Thursday, November 18, 2010

PAS tak akan naiki kapal bocor, tetapi akan tenggelam bersama DAP-PKR

UMNO macam orang yang ‘hidung tak mancung, pipi pula tersorong-sorong’, apabila keangkuan PAS semakin menyerlah walau pun sedar kekuatan PAS sekadar membantu kekuatan DAP…….

Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS dengan sombongnya menyatakan “PAS tidak akan menaiki kapal yang bocor dan hendak karam” sebagai membidas pelawaan terbaru yang dibuat oleh Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan agar menyertai BN. (klik di sini)

Namun Idris tanpa segan silu mengharap ahli-ahli UMNO dan orang-orang Melayu Islam bersama-sama dengan PAS……. Macam mana Hadi Awang jugalah, sudah mula berani menyebut perkataan orang ‘Melayu Islam’……….

Sikap keangkuhan PAS itu menyebabkan mereka lupa agaknya bahawa PAS sudah berada dalam kapal PKR yang bukan sahaja bocor, tetapi sudah hampir karam dan menyebabkan kapal DAP juga senget……

PAS sebenarnya sudah hilang kompas perjuangan dan ideologi…….. bukannya UMNO…….

Tetapi, kerana bongkak, angkuh, riak dan takbur adalah sifat-sifat sebahagian besar kepimpinan PAS, maka kelemahan sendiri tidak akan pernah diakui…

PKR, kononnya parti yang menjadi tunjang kepada Pakatan Rakyat dilihat semakin kucar kacir apabila ahli-ahli PKR sendiri merasakan tiada keadilan dalam pemilihan pucuk pimpinan parti… keadilan hanya ada pada nama sahaja.

PAS hanya menumpang keangkuhan DAP dengan sikap rasisnya yang menguasai kaum-kaum DAP, itu pun kerana PAS sudah sanggup melacurkan dasar-dasar perjuangan mereka, kalau tidak PAS sudah lama tenggelam begitu sahaja….

PAS sanggup melacurkan dasar-dasar perjuanag PAS semata-mata untuk mendapatkan sokongan daripada pengundi-pengundi bukan Melayu melalui DAP, itulah hakikatnya…..

Sedangkan DAP ternyata sebuah parti tidak akan berganjak dengan ideologi mereka untuk menghapuskan hak-hak istimewa orang Melayu-Bumiputera serta penubuhan sebuah negara Islam.

Kerana kepentingan perut sebahagian kepimpinan PAS yang rakus, perjuangan mahu menubuhkan Negara Islam hari ini sudah pun digugurkan begitu sahaja……

Kalau PAS benar-benar ikhlas memperjuangkan Islam, mengapa PAS sanggup gugurkan tuntutan menubuhkan Negara Islam semata-mata untuk bersekongkol dengan DAP ?

Mengapa PAS tidak boleh terus berjuang ke arah menubuhkan Negara Islam bersama UMNO ?

Sebenarnya, sebahagian besar ulama-ulama yang ada di dalam PAS juga tidak selesa dengan sikap sesetengah kepimpinan PAS yang rakus dan sanggup mengorbankan dasar perjuangan mereka sejak bersama dengan DAP.

Melayu PAS perlu sedar, DAP adalah parti serpihan PAP Singapura yang dilihat semakin kurang ajar membangkitkan isu-isu agama dan kontrak sosial kerana mendapat sokongan padu daripada pengkhianat-pengkhianat Melayu yang ada dalam PAS dan PKR.

Melayu PAS perlu sedar, bagaimana DAP mahu memecahbelahkan perpaduan orang Melayu melalui sokongan padu PAS. DAP terlalu mengimpikan kerusi Perdana Menteri itu menjadi hak milik mereka serta akan menggubal Perlembagaan Negara untuk menghapuskan kontrak sosial yang telah termaktub di dalamnya.

