Saturday, January 2, 2010

ADUN Tanah Rata sertai Gerakan-BN


KUALA LUMPUR: Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Tanah Rata, Pahang, Ho Yip Kap, yang merupakan wakil rakyat Bebas secara rasminya telah menyertai Gerakan.

Mengumumkan perkara itu dalam satu kenyataan hari ini, Pengerusi Jawatankuasa Badan Perhubungan Gerakan Pahang Datuk Dr Ng Keong Chye berkata keputusan Ho untuk menyertai parti komponen Barisan Nasional (BN) itu dibuat selepas mempertimbangkan pandangan penyokongnya dan anggota akar umbi. KLIK

Tahniah YB Ho…………

Dengan kemasukan Ho ke Gerakan-BN, kerajan BN di Pahang kini menguasai 38 daripada 42 kerusi di Dewan Undangan Negeri.

Pembangkang hanya tinggal 4 kerusi yang terdiri daripada Leong Ngah Ngah DAP Triang, Choong Siew Onn DAP Tras, Syed Hamid Syed Mohamed PAS Kuala Semantan dan Syed Mohammed Tuan Lonik PAS Beserah.

Harapan PKR dan DAP untuk memancing Ho nampaknya berkecai apabila Ho dikatakan lebih yakin dengan ideology serta perjuangan politik Parti Gerakan untuk menyatukan rakyat, tanpa mengira bangsa, gender dan agama untuk membina sebuah negara yang bersatu, adil, liberal dan progresif.

Ho, memilih Gerakan-BN sebagai platform untuk beliau berkhidmat kepada rakyat, terutamanya pengundi di Tanah Rata.

Selamat berkhidmat untuk rakyat YB HO Yip Kap…….. syabas kerana memilih BN……..





12 comments:

  1. salam
    nampaknya tersengeh la DAP & PKR

    ReplyDelete
  2. YES..SEMAKIN HARI SEMAKIN BN MENDAPAT MOMENTUMNYA SEMULA.

    TAHNIAH YB HO YIP KAP..

    SEMUGA YB TERUS BERKHIDMAT DENGAN LEBIH CEMERLANG

    SEMUGA MOMENTUM BEGINI BERTERUSAN SEHINGGA PRU 13.

    ReplyDelete
  3. semoga ianya menjadi momentum kepada semua YB Barisan Nasional untuk bekerja lebih gigih lagi mendepani masalah rakyat dan seterusnya menjadi JUARA dalam memberikan perkhidmatan terbaik...

    ReplyDelete
  4. dah lame tak ziarah kat blog kawan ni...
    rindu rase kat hati....

    ReplyDelete
  5. Sebenarnya YB. Ho Yip Kap ni tetap dengan idelogi BN walaupun Menang atas tiket Bebas, Tahniah YB kerana kembali kepada BN, ini merupakan satu petanda kercayaan masyarakat cina kepada BN tetap ada dan sememangnya mereka yakin hanya BN yang boleh tolong mereka, HIDUP BN!!! , HIDUP TANAH RATA !!!

    ReplyDelete
  6. Salam,
    Ini menunjukkan bahawa PR dah nak kehabisan "KATAN".

    ReplyDelete
  7. Bestnya kalau terjadi di Kedah..PRU13 kami akan bangkit balik!!!Yehaaaa!!!!

    ReplyDelete
  8. LAGI BAGUS BIAR LAH RAMAI AHLI PKR DAN PAS YG KELUAR PARTI. LAGI MERIAH HUHUHU

    ReplyDelete
  9. Terima kasih sahabat-sahabat, Dr1221, Abang Tuah, Gengsahabat, Duri Laka, Arif Omar, Senja Liza, CCZ dan Jeffry yang banyak menyokong membeeri komen dalam blog kawan.....

    NanLimo Bertuan, terima kasih juga sudi mampir walau pun kita dari dua negara tapi satu rumpun...

    ReplyDelete
  10. Salam, Yang Gambi.
    Taniah dan Syabas kepada YB Dun Tanah Rata kerana memilih parti Gerakan.
    Semoga BN bertambah kuat dan terus kekal memtadir naga ini.

    ReplyDelete
  11. sekor balaci lagi hampes masuk dalam kandang najis khinzir.

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..