Wednesday, January 13, 2010

Isu kalimah ‘Allah’ - contoh ajaran Kristian yang 'mirip' Islam


Bukan kawan hendak menambahkan lagi kekeruhan yang ada, tetapi biarlah semua pihak sebagai rakyat bebilang kaum dalam Negara sedar dan menerima dengan hati terbuka mengapa tentangan begitu hebat terhadap penggunaan kalimah 'Allah' oleh Herald Catholic.

Kita perlu melihat dari segi aspek keburukannya apabila penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh Herald Catholic dibiarkan berleluasa. Selepas kalimah Allah, mungkin akan ada puluhan lagi perkataan-perkataan yang sinonim dengan Islam akan turut diubah untuk kegunaan dalam komunikasi Kristian menggunakan Bahasa Melayu.

Semua ini didalangi oleh satu gerakan terancang Kristian yang telah puluhan tahun wujud di negara ini. Gerakan untuk mengelirukan umat Islam serta mendapat sokongan hujah-hujah yang segaja di buat oleh kepimpinan parti-parti tertentu semata-mata untuk kepentingan politik.

Kerana terlalu kemaruk hendak berkuasa, ada yang sanggup mencemarkan kalimah ‘Allah’, menjual maruah agama Islam dengan mengambil kesempatan di atas isu ini tanpa memikirkan kesanya kepada generasi-generasi umat Islam di masa akan datang.

Kawan hendak tanya kepada pemimpin-pemimpin PAS dan Melayu Islam PKR yang menyokong tuntutan gereja katholik menggunakan kalimah ‘Allah’……

Mampukah mereka membendung atau yakin penyelewengan akidah dikalangan umat Islam, khususnya Melayu tidak akan berlaku ?

Kawan berharap kepimpinan dan penyokong PAS, jangan angkuh dan takbur kononnya akan menegakkan sebuah Negara Islam tulen di Malaysia.

Mari kita semua, tidak kiralah sama ada penyokong UMNO, PAS atau PKR, renungi warkah dan gambar (seperti di atas) yang kawan dapat dari seorang sahabat di facebook untuk tatapan semua ;

Subject: Bahaya mazhab Kristian yang 'mirip' Islam

Sebuah sektsa dalam agama Kristian, cara peribadatannya hampir sama dengan Islam. Sukar membezakan kristian gaya baru?

Saat Maghrib telah tiba. Belasan orang di Hotel Sahid Surabaya itu bergegas sholat. Semuanya berkopiah dan dipimpin seorang imam. Jangan keliru,mereka bukan kaum Muslimin yang sedang menunaikan kewajiban sholat Mahgrib. Mereka adalah jamaah Kristian Ortodok, sebuah sektsa dalam agama Kristian.

Boleh jadi, orang awam akan terkeliru sebab , sektsa ini memang sangat mirip Islam.

Bukan saja asalnya serumpun, Timur Tengah, tapi juga ritual dan tatacara peribadatannya nyaris sama. Tengoklah saat mereka sholat. Selain berkopiah dan dipimpin seorang imam, bila berjamaah juga memakai bahasa Arab. Rukun sholatnya pun hampir sama. Ada ruku' dan sujud..

Bezanya, bila kaum Muslimin diwajibkan sholat 5 kali sehari, penganut Kristian ortodok lebih banyak lagi, 7 kali sehari setiap 3 jam; masing masing dua rakaat. Mereka menyebutnya:sa'atul awwal (fajar/shubuh), sa'atuts tsalis (dhuha), sa'atus sadis (dhuhur), sa'atut tis'ah (ashar), sa'atul ghurub (maghrib), sa'atun naum (Isya'), dan sa'atul layl (tengah malam).

Hal yang sama juga pada amalan puasa. Puasa wajib bagi orang Islam dilakukan selama sebulan dalam setahun, dikenal dengan shaumu ramadhan. Sedang pada Kristian ortodok disebut shaumil kabir (puasa 40hari berturut-turut) yang dilakukan sekitar bulan April. Jika dalam Islam ada puasa sunah Isnin - Kamis, pada kristian ortodok dilakukan pada Rabu dan Juma'at, dalam rangka mengenang kesengsaraan Kristus.

Selain sholat dan puasa, jamaah Kristian ortodok juga mengenal zakat. Zakat, dalam ajaran Kristian ortodok, adalah satu persepuluh dari pendapatan.

Gambar2 ajaran kristian ortodok yg mungkin anda keliru.... jadi berhati2 laaaa kita tentang ajaran kristian ortodok... hebah kan laaa pada kawan2 kiter...Yang pasti........... ini bukan ayat al-Quran.....

