Tuesday, August 25, 2009

PAS menang - Mahfud, Nasarudin Berjaya meruntuhkan Masjid !

PAS memenangi kerusi DUN Permatang Pasir dengan majoriti besar tetapi merosot beberapa ratus undi daripada keputusan yang dicapai parti itu pada pilihan raya umum tahun lepas.

Calon PAS Mohd Salleh Man mendapat 9,618 undi, meninggalkan calon BN Rohaizat Othman dengan 5,0
67 undi.

Majoriti yang diraih Salleh 4,551, kurang 882.

PRU 12, PAS mendapat majoriti 5,433 undi - kemenangan PAS kali ketiga di kerusi Permatang
Pasir sejak pilihan raya umum 1999.

Jumlah mereka yang keluar mengundi merosot hampir 10 peratus kali ini kepada 73.1 peratus berbanding 82.6 peratus pada Mac 2008.

Tahniah kepada Mohd Salleh Man !!!!!!!

Komen ;

PAS diketuai Mahfud dengan bantuan Ketua Pemuda PAS, Nasruddin menggunakan tatik ‘membunuh karektor’ calon BN, Rohaizat cukup berjaya.

PAS tidak perlu bersusah payah menjanjikan membuat pembangunan kepada rakyat di Permatang Pasir, memadai dengan janji ‘SYURGA’ dari Tok Guru Nik Aziz.

Slogan-slogan “ PILIH UMNO ATAU PILIH ISLAM “ dan “ORANG UMNO TIDAK BOLEH MASUK SYURGA” juga telah menambat hati orang-orang Melayu di Permatang Pasir.

Pengundi-pengundi Melayu seolah-olah langsung tidak mahu dengan sogokan-sogokan pembangunan dunia, malah bagaimana isu Islam diperhina serta diperolok-olok oleh DAP sahabat baik PAS juga tidak dapat mengubah hati pengundi-pengundi Permatang Pasir.

Tetapi, apa yang kawan lihat, perkara pokok yang menjayakan PAS mengekalkan kerusi Permatang Pasir adalah isu peribadi calon. Mahfud dan Nasarudin bijak mengeluarkan idea ‘Rohaizat beristeri dua’, boleh dikatakan 90% isu ini mempengaruhi hati pengundi-pengundi.

Mahfud dan Nasrudin Berjaya !!!!

Pertama- Berjaya memecahbelahkan perpaduan umat Melayu Islam di Permatang Pasir.

KeduaBerjaya meruntuhkan rumahtangga Rohaizat.

Sebagai seorang Islam, apakah Mahfud dan Nasrudin boleh berbangga dengan kejayaan ini ?

Kepada Rohaizat, anda kena terima kekalahan, bahawa kekalahan anda kerana ada rahmat disebaliknya dan harus bersyukur kepada Allah SWT.

Pesan kawan, lain kali carilah seorang PEREMPUAN untuk dijadikan isteri ke2, ke3 atau ke4, jangan cari seoarang BETINA, kerana ianya tidak akan membawa kebahagian kepada anda……(maaf kalau terkasar bahasa)

Terimalah hakikat dan kenyataan, kuatkan semangat untuk terus berjuang. InsyaAllah kita akan mencapai kejayaan…..



Siti Aishah-tuntutan mutaah RM3 juta ditangguh lagi


KOTA BAHARU: Perbicaraan kes tuntutan mutaah RM3 juta yang dikemukakan bekas isteri kedua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Melor (Pas), Wan Ismail Wan Jusoh, di Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini ditangguhkan kepada 3 Disember kerana Hakim Syarie Abdullah Man berkursus di Kuala Lumpur. Peguam Syarie Mohd Sibri Ismail, yang mewakili bekas isteri Adun itu, Siti Aishah Chou Abdullah, berkata perbicaraan kes itu dijadualkan berlangsung hari ini setelah ianya ditangguhkan 29 Julai lalu akibat masalah kerosakan pendingin hawa di bangunan mahkamah.

