Sebagai membalas artikel tulisan Wan Nik Wan Yusof, Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan dalam web tranungkite.net, yang mendakwa kekalahan calon PAS adalah disebabkan taktik-taktik kotor yang dijalankan UMNO ketika berkempen dalam PRK DUN Galas.
Beginilah perangai juak-juak PAS setiap kali menerima kekalahan dalam pilihan raya, macam-macamlah tomahan dan fitnah yang dilemparkan, dan UMNO tetap menjadi sasaran, seolah-olah PAS-pakatan tiada kelemahan serta kepincangan langsung.
PAS, menjunamkan segala keburukan kepada UMNO, begitu juga PKR dan DAP lagilah pulak… semuanya menuding jari kepada UMNO.
Kenapa DAP dan PKR tidak sedikit pun menyentuh keburukan MCA dan MIC sepanjang kempen di Galas ?
Yang terbaru, tok guru Nik Aziz dikatakan curiga dengan peratusan keluar mengundi yang mencapai 83%, agak luar biasa, sedangkan kebanyakan pusat-pusat mengundi berada di kawasan pedalaman Kelantan.
Dakwaan kononnya UMNO-BN memperalatkan semua agensi-agensi kerajaan hanyalah sekadar untuk menafikan kemenangan BN sahaja tanpa menilai bahawa rakyat Galas sudah mula sedar segala penyelewengan PAS sebagai kerajaan yang memerintah di Kelantan.
Kalau benar itu penyebabnya, mengapa PAS-pakatan boleh menang di lain-lain PRK sebelum ini, mengapa tidak dipertikaikan ?
Sebenarnya, juak-juak PAS terlupa, rakyat sudah bijak menilai yang mana satu realiti dan yang mana satu penipuan, dan rakyat kini boleh mengetahui tindak-tanduk PAS yang sudah jauh menyimpang dari landasan perjuangan mereka.
Pada pandangan AYG, memadai dengan ‘lima’ sebab yang terselindung disebalik jubah-jubah kepimpinan PAS, lebih-lebih lagi tok guru Nik Aziz sendiri sehingga menyebabkan calon PAS menerima kekalahan teruk di DUN Galas :-
Pertama : Jentera-jentera pilihan raya PAS lebih awal-awal menggerakkan kempen, malah dua minggu lebih awal dari tarikh penamaan calon. Kerajaan PAS Kelantan juga tidak melepaskan peluang menganjurkan pelbagai program bersama rakyat melalui agensi-agensi kerajaan negeri, khususnya kepada pengundi-pengundi Cina, kalau tidak masakan isteri MB Besar Kelantan juga turun ke padang menyampaikan sumbangan cek-cek dan hamper.
PAS juga secara terbuka mengistiharkan akan memberi wang RM250 seorang kepada pengundi-pengundi luar yang balik mengundi di Galas. Tindakan ini juga sedikit sebanyak mengambarkan segala kepincangan PAS yang selama ini amat membenci sogokan-sogokan seperti ini, malah amat bercanggah dengan peraturan pilihan raya yang ditetapkan SPR.
Bagaimana pula dengan tok guru Nik Aziz memberikan wang kepada penduduk Orang Asli dalam satu program di Kg Sandrop. Persoalannya apakah Nik Aziz bersedekah atau membeli undi ?
Apakah tok guru Nik Aziz terlupa bahawa perbuatan itu adalah salah dalam peraturan pilihan raya dan perbuatannya itu ibarat ‘senjata telah makan tuan’.
Mungkin, PAS tidak sedar, rakyat/pengundi yang selama ini bersimpati dengan perjuangan PAS mula merasa mual, jijik serta meluat segala tindak tanduk PAS.
Tidakkah, ini jelas sekali telah bercanggah dengan prinsip PAS yang kononnya bersih dengan politik sogokkan dalam pilihanraya. Apa yang diharamkan oleh Nik Aziz kepada UMNO, kini PAS nampaknya lebih advance memujuk hati pengundi-pengundi.
Ke 2 : Kerajaan PAS Kelantan terlupa bahwa rakyat di DUN Galas tidak lupa dengan janji-janji PAS untuk membagunkan ‘ladang rakyat’ untuk peningkatan ekonomi mereka, lebih-lebih lagi masyarakat Orang Asli di Galas.
Apa yang rakyat Nampak, PAS Kelantan hanya berlumba-lumba mengeluarkan kayu-kayu balak serta mengondolkan hutan oleh syarikat-syarikat besar dari Singapura.
