Tuesday, October 5, 2010

‘Ceritalah’ bersama 250 pendokong veteran UMNO yang diraikan

Isnin, 4 Oktober 2010, UMNO Bahagian Rompin dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Pahang telah menganjurkan Program ‘Ceritalah’ dan Majlis Sambutan Hari Raya bersama veteran-veteran UMNO dalam kawasan Parlimen Rompin, di Dewan Jubli Perak SAS, Majlis Daerah Rompin.

Dato’ Haji Hasan Arifin, Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Dato’ Abd Rahim Dato’ Ibrahim dan Tuan Haji Wan Kadri Wan Mahusain, Setiasusaha UMNO Bahagian sebagai peneraju utama menganjurkan program, telah bersama-sama menyambut serta meraikan tetamu yang terdiri daripada pendokong veteran UMNO seramai 250 orang yang berumur 65 tahun dan yang paling tua berumur 94 tahun.

Menurut kata Dato’ Hasan, tujuan program ‘Ceritalah’ ini dianjurkan semata-mata untuk merapatkan veteran-veteran UMNO dengan generasi baru kepimpinan UMNO Bahagian Rompin seperti Pemuda dan Puteri.

Berbagai-bagai cerita dan kisah pengalaman yang dipaparkan oleh mereka, suka, duka, pahit maung semasa mula-mula mewujudkan UMNO pada tahun 1946, yang mana pada waktu itu fokus UMNO semata-mata untuk mendapatkan kemerdekaan dari penjajah British.

Walau pun majlis tersebut berjalan dengan lancer dan berjaya, kekesalan lebih terasa apabila Dato’ Abd Rahim Dato’ Ibrahim, selaku Pengerusi program meluahkan rasa kesalnya apabila rencana agar AJK UMNO Bahagian, AJK Pergerakan Wanita, AJK Pergerakan Pemuda dan Puteri yang turut bersama-sama meraikan veteran-veteran tidak berlaku seperti yang dirancangkan.

Di mana silapnya ?

Selain Dato’ Hasan Arifin, Timbalan Ketua, Wan Kadri Wan Mahusain, Setiausaha Bahagian yang menyambut kehadiran tetamu, hanya seorang saja AJK Bahagian iaitu Mohamed Samim dan seorang AJK Pemuda bahagian Zaidi Othman yang Nampak bersama-sama meyambut serta meraikan tetemau istimewa dalam Dewan tersebut……

Yang lain-lain ke mana perginya ?

Dari pemerhatian kawan, apakah kerana program ini tidak dihadiri Ketua UMNO Bahagian Rompin, YTM Dato’ Sri Jamaluddin Jarjis yang sedang berada di Amerika, maka AJK-AJK Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri merasakan program ini tidak penting ?

Wakil-Wakil Rakyat muda yang ada dalam Bahagian Rompin juga tidak menampakkan baying untuk bersama-sama dalam program tersebut……. Mengapa ?

Itu sekadar andaian kawan sahaja, maaflah kalau kawan tersilap, mungkin sebahagian besar Wakil-Wakil Rakyat, AJK-AJK Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri terlalu sibuk dengan tugas dan tanggungjawab. Mana lagi hendak menguruskan projek-projek, perniagaan, kontark sehingga tidak berkesempatan untuk hadir………..

Walaubagaimana pun tahniah kepada UMNO Bahagian Rompin yang menganjurkan program tersebut……

11 comments:

  1. Tuan,
    Saya telah link blog tuan ke entry blog saya.

    ReplyDelete
  2. Orang muda bukan nak dengar cerita orang tua..
    mereka kan lebih bijak. Mungkin bagi mereka program tu tak penting.

    ReplyDelete
  3. sibuk menguruskan projek, perniagaan kontrak..adus cukup berbisa heheheee

    ReplyDelete
  4. Tahniah kpd yg menganjur.... patut dijadikan contoh program.... Ceritalah kpd pemimpin generasi muda akan perjuangan sebenar veteran-veteran UMNO utk memertabatkan bangsa dan agama..... juga bumi tercinta....

    ReplyDelete
  5. Salam bro, banyak sangat kut jamuan raya.

    ReplyDelete
  6. bagus sangat program seumpama ini....tapi yang peliknya kenapa tak ada respon daripada entiti...di mana silapnya...program besar begini tentu ada mesyuaratnya...tentu ada wakilnya...SUB boleh hadir program tapi kenapa yang lain tak hadir...ke jemputan tak sampai atau tak ada jemputan.tak mahulah program seumpama ini menampakkan buruk kita..ayat yang diguna dalam artikel ini ada yang tak berapa tepat..YB muda tak hadir...tak kan lah tak tahu yang 2 YB muda(PEMUDA)pada masa ini mengikuti lawatan rasmi kerajaan negeri keluar negara..orang muda tak datang....program di belah pantai...takkanlah nak kumpul limaenampuluh pemuda belia puteri beliawanis tak mampu...jangan nampakkan kita ni tak ada akar umbi...malu..maaf ..saya terpaksa menulis sebegini sebab bimbang apa yang tertulis di entri ini tidak sebagaimana yang sebetulnya..wallahualam..

    ReplyDelete
  7. Terima kasih sahabat semua memberi komen.....

    Anonymous 2, sebab itu kawan letakkan ayat "Di mana silapnya"........ persoalannya apakah ada perbezaan antara ajk kawasan darat dan pantai, maka kalau sesuatu aktiviti di buat, maka hanya pihak yang ada di tempat tersebut sahaja yang perlu meraikannya........ silap tu...

    ReplyDelete
  8. sebenarnya, umno rompin tak segagah dulu. pimpinan dulu pentingkan suara rakyat tapi sekarang pilihan wakil rakyat. suka ker, tak suka ker, tetap pilih jadi pemimpin. jadi kawan pun dah tawar hati nak ikut program umno rompin. bgm pun kawan ucapkan syabas! kerana korang buat program ni, sekurang2nya dapat mengubat hati para veteran umno.

    ReplyDelete
  9. KO nak tau sebab apa? Sebab kami orang Rompin walaupun orang UMNO benci sama Dato' Hassan...Projek didahulukan, duit diutamakan, masa jadi wakil rakyat dulu, habuk pun tarak. Yang penting projek untuk kroni jer yang banyak. Sebab tu la, semakin ramai orang bencikan UMNO!

    ReplyDelete
  10. Dengar pulak ura-ura sekarang ni nak gantikan YB Jo dengan Wan Kadri sebagai calon pilihanraya. Alamat bungkus la UMNO. Rakyat Rompin (Dun Tioman khususnya) semua kenal YB Jo yang memang banyak jasa kepada rakyat. Kami pun kenal BAPAK KONTRAKTOR Wan Kadri. Harap2 UMNO Rompin tak buat silap calonkan Wan Kadri menggantikan YB Jo. Kalau UMNO buat jugak, memang aku yang penyokong tegar UMNO ni pun akan pangkah PAS untuk DUN Tioman & JJ sebagai ahli parlimen.

    ReplyDelete
  11. betul pemimpin umno rompin lama lebih pentingkan rakyat (cucu Dato Haji Abdul Latiff Kantan)

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..