Wednesday, January 27, 2010

Kalimah ‘Allah’- ada Firaun-Firaun kecil mempertikaikan pendirian Zulkifli , tapi siapakah Firaun-Firaun besar ?


Zulkifli Noordin diarah 'tutup mulut' atau berhenti oleh biro politik PKR daripada mengeluarkan kenyataan media berhubung isu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam tetapi beliau bertegas tidak akan tunduk pada keputusan itu.

Sebaliknya, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu tetap bertegas, sebagai umat Islam, Zulkifli mempunyai hak untuk menyampaikan sebarang pandangan atau pendapat selagi tidak bertentangan dengan agama.

Ketegasan pendirian Zulkifli berhubung dengan Islam, Melayu & Raja-Raja Melayu, beliau telah dibawa kepada Lembaga Disiplin PKR.

Zulkifli juga menyifatkan Ahli Parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Zaid Ibrahim sebagai Firaun-Firaun kecil yang mempertikaikan pendiriannya berhubung dengan isu kalimah ‘Allah’.

Siapakah pula Firaun-Firaun besar ?
Anwar pemimpin agung PKR telah mengarahkan Zulkifli Noordin menarik balik laporan Polis terhadap Khalid Samad AP-PAS Shah Alam, kerana kenyataannya yang menghina Islam serta menggesa Polis menjalankan siasatan terhadap Khalid Samad mengikut Akta Hasutan 1948 atau Seksyen 298 Kanun Acara Jenayah.

Zaid Ibrahim Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR juga mendesak agar Zulkifli dipecat dari parti. Dulu inilah juga manusia bernama Zahid Ibrahim yang pernah menyaman Kerajaan PAS Kelantan kerana hendak melaksanakan hukum Hudud.

Kini, Nik Aziz Al Menantuya Mursyidul Am PAS, berkompromi dengan Anwar Al Juburi PKR mempertahankan pendirian Khalid Samad Al Paderi membenarkan pihak gereja menggunakan kalimah ‘Allah’.

Sungguh hairan ya…… kenapa Nik Aziz Al Menantuya, Anwar Al Juburi yang sentiasa menonjolkan imej-imej seorang Islam tetapi menjadi penyokong dan pembela kepada Kristian menggunakan kalimah ‘Allah’ walaupun ulama-ulama besar dalam negara tidak bersetuju.

Dalam isu kalimah ‘Allah’ semua masyarakat tahu kebiadapan PAS dan PKR yang sudah menghina Islam, menghina sistem perundangan, menghina Sultan Selangor serta menghina umat Islam seluruh Negara.

Kalau Zulkifli Noordin melebelkan Khalid Samad-PAS dan Zahid Ibrahim-PKR sebagai Firaun-Firaun kecil, maka tidak salah juga jika kawan melebelkan Nik Aziz Al Menantuya dan Anwar Al Juburi sebagai Firaun-Firaun besar………..

Kerana kuasa dan jawatan, kerana mahukan sokongan, mereka-mereka ini lebih redha melihat Islam itu diperlekehkan, Islam diperhinakan……. Mereka membelakangi Perlembagaan Negara, membelakangi pendapat atau pandangan Ulama-Ulama dalam Negara…….



13 comments:

  1. ala, ramai dah yg nampak benda ni berlaku... 2 org ntah pe ntah turun dari planet mana ni mmg pelik... islam kah mereka..? islam apa begitu..? islam, tetapi memecah-belahkan umat islam... dah tua dah dorang tu... :)

    ReplyDelete
  2. Muahahahahaha, tepat sekali bro! Anwar la Mahafiraun yang paling besar sekali malah kalau firaun tengok dia pun firaun akan takut bro!

    ReplyDelete
  3. ape kah..
    semua pakai suit firaun..
    smart gak tgk..=)

    ReplyDelete
  4. HAHAHA.. CANTIK GAMBO YG. FIRAUN YANG PALING BESOR SEKALI IALAH ANUWAR DAN NIK AZIZ! GILA SIHH..

    ReplyDelete
  5. Salam sahabat, terima kasih ziarah blog saya. Memang wajar mereka digelar demikian selaras dengan apa yang mereka lakukan selama ini.

    ReplyDelete
  6. Lazaac,erie dan noor afzan, buat pertama kali berkunjung ke blog kawan, terima kasih.

    House PK,MctHeory, BAM, benar komen tuan, itulah yang layak buat mereka..... terimakasih komen...

    ReplyDelete
  7. hai semua..
    tapi bagi saya la..
    tak patut la isu kalimah allah ni dikait kaitkan ngan politik..
    kita semua islam kan..
    asal tak boleh bergabung sesama islam pasti selesaikan masalah ni..
    ni dah sampai bakar2 rumah ibadat ni..
    dah dasyat sgt dah

    ReplyDelete
  8. HUHUHU PIX CANTIK BRO!..MAHANUWAR DAN MAHAJIS SEJIWA..SEKEPALA..SETING TONG! KEHKEHKEH

    ReplyDelete
  9. kalau betul Zulkifli ini benar-benar sanggup lawan Firaun-Firaun kecil (tak kecil ler tu), dah lama dia buat perangai. Ini ti,bul bila dapat green light dari Firaun-firaun kecil jugak..

    PR nak tunjuk apa sebenarnya? Kesamaan? Ptuiihh!!!

    ReplyDelete
  10. Zulkifli meletakkan islam lebih dari politik. dan memang aku respek dengan dia walaupun dia geng PR.

    Dia juga seorang yang setia dengan rakan. sebab itulah dia masih bersama pkr kerana menganggap anwar rakan baiknya sejak dahulu.

    Sebagai rakan baik, dia tidak percaya yang anwar terlibat dengan kes liwat. aku tak salahkan dia kalau dia taknak keluar PKR sebab aku faham keadaan dia.

    Aku juga hormat kerana dia sanggup membuat report polis terhadap khalid samad kerana menghina islam dan sanggup terima hukuman parti.

    sesunguhnya zulkifli ini seorang pejuang tulen walaupun berhaluan kiri.

    ReplyDelete
  11. maha firaun ialah dsai, mustafa ali, tgha, maha-maha firaun ialah khalid samad.

    cuma mat sabu tak tahu nak letak mana.

    zaid dan Shamsul AMK dan Saifuddin ini jangan kira le. di PUN MAHA FIRAUN JUGA

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..