PAS juga akan berkubur dan tenggelam kerana sikap hipokrit kepimpinan PAS itu sendiri yang berterusan mahu bersekongkol dengan DAP untuk membantu menghapuskan hak-hak Melayu-Bumiputera……..

Renung-renungkanlah Orang Melayu-Bumiputera, kita wajib pertahankan kuasa kita di tanahair tercinta ini………..

10 comments:

  1. USTAT IDRIS INI USTAT LOYAR BUROK. DIA SEDANG MIMPI LAGI TU. BIAR KEDIA LAH. BUKAN CERDIK DIA NI. SERUPA CICAK BERAK KAPOR AJE. TIUPUN DAH KIRA OK TU. MUNGKIN DIA NI TERUK DARI ITU KOT

    ReplyDelete
  2. pas xkan tenggelam dengan pkr n dap...tp pas akan tenggelam sekiranya bersma umno.....

    ReplyDelete
  3. Rasuah dan memakan harta rakyat atas nama pembangunan dan meninggalkan agama sedikit-demi sedikit bakal menghancurkan umno di masa depan.Masa depan hanya untuk islam. 50 tahun sudah berlalu pemimpin hanya mengumpulkan harta dan jati diri melayu menuju kemusnahan.
    kini lagu pas mesti bersama umno dilagukan kembali setelah menyedari malakil maut sedang menghampiri umno.Dialah memberi kerajaan dan mencabut kerajaan dari siapa yg ia kehendaki dan tiada kerajaan yg kekal di dunia.

    ReplyDelete
  4. org melayu akan tolak PR dalam PRU 13 cukup rakyat bagi tempoh untuk PR berkuasa di 4 negeri sampai sekarang PR gagal menjadi pentabir di 4 negeri banyak kelemahan yg dipamerkan kepada rakyat tidak membela nasib rakyat hanya berpolitik sepanjang tahun pemimpin parti PR bolih bercakap tapi yg menentukan kemenangan sesuatu parti ialah dari rakyat bukan dari pemimpin parti atau ulamak ulamak sesat pas atau pun bapak iblis sekali pun tak bolih menentukan kemenangan parti pru 13 rakyat menentukan parti mana yg layak memmerintah negara ini.

    ReplyDelete
  5. Salam YG, Pas ne dah tersepit sangat dah, nok mengaku,nak mintak tolong denagan saudara sebangsa dan seagama segan sangat doh agoknya, akhirnya jadi lah macam sang luncai, terjun dengan labu labunya, rupa nya bukan labu yang depa pegang, rupa rupanya bola besi di sangka labu, kah kah kah,bodoor benar mereka ?

    ReplyDelete
  6. sALAM, UMNO ADA GAK KAPAL, PAIH SETAKAT NAIK TONGKANG BOCOR BUAT APA, MINTA SEDEKAH DAPIG UNTUK REPAIR TONGKANG.

    ReplyDelete
  7. Org PAS memang kurang ajar dan xsedar diri dr pemimpin sampailah ahli2 totok.korang tau bab ape aku benci sgt kat org PAS ni.satu masa dulu adalah ceramah kat surau kg aku.masa tu diaorg leh lg ceramah politik kat surau dan masjid.ada ke patut waktu sembahyang isya pas ceramah waktu nak mula solat adalah hambaallah lebai kulup PAS ni boleh keluar dr sah xnak solat sebelah aku.ANAK HARAMJADAH betoilah puak2 ni.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. salam.. saya sokong UMNO, saya suka PAS.. tp sya xkn sokong pkatan yg ada DAP n PKR..

    ReplyDelete
  10. klu sebut pasal suka xada sebab lalu nak suka ke sayang ke parti ni xkira umno ke pkr ke atau pas ke.aku kompom sayang bini lg.xp klu sebut pasal benci bin meluat kompomlah aku BENCI PAS.bapak segala HIPOKRIT dalam bunia ni.taik telinga tu diaorg gentel2 pas tu goreng angus2 bolih jual lg bayangkan kepakaran mereka.puuuih tuuuh.

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..