Semoga kita semua berhati2..... jangan sampai terbeli.....dan digantung di rumah kita.

Sebarkanlah supaya semua teman2 kita maklum.Tolong Baca. Jangan biarkan kita di perbodohkan oleh org2 KAFIR..............

Perhatian Kalu ternampak penghujungnya ditulis “Surah Injilu Matay” terus reject. KLIK

Kesimpulannya, inilah salah satu sebab, mengapa kepimpinan, penyokong UMNO dan lain-lain kumpulan NGO’S menentang penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh majalah gereja katholik Herald. Kekeliruan seperti inilah yang kita bimbang akan berlaku di Malaysia kalau tidak dibendung dari sekarang……….

Perlu di ingatkan, usaha-usaha pihak tertentu untuk mengelirukan umat Islam bukan setakat penggunaan kalaimah ‘Allah”, ada yang telah menterjemahkan Kitab Bible sebagai al-Kitab, al-Quran diterjemahkan sebagai Bacaan dan mencipta Qur’an baru Furqaanul Haq terbitan dari Amerika Syarikat.

Perlu diingat juga, walau pun Tanah Melayu pernah di jajah lebih 400 tahun, pendakwah Kristian selama beratus tahun juga cuba membawa dakwah mereka kepada orang Melayu Islam tidak tercapai sebagaimana yang berlaku di Filipina, Indonesia.

Adalah tidak mustahil mengapa kalau dikatakan inilah sebahagian yang menjadi punca-punca mengapa golongan tertentu pendakyah Kristian hendak memiripkan Kristian kepada Islam.

Kawan yakin dan pasti tindakan segelintir pendakyah Kristian seperti ini tidak akan mencapai kejayaan seandainya orang Melayu Islam di Malaysia bersatu hati dan bersungguh-sungguh menentang agenda jahat ini.

Kalau hari ini kita gagal mempertahankan penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh golongan bukan Islam, kita akan lihat lebih banyak perkataan yang unik dengan Islam akan turut digunakan oleh gerakan-gerakan pendakyah Kristian yang sentiasa berniat untuk menyelewengkan akidah umat Islam dalam Negara.

Buang dulu kepentingan parti, ketepikan dulu hasrat hendak berkuasa, mari kita sama-sama mengekangnya dengan cara aman, cara damai agar semua pihak, sama ada penganut Islam dan bukan Islam benar-benar faham. Kekalkan keharmonian Negara Malaysia tercinta ini……….



23 comments:

  1. Salam,
    Kawan apa alasan saya tidak boleh terima.
    Apa yang penting penggunaan Allah hanya untuk orang Islam kalau tidak banyak golongan muda mudi akan diselewengkan untuk masuk agama Kristian, terutama dalam bentuk hiburan, itu sahaja.

    ReplyDelete
  2. itu pun pas dan pkr terus buta dan membuta.
    allah tetap untuk islam. tak luak pun kristian kalau tak guna kalimah ini pun. sengaja je mereka cari pasal.

    ReplyDelete
  3. Kristian sengaja mencari jalan untuk mengelirukan umat islam, sepatutnya kita menentang sebelum menjadi barah yang akan lebih memudaratkan...

    ReplyDelete
  4. perkara ini sudah lama tersebar. cuma tak dapat dipastikan benar atau tidak.

    janganlah kita harapkan pas akan sama berjuang bersama kita. nik aziz cuma memperjuangkan islam pas. bukannya islam yang dibawa oleh Rasullullah s.a.w.

    ReplyDelete
  5. Mat Yen, Arif, AnWC, Z-MAY, benarlah komen tuan dan terima kasih.

    YB Raz, betul tu, kawan posting semula sebagai ingatan kita semua kerana puak-puak PAS dan Melayu PKR sudah jauh menyimpang..... kerana kuasa dan jawatan mereka sanggup mengenepikan hak-hak bangsa dan agama..... Hadi baru saja buat kenyataan PAS akan hapuskan Melayu.........

    ReplyDelete
  6. Kita mesti bertindak segera untuk memelihara aqidah umat Islam......

    ReplyDelete
  7. Tapi apa pun kata Anwar tuhan semua agama sama saja!!cuma yang beza cara menemuinya saja.....disokong oleh YB gila glamour

    ReplyDelete
  8. apa saja alasannya ...
    NO!!!! X paham dgn org
    yg kononnya bijak pandai
    and ulama? nan adoooo ~

    ReplyDelete
  9. assalammualaikum

    pendedahan yang menakutkan ya...
    semoga kita terjauh dari fitnah ini

    ReplyDelete
  10. Satu pendedahan yang cukup baik. CCZ ta pernah tahu adanya mazhab Kritian yang hampir sama dgn Islam. Sesungguhnya CCZ bersyukur berada di dalam Malaysia yang terpelihara Islam di dalamnya.Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  11. Salam bro, dahsyat pendedahan ko ni....

