Saturday, November 13, 2010

Kerana perbezaan politik-103 mangsa banjir dihalau dari pusat penempatan banjir


Bagaimana perasaan anda bila melihat wajah-wajah anak-anak yang terlibat dengan bencana banjir dalam gambar di atas ?

Bagaimana pula perasaannya jika ibubapa atau keluarga mereka diusir keluar dari tempat perlindungan seperti yang dilaporkan dalam Kosmo semalam…….

Kalau benarlah seperti yang dilaporkan, tidak kiralah dari pihak parti mana sekali pun, tidak salah kalau dikatakan mereka yang melakukan pengusiran itu adalah dari kalangan manusia yang tidak berhati perut…..

Gara-gara berbeza fahaman politik, mangsa banjir seramai 103 orang dari 27 keluarga telah dihalau keluar dari pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Alor Janggus dekat Alor Star.

Mangsa banjir yang malang ini dikatakan hanya diberikan tempoh lima minit untuk berpindah ke satu lagi pusat pemindahan sementara yang terdapat di Sekolah Menengah Alor Janggus melalui pembesar suara oleh salah seorang Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Pusat.

Salah seorang mangsa mendakwa, mereka ada membuat aduan tentang pelbagai perkara yang tidak mencukupi seperti makan dan peralatan lain termasuk selimut dan tikar sedangkan banyak makanan dan peralatan tersimpan dalam stor, tetapi pihak yang tidak bertanggungjawab ini sentiasa memberi pelbagai alasan.

Manusia ini juga dikatakan begitu mudah nmemberi barangan keperluan mangsa kepada orang-orang tertentu sahaja tanpa banyak persoalan….sedangkan mangsa-mangsa kezaliaman ini juga adalah antara 1,700 mangsa banjir lain yang tinggal di situ sejak 2 November lalu.

Entahlah….. dunia akhir zaman agaknya…. Masih ada juga manusia yang berfikiran tidak bertamadun dalam keadaan orang lain yang memerlukan pertolongan….

Agak-agak anda, macama mana kalau golongan ini memerintah Negara ? Sudah tentulah ramai rakyat yang tidak sehaluan dengan mereka akan tertindas, teranianya….

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Barangsiapa meringankan sebuah kesusahan (kesedihan) seorang mukmin di dunia, Allah akan meringankan kesusahan-nya pada hari kiamat. Barangsiapa memudahkan urusan seseorang yang dalam keadaan sulit, Allah akan memberinya kemudahan di dunia dan akhirat. Barangsiapa menutup aib seseorang, Allah pun akan menutupi aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan senantiasa menolong hamba-Nya, selama hamba tersebut menolong saudaranya”.


13 comments:

  1. salam YG,

    mereka yang zalim ini akan dibalas dengan zalim juga satu hari.. PAS parti perosak dan parti perosak umat.

    ReplyDelete
  2. Ubayalah para pengundi
    Janganlah insan dizalimi
    Berbuat baiklah termesti
    Moga kita, Allah berkati

    ReplyDelete
  3. Salam YG, biasanya yang berkelakuan macam ini dari puak hamPAS, terlalu banyak aku jumpa perangai dia orang ni..... sejahat-jahat golongan UMNO tidak pernah membezakan fahaman politik ketika memberi bantuan.......semoga Allah memberi pertunjuk yang sebenar-benarNya...

    ReplyDelete
  4. CERMINAN SEBENAR PUAK LAHANAT FUCKATAN. YG TERANIAYA AKAN DI LINDUNGI TP YG MENGANIAYA PASTI AKAN DI BALAS DGN BALASAN YG SETIMPAL

    ReplyDelete
  5. Salam YG, itu lah hakikat sebenar binatang yang bertopengkan manusia, di dalam islam hatta babi atau anjing yang pasti najis, jika kita dapati ianya tersept kita harus membebaskan nya, selagi tidak mengancam keselamatan kita, ini kan pula sesama manusia dan majoritinya sesama satu agama sanggup kita menghalaukan nya .

