Allah telah menentukan segala-galanya, kita sebagai hamba-hambaNya hanya berusaha untuk mencapainya…….. Calon BN mencapai kemenagan besar di DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi.
Kemenangan calon BN, Abdul Aziz Yusoff di DUN Galas, telah membuktikan rakyat Kelantan, khususnya di Gua Musang mahukan perubahan mengharungi kehidupan mereka yang selama ini dikhianati oleh PAS-pakatan selama 20 tahun memerintah negeri Kelantan.
Sebahagian besar masyarakat di DUN Galas, Gua Musang, telah membuka mata seluas-luasnya bagaimana PAS telah memanipulasikan agama Islam untuk kepentingan politik, sedangkan rakyat berterusan dihimpit kemiskinan.
Masih ramai rakyat, khususnya orang Melayu yang tinggal dirumah-rumah setinggan dipersisiran sungai, dipesisiran rel keretapi dan masih ramai yang tidak memiliki tanah walau sekangkang kera.
Pengondolan hutan belantara, bukit bukau untuk mengeluarkan kayu-kayu balak begitu rakus dilakukan oleh pemimpin-pemimpin PAS, mereka berebut-rebut mencari kekayaan selagi ada kesempatan. ‘Ladang Rakyat’ yang diwar-warkan semata untuk menipu masyarakat ‘Orang Asli’ di Galas….
Allah maha besar, maha adil untuk memaparkan segala kepincangan, kemungkaran, pengkhianatan PAS kepada rakyat Kelantan selama ini. Pilihan Raya Kecil DUN Galas seolah-olah satu pertunjuk dari Allah yang membongkar segala-galanya untuk rakyat membuka mata…
PAS memaparkan semua keburukan mereka yang selama ini berselindung disebalik jubah pemimpin-pemimpin mereka, segala perbuatan yang diharamkan terhadap UMNO, kini mereka berleluasa menggalas melakukan perbuatan yang sama…
Rasuah pilihan raya yang dilakukan secara terang-terangan ditaklikkan sebagi ‘zakat’…….
Kalau benarlah ianya ‘zakat’, mengapa ianya mesti berlaku pada pilihan raya kecil DUN Galas sahaja ?
Atau pun, perkiraan atau penilaian pemberian ‘zakat’ bagi Nik Aziz atau pemimpin-pemimpin PAS akan dikira apabila tiba musim pilihan raya sahaja ?
Itulah PAS, semuanya akan diputarbelitkan asalkan hasrat rakus kepimpinan mereka tercapai….
Syabas, kepada pengundi-pengundi DUN Galas, anda telah membuka mata, anda berani menentang segala kemungkaran PAS sehingga calon UMNO-BN menang dengan majority yang besar……….
Tahniah di atas kemenangan BN di DUN Galas dan Parlimen Bukit Sapi, “1 Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan”……….
Salam bro! Dah balik dari Galas???
ReplyDeleteKita juga perlu perjuangkan hak orang Melayu/Bumiputera Sabah...
Sesudah merdeka sejak 1963, tetapi mereka masih tinggal menjadi setinggan di kampung2 air...
Sampai bila kita mahu mengumpan undi mereka denga pemberian IC, beras sekampit dua, zink sekepng dua???
Ekonomi Sabah Sarawak rata2 dimonopoli oleh bukan Melayu/bumiputera!!! Dimana silapnya di mana peranan Umno/BN???
Bro PRU 13 dah tak lama lagi... Semua kepincangan ini perlu diperbaiki!!!
AYG, saya setuju dengan komen Isac,
ReplyDeleteTidak dinafikan apa yg diperkatakan, kepimpinan UMNO-BN perlu lebih berusaha mengubah rakyat yg masih ketinggalan ini... sebab itu DS Najib selaku PM mempertingkatkan peruntukan untuk membangunkan rakyat Sabah dan Sarawak...
Ini baru betul PAS ikhlas. Sah dia iklas sebab dia buat tu semua bukan untuk menang. Kini baru kita tau.
ReplyDeleteSegala wang yang di tambur, jalan yang di baiki serta apa apa bantuan telah di keluarkan. Tenyata ikhlas.
Terima kasih PAS. Teruskan sikap suka menderma itu. Kalau boleh sepanjang jalan Kota Bharu sampai Kuala Lumpur.
Psst!.. Porknick. Tajam betul serban tu.
ReplyDeleteSYAITAN TANDUK SATU YA?
slm ziarah
ReplyDeletepohon tuan ikut dan paut blog baru kami
http://pemudaumno-nibongtebal.blogspot.com/
PAS perlu bertaubat, macam Karpal Singh suruh si Anwar bertaubat....PAS sudah terlalu banyak berbuat dosa menipu, mengkhianati perpaduan orang-orang Melayu Islam.... Di Galas, Allah telah pertontonkan semua kemungkaran PAS kepada rakyat Kelantan.... Insaflah wahai Nik Aziz, jadi-jadilah bersekongkol dengan DAP dan Anwar Ibrahim selagi hayat masih ada....
ReplyDeleteIsac, terima kasih dengan komen...
ReplyDeletePenat lelah di Galas terasa berbaloi apabila pengundi-pengundi di DUN Galas lebih membuka mata akan kemungkaran PAS selama ini... kalau kita lihat suasana di Galas, dunia juga membuka mata bagaimana PAS Kelantan selama ini memanipolasikan agama semata-mata untuk mengaut keuntungan pemimpin-pemimpin mereka, sedangkan warga Galas, lebih-lebih lagi Melayu masih ramai hidup dalam keadaan daif... mereka mahu berubah, mereka tahu PAS bukan parti Islam...
Kalau hendak diceritakan keadaan rakyat peribumi di Sabah & Sarawak, kawan rasa sekarang ini semakin hari semakin berubah jika hendak dibanding 10 tahun dahulu.... sebab itu kepimpinan UMNO-BN setempat perlu lebih perihatin dengan kehendak serta membela nasib rakyat setempat..
Salam Yang Gambi..Nik Aziz kena belajar tutup mulut sikit..jangan terlalu bercakap ikut sedap perkiraan sendiri..
ReplyDeleteTahniah Yang...
ReplyDeletewalaupun Semut rajin merayap...tapi jarang bertembung dengan Yang...
Namun kehadiran tetap dirasai...
Tahniah sekali lagi...