Monday, November 15, 2010

Hadi-PAS perlu sokongan Melayu untuk memerintah Negara, UMNO perlu berundur ?

Presiden PAS, Hadi Awang, berkata PAS perlu berusaha meningkatkan sokongan orang Melayu jika ingin menguasai pemerintahan Negara kerana kekuatan politik di negara ini terletak di tangan orang Melayu termasuk anggota UMNO.

Oleh itu, PAS perlu bersikap terbuka dengan berdakwah dan memujuk mereka yang bukan anggota untuk mereka menerima PAS mengambil alih pemerintahan negara.

“Kita tidak boleh menang dengan hanya undi dari ahli PAS, tetapi undi daripada bukan ahli juga diperlukan. Kita juga perlu undi daripada ahli UMNO juga”.(klik di sini)

AYG : Sejak bila PAS memikirkan pasal bangsa Melayu ?

Orang Melayu mesti berfikir banyak kali kalau mahu memberi sokongan kepada PAS untuk menggantikan UMNO sebagai parti pilihan bagi orang Melayu……

PAS selama ini yang hanya menjadi tukang salak kepada DAP dan PKR demi pertahankan jawatan dan kuasa sahaja, bukannya berperanan sebagai tulang belakang untuk membela nasib serta maruah bangsa Melayu.

Kalau hendak dikatakan PAS memperjuangkan agama Islam, kita dapat melihat sendiri sejauh mana pernanan PAS sekarang semenjak bersekongkol dengan DAP dan PKR….

Kalau setakat hanya membuat demonstrasi membantah tanyangan filem-filem gay, persembahan muzik gay sahaja, lebih baik tak payah……

Semua orang tahu, DAP dan PKR sampai bila-bila tidak akan menerima perjuangan Islam PAS, malah PAS juga sudah tunduk dan akur apabila bersedia tidak akan mewujudkan sebuah Negara Islam tulen…..

Islam PAS hanya dilihat dari bentuk luarannya sahaja, hakikat sebenarnya PAS tidak lebih dari sebuah parti politik yang begitu ghairah hendak berkuasa sehingga sanggup mengenepikan landasan perjuangan Islam sebenar.

Kita lihat sahajalah bagaimana PAS memerintah negeri Kelantan, 20 tahun sebagai pemerintah, kalau hendak dikatakan membela nasib bangsa Melayu-Bumiputera, mengapa masih ramai rakyat Kelantan masih hidup dalam keadaan daif……

Kalau hendak dikatakan PAS telah membawa ciri-ciri pemerintahan Islam, mengapa maksiat dan perbuatan keji masih berleluasa berlaku di negeri Kelantan……. Undang-undang Hudud PAS masih tergantung walau pun telah dibentang dan diluluskan dalam Dewan Kelantan sejak 1993….

Kalau PAS benar-benar sebuah parti yang berjuang untuk bangsa Melayu-Bumiputera, sudah tentu nasib bangsa Melayu-Bumiputera di Kelantan telah berubah dan sekiranya PAS berjaya menerapkan nilai-nilai Islam, maka maksiat juga tidak akan berleluasa di Kelantan.

Apa yang ternyata PAS sehingga kini gagal menjadi sebuah parti alternatif yang terbaik bagi orang Melayu-Bumiputera………..

Selagi maki hamun dan sumpah seranah yang keluar dari mulut pemimpin-pemimpin PAS setiap kali berceramah…... tak payahlah bermimpikan untuk menggantikan UMNO sebagai sebuah parti untuk orang Melayu-Bumiputera……

Apa yang orang Melayu-Bumiputera boleh harapkan PAS sebagai parti yang boleh meneruskan perjuangan UMNO untuk bangsa, agama dan Negara selagi PAS berterusan tunduk serta menjadi boneka dalam pakatan DAP dan PKR.

Sebagai orang Melayu-Bumiputera yang tidak jumud serta berpendidikan wajib membuat penilaian yang terbaik untuk memilih PAS sebagai parti pilihan mereka…..