Siti Aishah tiba di Mahkamah Tinggi jam 11 pagi bersama keluarganya menerima surat penangguhan itu oleh pegawai pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah. Klik

Komen ;

Mula-mula Mahkamah mengalami kerosakan aircond, kali ini Hakim Syarie Abdullah Man berkursus di Kuala Lumpur.

Begitulah nasib janda muda bekas isteri kedua ADUN Melor (PAS), Wan Ismail Wan Jusoh kalau mengharapkan pengadilan kerajaan Islam PAS yang terkenal dengan tipu helah dan putar belit kalau terkena batang hidung puak-puak PAS.

Bukan Siti Aishah sahaja yang menerima nasib macam ini di Mahkamah Syari’ah dalam negeri Kelantan, kalau kes-kes yang bersabit dengan puak-puak dan kuncu-kuncu PAS jangan haraplah hendak mendapat pembelaan setimpal.

Kalau kita ingat kes Mat Sabu ditangkap khalwat dengan bini orang dalam hotel di Kota Bharu, no bilik 121. Bagaimana peranan Nik Aziz menyelamatkan Mat Sabu sehingga terlepas dari kena hokum.

Itulah merupakan permulaan segala kebusukan dan penipuan dalam Pas yang dikatakan pejuang Islam.

Kalau kes calon BN-Rohaizat, kita tengok Mahfuz dan Nasrudin bukan main lagi melalaknya di Permatang Pasir mengaibkan orang. Sedangkan kes rumahtangga Mahfuz sendiri lebih dari itu.

Kalau pengundi-pengundi Permatang Pasir tidak menilai ini semua, tak tahulah kawan nak kata apa lagi…….

Barisan Nasional menang di Permatang Pasir, insyaAllah……


Monday, August 24, 2009

N11 PERMATAMG PASIR – Muslimah PAS rasa geli-geli ?

PAS ibaratkan sudah hilang punca apabila satu persatu malapetaka dipertunjukkan Allah SWT akibat perbuatan songsang pemimpin mereka sendiri.

PAS - Mahfud agak sudah kehilangan idea mencipta fitnah terhadap UMNO-BN, setiap fitnah dan penghinaan yang mereka cipta memakan diri sendiri, harapkan Yusri sahabat Rohaizat Calon BN membantu menyerang calon, terbalik ke muka calon PAS.

PAS-Mahfud, bagai tertampar di muka apabila gagal memperkudakan Yusri untuk untuk menjatuhkan maruah Rohaizat, malah keburukan keluarga Mahfud sendiri terbongkar.

Mahfud dan PAS lebih malu lagi bila satu persatu penyelewengan kutipan wang sumbangan Masjid, derma jihad orang kampung terbongkar. Calon PAS juga didakwa menyonglap wang dana pilihan raya RM600 ribu.

PAS-Mahfud mengharapkan pengaruh-pengaruh PKR membantu, lebih malang juga apabila sebagaian besar penyokong-penyokong PKR bertindak keluar parti di Padang Serai bersama seorang ADUN dan juga Exco Kerajan PR Kedah.

Akhirnya Anwar Aljuburi terpaksa membuat penipuan lagi dengan mewar-warkan calon PAS akan dilantik Pengerusi MAIPP jika menang di Permatang Pasir.

PAS-Mahfud paling berharap kuda tunggangannya Nasrudin dapat membantu memberi aib yang besar pada Rohaizat, lebih malang juga bila kisah kekejaman Mahfud sendiri terhadap bekas isteri pertamanya terbongkar. Malah lebih banyak kebuasan nafsu syawat pemimpin-pemimpin PAS lain diketengahkan kepada pengundi-pengundi Pematang Pasir.

Mahfud lebih berkecamuk lagi apabila sikap buas nafsu calon PAS Mohd Salleh Man terserlah, kerana tidak dapat mengawal nafsu syawat, Salleh sanggup menggoda dan merampas isteri orang.

Nasrudin yang diharapkan dapat meraih sokongan besar dari pengundi-pengundi waanita juga gagal menyebarkan fitnah-fitnah dalam isu kezaliman Rohaizat terhadap kaum wanita.