    BERUBAHLAH LAH WAHAI BANGSAKU YANG SEAGAMA DENGAN KU, ANGGAPLAH BAHAWA KITA INI BERSAUDARA. YANG MENENTUKAN KITA INI, MASUK SYURGA KE TIDAK?ADALAH ALLLAH SWT. WASALLAM

    ReplyDelete
  6. YG itu sifat ASSOBIYYAH lah sebenarnya.bila kita memperjuangkan MELAYU dia kata ASSOBIYYAH.habis sekarang sape yg ASSOBIYYAH.taik kucinglah PAS sumpah jd KATAK bau tau.

    ReplyDelete
  7. Salam yang gambi..mereka memang pandai jaga orang mereka. Yang penting orang mereka. Orang yang sokong orang lain, maap ler...tapi bab subsidi yang orang lain bagi, mereka yang paling awal beratur..

    ReplyDelete
  8. Kalau dah jenis hamPAS makanan babi DAP, nak buat guane YG..... tak habis-habis perangai burok deme, harapkan pakaian je yang Islam, tapi perangai bukan aIslam..... maaflah kalau koi terkasar sikit...

    Iz..s..

    ReplyDelete
  9. Sebenarnya selama ini mata dan telinga kita telah tertutup dan hati kita telah dibutakan. Sesungguhnya UMNO adalah puak yg paling zalim tp sipenzalim ini pandai menutup kezalimannya. Lihat saja dlm media massa arus perdana...semua citer keburukan PR dan xde pn citer kebaikan tp kalau bab UMNO, semuanya citer baik belaka, mcm lah UMNO ni maksum...kalau media massa arus perdana bebas drp genggaman UMNO/MCA/MIC...pasti BN akan tumbang dlm PRU13. KIta semua bukan maksum, kita semua bnyk wat kesilapan dn kesalahan...kalaulah kekayaan negara kita ni diagihkan sama-rata pasti kita semua hidup senang di bumi bertuah ini tp apakan daya Melayu masih merempat di negara sendiri hinggakan UMNO terpaksa minta 30% drp kaum lain utk hak ekonomi diberikan kpd org melayu. Kita peminta sedekah di negara sendiri....UMNO mmng pandai bersendiwara...fikirkanlah dgn hati.

    ReplyDelete
  10. AYG,
    Ko jangan tulis suka ati ko jer. nanti Ostad Azizan kata "Pitnah sana. Pitnah sini. Kalau nak buat kerja tu buat cara ORANG ISLE!"

    Aku Yang Bingai
    Zaid Kene Kencing Tikus?

    ReplyDelete
  11. Anom 9.felcra kg. kwn sesuku pesertanya org PAS kome xbising lalu.rezeki allahtaala nak beri ke dia.zalim lg tu.biasiswa anak kita dpt belake asal layak.dah nak mcmmne lg.kontrak klas F org PAS dpt sakmo rezeki dia.bising sesikit tu adatlah org hak tak dapat.dr amano tutop sebelah mata jer.pas tu klu nak balak ngan bijih besi wokme kena gi kelantanlah bab kome pun tak dapat gak.TENDER ckp molek sikit YG kang marah dek long.

    ReplyDelete
  12. Kalau tanya ustaz tido, pasti dia kata "TAK TAU..TAK TAU.. Kami buat ikut islam...Itu kena tanya AJK sana, saya dok kat rumah,... buat sembahyang hajat,..".

    Betul kata Ustaz Saidin, Allah maha mengetahui yang PAS tak tau, tapi dulu dok kutuk kata UMNO tak tau. Maka Allah bagi memerintah untuk tunjuk yang PAS tak tau apa. Maka diturunkan musibah yang hanya sebesar zarah, dah terserlah yang itu pun tak dapat di atasi. Sekarang benarlah, yang PAS ni tak tau apa2.

    ReplyDelete
  13. itu cara islam pas lah tu. ada fatwanya.cuba tanya mahfuz

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..