Friday, January 8, 2010

Kalimah ‘Allah’- UMNO lebih ekstrem daripada PAS ?

Kelmarin, PAS menuduh UMNO menangguk di air keruh dengan mempolitikan isu nama Allah kerana mahu diiktiraf sebagai 'juara rakyat' melalui Ketua Penerangannya Idris Ahmad.

Dan kelmarin juga Nik Aziz membidas mengapa pemimpin UMNO menjadi kelam kabut dengan isu penggunaan nama Allah oleh Herald, sedangkan dalam masa yang sama mereka memisahkan agama dan politik. Nik Aziz juga mempersoalkan mengapa UMNO tiba-tiba nampak serius dengan isu tersebut.

Semalam pula, Lim Kit Siang – DAP menyatakan, PAS memberi sumbangan yang wajar dipuji dalam penyelesaian kontroversi pemggunaan kalimah ‘Allah’ apabila merujuk kepada pendirian PAS bahawa "penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi".

Nga Kor Ming, MP DAP Taiping pula membidas UMNO kerana cuba mengalih pandangan rakyat daripada kenaikan harga gula dan kehilangan enjin jet dengan isu kalimah Allah.

MP Bukit Bendera-DAP, Liew Chin Tong juga memberi pujiannya kepada PAS, bahawa ramai antara pemimpin PAS yang menafsir soal agama dari perseptif yang lebih luas, dan bukannya melihat isu dari perspektif perkauman yang sempit.

Pengarah Eksekutif Institut Kajian Dasar (IKD), Khalid Jaafar juga mengganggap bahawa pendirian PAS ini adalah berdasarkan al-Quran. Khalid Jaafar memuji pendirian PAS yang membenarkan bukan muslim untuk menggunakan kalimah Allah, menunjukkan bahawa PAS mendefinisi maksud Quran dengan tepat.

Khalid Jaafar juga membidas kejahilan UMNO dalam isu ini, dan menganggap UMNO akan mencungkil ketidakpuasan rakyat seandainya meneruskan tindak tanduk sedemikian.

Seorang pemerhati politik, Jason Leng Kek Mun mengambil kesempatan menyindir MCA dan Gerakan dengan mempersoalkan "Siapa yang lebih ekstrem sebenarnya?"

Jason mendakwa "PAS digambarkan sebagai ekstrem, konservatif, kolot dan fanatik oleh MCA dan Gerakan," sebelum mempertikaikan, "kalau dilihat kontroversi kalimah Allah yang berlaku kebelakangan ini, siapa sebenarnya yang memainkan isu ini? Siapa yang membuat kecoh? Siapa yang menghasut?"

MCA dan Gerakan di dakwa melabelkan PAS sebagai parti politik yang ekstrem, kini terpaksa berdepan dengan sekutu UMNO yang kelihatan lebih ektrem daripada PAS.

Begitulah suara-suara sekutu rapat PAS yang dipetik dari web merdekareview, kawan tidak mahu komen panjang dalam isu kalimah ‘Allah’ ini, kawan Cuma minta semua orang Melayu Islam sama-sama menganalisa satu kiriman e-mail dari seorang sahabat dalam facebook yang dipaparkan di bawah ini ;


Surat Terbuka Buat Penganut Kristian !!!

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera..

Saya terpanggil untuk menulis email ini kerana isu besar mengenai penggunaan nama Allah oleh Herald-The Catholic Weekly. Saya ingin memberi beberapa pandangan, cadangan dan informasi hasil dari pembacaan dan pengkajian saya sendiri selama hampir 10 tahun mengenai agama Nasrani yang kini dikenali sebagai agama Kristian.

Bukan niat saya untuk mencari kelemahan agama tersebut tetapi, bagi saya ianya sebagai satu pembacaan ilmiah dan sebagai seorang Islam tidak salah bagi saya membaca dan mengkaji sabagai menambah ilmu pengetahuan.

Pada pandangan saya, sebagai orang Islam kita harus bersabar dan mencari jalan secara lebih berhikmah (wisdom) untuk hadapi situasi seperti ini. Mengadakan demonstrasi dengan menunjukkan kemarahan seolah-olah memberi gambaran orang Islam itu satu umat yang tidak rasional.

Sebagai umat Islam kita telah diperintahkan oleh Allah S.W.T. supaya sentiasa berpesan dalam kebenaran dan berpesan dalam kesabaran (Surah Al-Asr). Pendekatan yang lebih berbentuk Ilmiah dan hikmah adalah yang terbaik untuk hadapi situasi seperti ini.