PAS-Mahfud akhirnya terpaksa juga meneruskan serangan peribadi Calaon BN dengan menggunakan muslimah-muslimah PAS untuk mempengaruhi pengundi-pengundi wanita.

Muslimah-muslimah PAS sudah jadi ‘mami jarum’ menjalankan peranan menghasut pengundi-pengundi wanita supaya benci dan memandang jijik kepada calon BN Rohaizat.

Blog-blog pro PAS pun boleh dikatakan sudah tidak ada idea lagi hendak buat cerita-cerita fitnah, terpaksa juga mengenengahkan isu-isu Rohaizat menzalimi isteri kedua yang didakwa ada di Jengka, Pahang.

Cuba kita tengok apa yang ditulis dalam blog greenboc :

Ramai kaum wanita di Permatang Pasir merasakan mereka geli melihat muka calon UMNO BN, Rohaizat Othman yang berdusta bahawa kononnya beliau tidak pernah menikahi Rafizah Mohamad Ali, 29 mengakibatkan ayah kepada perempuan misteri itu, Mohamad Ali Abdullah, 59 memberi kata dua sehingga malam ini; untuk turut berceramah di Permatang Pasir sekiranya Setiausaha Agong Umno Permatang Pauh itu masih berdegil.

"Kaum wanita merasa begitu terhina dengan perbuatan Rohaizat itu, sudahlah berkahwin dengan cara yang tidak betul kerana terlah terlanjur perbuatan, kemudian berbohong pula," ujar seorang muslimah y
ang berasa berang dengan perlakuan calon UMNO BN itu.

"Rasa geli setiap kali mukanya dipaparkan di kaca TV," tambahnya.

"Akak menyampah tengok mukanya, terus-terang jer ler hanya kaum wanita yang gatal-gatal jer yang akan undi dia jadi wakil rakyat kita," ujarnya lagi.

Wow…wow….wowwwww !!! bersemangat sungguh muslimat ‘mami jarum’ PAS ini bercakap, “hanya kaum wanita yang gatal-gatal jer yang akan undi dia jadi wakil rakyat”, kawan ulang lagi.

Barulah kawan tahu, selama ini ramai muslimat PAS yang gatal-gatal dan mengeryam rupanya……..

Apa tidaknya, berapa ramai dari kalangan lelaki PAS yang tidak bertanggungjawab terhadap kaum wanita telah jadi calon dalam pilihan raya dan ada pun yang sudah jadi wakil rakyat ?

Keseluruhan pengundi-pengundi wanita yang telah mengundi mereka-mereka yang buas nafsu syawat ini terdiri dari golongan yang gatal dan mengeryamlah ye ?

Bagus…….bagus…….muslimah ‘mami jarum’ PAS telah menyerlahkan sifat-sifat sebenar kaum muslimah PAS disebalik tudung labuh, purdah dan jubah.

Inilah sebahagian aturcara PAS-Mahfud untuk meraih sokongan pengundi-pengundi Permatang Pasir, selain tindakan-tindakan bermoral puak-puak PAS bersikap samseng dengan jentera-jentera wanita dan puteri UMNO-BN.

Kawan yakin, ramai-ramai pengundi-pengundi khusus pengundi Melayu sudah muak, jelak dan mula buka mata di atas sikap-sikap jahat menipu PAS berlebelkan Islam.

Tekadkan hati dan fikiran, undilah Barisan Nasional pada esok 25 Ogos 2009 dan selamat berpuasa…..


Nik Aziz – bidas UMNO, desak ADUN Galas letak jawatan


Semalam, Nik Aziz meluahkan rasa dukacita dengan sikap sesetengah pemimpin parti lawan yang mendesak ADUN Galas dari PAS, Chek Hashim Sulaiman, supaya meletakkan jawatan atas sebab-sebab kesihatan. Sepatutnya semua pihak mendoakan supaya kesihatan orang yang sedang sakit itu, terutama wakil rakyat, kembali berkhidmat kepada rakyat, katanya. Malaysiakini.com

Nik Aziz mengulas kenyataan ADUN Kok Lanas, Datuk Alwi Che Ahmad, yang menyarankan supaya ADUN Galas yang kini menjalani rawatan di luar negeri, meletakkan jawatan.

