Sunday, October 24, 2010

DUN Galas-Hadi dakwa, PAS ada kelebihan

PAS yakin calon mereka mempunyai kelebihan pada PRK DUN Galas walaupun tewas dua kali ketika bertanding kerusi Parlimen Gua Musang menentang Ku Li 2004-2008.

Presiden PAS, Hadi Awang, mentafsir berdasarkan keputusan PRU ke 12 yang mana undi majority kerusi Parlimen Gua Musang yang diperolehi Dr Zulkefli Mohamad di kawasan Galas melebihi dari Ku Li sebanyak 300 undi.

AYG ; itu fakta yang nyata, tetapi mungkin senario sikap pengundi-pengundi di DUN Galas hari ini telah berubah apabila kawasan kubu UMNO ini telah mengetahui akan kesilapan mereka mengundi PAS pada 2008……

Walaubagaimana pun, tidak dinafikan juga dakwaan Hadi, PAS memang ada kelebihan kalau dilihat cara PAS yang telah mendahului jentera BN menggerakan segala tenaga dan wang ringgit untuk memenangi semula hati pengundi, lebih-lebih lagi pengundi-pengundi dari kaum Cina……

Isteri tok guru Nik Aziz sendiri juga sudah awal-awal turun padang memberi sumbangan kepada masyarakat Cina, sumbangan pilihan raya yang pernah Nik Aziz katakan haram, rasuah untuk mendapat undi…… lo ni halal pulok, bilo keno kat demo….

Tinjauan AYG ke kawasan perkampungan masyarakat Cina di Kampung Pulai, sebahagian besar pengundi yang ditemui berterus terang berkata akan tetap memberi undi kepada PAS walaupun PAS telah mungkir janji untuk memberi geran tanah kepada mereka……. Kenapa ?

Mungkin inilah yang dikatakan Hadi, PAS mempunyai kelebihan di Galas…….

Walau pun selepas memenangi serta menjadi kerajaan pada PRU 12, PAS telah berbohong serta mungkir janji memberi geran tanah, tetapi kali ini PAS berjanji pula ‘tidak akan menggangu atau tidak akan diambil tindakan atau diusir dari tanah-tanah yang diceroboh’ selagi PAS memerintah Kelantan……

Itulah janji PAS, puak-puak hamPAS ini akan ‘menghalalkan’ apa saja asalkan mendapat undi…….

Bagaimana pulak dengan rakyat Kelantan sebahagian besarnya adalah masyarakat Melayu-Bumiputera yang diusir serta tanah-tanah mereka dirampas kerajaan PAS dengan alasan telah menceroboh ?

Inilah agaknya yang dikatakan PAS ‘kerajaan kebajikan’, tapi hanya untuk golongan tertentu sahaja…..

3 comments:

  1. Sekarang semua halal kerana politik. Politik nak tarik sokongan pengundi. Dulu sampai nak asingkan lelaki perempuan dalam bas,pasaraya dsbnya. Dulu katanya konsert dan nyanyian melekakan dan mengkhayalkan. Sekarang Jom Heboh di Kelantan,konsert Tomok boleh pula.Dulu semua pemberian UMNO rasuah,sekarang mereka yang beri dulu.Dulu tuduh UMNO bersahabat dengan kafir MCA,MIC kini mereka bersahabat dengan DAP....

    ReplyDelete
  2. hehe.. memang PAS ada kelebihan..
    kelebihannya ialah.. pembohong, pemecah belah umat, dan fitnah..
    PAS = Parti Angkat Sumpah.. talak tiga woo... kehkehkeh...

    ReplyDelete
  3. AYG, kelebihan pada lilitan serban dan labuhnya jubah.....tapi itulah yang telah menipu umat Melayu...

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..