Saya ingin berkongsi beberapa informasi yang berguna yang mungkin dapat dijadikan panduan oleh pihak-pihak yang berkenaan terutama pihak KDN, Majlis Fatwa Kebangsaan, Jabatan Agama Islam, NGO atau Persatuan Peguam Muslim.

Sebenarnya, umat Kristian telah lama kehilangan hak untuk menggunakan perkataan Allah kerana pihak gereja sendiri telah menggugurkan perkataan tersebut dari sebarang urusan gereja dan upacara keagamaan.

Pada tahun 325 Masihi satu pengistiharan dalam Muktamar Nicea menyatakan bahawa Trinity adalah akidah utama orang Kristian yang terdiri daripada Bapa, Anak dan Roh Kudus. Ini diikuti oleh Muktamar Constantinople 1 pada tahun 381 Masihi yang mengukuhkan peristiharan terdahulu bahawa semua orang Kristian menggunakan istilah Bapa, Anak dan Roh Kudus.

Pada Muktamar Ephesus 1 pada tahun 431 Masihi, pihak gereja melarang orang2 Kristian menggunakan nama Tuhan yang terdapat dalam Kitab Injil untuk percakapan harian dan hanya menggunakan perkataan Bapa sahaja. Nama-nama Tuhan hanya boleh digunakan dalam upacara keagamaan oleh pihak gereja sahaja.

Ketika berlakunya perpecahan aliran dalam agama Kristian di Eropah, aliran Protestant telah muncul untuk keluar dari pengaruh kekuasaan Gereja Katolik yang berpusat di Rome. Akibat daripada perpecahan tersebut juga memberi kesan kepada kitab Bible.

Gereja Katolik menerbitkan Bible edisi Geneva pada tahun 1560 dan pihak Protestant menentang penerbitan Bible edisi in dan hasilnya pada tahun 1611 mereka menerbitkan Bible edisi King James. Pada tahun 1769, Bible edisi King James telah diterima pakai oleh dunia Kristian dan digunakan sehingga ke hari ini. Saya ingin menjelaskan disini sebelum tahun 1769, edisi King James mengandungi 4 perkataan kalimat ‘Alah’.

Kalimat ‘Alah’ ini telah dibuang dari edisi King James selepas tahun 1769. Edisi King James yang digunakan sekarang tidak mengandungi kalimat tersebut. Oleh itu. Saya berpendapat, agama Kristian sudah tidak mempunyai hak untuk menggunakan kalimat atau perkataan ‘Allah’ untuk apa tujuan sekalipun. Pihak penerbit Herald-The Catholic Weekly seharusnya mengkaji sejarah agama Kristian sendiri sebelum bercita-cita menggunakan perkataan ‘Allah’ dalam penerbitannya.

Jika didalam kitab suci agama Kristian tidak ada perkataan ‘Allah’ bagi merujuk nama Tuhan, maka tidak wajar bagi pihak penerbit Herald-Catholic Weekly menggunakannya.

Dari segi linguistik pula, perkataan atau kalimat ‘Allah’ adalah berasal dari bahasa Arab iaitu ‘Al-Ilah’. Dalam bahasa Arab, kata dasar ‘Ilah’ bermaksud “Tuhan yang mempunyai sifat yang tunggal”. Sifat kata dasar ‘Ilah’ juga tidak mempunyai kata ganda yang menunjukkan bilangan (plural) seperti god (singular) dan gods (plural) atau tuhan (bilangan satu) dan tuhan-tuhan (bilangan lebih dari satu). Selain itu, kata dasar ‘Ilah’ juga tidak menunjukkan jantina (gender) seperti god (male) dan goddess (female) atau dewa dan dewi seperti tuhan-tuhan Mesir Purba iaitu Osiris (lelaki) dan Isis (Perempuan). Kata dasar ‘Ilah’ itu sendiri adalah bersifat satu atau tunggal yang bertentangan dengan doktrin Kristian iaitu Trinity. ‘Ilah’ bersifat Uno yakni satu manakala doktrin Trinity pula tuhan itu terdiri daripada 3 oknum iaitu Bapa, Anak dan Roh Kudus yang bertindak secara berasingan.

Jika diteliti dengan sepenuhnya terdapat pebezaan yang ketara antara sifat ‘Ilah’ dengan doktrin Trinity tersebut.

Terdapat banyak nama-nama Tuhan di dalam kitab Taurat, Zabur dan Injil. Agama Kristian yang berasal daripada Judeo-Christian, menggabungkan kitab Taurat, Zabur dan Injil dan dikenali sebagai Holy Bible.