Menyingkap kembali cerita ADUN Galas, Che Hashim Sulaiman, 45, yang sedang menjalani rawatan di sebuah hospital di Guangzhao, China kerana barah usus dikatakan sedang berada di dalam keadaan kritikal dan menjalani pembedahan dengan biayaan kerajaan Pas Kelantan berjumlah RM200,000.

Sebagai saudara sesama Islam, kita wajib mendoakan supaya kesihatan beliau kembali seperti sedia kala, dan seterus dapat menjalankan tugas-tugas yang telah diamanahkan rakyat kepada beliau.

Tetapi kawan rasa Nik Aziz juga tidak perlu terburu-buru melahirkan rasa dukacita di atas saranan ADUN Kok Lanas tersebut, mungkin juga niat ADUN Kok Lanas ingin melihat rakyat di kawasan ADUN Galas berterusan mendapat khidmat dari wakil rakyat yang mereka pilih.

Pada pandangan, Alwi Che Ahmat, Kok Lanas, rawatan Che Hashim Sulaiman, Galas memakan masa yang panjang dan demi menjaga nama baik ADUN Galas agar tidak menjadi rungutan rakyat, maka adalah wajar Alwi menyarankan agar ADUN Galas meletak jawatan.

Jadi kawan rasa, saranan ADUN Kok Lanas adalah logik dan pihak Nik Aziz dan kerjaan Kelantan perlu menimbangnya dengan hati yang terbuka.

Nik Aziz perlu melihat juga, bagaimana Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail, telah menghantar surat kepada SPR Kedah memaklumkan bahawa keanggotaan DUN, Kota Siputeh Datuk Abu Hassan Sarif hilang keanggotaannya setelah didakwa gagal menghadiri sidang DUN dua hari berturut pada 19 April dan 9 Ogos lepas.

Nik Aziz juga perlu mengambil kira, bagaimana Speaker DUN Kedah terlalu gopoh dan bernafsu untuk melucutkan keanggotaan DUN Seputeh, sedankan Abu Hasan Sarif mempuyai sebab mengapa beliau tidak dapat hadir, tetapi ADUN tersebut masih berterusan memberi khidmat kepada rakyat di dalam kawasan yang dia wakili.

Kalau direnung dengan dua isu ini, adalah lebih baik Nik Aziz bersikap lebih rasional sebelum membuat kenyataan memperbesar-besarkan isu ADUN Kok Lanas. Sebagai seorang pemimpin yang terkenal dengan fatwa-fatwa, adalah lebih baik Nik Aziz lebih kepada memikirkan permasalahan kemajuan di Kelantan daripada memperbesarkan isu semacam ini semata-mata untuk menutup segala kepincangan pimpinan PAS dalam menghadapi PRK DUN Permatang Pasir.

















Sunday, August 23, 2009

MAHFUD-pertingkatkan serangan isu peribadi Rohaizat


Pengarah pilihan raya PAS, Mahfud nampaknya kepanasan lebih tiga kali ganda dari ‘cacing kepanasan’.

Apa tidaknya, belum pun sempat hendak meredakan isu keluarga dan calon PAS kaki kapor duit derma, timbul pula calon PAS kaki kebas bini orang, datang pula bala lebih 200 ahli-ahli PKR Padang Serai dan ADUN Lunas keluar dari ‘pakatan rompak’. Ini bukan lagi macam ‘cacing kepanasan’, sudah macam cacing kena goring ini………

Mahfud dan PAS nampaknya terpaksa meningkatkan lagi tatik kotornya membongkar segala isu-isu peribadi calon UMNO-BN Rohaizat.

Maka sudah tentulah kaki samseng ‘penyamun tarbus’ Nasrudin Ketua Dewan Pemuda PAS, menjadi tukang canang untuk menambahkan lagi aib Rohaizat calon UMNO-BN dipersada pentas cermah PAS.