    ReplyDelete
  12. Emokapok, DMat Cincang,Frodo, kita bukan bersikap terlalu perkauman, tetapi dari segi agama perlu diteliti, kebanyakan umat Islam, apalagi golongan muda banyak yang lemah iman.....

    Klcitizen, CCZ,ajaran2 seperti inilah yang perlu dihindarkan daripada berleluasa dalam negara Malaysia...... sebab itu kita menentang dari awal pengunaan kalimah 'Allah' dipergunakan sewenang-wenangnya.....

    ReplyDelete
  13. Isac, inilah yang terpaksa dipaparkan untuk kita renungi bersama agar tidak berlaku di Malaysia....

    ReplyDelete
  14. Salam Bro.. topic ni Mc dah dedahkan masa mula-mula kes kalimah Allah keluar. Ni lagi satu bro.. box komen bro ni ada masalah. Kalau kita online guna HP atau guna blackberry, kita tak bole nak komen sebab profile untuk komen dia dah hilang.

    ReplyDelete
  15. MctHeroy, terima kasih di atas makluman.... kawan juga tak paham mengapa masalah ini terjadi.... cuba rujuk kepada yang arif dengan masalah tuan...

    ReplyDelete
  16. salam bro...pergh memang bahaya jika ini yang terjadi kelak....jawapnya sebelah menyebelah je lah.....

    harap rakyat malaysia sedar apa yang akan berlaku jika kalimah Allah permulaan kepada mereka ini untuk menggunakannya.

    Allahuakhbar

    ReplyDelete
  17. Bah sangat menyokong pendirian pemimpin2 PAS terutamanya Tn Guru Hj Nik Aziz berkenaan sokongan terhadap kejayaan perjuangan 'Herald the Catholic Weekly'.

    Terlalu lama perkara perjuangan ini untuk diselesaikan, setelah selesai dengan keputusan Mahkamah membenarkan 'Herald' mengunakan perkataan "ALLAH" dan juga diterbitkan dalam Bahasa Melayu, banyak pehak pula yang menentang nya sampai ada yang bom atau bakar gereja.

    Hanya Pemimpin2 PAS sahaja yang nampak bersetuju. Maka dengan ini pehak pendakwah Catholic akan lebih memudahkan tugas2 dakwah nya dikalangan kaum kami. Ada kemungkinan lebih ramai yang minat agama Catholic kerana ianya dianggap lebih kurang sama saja dengan Islam, bahkan ianya lebih senang kerana tidak banyak yang perlu dipelajari.

    Selain dari itu bab makan minum pun tidak berubah boleh makan dan minum semua nya. Kerana tidak ada halal atau haram dalam segi pemakanan. Kejayaan 'Herald' ini akan memberi kan lebih ramai kaum asli memeluk agama Catholic.

    Mudah-mudahan orang melayu pun banyak ikut sama masuk katolik yang mudah dan senang ini.

    Sekarang kita sudah tidak ada apa bezanya, kita juga sama2 sembah ALLAH yang maha esa. Ameeeen!!!!!!!

    ReplyDelete
  18. Salam Yanggambi,

    terima kasih kerana pendedahan ini semoga ianya akan diharap mampu membuka mata dan hati sesetengah pihak terhadap sesuatu isu itu walaupun berat untuk mereka terima.

    mengenai komen oleh Bah Lontok seperti diatas saya paling tidak gemar untuk menghayatinya dan saya harap agar dia jangan suka makan ketam...

    ReplyDelete
  19. BRO YANG GAMBI..

    ARTIKEL YG BAIK SEKALI..

    PENDEDAHAN HEBAT..

    MAKLUMAT YG BAGUS UNTUK DIJADIKAN PANDUAN..

    SEMEMANGNYA RAMAI YG TAK MENYANGKA DAN TAHU

    BAGUS BRO YOU HAVE DONE A VERY GOOD JOB.

    ReplyDelete
  20. jemputan program dialog bersama pemimpin,
    sila emailkan nama penuh, no ic, nama blog dan no telefon ke darulehsantoday.blog@gmail.com dengan kadar segera untuk booking tempat duduk.

    ReplyDelete
  21. salam yang Gambi,

    Perdedahan yang bagus,membuka minda supaya umat Islam Pas sedar

    ReplyDelete
  22. Terima kasih sahabat semua memberi komen..... maaflah 2-3 hari kawan tak dapat berbelog, arahan tugas luar kawasan.....

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..