Thursday, March 18, 2010

Hishammuddin Tun Hussein perlu bertanggungjawab di atas pembunuhan Siva ?

Suria Narayanan (gambar), Ketua Dewan Perhimpunan Penyokong PAS negeri Perak menyatakan rasa peliknya kerana polis dari Teluk Intan telah sampai ke lokasi pembunuhan Siva Phanthiyan tidak sampai 5 minit selepas kejadian berlaku tanpa dimaklumi atau dihubungi.
Kemunculan anggota Polis tersebut secara tiba-tiba seolah-olah mereka telah tahu lebih awal ten
tang apa yang akan berlaku ditempat tersebut.

Suria berkata, “kenapa polis dari Teluk Intan ? ( bukan polis dari Langkap ). Apa sebenarnya berlaku disebalik kejadian tersebut . Dan pihak polis tidak mengadakan sekatan jalanraya dimana-mana yang sepatutnya bagi mengesan penjenayah tersebut”.Suria juga menegaskan, bahawa Menteri Keselamatan dalam Negeri, Hishammuddin Tun Hussein perlu bertanggungjawab diatas kejadian tersebut.

Dr Mujahid Yusuf Rawa (gambar), Ahli Parlimen Parit Buntar, turut bersetuju dengan dakwaan Suria serta menyatakan sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa tindakan ganas sedemikian. KLIK

Sementara itu, Persuruhjaya PAS Pahang, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata terdapat keraguan terhadap motif pembunuhan dan PAS mengesa pihak polis menjalankan siasatan secara terperinci terhadap pembunuhan Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak, Panthiyan a/l Patchamuthu. KLIK

YG : Pertama - Begitulah andaian yang dibuat sekutu-sekutu PAS, seboleh-boleh mereka akan cuba membayangkan bahawa setiap insiden yang berlaku mesti ada kaitan dengan kerajaan UMNO-BN.

Kalau benarlah seperti dakwaan Suria, cuba kita pula menilai disebaliknya, apa sangatlah yang ada pada Siva sehingga ada perancangan untuk membunuhnya……..

Kalau benarlah kerajaan UMNO-BN kejam, zalim seperti yang sering didakwa penyangak-penyangak pembangkang, kenapa tidak dihapuskan sahaja manusia macam AnuWar Ibrahim, Karpal Singh anak beranak, Lim anak beranak atau wali terompah Nik Aziz, mengapa mesti membunuh manusia macam si Siva ?
Tapi kalau sudah jenis hati berkarat, sikap buruk sangka tetap tidak boleh dihindar walau pun serban berputar di kepala, jubah meleret ke tanah, fitnah tetap hendak ditonjolkan juga…….

Kedua – Lihat sahajalah bagaimana puak-puak PAS ini begitu menghargai nyawa si kafir lebih daripada nyawa seorang muslim.

Tidak ada satu gesaan pun yang lahir dari pemimpin-pemimpin PAS agar pihak Polis menyiasat secara terperinci di atas kematian seorang anggota tentera, Mohd Salleh Hamdan, yang maut apabila dilanggar oleh kereta yang dinaiki pemimpin PKR Tian Chua, Ahli Parlimen Batu.

Tidak ada satu pun berita disensasikan oleh Harakah lidah rasmi PAS, tidak ada sesiapa dari kalangan PAS mengutuk sekeras-kerasnya kematian angota tentera tersebut, tiada yang berpusu-pusu berkempen mengutip derma untuk menghulurkan bantuan…….

Kenapa ? kerana Tian Chua adalah sekutu golongan khawarij…….

Beginilah juga keadaannya apabila penggnas PKM mengganas semasa zaman darurat dulu, anggota PKM Melayu hanya sekadar menonton segala kekejaman yang dilakukan terhadap penduduk-penduduk kampung Melayu…….


15 comments:

  1. Salam Sahabat,
    Sudah menjadi fitrah Pas ni, bilamana berlaku kepada penyokong mereka pasti dituding jari kepada parti pemerintah dan agensi kerajaan.

    Kaum yang tak bersyukur dan selalu bersangka buruk itulah dia KAUM PAS!!

    ReplyDelete
  2. aku setuju pendapat local fighter..aku dah malas nak komen apa apa..semuanya sama..pas tak pernah berubah..

    ReplyDelete
  3. Etah..kekadang tak faham betul gan PAS nie..kita yang di katakan jahil(sb sokong UMNO)tapi puak-puak PAS nie begitu mengambilberat tentang kematian sesorang yang bukan Islam...malah ada yg sanggup pegang lilin...tapi kematian sesama Islam macam askar tu tak pulak di ziarahi....kawan bukan le bersikap perkauman...tapi pelik menengok sikap kaum-kaum PAS nie...Apakah sikap persaudaraan antara Kaum Nabi Muhammad sudah jauh..jauh..sedih-sedih...

