Sunday, January 3, 2010

Demonstrasi aman – bantah penggunaan kalimah ‘Allah’ majalah mingguan gereja katolik Hearld


Hari ini menyaksikan demonstrasi aman bermula jam 4.30 petang di hadapan Balai Raya FELDA Selancar 4 & 5 yang disertai oleh Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Rompin, Belia dan Beliawanis yang dianggarkan 600 orang sebagai membantah pengunaan kalimah ‘Allah’ oleh Herald Tribune sebagaimana yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini.

Demonstrasi secara aman ini juga disertai oleh YB Dato’ Haji Mohamad Shafri bin Abd Aziz, Exco Kerajaan Negeri Pahang, merangkap ADUN Bukit Ibam yang juga selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Rompin.
Mereka meluahkan rasa bimbang penggunaan kalimah ‘Allah’ akan digunakan oleh pendakyah-pendakyah agama bukan Islam yang bertujuan untuk mengelirukan umat Islam terutama bagi golongan-golongan remaja yang cetek dengan agama Islam.

Mereka juga meluahkan rasa dukacita dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan sebuah akhbar mingguan dari gereja katholik menggunakan perkataan ‘Allah’ dalam penerbitannya yang mana boleh menyinggung perasaan seluruh umat Islam dalam Negara.

Sebagai umat Islam di negara ini, mereka menjelaskan bahawa mereka amat menghormati kedudukan agama-agama lain, justeru itu adalah wajar penganut agama-agama bukan Islam tidak mencampuri urusan agama Islam dalam Negara ini.

Di dalam Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan agama Islam adalah agama rasmi Negara, sementara itu agama-agama lain boleh diamalkan dalam Malaysia tetapi tidak boleh disebarkan di kalangan orang Islam.

Demonstrasi telah berakhir jam 6.00 petang





13 comments:

  1. salam bro YG,
    umat Islam perlu terus bangkit menunujukkan bantahan kepada keputusan hakim bangsat Lau tu..
    bantahan demi bantahan menterjemahkan bahawa keputusan bodoh hakim itu mesti di sanggah dan di sifatkan salah! oleh yang demikian KDN perlu menggantung permit Herald sebelum kes ini diputuskan di mahkamah rayuan!!!
    terima kasih bro

    ReplyDelete
  2. salam...orang bukan ISLAM sedang cuba menguji kita,,,mari umat ISLAM bersatu mempastikan kesucian agama kita dipersenda...segalanya bermula dari penyatuan MELAYU yang agamanya adalah ISLAM...

    ReplyDelete
  3. salam bro....yang pasti akan lebih banyak demo yang kita anjurkan kelak. hal ini bukan pekara remeh. ianya soal akidah kita umat islam.

    teruskan berjuang bro walau bermandi darah.
    Allahuakhbar

    ReplyDelete
  4. Salam,
    Seharusnya semua umat islam perlu bersatu, kerana agama Kristian cuba menyamakan dengan ajaran mereka.Setiap orang islam perlu bersatu dan pihak kerajaan perlu meneruskan dalam proses undang-undang dalam menyelesaikan masalah penggunaan perkataan Allah oleh agama lain.Ia mencabar umat islam dalam negara ini.

    ReplyDelete
  5. SLM BRO..SMLM KWN TGOK TV3 PSL ISU KALIMAH ALLAH NI, ADA JUGA ORG BKN ISLAM YG X STUJU DIBENARKAN PENGGUNAAN KALIMAH TU PD AGAMA LAIN. APE SI KHALID GEREJA & SI JUBOR TU X TAU ATAU SAJE BUTEKAN HATI, ORG BKN ISLAM NAK MASUK ISLAM KENE BACA SYAHADAH DAN HAYATI AYAT TU DLU SEBAGAI TANDA KEISLAMAN SESEORANG TU??...BANGANG PUNYE MANUSIA KEHKEHKEH

    ReplyDelete
  6. perang sabil lagi la nampaknya ingat peristiwa natrah bagaimana kerana akidah umat islam bersatu...

    ReplyDelete
  7. salam bro YG
    MK memang tentang 100% agama lain guna nama Allah ni.
    tapi yang wat MK rasa tak sedap cam mana orang mcm khalid s/o samad n anwar a/l ibrahim ni boleh dibiarkan tanpa dikenakan undang2 sedangkan dah kompom si cilaka2 ni la yang sokong agama lain guna perkataan Allah .

    ReplyDelete
  8. salam bro sudah link blog bro ke blog saya TQ

    ReplyDelete
  9. Bro Gambi, saya juga seru semua umat islam bangkit untuk tunjukkan protes kita, hakim ni memang nak pecah belahkan kita orang islam, sekarang tiba masanya untuk melayu islam bersatu, ayuh Perkasa, Ayuh Pekida, Ayuh Pesaka, dan semua Ngo melayu islam mari kita bersama dalam menghadapi situasi sukar ini,
    HIDUP MELAYU! HIDUP ISLAM! ALALHHUAKHBARR!!

    ReplyDelete
  10. Salam saudara2 ku , macam dah tak ada hakim lain yang boleh kendalikan kes !! pangkat tinggi, gelaran berjela2, Dato' sini,Dato' sana, Tan Sri sini, Tan Sri sana, hujung tahun nak dapat Dato' Seri..tetapi ... BO**H

    ReplyDelete
  11. Tahniah..sekurang2nya Pemuda masih ada yang berwibawa..

    ReplyDelete
  12. Terima kasih sahabat semua dengan komen-komen yang baik..... semoga ini sebagai satu pengajaran kepada kita umat Islam semua.... Bersatulah...

    Tabuan, terima kasih dengan kesudian tuan...

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..