Orang tua-tua kata, ‘tak dapat tanduk, teliga hendak dipulas’ begitulah niat jahat yang terpendam dalam hati puak-puak ‘penyamun tarbus’ ini.

Selepas mengheret Yusri dengan isu penyelewengan wang koperasi, Pak Samad dengan isu PPSMI, hari ini Nasrudin yang menamakan diri ‘Tantawi’ (lepas ini dipanggil Takjawi) mengheret pula yang didakwanya bapa mentua (bapa Rafizah) Rohaizat ke pentas PAS untuk menambahkan lagi keiaban Rohaizat.

ISU ISTERI KEDUA

Rohaizat diberi tempoh sehingga tengah mala mini supaya mengakui bahawa ‘Rafizah’ adalah isteri kedua Rohaizat, atau pun Rohaizat perlu menarik diri sebagai calon PRK Permatang Pasir.

Inilah cara Islam yang PAS hendak tonjolkan untuk dijadikan sebagai model sebuah Negara Islam di Malaysia.

Nasrudin Takjawi ini mendakwa, tujuan dia isu ini semata-mata untuk menjelaskan betapa Calon BN ini telah melakukan kezaliman dan penganiayaan ke atas seorang muslimah yang dikahwininya sebagai isteri kedua beliau. Nasruddin Takjawi juga mendakwa, ini bukanlah bermotifkan politik tetapi melibatkan nafsu buas orang politik yang tidak kenal dosa dan pahala.

Begitulah munafiknya perkataan Nasrudin Takjawi ini, kalau benarlah dakwaan murni Nasrudin Takjawi bukan kerana politik, tetapi kerana hendak membongkar kejahatan ahli-ahli politik terhadap kaum wanita, mengapa tidak dibongkarkan sekali perbuatan kejam dan nafsu buas orang politi pemimpin PAS ?

Yalah, macam kekejaman dan buasnya nafsu pemimpin-pemimpin PAS macam Dwean Ulamak PAS Perlis, ADUN di Kelantan, Presiden PAS Hadi Awang dan banyak lagi sehingga tidak terkira.

Nafsu buas diri Nasrudin Takjawi terhadap kaum manita macam mana ?

Bawalah sekali dalam ceramah-ceramah PAS, masih ada masa dua malam lagi untuk Nasrudin Takjawi buat kerja-kerja amal macam ini. Kawan berjanji pada hari ini, kalau Nasrudin membongkar semua perbuatan ganas dan buas nafsu syawat pemimpin-pemimpin politik tidak kira dari PAS, PKR dan UMNO, kawan akan mendaftar diri kawan untuk menjadi ahli PAS…….. kawan cabar awak Nasrudin Takjawi……….

Kalau betul sekali pun Rohaizat telah menganiaya isteri keduanya bernama ‘Rafizah’, mengapa wanita ini tidak mengadu kepada pejabat-pejabat Agama yang terdekat di Pahang ? Tuan Ibrahim Tuan Man bukan Pegawai agama mana-mana Daerah, dia hanya seorang bekas wakil rakyat PAS yang tidak menuanikan janji di Jengka.

Dan kenapa selepas 7 bulan dikatakan diseksa zahir dan batin, baru sekarang baru ‘Rafizah’ hendak mendedahkannya ?

Pendapat kawanlah, kalau si Rafizah ini seorang muslimat yang baik dan bermaruah (mohon maaf dengan Rohaizat, kalau wanita ini benar isteri), Rafizah mesti lebih tahu hukum-hukum isteri menjaga maruah suami dan keluarga walau apa keadaan sekali pun.

Hak-hak ‘Rafizah’ sebagai seoarang isteri dan wanita muslim ada undang-undangnya dan tempatnya. Di Malaysia, undang-undang keluarga Islam dan Mahkamah Syari’ah ada disetiap negeri dan daerah. Mengapa ‘Rafizah’ tidak menggunakannya ?

APAKAH Tuan Ibrahim Tuan Man tidak ajar ‘Rafizah’ bagaimana ciri-ciri untuk menjadi seorang wanita muslim sejati dan seorang isteri ahli ‘syurga’ ?