Bagi saya secara rasionalnya Paderi Murphy Pakiam selaku penerbit Herald-Catholic Weekly sudah tentu lebih mengetahui nama-nama Tuhan yang terdapat dalam kitab Bible. Antaranya ialah Jehovah, Yahweh, Eloh, Eli atau El.

Secara rasionalnya juga penerbit Herald-Catholic Weekly boleh menggunakan nama-nama ini dalam penebitan mereka kerana orang-orang Kristian lebih terdedah kepada nama-nama Tuhan yang terdapat dalam Kitab Bible.

Persoalannya sekarang, kenapa Paderi Murphy Pakiam tidak menggunakan nama-nama Tuhan yang terdapat dalam kitab Bible tersebut? Sebagai contoh, Jesus pernah bersuara dengan nada yang kuat menyebut salah satu nama Tuhan seperti yang dirakamkan oleh Injil.

Jesus menyebut “Eli, Eli lama sabachtani” sebagai kata-kata terakhir beliau. Maksud Eli ialah Tuhanku. Bahasa ibunda Jesus ialah bahasa Aramaic iaitu salah satu dialek bahasa Ibrani (Hebrew). Saya berpendapat adalah lebih realistik bagi penerbit Herald-Catholic Weekly menggunakan nama Tuhan seperti yang keluar dari lidah Jesus sendiri. 1.3 billion orang Islam seluruh dunia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan bertutur dalam pelbagai bahasa menggunakan kalimat Allah yang berasal daripada bahasa asalnya iaitu bahasa Arab. Bahasa Arab adalah bahasa pertuturan Baginda Rasululllah kerana baginda berbangsa Arab.

Orang-orang Islam tidak menterjemahkan Allah kepada bahasa ibunda masing-masing. Ini adalah kerana kalimat Allah tidak sesuai diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa lain. Begitu juga dengan orang-orang Kristian, mereka sepatutnya mengikuti Jesus dengan menyebut nama Tuhan dalam bahasa asal iaitu bahasa Aramaic yakni bahasa ibunda Jesus.

Dari segi perundangan, sudah terang dan nyata menunjukkan bahawa perkataan Allah adalah hak eksklusif untuk orang-orang Islam. Saya menyarankan kepada KDN, Jakim dan Persatuan Peguam Islam menggunakan sumber Al-Quran di mahkamah nanti.

Secara logik dan rasional minda saya ialah, Perlembagaan Persekutuan Malaysia menyatakan bahawa agama Islam adalah agama rasmi Persekutuan. Oleh kerana itu, semua orang tahu bahawa sumber agama Islam adalah Al-Quran.

Kewajaran Al-Quran sebagai dokumen yang telah didokumentasikan oleh para sahabat Rasullullah sebagai sumber yang authentik untuk dijadikan hujah di mahkamah nanti.

Surah Al-Ikhlas dengan jelas menyatakan bahawa Allah adalah hak eksklusif bagi orang-orang Islam. Maksud Surah Al-Ikhlas-“Katakanlah Allah Itu Esa(1). Allah tempat bergantung sekelian makhluk(2). Tidak beranak dan tidak pula diperanakkan(3). Dan tiada satu pun yang setara denganNya(4)”.

Perhatikan ayat pertama dengan jelas menunjukkan Allah adalah Esa. Secara eksklusifnya hanya untuk orang-orang Islam kerana orang-orang Islam beriman kepada Allah yang Esa. Ayat yang kedua pula dengan jelas bertentangan dengan doktrin Trinity. Soalnya sekarang, adakah keputusan mahkamah yang lalu boleh mengatasi Perlembagaan Persekutuan?

Sekian.

Mohamad Nabzrol bin Mat Nayan
Bukit Indah, Ampang,
Selangor Darul Ehsan.

Dan disini juga kawan paparkan satu surat dari Persatuan Gereja Seluruh Sabah (Catholic Diocesan Centre) yang disalin dari blog SenjaLiza ;



Sama-samalah kita fakir apakah dan dimanakah matlamat perjuangan sebenar PAS dan Melayu PKR dalam mendaulatkan bangsa Melayu dan agama Islam……



10 comments:

  1. Salam Yang Gambi..Memang CCZ salute habis posting kali ni. Padat dan tepat. Izinkan CCZ link dengan posting CCZ k. Tahniah Yang Gambi..