    ReplyDelete
  4. Kita bagi sokongan sepenuhnya pembangkang bersikap seperti Yang Gambi tuliskan. Biar semua rakyat tahu bahawa istilah keadilan bagi PR hanyalah bullshit!!!

    ReplyDelete
  5. puak ni otak mering semuanya. si tentera yang dilanggar tian chua tak ada pulak suroh polis siasat dengan teliti. ini semua puak parti paria, lihat ajelah perangai paria ini semasa si yb ZZahrin dedahkan tembelang bos mereka. kemetot semuanya

    ReplyDelete
  6. polis datang awal pun salah...lambat pun salah. polis kan operasinya mobile, bukan static...logik sgt2 kalau polis sampai awal.

    lagi pun takkan lah dah hampir 5 minit masih tak laporkan kepada polis macamana tindakan awal nak dibuat...sudahnya polis juga yang salah..ternyata tindakan tidak laporkan kepada polis adalah sangat tak bertanggungjawap!!

    teman bukan apa sejak nizar eksiden...lepas sorang-sorang eksiden....errr YB cina islam pun eksiden...sekor yb dap eksiden langgor budak uitm (islam dan melayu) kalini tian chua pulak langgar askar melayu islam....alfatehah

    ReplyDelete
  7. Salam 1Malaysia YG,

    ...Tengoklah bro, kalau pasal kaum lain yang kena hal bukan main lagi perhatian diberikan oleh puak pembangkang ini...

    kenapa pasal kejadian adik Mohd Bakri Mohd Bazli pelajar UITM yang kena langgar oleh ADUN Sekinchan YB Ng Swee Lim tempoh hari langsung mereka satu orangpun langsung tidak tampil untuk membela...?

    baru-baru ini lagi, kenapa seorang anggota tentera Allahyarham Mohd Salleh bin Hamdan yang telah maut langsung tiada reaksi daripada semua ahli politik baik daripada pembangkang mahupun kerajaan sendiri...

    Apa???...mereka ingat nyawa kaum Bumiputera tiada nilai atau tiada harga langsung ke jika dibandingkan dengan nyawa mendiang Kugan atau mendiang Teoh Beng Hock...hmmmm kecewa sangat jika berterusan seperti ini...

    ReplyDelete
  8. Salam YG,

    SAYANG betul PAS ni dengan India yang mati ni, dulu Kugan pun mereka iringi jenazahnya. Kugan pencuri kereta. Lepas tu si Teoh. Tapi tak berdetik pula bila Askar Melayu dilanggar kereta Tian Chua.

    Dan TAK ADA MODAL, benda macam ni pun nak dipolitikan.

    Nampak sangat cemaruk nak berpolitik tak bertempat. Buat Malu je.

    Polis datang salah,
    Polis tak datang pun salah.

    Semuanya SALAH.

    ReplyDelete
  9. ITU UMNO PUNYA YB JUGA DIAM DALAM ITU HAL ASKAR KANA LANGGAR

    ReplyDelete
  10. dahsyat sungguh keikhlasan perjuangan pas dan juak2 murahan mrk. askar melayu yg beragama islam, mati dilanggar oleh kereta mewah tian chua, tak ada sesiapa yg sanggup pertikaikan. begitulah murahnya harga perjuangan sempit pas dan rakan2 sekutu mrk.
    sedihnya keluarga arwah, pabila melihat wajah tian chau di parlimen...tanpa disoal tanpa didakwa. biasanya pemandu akan ditahan...mana pemandu kereta tian chua?

    ReplyDelete
  11. Salam, Yang Gambi,
    Nyawa askar tidak siapa peduli,cuma keluarganya bersedih mengenakan anak yang tersayang dilangar mati Tian Chua, Pas tidak ambil kisah sepatutnya PAS mempertahankan askar yang dilanggar oleh Tian Chua. Mereka lebih mempertahankan Siva.
    Sepatutnya nyawa askar itu diperjuangkan.

    ReplyDelete
  12. Terima kasih sahabat semua dengan komen-komen yg padu.... maaflah 2-3 hari tak dapat update blog, sibuk dengan tugasan luar kawasan.......

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. Eh.. tiba2 YG mengaku pulak UMNO terlibat, ini mengaku bagi pihak ke @ saje2 nak cover kerabat?!! huhuhu...

    ReplyDelete
  15. Howdy! I just want to give an enormous thumbs up for the great data you will have right here on this post.
    I will probably be coming again to your weblog
    for more soon.

    my website: gallery of semi flush mount ceiling lights for breakfast nook

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..