Saturday, January 9, 2010

Bakar Gereja – ikut kepala otak UMNO, inilah hasilnya !!!!


Di saat umat Islam, begitu ini hangat menentang isu penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh majalah penerbitan gereja katholik – Herald, ada juga manusia yang sanggup mengambil kesempatan untuk menimbulkan keparahan keharmonian masyarakat majmuk dengan tidakan membakar gereja.

Sebagai Penyokong UMNO, kawan mengutuk akan perbuatan ganas dan tidak bertanggungjawab ini, walaupun sebahagian besar penyokong UMNO membantah sekeras-kerasnya akan penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam pernerbitan majalah Herald.

Dato’ Sri Najib Tun Razak, selaku Perdana Menteri juga mengutuk perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab menyerang gereja serta mengarahkan pihak polis meningkatkan kawalan di semua rumah ibadat di seluruh negara.

Dato’ Sri Najib mengutuk tindakan yang telah dibuat oleh mereka yang tidak bertanggungjawab ini, kerana ianya akan menghancurkan keharmonian dalam Negara di mana wujudnya kepelbagaian agama sebagai satu amalan hidup, hormat menghormati antara satu sama lain serta tidak boleh digugat oleh sesiapa.
KLIK

Seingat-ingat kawan, UMNO tidak pernah menganjurkan sebarang bentuk demonstrasi jalanan yang ganas untuk membantah sesuatu isu sehingga merosakkan harta benda awam, menganggu kententeraman awan atau sampai mengugat keharmonian masyarakat. Apatah lagi untuk mengambil tindakan sebodoh dan seganas seperti membakar rumah-rumah ibadat agama lain.

Kawan rasa, masyarakat bukan Melayu-Bumiputera dan bukan beragama Islam boleh merenung kembali setiap insiden-insiden keganasan yang berbentuk keagamaan di Malaysia.

Kumpulan mana ? parti politik mana yang selalu menimbulkan ketegangan seperti ini ?

Mungkinlah, sekarang ini dilihat semuanya baik, kononya aman damai, bersepakat, satu hati apabila PAS, PKR dan DAP bersekedudukan, semua kejahatan, kerakusan, keganasan dilihat datang dari pihak UMNO………

Inilah bentuk tomahan yang tidak berasas datang dari blog-blog pro pembangkang yang menuding jari kepada UMNO di atas insiden pembakaran gereja ;

Blog 1 KLIK

AGAMA IKUT KEPALA OTAK UMNO: INI HASILNYA : WAJIB KORANG TENGOK

maka agama hancur ditangan mereka;

Perhimpunan dianjurkan dua pertubuhan Melayu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida).akhirnya ada kejadian dimana gereja tempat penganut agama lain dah dibakar. ini semua karena mereka beragama dengan kepala otak sahaja yaitu kepala otaknya sendiri dan tidak mengikuti rasul dan alloh swt yang punya agama itu sendiri.

Blog 2 KLIK

Ini bukan jihad, Ini keganasan

Ini adalah perancangan pihak tertentu untuk mewujudkan suasana ketakutan dan tidak selamat serta ketegangan kaum dan agama dalam negara. Saya tidak menolak kemungkinan besar dibelakang peristiwa-peristiwa sebegini ialah orang-orang politik tertentu (dalam Umno). Umno sudah tidak mendapat sokongan rakyat terbanyak. Mereka telah beberapa kali mengingatkan rakyat mengenai berulangnya peristiwa 13 Mei dan mereka mahu rakyat menyokong mereka dengan cara menakutkan rakyat. Insiden kepala lembu diantara perancangan mereka yang gagal membangkitkan kemarahan rakyat Islam dan Hindu.

Saya juga ingin mengingatkan rakyat supaya bertenang dan jangan terperangkap dengan agenda politik Umno/BN yang sudah tidak mampu memikat rakyat dengan agenda '1 Malaysia'.

YB Dr Siti Mariah Mahmud
MP for Kota Raja

Betapa cetek, kotor dan jahatnya pemikiran puak-puak pembangkang ini, lebih-lebih lagi penulis blog yang datang dari seorang Ahli Parlimen yang berstatus Doktor, tetapi kerana kepentingan politik, pemikirannya menjadi jumud……

Kawan juga boleh membuat andaian mengikut pemikiran yang jumud macam puak-puak pembangkang ini.