    ReplyDelete
  2. memang x syak ada dalang politik disebalik kedegilan herald.ahh cakap nik aziz tu tak payah dengar. banyak merapu rapu.

    suka hati UMNOlah nak buat apa. kenapa pas pulak sibuk sibuk bila UMNO pertahankan nama Allah s.w.t

    kenapa pas dah ketar ke tengok sokongan orang islam pada UMNO sekarang? itulah sape suruh kawan dengan syaitan. sape suruh suka buat fitnah.

    Allah s.w.t akan balas segala perbuatan orang orang pas yang menuduh dan memfitnah orang UMNO dengan siksaan yang tak dapat mereka tanggung.

    Janji Allah Itu Benar, Mati Itu Benar, Siksa Kubur Itu Benar, Bersedialah Orang PAS Menghadapi Kemurkaan Allah S.W.T Pada Kamu Sekalian.

    ReplyDelete
  3. Salam bro...Hanya orang yang pekak,buta dan tuli sahaja sepatutnya yang tak boleh mendengar dan melihat.Kini orang PAS dan PKR telah dipekakkan dan dibutakan oleh DAP....

    ReplyDelete
  4. Salam Sahabat,

    Mesti ada agenda tersirat disebalik kesungguhan Gereja Katolik menggunakan kalimah Allah dalam risalahnya. Ini propaganda untuk memurtadkan orang Islam.

    Jelas dan nyata!!

    Kenapa tidak tukar kepada nama dewa - dewan hindu atau buddha kerana ketua paderi itu pun berbangsa India dan ramai Cina seperti YB-YB DAP beragama Kristian!!

    Isu sokongan Gereja Sabah kepada Anwar adalah jelas melihatkan bahawa Anwar merupakan senang dimanipulasi kerana agenda peribadinya melebihi dari segala-galanya.

    Tuduh UMNO menangguk di air yang keroh. Itu sikap typical Pas. Semua salah UMNO. Anak dia terberak dalam seluar kat sekolah pun mesti disalahkan UMNO!

    Tapi Pas lupa, usaha siapa yang mengagalkan pembinaan negeri Kristian dan pusat penyebaran Kristian terbesar di Pasifik di Sabah untuk menggantikan Filipina yang sering bergolak pada tahun 80an jika tidak campurtangan UMNO?

    Siapa yang mengembalikan Sabah daripada pemerintahkan Ketua Menteri Kristian dibawah PBS?

    Tun Dr. Mahathir dan Almarhum Tun Ghafar Baba pasti dikenang sebagai dai' (pendakwah) yang menyelamatkan agama Islam daripada terkubur di Sabah..

    UMNO lebih realistik perjuangkan Islam daripada Pas!!!

    ReplyDelete
  5. PAS DAN PKR ? SEMUA PEMIMPINYA BEROTAK KORO.

    ReplyDelete
  6. Sikap konsisten & kebenaran UMNO semakin jelas terserlah menelanjangkan kebatilan puak-puak putar belit yg gelabah didalam PAS dan PKR.

    Semua rakyat yang sayangkan keharmonian akan menyokong usaha menentang pencemar kesucian Kalimah ALLAH, sementara puak-puak dajjal akan mencari helah untuk terus mengaburi kedurjanaan mereka.

    Layari juga http://god-is-tuhan.blogspot.com yang memaparkan pandangan penganut kristian yang tidak nampak sebab rasional disebalik tuntutan The Herald.

    ReplyDelete
  7. as salam,

    saya kurang faham mengapa situasi yang lama tidak digunapakai..iaitu kalimak Allah untuk agama Islam sahaja... mengapa mesti membuat perubahan yang menyinggung Umat Islam. Seharusnya ada kehafaman yang mendalam semua kaum.

    ReplyDelete
  8. CCZ, Malaysiaheaven, udanggalah, Local Fighter, ArifOmar, Penpusaka dan NuraFuad terima kasih dengan komen-komen yang bernas, semoga mereka-mereka yang terlalu yakin dengan PAS dan PKR dapat membuka mata bagaimana kepimpinan mereka mempergunakan agama untuk kepentingan politik mereka........

    ReplyDelete
  9. tapi kalau dah taksub tu, takkan terbukak juga mata nak terima kebenaran

    ReplyDelete
  10. A ah...PKR cuba bangkitkan kemarahan penduduk Sabah/Sarawak dengan kebenaran Mahkamah terhadap pengunaan nama Allah ni....Jika orang Melayu/Islam menyokong UMNO dan bantahan menjadi tidak terkawal, pastinya orang2 Sabah/Sarawak yang mempunyai ramai penganut2 agama Kristian akan mengundi Pakatan Pembangkang dalam PRU 13.

    Itulah harapan Pakatan...

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..