Jangan ‘Rafizah’ terlalau yakin hanya mengundi PAS sudah pasti masuk ‘syurga’ macam kata Tok Guru. Syirik jadinya……….

Tidak keterlaluan kalau dikatakan ‘Rafizah’ (maaf sekali lagi dengan Rohaizat, kalau ya..) bukanlah seorang wanita yang bermaruah, mengapa dikatakan begitu ?

Pertama ; Sudahlah ‘Rafizah’ tidak ada maruah menikahi suami orang dengan cara sembunyi-sembunyi tanpa meminta izin dari isteri pertama Rohaizat. Tidak mengapalah, mungkin pada waktu itu ‘Rafizah’ terlalu kuat kepada nafsu, ‘Rafizah’ rela juga menjadi isteri kedua Rohaizat, tetapi selepas menikah, apakah ‘Rafizah’ tidak merasa bertanggungjawab untuk memohon restu isteri pertama Rohaizat ?

Kedua ; ‘Rafizah’ seorang wanita yang tidak bermaruah kerana menikahi Rohaizat, sedangkan ‘Rafizah’ tahu suaminya seorang penyokong kuat UMNO. UMNO dan penyokong-penyokong UMNO telah dikatakan ‘kafir’ dan tidak boleh masuk ‘syurga’, tetapi ‘Rafizah’ lebih rela tidak masuk ‘syurga’ kerana mengikut nafsu.

Ketiga ; ‘Rafizah’ lebih tidak bermaruah kerana tidak amanah menjaga maruah suami dengan mengaibkan suami, sepatutnya ‘Rasfizah’ dan keluarga memberi sokongan dan semangat kepada Rohaizat selaku suami ketika suami dalam keadaan memerlukan, bukannya menambahkan beban suami.

Bapa kepada ‘Rafizah’ juga tidak bermaruah, kenapa sekarang baru hendak mendedahkan keaiban menantu sendiri ? sanggup diperkuda PAS semata-mata hendak masuk ‘syurga’. Tidakkah ini juga maruah anak gadis sendiri, malah beliaulah yang menikahi Rohaizat dan Rafizah, kemudian mengaibkannya pula.

Pendek kata, janganlah ‘Rafizah’ dan ibubapa mengadai maruah diri dan keluarga kerana termakan pujukkan dan hasutan syaitan yang berwajah ulama ini. Mereka bukan hendak menolong menyelesaikan masalah ‘Rafizah’, malah mengaibkan lagi keluarga ‘Rafizh’. Puak-puak ‘penyamun tarbus’ ini semata-mata ingin mengambil keuntungan nafsu serakah politik PAS sahaja.

‘Penyamun tarbus’ PAS ini sanggup menjaja maruah orang Islam lain untuk mencapai kemenangan di Permatang Pasir, sifat-sifat kemanusiaan yang ada dalam diri ‘penyamun tarbus’ PAS ini sebenarnya sudah lama lenyap, yang tinggal hanya nafsu-nafsu haiwan yang sedang membara mengejar kuasa dan jawatan. Sebab itu mereka sudah tidak mempedulikan lagi halal haran, tidak peduli lagi agama Islam dan bangsa Melayu digadaikan, asal cita-cita jahat mereka tercapai.

Kepada ‘Nasrudin Takjawi’, tidakkah anda merasa berdosa dengan perbuatan anda ? Tidakkah dengan perbuatan ini, anda boleh dikatakan telah meruntuhkan sebuah Masjid ?

Itulah rupa sebenar ‘penyamun tarbus’ PAS disebalik jubah, serban, janggut dan jambang, tersimpan bisikan-bisikan syaitan dan iblis untuk memghancurkan umat Melayu dan Islam dalam Negara Malaysia….















1 MALAYSIA – Iklan DIGI meragukan

dari blog Media Cyber

Baru-baru ini syarikat telekomunikasi yang telah lama bertapak di negara ini melancarkan iklan barunya di setiap rangkaian tv Malaysia. Iklan baru itu tidak perlulah saya nyatakan, terasa seperti ada yang tidak kena dengan iklan Digi kali ini. Apakah mereka bersekongkol dengan Pakatan Rakyat atau cuma kebetulan?