Tidak salah kalau kawan mentafsirkan, kenapa Khalid Samad - PAS begitu kuat menyokong agar kalimah ‘Allah’ boleh digunakan oleh pihak gereja Katholik ?

Mengapa Anwar Ibrahim, begitu bersungguh-sungguh mempertahan isu tersebut ?

Dan mengapa kepimpinan PAS begitu dingin untuk bersama-sama membantah di atas penggunaan kalimah ‘Allah’ tersebut ?

Apabila orang-orang Melayu Islam dari UMNO dan NGO-NGO sibuk mengadakan demonstrasi membantah secara aman, dilihat pula sokongan-sokongan menggalakan dari segenap sudut, maka kesempatan ini diambil oleh pengkhianat-pengkhianat yang tidak bertanggungjawab dengan membakar 3 buah gereja pada malam sebelumnya …….

Tidak salah kalau kawan juga berandaian bahawa ini juga adalah satu perancangan atau agenda licik dari pihak pembangkang untuk mendapat keuntungan politik mereka………….

Kenapa tidak ? Cuba kita renung bersama, bukankah tidak lama lagi di Negeri Sarawak akan diadakan Pilihan Raya negeri ?

‘Pemikir dunia’ ini mungkin begitu licik memikirkan bahwa di Sarawak rakyatnya terdiri pelbagai etnik juga pelbagai anutan agama dan sebahagian besarnya dari etnik-etnik di Sarawak adalah penganut agama Kristian…….

Tidakkah kalau kawan juga berfikiran bahawa, ‘ahli pemikirdunia’ yang licik ini juga telah merancang agenda jahat supaya penganut-penganut agama bukan Islam di Sarawak akan membenci Kerajaan UMNO-BN…………

Begitulah, kalau kawan juga berfikiran jahat macam Dr Siti Mariah, Ahli Parlimen Kota Raja, menuding jari kepada UMNO…….

Tetapi, tidak mustahilkan ? Kalau kita rujuk kembali kepada surat dari Pertubuhan Gereja Seluruh Sabah kepada Anwar Ibrahin, Ketua Umum PKR…..

Kawan berharap kepada seluruh warga Malaysia, janganlah mudah tertipu dengan dakyah-dakyah songsang dari kalangan-kalangan yang sentiasa ingin melihat Malaysia kucar kacir, tidak harmoni kerana terlalu bernafsu hendakkan kuasa……

Biarlah Kerajaan, Polis serta pihak-pihak yang diberi tanggungjawab untuk menyelesaikan isu-isu ini dengan baik dan sempurna, beri keyakinan mereka-mereka ini menjalankan tugas………… jangan asyik menuding jari kepada Kerajaan UMNO-BN…….




19 comments:

  1. kadang-kadang bila kita bagi muka pada mereka, mereka langsung tak hargai langsung..perhatian ye, PAS dengan PKR bukan jenis yang hargai erti berbaik2..

    ReplyDelete
  2. Kalau camtu..saman aje le mulut2 / tangan jahat mangkuk PR tu..

    ReplyDelete
  3. Salam Ziarah........

    Diharap semua pihak bertenang.Islam tidak mengajar kita untuk melakukan kemusnahan terhadap rumah ibadat kaum lain dan ianya mungkin juga sabotaj pihak-pihak tertentu yang mengambil kesempatan terhadap isu kalimah ALLAH terhadap orang islam yang dianggap ekstrem

    ReplyDelete
  4. Salam sejahtera Yanggambi,

    sedihlah bila melihat perkara seperti ini boleh berlaku di negara kita. Apapapun kita semua berharap masyarakat tanpa mengira fahaman politik, agama atau juga budaya bertenang dan jangan sesekali menuding jari menuduh orang itu orang ini yang melakukan perkara itu selagi pihak berkuasa belum dapat mengesan mereka yang bertanggungjawab. Terima Kasih.