Apa yang terbaik, PAS perlu memikirkan untuk bersatu bersama-sama UMNO untuk mendapatkan sokongan padu orang-orang Melayu-Bumiputera…….

11 comments:

  1. AYG, aku tergelak juga bila terbaca statement Hadi ni, sejak bila pulak puak-puak PAS pandai sebut Melayu.... ke kerana Nik Aziz sedang enak duduk kat Hotel mewah di Mekah ? sebab tu agaknya Hadi berani sebut Melayu ni.....

    ReplyDelete
  2. hadi mabuk stim air tapai dan tertelan keropok lekor

    ReplyDelete
  3. puak ni mana tahu sedarkan diri. lepas tu ada hati pula nak pimpin pakatan pembangkang hahahaha.

    ReplyDelete
  4. Koi setuju amat Yb Raz.....kalau setakat jadi MB yg diletakkan oleh DAP, baik tak payah, itu pun nasib baik dalam perlembagaan negara/negeri MB mesti dari orang Melayu-Islam, kalau tak hanyut dah....

    YG, koi minat amat dengan ayat yang akhir tu... kalau PAS memerlukan sokongan padu Melayu, PAS perlu bersatu dengan UMNO.... PAS kena banyak muhasabah diri kedudukan dia dengan DAP-PKR....

    Iz....

    ReplyDelete
  5. YG, selagi ada Nik Aziz, selagi ada erdogan-erdogan proksi Anwar di dalam PAS, jangan haraplah PAS akan bersatu dengan UMNO......sebahagian kepimpinan PAS sudah lama melupakan perjuangan Islam menjadi konsep utama mereka, kebanyakan dari mereka sudah hanyut dengan kekayaan dunia yang dibuaikan oleh DAP... sebab itu kita melihat puak-puak PAS ini bersikap seolah-olah manusia jahil dan hilang kewarasan mereka... terlalu sedikit dikalangan kepimpinan PAS yang benar-benar ikhlas memperjuangkan agama...

    Tunggu sajalah..... PAS akan berkubur selagi mereka hanyut dalam buaian DAP dan PKR....

    ReplyDelete
  6. Salam, bro, pemerintahan Islam PAih tak kemana perginya, akan berlaku macam2 rusuhan dan pergaduhan.

    Islam pembawakan UMNO dah elok lah, semua kaum menerima dan hidup aman sentosa, jadi elaok lah PAih sokong je UMNO sama2 kita perkasakan Islam di Malaysia.

    ReplyDelete
  7. Salam,UMNO telah meletakkan pemerintahan yang begitu lama di negara ini, dan ada pengalaman Pas mana ada sejarahnya boleh mentadbir negara sepatut PAS ini perlu faham sejarah negara ini....

    ReplyDelete
  8. Orang melayu mesti sedar siapa sebenarnya pembela nasib mereka.Jasa pemimpin UMNO bukan sedikit.PAS hanya tahu memecahbelahkan melayu bila mengkafirkan UMNO....

    ReplyDelete
  9. Terima kasih sahabat dengan komen-komen yang menarik.... kekadang kita terperanjat juga dengan kenyataan Hadi Awang, mungkin dia tahu Nik Aziz gi Mekah, sebab tu berani sebut perkataan 'Melayu'....

    ReplyDelete
  10. bunyi macam dah terdesak minta sokongan melayu, sebelum ini malu jadi orang melayu...

    ReplyDelete
  11. orang xde agame cam korang bleh la nk komen...
    jahil... sangka buruk je lebih..
    ckap kt org je tau, sendiri..?
    korang komen macam ahli bijaksana je...
    seharusnye, kalu nk sokong x perlu mencemuh parti laen.... korang tau nk memaki hamun orang je.. kalu nk sokong, sokong je la.. x perlu buat fitnah camtu.. nampak sangat cam orng bodo yg tau nk mareh je..

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..