Iklan yang mengambarkan RM1 dilanggar dengan kereta dan dibelasah sehingga jatuh menyembah lantai bumi. Tertanya-tanya juga saya apakah motif iklan Digi ini? Nak mempersendakan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Dato Seri Najib?? Apakah motif sebenar mereka? Kenapa harus gunakan simbol angka 1 untuk iklan mereka? Ketandusan idea atau sebaliknya?

Kepada Digi, sila berikan penjelasan mengenai perkara ini sebelum rakyat mulai memboikot product anda. Jangan timbulkan kekeliruan dikalangan pengguna Digi.

Komen yanggambi ;

Datuk Seri Najib Razak telah mengemukakan konsep ‘1 Malaysia’ dengan slogan “Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan” pada 3 April 2009 yang lalu.

Datuk Seri Najib Razak juga memberi penjelasan bahawa konsep 1 Malaysia ciptaannya tidak sama dengan konsep “Malaysian Malaysia” yang pernah diwar-warkan oleh DAP pada tahun 1960-an dahulu.

1 Malaysia bererti rakyat Malaysia berdiri, berfikir dan bertindak sebagai Bangsa Malaysia dengan mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara.

1 Malaysia bukan bererti kerajaan pimpinan Dato’ Sri Najib mengenepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan.

Kesimpulannya ;

Apakah masih dikalangan rakyat Malaysia yang masih tidak faham pengertian konsep 1 Malaysia ?

ATAU

Ada di kalangan rakyat Malaysia yang sengaja memutar belit pengertian konsep 1 Malaysia ?

Tidak dinafikan, masih ada rakyat Malaysia yang masih kurang mengerti dengan konsep 1 Malaysia, sama ada mereka ini masih belum diberi kefahaman atau sengaja tidak ambil tahu atau sengaja diputar belit atau masih tidak yakin dengan konsep 1 Malaysia.

Walau apa pun penilaian kita terhadap rakyat Malaysia yang mempeunyai sikap sedemikian, kawan sependapat dengan tulisan dari bolog Media Cyber hari ini.

Pada pendapat kawan, DIGI tidak sepatutnya membuat iklan seolah-olah mempersendakan slogan 1 Malaysia yang telah diideakan oleh Dato’ Sri Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia.

Walau apa pun mungkin alasan yang diberi DIGI kepada iklan syarikatnya, kawan tetap berpendapat DIGI sengaja tidak menghurmati serta mempersendakan konsep 1 Malaysia.

Kawan tetap membantah iklan DIGI sebegini dan mendesak agar syarikattelekomunikasi ini menarik balik iklan ini serta memohon maaf dengan Dato’ Sri Najib Tun Razak dan kerajaan Malaysia.

Kepada sahabat-sahabat yang sependapat dengan kawan, sila beri sokongan membuat bantahan ke atas DIGI ini………….

‘1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN’











Saturday, August 22, 2009

PERMATANG PASIR-‘penyamun tarbus’ berkeliaran

Kalau dilihat dari caci hina pemimpin-pemimpin PAS terhadap kepimpinan UMNO, rasanya tidak tertanggung di bahu kita betapa buruknya tanggapan puak-puak PAS.

Ungkapan kafir, penyamun harta rakyat, pegamal rasuah, pendek kata tidak ada satu pun yang baik bagi mereka melainkan buruk belaka.

Tetapi, apa yang kita lihat di PRK Permatang Pasir, puak-puak PAS sebelum ini di lihat mengambarkan ciri-ciri warak, alim, kesederhanaan, miskin, tetapi hari ini mereka juga tidak ubah seperti orang-orang UMNO yang dituduh mengumpul harta kekayaan peribadi.

Pemimpin-pemimpin PAS begitu megah dan angkuh dengan kereta-kereta mewah mereka ke hulu ke hilir, kalau hendak difikirkan dari mana puak-puak ini mencari wang untuk membeli kereta-kereta mewah sebigini.

Dari mana puak-puak PAS ini dapat kekayaan ?