    ReplyDelete
  5. Inilah kelemahan kita melayu , di saat seperti ini masih ada yang ingin menunduh antara satu sama lain untuk kepentingan sendiri .

    Saya tidak sokong mana-mana parti .

    ReplyDelete
  6. CCZ, Lagenda, Hilbert, terima kasih dengan komen-komen tuan.... kawan bukan sengaja nak besarkan atau nak tambahkan ketegangan tentang isu ini, kawan sekadar membalas sikap-sikap pembangkang yang tidak bertanggung jawab menanamkan kebencian kepada UMNO..... segala insiden ditujah kepada UMNO-BN... terserah penerimaan masyarakat semua dengan artikel kawan ni..... kawan menulis bukan kerana diupah pihak tertentu..........itulah curahan hati kawan sendiri...

    Alfarook, terima kasih melawat blog.... sindiran tuan kawan terima...

    ReplyDelete
  7. Dah baca entry dua link tersebut .

    Saya agar kecewa apabila mereka menuduh UMNO tanpa sebarang bukti .

    ReplyDelete
  8. Touyakaruma, di atas kelemahan bangsa Melayulah maka kita sindiri perlu memperbaikinya.... jangan mudah hanyut dengan arus yang songsang...

    Tuan, sebagai pelajar teruskan belajar serta tingkatkan kecemerlangan..... terima kasih komen tuan.

    ReplyDelete
  9. SLM BRO..TAK MUSTAHIL SASARAN SETERUSNYA GEREJA2 DI SABAH & SARAWAK AKAN JADI MANGSA. HARAP2 PIHAK POLIS MENGAMBIL LANGKAH LEBIH BERKESAN LG

    ReplyDelete
  10. mabuk ke MP kota raja ni? inilah masalah bila perempuan pegang kuasa. perempuan memang suka memfitnah dan bergosip.

    bila pegang kuasa, lagilah laju fitnah dan gosip yang keluar dari mulut dia.

    yang amalkan politik ganas adalah PAS dan PKR. Yelah kalau dah melancap tengah jalan, sapa nak mengakukan. Pasti tuduh orang lain yang buat.

    suka suka je tuduh UMNO yang buat. memang sial lahanat lah perempuan ni.

    ReplyDelete
  11. Jeffry, Yb Raz, Dr1221, terima kasih dengan komen tuan..... kita semua perlu berhati-hati dan kerajaan perlu giat menghindar segala gejala seperti ini walau pun di tuduh zalim..... yang penting rakyat hidup aman damai......

    ReplyDelete
  12. Di takdirkan sebagai sesat se sesatnya.

    Orang PAS dah ada surat jaminan masuk Syurga.

    ReplyDelete
  13. takkan bodoh sangat umno nak buat begitu. yang lontar tuduhan tersebutlah otak lebih bodoh. mungkin mereka kot.

    ReplyDelete
  14. Salam,

    yg bakar dewan UM tu UMNO ke? cuba fikir kaki bakar ni didikan siapa?

    ReplyDelete
  15. ini adalah permainan politik yang paling kotor di tanah air. permainan seperti ini patut dihentikan segera.

    ReplyDelete
  16. Arif Omar said...

    takkan bodoh sangat umno nak buat begitu. yang lontar tuduhan tersebutlah otak lebih bodoh. mungkin mereka kot.
    ----------------------------------------------------
    Betul!... Orang UMNO tak kan buat begitu. Masa perarakan kepala lembu tempohari pun bukan orang UMNO tetapi orang Myanmar, Indon dan Bangla.

    ReplyDelete
  17. MatTrengganu, Arif, JUnah dan McHeory, terima kasih komen........ kita sama-sama lihat dan kalau perlu mari kita sama membuat solat hajat memohon Allah memberi pertunjuk........

    A-I-B, janganlah terikut-ikut juga dengan sifat-sifat menuding jari pada orang lain, jangan sampai telunjuk ditujukan kepada orang, 4 jari lagi menghala kepada diri sendiri.....

    ReplyDelete
  18. salam....

    PR mulakan..PR buat perangkap...PR kesempatan... PR tuduh pihak lain...
    PR keuntungan politik..PR seterusnya?

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..