Ada juga rakyat yang hanya diberi Sijil, kononnya akan mendapat tanah 10 ekar serta tapak rumah sebagaimana yang didakwa penduduk-penduduk di Kg Lepan Jaya, tapi sampai sekarang entah ke mana tanah dan tapak rumahnya.
Isu tanah Orang Asli sebenarnya menjadi duri dalam daging bagi PAS Kelantan. Selama ini PAS menuduh kerajaan UMNO-BN begitu rakus merompak hak rakyat, PRK Galas telah menelanjangkan segala kemungkaran PAS.
PAS rupa-rupanya hanya bertopengkan Islam untuk merompak hak-hak rakyat Kelantan, perogolan tanah-tanah di Lojing yang melibatkan Husam musa, Dato Amar serta PMBK yang diketuai oleh anak menantu Nik Aziz tersembul keluar dari celah-celah jubah Nik Aziz sendiri.
Ke 3 : Tanpa menghiraukan bantahan sebahagian kepimpinan PAS Gua Musang, Nik Aziz tetap memilih calon recycle, Dr Zulkifli sebagai ayam sabung di Galas. Malah Dr Zulkifli ini juga dikatakan pernah terlibat dengan kes khalwat macam Mat Sabu juga, walau pun Dr Zulkifli menafikan sekeras-kerasnya….
Dakwaan khalwat Dr Zulkifli lebih menyerlah kebenarannya apabila beliau tidak mendakwa pemimpin UMNO Gua Musang agar membuat laporan Polis, malah Dr Zulkifli juga tidak datang ke Masjid untuk bersumpah sebagaimana yang dicabar oleh pemimpin UMNO berkenaan dua hari sebelum pengundian diadakan.
Ke 4 : PAS lupa agaknya, dulu parti yang bersekongkol dengan parti bukan Islam dikatakan kafir, tetapi kepimpinan PAS sekarang telah bersekongkol dengan DAP-PKR sehingga sanggup menolak tawaran UMNO untuk bersatu.
Disedari atau tidak, pengundi-pengundi atas pagar atau sebahagian penyokong PAS sendiri sudah berasa muak serta rimas dengan perkembangan yang berlaku antara persekongkolan PAS dengan PKR dan DAP. Lebih-lebih lagi sikap kepimpinan PAS yang dilihat sudah terlalu tunduk dengan kehendak PKR dan DAP.
Pengundi dan penyokong PAS banyak yang sedar bahwa PKR dan DAP sememangnya tidak ikhlas dengan PAS dan hanya mahu memperalatkan PAS untuk menumbangkan BN, lebih-lebih kuasa Melayu UMNO.
Ini semua telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan sesetengah penyokong PAS sendiri, mereka juga ragu sama ada perjuangan Islam yang dilaung-laungkan oleh kepimpinan PAS itu benar-benar dilaksanakan atau hanya sekadar slogan sahaja.
Ke 5 : Seperti biasa, PAS tidak ketinggalan mengajak penyokong-penyokongnya bermunajat kepada Allah dengan mengadakan solat-solat hajat, lebih-lebih lagi pada malam-malam tiga hari terakhir kempen.
Juak-juak PAS terlupa, bahawa penyokong-penyokong UMNO juga tidak mengenepikan bermunajat kepada Allah memohon agar diberi pertunjuk serta kemenangan kepada calon BN.
Apa yang nyata dan jelas, Allah telah menentukan PRK DUN Galas memihak kepada calon UMNO-BN, Abdul Aziz Yusuf dengan majority yang besar iaitu 1,190 undi……
Mengapa juak-juak PAS tidak mahu bermuhasabah diri memikirkan sejauh mana tanggungjawab dan amanah rakyat telah ditunaikan selama 20 tahun memerintah Kelantan ?
Mengapa juak-juak PAS tidak mahu menilai sejauh mana kepimpinan PAS telah melakukan kesilapan terutama pendirian PAS dalam isu-isu yang melibatkan kepentingan agama dan bangsa.
Marilah kita sama-sama renungi Firman Allah dalam Surah al-Imran ayat ke 167 yang bermaksud, “Dan mengapa ketika kamu ditimpa musibah (pada peperangan Uhud), padahal kamu telah menimpakan kekalahan dua kali lipat kepada musuh-musuhmu (pada peperangan Badar), kamu berkata: "Dari mana datangnya (kekalahan) ini?" Katakanlah: "Itu dari (kesalahan) dirimu sendiri". Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.”
