Sunday, March 7, 2010

Jeff Ooi mahu Ahmad Husni minta maaf, dia sendiri macam mana ?


Jeff Ooi Chuan Aun, MP Jelutong, mendakwa Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah, Menteri Kewangan Ke 2 telah membuat kenyataan berunsur perkauman semasa berucap makan malam anjuran Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang pada Jumaat lepas.

Ahmad Husni diminta memohon maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam serta akan mendesak Dato’ Sri Najib Tun Razak, Perdana Menteri melucutkan jawatan Ahmad Husni sebagai Menteri Kewangan Ke 2. KLIK

Dulu-dulu, beginilah cara komunis berfikir semasa berkuasa, orang lain atau masyarakat atau rakyat jelata tidak boleh membuat silap, waima sekecil kuman sekali pun, pasti akan dihukum, diseksa kejam. Kalau bagi pihak mereka (komunis), membunuh, merogol, merompak, meliwat semua halal…..

Mudah sungguh orang macam Jeff Ooi mendesak orang lain meminta maaf, dia sendiri macam mana ?

Sudahkah Jeff Ooi memohon maaf secara terbuka kepada kumpulan Jemaah Islah Malaysia ?

Jeff Ooi lupa bagaimana dia menuduh Mohd. Razali Abdullah, Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang sebagai “Muslim extremist” kerana menjadi ahli Jemaah Islah Malaysia (JIM) yang mempunyai misi “membentuk Malaysia sebagai negara yang menerima pakai undang-undang Syariah sepenuhnya menjelang tahun 2020.

Jeff Ooi juga mendakwa pihak majlis sepatutnya tidak membenarkan seorang “ekstremis agama Islam” di dalam pentadbiran MPPP dan juga mendakwa pihak kerajaan negeri telah membuka ruang untuk membolehkan seorang “ekstrimis agama Islam” menyusup masuk ke dalam sistem kerajaan tempatan. (Rujuk keratin akhbar The Star bertarikh 2 Ogos 2009).

Setelah di kecam dan di protes dari pelbagai pihak, Jeff Ooi menafikan dia membuat kenyataan-kenyataan yang menghina Islam.

Jeff Ooi hanya sekadar menarik balik kenyataannya yang melabelkan Jamaah Islah Malaysia (JIM) sebagai kumpulan pengganas, tetapi tetap tidak memohon maaf…………..

Jeff Ooi manusia bodoh-sombong tidak memperdulikan sedikit pun bahawa dia telah mengguris perasaan umat Islam lebih-lebih lagi yang sedang bersekongkol dengan DAP lebih-lebih lagi PAS.

PAS juga adalah parti yang kononnya mempunyai misi membentuk Malaysia sebagai sebuah negara Islam tulen, tidakkah PAS juga parti ‘ekstrimis agama Islam’ ? atau hanya sekadar slogan untuk menipu orang-orang Melayu Islam….

Sebenarnya Jeff Ooi yang berfikiran sempit serta bersikap ekstremis dan chauvinis………….. tak payahlah nak suruh orang lain minta maaf……..



9 comments:

  1. Eh tak lah sebenarnya UMNO lah yang berfikiran sempit serta bersikap ekstremis dan chauvinis...hahaha

    ReplyDelete
  2. Salam perjuanan Yanggambi,

    persetan dengan jeff oii tu... dasar komunis, tetap komunis juga, payah hendak dinafikan..

    Kaum Bumiputera dah terlalu berkorban untuk kaum macam mereka dalam segala segi, mana mungkin mereka saja yang berhak untuk menuntut itu semua sehinggakan kaum Bumiputera semakin hilang hak di Malaysia ini...

    ReplyDelete
  3. KP, kalau macam tu, selama ni PAS hanya pura-puralah extream nak perjuang Islam ? hamPAS....

    Hilbert, memang pun.........komunis, sahabatnya khawarij, satu lagi barua yahudi.... kena sangat tu..... terima kasih komen...

    ReplyDelete
  4. bercakap soal hak orang Melayu yang dipertahankan oleh Perlembagaan Persekutuan dengan bersumberkan Kontrak Sosial adakah dianggap perkauman.

    Jika Jeff Oii tidak bersetuju dengan apa yang terkandung dalam Perlembagaan, bermakna beliau juga tidak bersetuju dengan persetujuan dalam kontrak sosial. Bermakna Jeff Oii juga tidak bersetuju dengan pemberian (secara paksa) kewarganegaraan kepada datuk neneknya sebelum merdeka.

    Jadi dengan segala hormatnya dipersilakan Jeff Oii balik ke China dan carilah adik beradik yang masih ada di sana.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Tuan Yang Gambi...

    Demi Sesungguhnya Walaupun Orang Kafir mempunyai hak dalam negara Islam, namun ianya bukanlah bersifat mutlak, mereka terikat dengan peraturan tertentu yang telah ditetapkan oleh Islam. Sebagai contoh soal pemerintahan dan pentadbiran, Islam menekankan agar umat ISLAM mengutamakan umat ISLAM daripada orang kafir. Ini bagi memastikan hak Islam terus terjamin.

    Jeff Oi bukanlah manusia yang layak bercakap tentang kebebasan bersuara atau hak asasi, kerana segala percakapannya adalah satu bentuk fitnah dari orang Kafir kepada umat ISLAM. Orang Melayu yang bodoh dan cetek ilmunya sahaja yang menerima pandangan si kafir laknatullah ini. Semoga ALLAH memberikan petunjuk kepada si kafir ini.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum YG,

    Kalau Orang Melayu sekarang tak boleh buka mulut sikit pun..mereka mahu orang Melayu PAS dan PKR je..yang cakap merapu mereka sukalah..

    ReplyDelete
  7. Salam,
    Belum dapat sedikit kuasa habis mahu di tolak
    dan mahu dibuang habis hak orang melayu. Rakyat seharusnya sedar apa matlamatnya DAP mahu menguasai negara ini, jangan nanti orang melayu merempat dinegara sendiri.

    ReplyDelete
  8. jef oi ni siapa tak kenal. cina cauvinis. cara nak mengajar dia ni senang je. pukul dia ramai ramai. baru dia sedar yang dia ni kat malaysia, bukannya hong kong.

    ReplyDelete
  9. Jeff ni memang macam tu, dia mengata keburukan orang tentang segalanya. Sedangkan sekarang ni, mereka baru dapat merasa punyai kuasa. habis punah ranah dikerjakan oleh mereka.

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..