Kalau pemimpin UMNO, tentulah puak-puak PAS ini kata hasil dari rasuah, merompak harta rakyat, tetapi mustahil puak-puak PAS ini buat perkara yang sama. Mereka katanya pejuang Islam tulin, menentang rasuah, atau hasil dari kutipan derma jihad dari orang-orang kampong ?

Sebenarnya mereka ini perompak nombor satu dalam Malaysia bila sudah dapat berkuasa, mereka inilah yang telah menghalalkan segala apa yang pernah mereka haramkan terhadap UMNO dulu.

Cuma cara mereka tidaklah mungkin terlalu ketara, macam segelintir pemimpin UMNO buat, mereka melakukan rompakan dengan berdalil, mendalilkan yang haram bagi UMNO, halal bagi mereka. Itulah cara ‘penyamun tarbus' ini jalankan kegiatan untuk mengaut kekayaan menipu penduduk kampung beralaskan Islam.

Cuba kita renung, bagaimana calon PAS Permatang Pasir di dakwa menyelewengkan wang dana pilihan raya berpulu-puluh ribu, itu dibongkar ahli PAS sendiri.

Dari mana datangnya duit sebanyak itu ? kalau bukan datang dari sumbangan ikhlas penduduk kampong.

Bayangkan sungguh murah hati orang-orang kampung yang kebanyakan mencari nafkah dengan menoreh getah, bersawah, berkebun menghulurkan derma jihad kepada puak-puak ini.

Apa mereka buat, dengan duit itulah ‘penyamun tarbus’ ini memenuhi tuntutan nafsu mereka. Lihat sahajalah sekarang, bagaimana ‘penyamun tarbus’ ini menonjolkan kemewahan mereka di Permatang Pasir dari hasil menyamun duit orang-orang kampung.

Kalau kawan umpamakan puak-puak ‘penyamun tarbus’ ini adalah serapan amalan pengikut-pengikut Syi’ah, mungkin agak keterlaluan, tetapi cuba kita singkap sedikit lebih kurang ciri-ciri yang ada pada ajaran Syi’ah ini ;

- Melebihkan kaum kafir dan fasiq

Tidakkah puak-puak ‘penyamun tarbus’ ini, telah mengagung-agungkan DAP yang memusuhi Islam dengan mengkafirkan orang-orang UMNO yang mengangkat martabat agama Islam.

- Hanya yang mengikut parti mereka sahaja betul

Pengikut Syi’ah sahaja yang mengakui mereka Islam, selain dari mereka adalah kafir dan najis, dan sesiapa yang berjuang atas nama parti mereka maka orang itu seorang mujahid fi sabilillah walaupun seorang penyembah kubur.

Puak-puak ‘penyamun tarbus’ yang sering mendakwa parti mereka sahaja Islam dan UMNO kafir, malah menganggap DAP lebih mulia kerana menyokong parti mereka.

- Mensucikan ulama-ulama mereka sahaja

Syi’ah hanya mengikhtiraf Imam-imam mereka maksum dan tidak ada kesalahan langsung.

Puak-puak ‘penyamun tarbus’ ini hanya mendakwa ulama-ulama yang menyokong mereka sahaja yang betul, manakala ulama yang menentang macam Mufti Perak dan Ustad Mohd Ridhuan Tee telah dihina macam ‘pelacur’.

- Taqiyah (Bermuka-muka)

Syi’ah lebih bermuka-muka dengan amalan agama. Mereka menampakkan seolah-olah membela Islam tetapi mencela Sahabat-sahabat Nabi SAW serta menonjolkan diri bahawa mereka berjuang untuk Islam, tetapi matlamat utama hanyalah dunia dan kekuasaan.

Inilah yang berlaku kepada puak-puak ‘penyamun tarbus’ sekarang.

Terserahlah kepada umat Melayu Islam di Permatang Pasir untuk menilai dengan mata hati terhadap ‘penyamun tarbus’ yang sedang berkeliaran ini untuk menipu serta memperbodohkan penduduk kampong dengan watak-watak lebai, warak, ustad, ulamak dan tok-tok guru.