Sunday, October 24, 2010

CALON BN- Aziz di DUN Galas, Linda di Parlimen Batu Sapi

Abdul Aziz Yusuf, 49 tahun, Setiausaha UMNO Bahagian Gua Musang dan juga bekas Ketua Pejabat Operasi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) telah diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai calon BN bagi kerusi DUN Galas.

Dengan itu, rasmilah sudah bahawa Abdul Aziz Yusof menentang calon PAS, Dr Zulkefli Mohamad, pemangku Yang Dipertua PAS Gua Musang bagi merebut kerusi di DUN tersebut.

Sementara itu, bagi PRK Kawasan Parlimen Batu Sapi, Sabah, Datin Linda Tsen Thau Lin, 54 tahun, Timbalan Ketua Wanita PBS Elopura, juga isteri kepada mendiang Datuk Edmund Chong Ket Wah telah dipilih sebagai calon BN.

Beliau akan ditentang oleh Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee.

Kawasan Parlimen Batu Sapi mempunyai 25,582 pengundi yang terdiri daripada 24,047 biasa dan 1,535 undi pos. Pecahan pengundi mengikut kaum terdiri daripada 15,099 (59.02 %) Bumiputera-Muslim, 689 (2.69 %) bukan Bumiputera-Muslim, 9,737 Cina (38.06 %) dan 57 lain-lain kaum (0.22 %).

Pada PRU ke 12, 2008, BN memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 3,708 undi menewaskan calon Bebas, Chung Ong Wing.

AYG ; Tahniah kepada kedua-dua calon BN dan selamat bertanding………….

Semoga pengundi-pengundi di kawasan DUN Galas dan Kawasan Parlimen Batu Sapi bijak memilih parti yang benar-benar memperjuangkan nasib rakyat setempat…..

1 comment:

  1. Calon telah dipilih...Tibalah masanya gerakkerja yang sempurna diperlukan dari jentera p/raya BN,pastikan kejayaan..

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..