PAS sepatutnya wajib berhenti memperalat agama Islam semata-mata untuk mengejar matlamat politik sempit kepimpinan mereka yang boleh menyebabkan orang Melayu Islam berpecah, bermusuhan sesama sendiri.
SLM BRO..PAS TU KAN MAKSUM. MANE BLEY KENE SENTUH BEB! DGN DIORANG X BLEY CKP PSL SYURGA NERAKE SBB SEMUA TU MILIK WALLY SLIPOR!. GILER LA SAPE2 YG NAK LAWAN CKP WALLY SLIPOR. SYURGA DI BWH TAPAK KAKI BACIN DIA. X CIUM BAU SYURGA WOOOO!! KEHKEHKEHKEH
ReplyDeleteAYG, aku setuju dgn kata2 Jeffry tu.... Nik Aziz dah rasa dia terlalu maksum sehingga tidak boleh ditegur.... apalagi dgn juak2 PAS yg kaki ampu...
ReplyDeleteAku ada baca ada 10 perkara yang PAS kalah biasa le bila kalau semua tipu cuma 1 perkara yang tak disentuh oleh Setiasu Usaha MB Kelantan...iaitu perang poster yang memeaparkan kapal singh supaya langkah mayat dulu dan poster rasuah MB kelantan langsung tak diulas...sebebnya poster tu dia tak dapat nak jawab sebenarnya sebab itu semua adalah FAKTA parti PAS penipu dan menjadikan islam hanya perkakas PAS semata-mata
ReplyDeleteInilah akibatnya bila fitnah dah berbalik kepada diri sendiri....Selama ini asyik menyalahkan UMNO tanpa melihat kelemahan diri...itulah perangai sebenar mereka.
ReplyDeleteSalam, bro, dah biase suara2 tu bro bila ruyup dalam pilihanraya, sama2 kita gelak berguling2 bro!!!!
ReplyDeleteDdinbunga
Salam bro, jika kita lihat klip vedio nicky ajis selepas membuat kenyataan akhbar,menyatakan beliau ragu dengan keputusan prk dun galas setelah mendengar sendiri ulasan dari saorang menteri pusat mengatakan bn akan menang besar,pendek sunggug akai dia ?. yang tu pun menjadi masaalah kepada dia sedangkan orang cuma berkata ?.
ReplyDeletetengok langkah demi langkah apabila belia menuju kekereta rasmi beliau, DENGAN LAGAK ANGKUH SOMBONG BILA MANA PENGIKUT PENGIKUT HAMPARAK DIA MENCIUM TANGAN BELIAU,LANGSUNG TAK DI ENDAHKAN PENYOKONG PONYOKONG DIA. DAH MACAM FIRAUN DAH GAYA NYA , KAH KAH KAH.
Riak dengan ilmu agama, sombong dengan kedudukan serta takbur dengan percakapan, maka Allah menguji dengan pelbagai cara.... tetapi Nik Aziz lemah juga iman bila diuji dengan kedudukan serta kemewahan, sebab itu dia menjadi bongkak dengan mengeluarkan pelbagai fatwa untuk mengekalkan kedudukannya....
ReplyDeleteTerima kasih sahabat semua sudi memberi komen...
Sdr YG, keriakan Nik Aziz yg menyebabkan PAS tumbang di Galas.... keriakan Anwar Al Jubur menghampirkan dia ke penjara Sungai Buluh.... tunggulah akan kehancuran manusia yang sudah tidak mahu mengaku Melayu ini.....
ReplyDeletesatu lagi punca PAS kalah..puak-puak PAS tak berani menjilat ludah sendiri! Banyak dah perkara yang dikata berbalik ke atas batu jemala mereka sendiri.. sepatutnya muhasabahlah diri...terimalah kekalahan. Kalau menang kita hebat, kalau kalah orang jahat!
ReplyDeletePerangai budak kecik! kajilah sejarah Islam sendiri. Sahabat nabi pernah kalah dalam perang, tapi selepas itu perbetulkan semula pasukan dan memenangi semula perang! UMNO buat gitu..tak bising pun kalau kalah! Siapa lebih Islam?
he....he....he... Salam YG, aku rasa gelihati juga bila membaca putar belit SU Politik Nik Ajis dalam web tranungkite tu..... kalau itulah gaya dia buat kenyataan sebagai seorang SU Politik MB Kelantan, patut benarlah Nik Aziz pun macam orang bodo je... pakai ikut je apa yang pengampu-pengampu PAS suruh... ulamak nyanyuk...
ReplyDelete