menggunakan symbol MATA seperti mana yang digunakan oleh logo PARTI PAKATAN RAKYAT. Simbol MATA SATU ini adalah simbol mata DAJJAL =. Dan inilah yang perlu kita takuti.....

    ReplyDelete
  18. Yang pasti, kerajaan Malaysia menggunakan syarikat Israel sebagai "Firma Perhubungan Awam" atau konsultan kepada kerajaan Malaysia. Surat bukti telah semua ketahui.

    Soalannya, mengapa kerajaan kita sanggup menerima sebuah syarikat yang terang-terang merupakan musuh Allah yang nyata sebagai penasihat?

    Isu "One Malaysia dan One Israel" itu adalah hasil daripada perlantikan tsb. Ini menunjukkan bahawa Malaysia tidak memutuskan perhubungan dengan "negara" Yahudi laknatullah dan kuncu-kuncunya. Malah menggunakan khidmat mereka pula... Na'uzubillah

    Sedarlah wahai pembela UMNO/BN bahawasanya pemimpin kamu semua sudah terpesong.

    ReplyDelete
  19. Cara mudah untuk menyertai persaudaraan Illuminati di dunia. Adakah anda seorang lelaki perniagaan atau seorang artis, Ahli-ahli politik dan anda ingin menjadi besar, kuat dan terkenal di dunia, bergabung dengan kami untuk menjadi salah satu ahli rasmi kami hari ini. Anda akan diberikan peluang yang ideal untuk melawat illuminati dan wakilnya selepas Pendaftaran selesai oleh anda, tidak ada korban atau kehidupan manusia yang diperlukan, persaudaraan Illuminati membawa kekayaan dan terkenal dalam kehidupan, anda mempunyai akses penuh untuk membasmi kemiskinan daripada kehidupan anda sekarang. hanya ahli yang dimulakan ke dalam gereja illuminati mempunyai kuasa untuk membawa mana-mana ahli ke gereja, jadi sebelum anda menghubungi mana-mana badan anda mesti dihubungkan oleh siapa sudah menjadi ahli, Sertai kami hari ini dan merealisasikan impian anda. kami juga membantu ahli kami dalam perlindungan ubat yang mendorong Whatapps +16083529056 E-mel: richymoore382@gmail.com

    ReplyDelete
  20. Välkommen till den stora ILLUMINATI BROTHERHOOD. ORGANISATION ….. Vill du vara medlem i Illuminati som brödraskapsorganisation så kommer du att bli rik och berömd i världen och ha makt att styra människor på topp i världen. Är du en affärsman eller kvinna , artist, politiker, musiker, student, vill du vara rik, berömd, kraftfull i livet, gå med i Illuminati brödraskapskulten idag och få omedelbar rik summa av. 2 miljoner dollar i veckan och ett gratis hem. någon där du väljer att bo i den här världen och också få 20.000.000 dollar per månad som lön% 2026 Förmåner till nya medlemmar som går med i ILLUMINATI. 1. En kontantavgift på USD 800 000 USD 2. En ny elegant dröm CAR värderad till USD 500 000 USD 3.A Dream House köpt i landet självständigt 4. En månad semester (fullt betalt) till din dröm turist destination. 5.Ett år Golfmedlemskapspaket 6.A VIP-behandling på alla flygplatser i världen 7.Alla livsstilbyte 8.Access till Bohemian Grove 9.Monterad betalning av $ 8,000,000 USD till ditt bankkonto varje månad som medlem 10.One månad bokat avtal med topp 5 världsledare och topp 5 kändisar i världen. Om du är intresserad av att gå med i storbrorskapet illuminati sataniska handsymbolen …, kan du kontakta oss för mer information om whatsApp. + 2349056393547 or email illuminatiworl521@gmail.com

    ReplyDelete
  21. Helo, Adakah anda ingin menyertai illuminati dan menjadi kaya, terkenal dan hebat? seumur hidup anda? Manfaat diberikan kepada ahli baru yang menyertai Illuminati Brotherhood !!!
    ke dalam akaun bank anda $ 50,000,000USD ......
    Gaji mingguan $ 600,000USD ………
    Nilai kereta pada $ 400.000USD ……
    Kontrak penghargaan bernilai $ 200,000,000USD ……
    Rumah di mana-mana negara pilihan anda sendiri. Dan visa percuma ke negara impian anda. Perubahan gaya hidup total ?? jika anda berminat, WhatsApp Melalui: +33758476136, https://wa.link/d4ml2g, ATAU E-mel kepada kami di: realilluminati0666@gmail.com, supaya kami dapat memulakan proses penyertaan !!!

    ReplyDelete
  22. PROCEDUR FÖR DET STORA TEMPLET AV PENGAR OCH KRAFT ILLUMINATI-MONTERING, GÅ MED I DET STORA ILLUMINATI BRODERSKAP AV KÄRLEK IDAG, via gmail (greastestilluminati4@gmail.com),
    whatsapp +234 705 048 2264 eller telegram +234 705 048 2264
    Är du en affärsman eller -kvinna, en politiker, en musiker, en student, vill du bli rik, känd, mäktig i livet? Gå med i IlluminatiFraternity-kulterna idag och få omedelbart den rika summan av. 1 miljon dollar i veckan när du blir medlem i föreningen och ett gratis hem. var du än väljer att bo i den här världen och du kommer också att få $350 000 som din månadsinkomst.
    FÖRDELAR TILL NYA MEDLEMMAR SOM GÅR MED I ILLUMINATI
    1. En kontant belöning på 1 000 000 USD USD
    2. En ny Sleek Dream-bil värderad för $150 000
    3. Ett drömhus köpt i det land du väljer.
    Ett möte reserverat med de 5 bästa i världen. Ledare och topp 5 kändisar i världen. Om du är intresserad, maila oss detta, (greastestilluminati4@gmail.com), whatsapp +234 705 048 2264 eller telegram +234 705 048 2264 för en omedelbar initiering online.


    ALLA ÄR HELT VÄLKOMNA.

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..