Thursday, March 11, 2010

‘SYURGA’- itu janji PAS pada penyokongnya, bapa pula sanggup serah anak perempuan 10 tahun kepada rakan jemaahnya


Pasir Mas, Kelantan - Kerana terpengaruh dengan ‘janji syurga’ kononnya mendapat ganjaran berlipat kali ganda serta mengikut sunnah Nabi, seorang bapa bersetuju mewali dan menikahkan anak perempuannya walaupun baru berusia 10 tahun dengan rakan jemaahnya.

Si bapak ini menikahkan sendiri anak perempuannya dengan serba ringkas dalam sebuah kereta dengan si bapak bertindak sebagai jurunikah dan wali sambil disaksikan seorang saksi tanpa kehadiran pengantin perempuan.

Pernikahan yang berlangsung di dalam sebuah kereta yang sedang bergerak dan si bapak mewalikan pasangan anaknya sambil memandu mendorong Ibu kanak-kanak tersebut membuat laporan di Balai Polis, Pasir Mas. KLIK

YG : Beginilah sikap sebahagian dari kalangan orang Melayu Islam dalam masyarakat Malaysia, mudah sangat taksyub dengan tok-tok guru, ustaz-ustaz yang berkepentingan sehingga tidak boleh menggunakan akal fikiran sendiri.

Bukankah ‘syurga’ itu hak Allah ?

Allah telah menjanjikan ‘syurga’ kepada hamba-hambaNya yang mentaati segala suruhanNya, selagi tidak mengkufurkanNya serta mensyirikkanNya……. Itu janji-janji Allah…….

Mengapa kita tidak boleh berfikir sendiri sehingga sanggup menghadapi perpecahan dikalangan masyarakat sesama Islam, sehingga ada yang sanggup mengorbankan anak dan keluarga sendiri……

Inilah akibatnya bila ada yang bijak pandai dalam hal ehwal ilmu agama telah menyalahgunakannya untuk kepentingan nafsu sendiri.

Imam Tabrani dan Baihaqi meriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud , "Manusia yang mendapat azab yang paling keras di hari kiamat ialah orang alim yang tidak manfaat dari ilmunya.”

Imam Ghazali juga berkata,"Ada golongan ahli ilmu mengamalkan apa yang mereka ketahui, namun tujuan mereka bukanlah untuk mencari keredaan Allah tetapi untuk mencari pengaruh dan nama. Sehinggakan masyarakat mearsa ujub dan kagum terhadap mereka. Mereka asyik menghiaskan diri mereka dari sudut zahir sahaja sehingga mengabaikan perkara yang penting iaitu hati. Ketika mereka lupa musuh utama mereka adalah syaitan. Mereka mendakwa semua yang mereka lakukan bertujuan untuk memuliakan agama. Mereka bersama pemimpin yang zalim untuk memuji serta mendapat kasih sayang dan kelazatan dunia.”

Inilah golongan ulama-ulama politik yang ada sekarang, mereka tidak takut kepada Allah, mereka telah menghiaskan diri mereka dengan sifat riak dan takbur yang amat dibenci Allah. Mereka begitu menbenci sesama saudara Islam, tidak mahu mencari jalan kebaikan walaupun ada yang menyeru untuk berbuat demikian.

Fikir-fikirlah wahai umat Melayu Islam semua, jangan kita biarkan diri kita tertipu dengan manusia-manusia seperti ini....




13 comments:

  1. alahai bro,
    apa baghal bebeno spesis janggut dan jubah yg panjang bebeno tu? udah buang tabiat agaknya.ish ish ish kenapa begitu rupa manusia yg bergeto2 bergelor alim ularmak tu? kharrrk ptuiiiiih kat spesis tu.

    ReplyDelete
  2. Perbuatan itu sudah melampaui batas. Adakah wujud masyarakat yang terlalu kuno di kawasan itu. Kenapa nafsu serakah mengalahkan pertimbangan manusia?

    Apakah ini yang dididik kepada masyarakat sehingga mereka menjadi taksub dan fanatik kepada "tok guru" mereka?

    ReplyDelete
  3. RAM, Senja Liza, beginilah jadinya kalau sudah terlalu taksub......terima kasih komen.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum YG,

    AstagfirullahalAzim, apa nak jadi dengan orang Melayu sebegini? Semakin hari semakin teruk. Anak yang baru berusia 10 tahun sepatutnya ditarbiyahkan dan diberi peluang seperti kanak kanak lain mengalami hidup sebagai fitrahnya seorang kanak-kanak. Ayah jenis apakah yang sanggup menghancurkan sendiri masa hadapan anaknya?

    Dan manusia jenis apakah yang sanggup menikahi budak usia 10 tahun pada tahun 2010 ini? Ini bukan 1431 dahulu.

    Kalau nak ikut Sunnah nabi pun biarlah betul dan kena pada tempatnya. Undangn undang negara menetapkan usia termuda dibenarkan kahwin adalah 16 tahun. Ini pun dan terlalu muda inikan pula 10 tahun.

    WaAllahuAlam.

    ReplyDelete
  5. Salam YG.,

    ini dah termasuk dalam kes memperdagangkan manusia demi syurga palsu Pas itu..

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Salam,

    Itulah peliknya Melayu, org kta pngikut ayah Pin pun dkalangan org2 hebat jg, tp mcmn boleh ikut?

    ReplyDelete
  8. Jika selalu membenarkan hak Allah dipermain-mainkan..Akhir sekali Allah tunjukkan sebab menggunakan agama untuk meraih sokongan.

    ReplyDelete
  9. dunia dah akhir zaman tetapi manusia masih tak sedar. masih sibuk berebutkan dunia ini.

    ReplyDelete
  10. salam
    bimbang dgn anak2 bangsa perempuan kita

    ReplyDelete
  11. memang sadis kes kahwin ini...
    memalukan bangsa...
    inilah jadinya gara2 terlalu fanatik sampai adat yang bukan akar umbi bangsa pun di ketepikan...

    ikut sangatlah budaya arab tu

    ReplyDelete
  12. tak terkejut kaw kes2 ni jadi kat 'bumi serambi mekah' itu. ha ha ha

    biasalah, mata tu dah terkabur dengan janji2 manis tp sebenaqnya habuk p0n tarak!

    oh salam kenal :)

    ReplyDelete
  13. Pas dengan seks kan memang tak dapat dipisahkan lagi! Tengok iklan dalam Haramkahdaily pun dah tahukan. Memang orang Pas ni gila seks!

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..